Selasa, 4 September 2012

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Undilah Barisan Nasional sebab gambar Najib dan Rosmah dah kena pijak kata Rais..

Posted: 04 Sep 2012 06:34 AM PDT


Kata Rais Yatim.. sebagai hukuman terhadap perbuatan biadab peserta himpunan Janji Bersih yang memijak gambar Najib, rakyat Malaysia perlu mengundi UMNO/BN dalam PRU13 ini..

Betullah tu Rais.. kesian kat Najib dan Rosmah kan.. sebab gambar dia kena pijak...

Jadi buat semua rakyat Malaysia yang menyayangi Najib dan Rosmah undilah UMNO/Barisan Nasional pada PRU13 ini kerana gambar Najib dah kena pijak..

Bersamalah kita izinkan pemimpin-pemimpin UMNO yang ada terus merompak khazanah negara yang ada kerana gambar Najib dah kena pijak..

Biarkanlah pemimpin UMNO terus mengamalkan rasuah kerana gambar Najib dah kena pijak..

Bodohnya cara kempen orang tua ni.. Apa dia ingat semua orang dalam Malaysia ni penjilat Najib macam dia kot?

******************************************

Rais: Hukum perbuatan biadab 30 Ogos di PRU13, undi BN

KUALA KLAWANG - Rakyat mesti memberi hukuman kepada perbuatan biadab peserta himpunan Janji Bersih yang memijak gambar Perdana

Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor, bukan secara kasar tetapi menterjemahkannya pada pilihan raya akan datang dengan memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN).

"Macam mana benci pun seseorang itu, kita tidak boleh menggunakan perasaan kasar, tapi kita mesti gunakan pendidikan yang telah kita terima. Ini rahsia kehidupan dan adalah ilmu kehidupan yang tidak boleh kita ketepikan," kata Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Merdekaraya Dewan

Undangan Negeri kawasan Klawang, Parlimen Jelebu 2012 di Kampung Batu Serambai dekat sini, hari ini.

"Kita mesti menentang dan menidakkan mereka yang tidak teguh kepada janji.

"Kita mesti katakan bagaimana janji ditepati, begitulah kita berjuang di bawah BN," kata Rais, yang juga Anggota Parlimen Jelebu.

Beliau turut meminta rakyat agar tidak melupakan budi kerajaan BN yang memberi banyak bantuan dan membangunkan negara ini. - Bernama

Ini bukan kerja kami kata UMNO Johor

Posted: 04 Sep 2012 01:28 AM PDT


Sebagaimana yang dijangkakan, UMNO Johor menafikan bahawa poster yang disebarkan di Johor dan juga di Pulau Pinang seperti di atas adalah kerja mereka...

Poster yang di sebarkan di Pulau Pinang sila lihat di ( SINI )..

Poster misteri menyokong Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menggantikan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai perdana menteri sebelum pilihan raya umum ke-13 (PRU13), telah diedarkan di Johor.

Bagaimanapun, Umno Johor menafikan bahawa poster itu dicetak oleh parti tersebut dan telah membuat laporan polis berhubung perkara itu.

Imej pada poster itu, bersama dengan potret Muhyiddin dan bendera Malaysia, telah disebarkan secara meluas di Internet.

Poster itu berbunyi 'Kami Mahu Tan Sri Muhyiddin Yassin Sebagai PM sebelum PRU 13'di bahagian bawah dan 'Selamatkan Barisan Nasional' di atas.

Ia juga memaparkan logo BN dan Umno, serta tulisan 'Terbitan Barisan Nasional Negeri Johor'.

Ketika dihubungi Malaysiakini semalam, Tan berkata, mereka mengucapkan selamat menyambut Hari Kebangsaan kepada para pengunjung, sambil mengedarkan poster tersebut.

Tan, seorang peniaga telefon bimbit, berkata, pemuda berkenaan memakai pakaian biasa dan tidak nampak seperti ada kaitan dengan mana-mana parti politik.

Semalam, Pemuda Umno Johor membuat laporan polis berhubung penyebaran poster tersebut di Johor Baru dan Kulaijaya, dengan mendakwa ia perbuatan untuk mencetuskan perselisihan antara pemimpin negara menjelang pilihan raya umum - Malaysiakini

Kalau tak silap aku.. dulu masa nak turunkan Pak Lah cara macam inilah yang digunakan.. semasa Tun Razak nak gulingkan Tengku pun sama juga taktiknya.. tak ada taktik lain dah ke UMNO ni..

Hanya Saiful dalam Dunia ini tak mandi 2 hari untuk kekal bukti, Peguam Australia kata

Posted: 03 Sep 2012 11:03 PM PDT


Nampaknya nama Malaysia sekali lagi terpahat di persada dunia ini.. kali ini ialah bila seorang Peguam dari Australia menulis mengatakan sepanjang 25 tahun pengalamannya beliau tidak pernah jumpa seorang mangsapun yang tak mandi selama dua hari kecuali Saiful..

Pada pandangan Mark Trowell, seorang peguam yang berpengalaman dalam kes jenayah di Australia, mangsa dakwaan liwat Mohd Saiful Bukhari Azlan tidak sebagaimana mangsa serangan seksual "biasa" .

Pengarang buku 'The Trial of Anwar Ibrahim, Sodomy 11' (Perbicaraan Anwar Ibrahim, Liwat II', yang mula dijual sejak minggu lepas, berkata Saiful nampak seperti suka perhatian media dan dia tidak kisah - tidak sama sekali seperti mangsa serangan seksual yang lain .

Trowell, yang juga seorang pemerhati bagi Kesatuan Antara Parlimen (IPU) dan LawAsia di mahkamah di seluruh dunia, berkata ia juga tidak normal bagi mangsa serangan seksual tidak mandi selama dua hari.

"Saya difahamkan bahawa seorang Muslim, selepas persetubuhan, dikehendaki untuk mandi junub sebelum dia boleh melakukan solat. Jadi, soalan itu berterusan tentang bagaimana Saiful melakukan solat.

"Dalam 25 tahun pengalaman saya dalam undang-undang jenayah, saya tidak pernah lihat seseorang itu tidak mandi selama dua hari untuk mengekalkan bukti forensik.

"Sebaliknya, saya rasa mangsa mahu cepat mandi untuk menghilangkan bau badan pelaku.

"Dalam sesetengah kes penderaan seksual, mangsa akan menggosok badan mereka sehingga hampir luka untuk menghapuskan bau itu," kata Trowell, yang merupakan seorang Queen Counsel.

Biasa dengan adat Malaysia

Peguam kanan itu, yang menyediakan laporan kepada IPU mengenai perbicaraan yang dipantaunya, berpengalaman luas sebagai peguambela dan pendakwa di Australia.

NONEYang menariknya, Trowell mempunyai beberapa kaitan di
Malaysia - bapanya tinggal di Ipoh semasa era pra-Merdeka dan oleh itu, peguam dari Australia Barat ini biasa dengan adat Malaysia.

Laporannya membantu IPU - organisasi Parlimen dunia - untuk mengambil pendirian berhubung perbicaraan Liwat II Anwar.

Buku Trowell setebal 306-halaman itu diterbitkan oleh Marshall Cavendish Editions dan mula dijual di semua kedai buku utama di Malaysia Rabu lepas.

Penulis telah mengikuti perbicaraan Anwar sejak kes Liwat I  lebih sedekad lalu, dan kes dakwaan salahguna kuasa yang dibawa hingga ke Mahkamah Persekutuan pada tahun 2004.

Malaysiakini

Khalid Samad kata Individu yang pijak gambar Rosmah dan Najib ini mungkin ditaja UMNO (Video Inside)

Posted: 03 Sep 2012 07:06 PM PDT


Ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad tidak menolak kemungkinan individu yang memijak potret Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor tersebut diupah oleh Umno demi untuk dijadikan sebab untuk menghentam Pakatan Rakyat (PR).

"Tidak mustahil Umno yang taja mereka untuk mencetuskan provokasi serta memperbesarkan isu berkenaan," katanya ketika dihubungi oleh The Malaysian Insider semalam.

Khalid menasihati pemimpin Umno agar mencermin diri sendiri mereka terlebih dahulu sebelum menunding jari kepada PR dalam isu potret PM dan isterinya yang dipijak pada malam perhimpunan "Janji Bersih" yang berlangsung di Dataran Merdeka Khamis lalu.


Potret Khalid juga pernah dipijak pada tahun 2009 oleh beberapa individu daripada NGO Melayu pro-Umno semasa perhimpunan "Kepala Lembu" di bangunan Setiausaha Kerajaan (SUK) Selangor bagi membantah cadangan pemindahan kuil Hindu ke kawasan mereka.

"Saya dan pimpinan PAS tidak menyokong tindakan individu yang bertindak memijak potret PM, namun begitu, mereka daripada Umno tidak boleh pilih kasih dan perlu mencermin diri sendiri sebelum menunding jari kepada PR dalam insiden tersebut," katanya.


Yang Dipertua PAS Shah Alam itu juga mengungkit beberapa kes sebelum ini apabila terdapat gambar yang berlegar di ruang maya menunjukkan potret pemimpin parti tersebut seperti Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang dihina dengan beberapa indvidu bertindak kencing ke atas poster mereka.

Khalid menegaskan PR konsisten dengan pendirian mereka dan tidak akan berkompromi dengan tindakan tidak berakhlak sedemikian dan memberikan contoh insiden memijak gambar oleh pemimpin DAP di Perak kerana tidak berpuas hati dengan kes lompat parti hingga menumbangkan kerajaan PR di Perak.

"Kami dalam PR konsisten, sebagai contoh kes di Perak. Kami tidak bersetuju dengan tindakan beberapa pemimpin dalam PR yang memijak gambar tiga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) yang melompat sokong BN," katanya.

Isu-isu sedemikian dianggap oleh Khalid sebagai modal Umno menjelang pilihan raya umum (PRU) ke-13, sambil menyifatkan ia sebagai perkara remeh-temeh jika dibandingkan dengan isu dasar, pentadbiran, ketelusan dan tanggungjawab kepada rakyat yang diketengahkan oleh PR.

"Berbanding dengan isu yang dibawa Umno, PR lebih mengutamakan isu umum yang lebih penting seperti isu dasar, kecekapan, pentadbiran yang telus dan bukannya isu remeh seperti ini," tambah beliau.

Insiden memijak potret tersebut mendapat perhatian pihak Polis Diraja Malaysia. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin semalam dalam kenyataan kepada The Malaysian Insider menyatakan pihaknya akan menyiasat insiden tersebut mengikut Seksyen 290 Kanun Keseksaan kerana menimbulkan mudarat serta Seksyen 504 Kanun Keseksaan dengan sengaja mengaibkan dengan niat hendak memecahkan keamanan.



Dalam perhimpunan "Janji Bersih" anjuran Gabungan Janji - gabungan 47 badan NGO malam Khamis lalu, beberapa laporan media menyelar tindakan peserta yang bertindak memijak gambar pemimpin negara, menunjukkan punggung dan mempamerkan bendera "Sang Saka Malaya" yang dikatakan bagi menggantikan Jalur Gemilang.

Himpunan tersebut yang tamat sejurus detik 12 malam telah berlangsung dengan kehadiran sekitar 5,000 penyokong mereka menunjukkan komitmen kepada demokrasi dengan sempena sambutan ambang Merdeka negara - The Malaysian Insider

Tiada ulasan: