Anak Sungai Derhaka |
- PANAS!! Gambar Skandal VVIP Pulau Pinang didedahkan Blogger UMNO.. tapi Kantoi lagi!!
- Kerana Rapid Pengerang, UMNO/BN musnahkan 10 Kampung Melayu...
- Lebih 3,000 bantah Rapid di Pengerang
PANAS!! Gambar Skandal VVIP Pulau Pinang didedahkan Blogger UMNO.. tapi Kantoi lagi!! Posted: 30 Sep 2012 06:20 AM PDT Berbekalkan gambar di atas seorang Blogger UMNO sekali lagi cuba untuk menimbulkan persepsi negatif masyarakat terhadap Pemimpin Pakatan Rakyat di utara tanah air.. Aku petik dari Pisau.Net ni.. " Seperti yang MiM katakan sebelum ini, blogger tersohor Pulau Pinang, Media Permatang Pauh (MPP) telah mendedahkan sebahagian lagi daripada foto seorang supermodel bersama seorang VIP parti politik di Pulau Pinang."Untuk menghangatkan suasana.. sekeping lagi gambar disiarkannya.. Ini sebahagian petikan dari artikel di atas.. Ye lah kann.., orang alim dan juga dilantik sebagai 'pemimpin agama' macam tu takkanlah boleh bersubahat didalam hal-hal dosa kann.. Siapakah VIP parti politik di Pulau Pinang yang menjadi mangsa Blogger UMNO kali ini pula? Lelaki tersebut tak lain dan tak bukan ialah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng manakala amoi cun di sebelahnya ialah Lin Chi Ling supermodel dari Taiwan. Tengok ni...
Lin Chi Ling ialah aktress dan juga supermodel dari Taiwan yang telah diterbangkan khas dari Taiwan untuk merasmikan sebuah premis yang menjual minauman keras di Auto City, Perai yang dikenali sebagai 'Over Time' pada 18 Disember 2010.. Bukan gambar minggu lepas atau bulan lepas tapi gambar dua tahun lepas.. Tengok ni.. bapa Guan Eng, Lim Kit Siang pun hadir sebagai jemputan dalam majlis pembukaan rasmi itu.. Berikut pula adalah video konvoi 'Super Car' yang dipercayai milik Guan Eng yang diguna untuk menambat hati Akterss dari Taiwan itu.. tengok lee... Nih.. manusia yang dipercayai merakamkan gambar yang menjadi sumber gambar untuk memfitnah Gua Eng yang digunakan oleh pencacai UMNO itu.... pencacai MCA lah ni.. tengok lee.. Aku ada ramai kawan yang berbangsa Cina di Pulau Pinang ni.. dalam kebanyakkan majlis yang mereka raikan.. terutamanya majlis perkahwinan.. Arak bukanlah satu perkara yang luar biasa buat mereka.. depa kata biasalaaa... err.. tak pernah lah pulak aku dengar depa tu kata arak itu haram buat depa... Nak kesah apa.. depa tu bukan Islam pun.. Pemimpin UMNO sendiripun ramai yang tunggang arak.. Ni sikit pesanan buat Media Permatang Pauh (Teman tapi musuh satu Parlimen dengan aku).. kalau hang mau gambar lagi panas.. Maksud aku gambar Anwar Ibrahim dengan Wanita Singapura di dalam Hotel di Alor Setar, hang boleh request dari aku melalui e-mail.. alamat kat atas tu.. Kalau hang malu.. tak apa.. aku faham.. hang boleh tengok dan copy di ( SINI ) | ||||
Kerana Rapid Pengerang, UMNO/BN musnahkan 10 Kampung Melayu... Posted: 30 Sep 2012 03:41 AM PDT Perlaksanaan projek ini akan mengakibatkan 10 Kampung dengan jumlah penduduk seramai 25,000 orang akan dipindahkan.. Manakala 6 Masjid, 11 Surau, 13 Sekolah, 14 rumah ibadat, 3 Klinik Kesihatan, 2 Balai Polis, 11 Tanah Perkuburan Islam dan 7 Tanah perkuburan bukan Islam akan hilang dari pandangan... 25,000 orang penduduk Kampung yang dikeluarkan dari kampung milik mereka itu sudah pasti majoritinya adalah Melayu.. Sekali lagi dalam hal ini UMNO membuktikan bahawa mereka adalah pejuang tanah Melayu.. maksud aku pejuang dalam hal menjual tanah milik masyarakat Melayu..
**************************************** TERAS menolak projek Rapid Petrokimia Petronas yang diumumkan akan dilaksana di Pengerang Johor sebagai projek mengutamakan rakyat. Dengan pemindahan penduduk dari 10 kampung tardisional, tidak mungkin boleh diterima sebagai mengutamakan rakyat. Jika benar projek yang hendak diperkenalkan adalah untuk kepentingan rakyat sepatutnya pandangan rakyat diperolehi terlebih dahulu. Kami berpendapat pengumuman PM bahawa projek itu akan dilaksanakan tanpa terlebih dahulu melalui proses perundingan awam adalah tindakan yang mengenepikan hak rakyat untuk memberi maklumbalas. Pendekatan kerajaan memaksa rakyat menerima projek pembangunan yang bersifat pengambilan kampung halaman dan memaksa penduduk dipindah adalah pendekatan diktator yang sering dihadapi oleh rakyat di negara membangun. Rakyat sering dijadi mangsa dengan alasan bahawa pembangunan diperlukan dan rakyat perlu berkorban . Pihak pemaju projek selalunya mendapat perlindungan kerajaan dan kerajaan pula sering mengiakan kehendak pemaju. Teras tidak menerima pendekatan yang sudah lama ditolak oleh rakyat di kebanyakan negara membangun sekarang kerana pendekatan seperti ini akan selalu mengakibatkan kerosakan dan kemusnahan alam sekitar , peminggiran penduduk, kesan sosio-budaya yang negatif dan kepentingan penduduk tempatan diketepikan untuk diambil alih oleh orang luar. Ini bukan kali pertama rakyat diketepikan. Janji awal bahawa puluhan ribu peluang pekerjaan akan disediakan , biasanya tidak berlaku bila projek berskala besar ini dilaksanakan. Perubahan iklim ekonomi semasa sentiasa menjadi helah kenapa syarikat tidak dapat memberi peluang pekerjaan seperti yang diramalkan dan adakala terpaksa membuang pekerja. Projek mega seperti ini akan selalunya mengutamakan kepentingan ekonomi dari yang lain. Dalam pengalaman pelbagai projek yang telah dilaksanakan akhirnya pekerja asing diambil dengan alasan kos upah lenih murah dan penduduk tempatan akhirnya terpinggir. Pengalaman seperti ini bukan baru. Projek Perwaja di Kedah yang akhirnya rugi kini dipenuhi oleh pekerja luar dan tidak berlaku sebarang keuntungan dan limpahan ekonomi seperti dijanjikan berlaku. Teras berpendapat bahawa kerajaan tidak seharusnya meneruskan pendekatan "dari atas ke bawah" (top down) seolah kerajaan lebih tahu semua dari rakyat. Sebaliknya pendekatan yang lebih mesra rakyat iaitu "dari bawah ke atas" (bottom up) sepatutnya digunakan jika kerajaan benar- benar jujur mengguna prinsip rakyat diutamakan. Teras membantah keras pengambilan tanah rakyat oleh projek Rapik Petronas di Pengerang apatah lagi tanah yang melibatkan perkampungan tradisional Melayu. Sudah terlalu banyak tanah orang Melayu menjadi mangsa atas nama pembangunan yang akhirnya mengakibatkan orang Melayu terpinggir dan menjadi hamba kepada orang lain di atas tanah asalnya sendiri. Mohd Azmi Abdul Hamid Presiden TERAS *Kenyataan Media oleh TERAS* | ||||
Lebih 3,000 bantah Rapid di Pengerang Posted: 29 Sep 2012 08:27 PM PDT Perhimpunan kumpulan peserta Himpunan Hijau Lestari Pengerang di Johor yang dirancang bagi membantah projek petrokimia Rapid dijadual bermula sekitar jam 10 pagi. Penduduk di perkampungan nelayan itu, diketuai satu gabungan NGO, mendakwa mereka tidak dirunding dan bimbang projek besar bernilai RM60 bilion itu akan menjejaskan alam sekitar, kesihatan dan punca ekonomi mereka. Mereka akan berkumpul di dua lokasi – sejauh kira-kira satu kilometer dari tempat perhimpunan, sebelum berarak ke Dataran Sungai Rengit di Pengerang. Kumpulan peserta perhimpunan itu akan membawa maskot udang besar sebagai lambang hasil pengeluaran utama kawasan itu. LAPORAN LANGSUNG 10.45am: Jumlah peserta perhimpunan meningkat kepada 3,000 orang. Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Mazlan Aliman menyenaraikan sebab mengapa Pengerang dipilih untuk projek Rapid, yang disambut dengan laungan "boo" dari peserta perhimpunan. 10.15am: Wakil dari pelbagai NGO diberi peluang untuk berucap, seorang demi seorang. Para jurugambar mengadu tidak cukup masa untuk merakam gambar. 10am: Himpunan Hijau Lestari Pengerang dimulakan dengan bacaan doa. Sementara itu, seorang wartawan Citizen Journalist Malaysiakini mendakwa keretanya disimbah asid pagi ini. "Saya tidak tahu mengapa saya jadi sasaran," katanya. Beliau berada di Pengerang sejak jam 3 pagi semalam bersama beberapa orang untuk merakam satu video mengenai serangan sama ke atas kereta Lim Hwee Seng - seorang bekas guru dan penduduk lama kawasan itu. Kejadian itu dipercayai berlaku di kediaman Lim yang terletak kira-kira lima minit perjalanan daripada lokasi perhimpunan. 9.55am: Seramai kira-kira 1,500 orang mula berarak dari Tokong Bao An ke lokasi perhimpunan yang terletak sejauh kira-kira 1km. Mereka melaungkan slogan "Hidup rakyat", "Tolak Rapid", "Tolak BN" ketika beregerak ke arah Dataran Sungai Rengot di Pengerang. Kebanyakan daripadanya merupakan penyokong pembangkang dari seluruh negara. Seramai kira-kira 40 anggota unit amal PAS membantu mengawal trafik dan keselamatan. 9.30am: Peserta di Tokong Bao An meningkat kepada kira-kira 500 orang. Kumpulan peserta itu membawa kain rentang dengan slogan bantahan ke atas projek penapisan minnyak dan ramai yang mengambil peluang untuk merakam gambar. Salah satu kumpulan dari Pagoh melaungkan "Turun Muhyiddin" dalam bahasa Cina - yang merujuk kepada Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Salah satu kumpulan lagi dari Segamat melaungkan: "Kami sokonga Pengerang". 9.05am: Penganjur meminta peserta berusia bawah 15 tahun meninggalkan lokasi sebelum perhimpunan bermula jam 10 pagi, selari dengan Akta Perhimpunan Aman 2012. Pengumuman melalui sistem siar raya itu juga meminta individu yang bertopeng supaya menanggalkannya. 8.45am: Jumlah peserta di Dataran Sungai Rengit meningkat kepada kira-kira 300 – kebanyakan daripada mereka berteduh di bawah rimbunan pokok atau di bawah bumbung kedai. 7.50am: Lebih 120 orang diketuai CEO Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor Tang Ah Chai tiba dengan tiga bas dan menyertai kumpulan Jawatankuasa Haramkan Sianida Bukit Koman yang menaiki satu bas lain. Pengerusi Jawatankuasa Haramkan Sianida Bukit Koman Wong Him Hoong memberitahu Malaysiakini bahawa pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan menahan sebuah bas daripada memasuki lebuhraya dalam perjalanan ke Pengerang. "Ini memaksa kami menggunakan jalan lama ke Pengerang," kata Wong. Menurut ketua pergerakan pemumuda sosialis DAP Tan Hong Pin, polis membuat sekatan di plaza tol Ulu Tiram di Lebuhraya Desaru. ~ Malaysiakini |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan