Jumaat, 28 September 2012

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Najib beri ‘gula-gula’ untuk penjawat awam, anak muda.. eh? apahal Muhyiddin ni?

Posted: 28 Sep 2012 09:19 AM PDT


Ketika Datuk Seri Najib Razak menawarkan "gula-gula" dalam Bajet 2013 hari ini, Timbalannya Muhyiddin Yassin memerhati sambil mencebik kearahnya.. apahal agaknya?

Datuk Seri Najib Razak menawarkan "gula-gula" dalam Bajet 2013 hari ini, menggunakan RM3 bilion wang pembayar cukai untuk pemberian wang tunai kepada keluarga berpendapatan kurang daripada RM3, 000 dan bonus 1.5 bulan untuk 1.4 juta penjawat awam dalam apa yang dilihat sebagai bajet pilihan raya sebelum pilihan raya akan datang, perlu diadakan menjelang pertengahan 2013.

Perdana menteri yang juga menteri kewangan juga memberikan RM250 bagi yang belum berkahwin dan berumur 21 tahun ke atas dan berpendapatan kurang daripada RM2,000, yang membentuk seramai 3 juta pengundi baru dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Pelajar-pelajar sekolah juga akan mendapat RM100 setiap seorang dari Putrajaya tahun depan manakala RM1.2 bilion telah diperuntukkan untuk golongan tua, kanak-kanak, pekerja kurang upaya dan mereka yang mempunyai penyakit kronik di bawah Program Kebajikan 1Malaysia.

Najib juga mengurangkan satu peratus cukai pendapatan bagi yang berpendapatan RM50,000 pendapatan bercukai setahun, menyediakan bantuan kecil kepada 1.2 juta pembayar cukai  dalam negara yang mempunyai rakyat seramai 28 juta.

Tetapi Barisan Nasional (BN) memotong subsidi gula sebanyak 20 sen/kg, meninggalkan subsidi sekarang pada 34 sen/kg, menurunkan bil subsidi gula kepada RM278 juta pada harga semasa.

Kerajaan juga akan membelanjakan RM1.9 bilion untuk membina 123,000 unit perumahan untuk mereka yang berpendapatan antara RM3,000 dan RM5,000.

Antara beberapa tajuk lain rancangan perbelanjaan kerajaan seperti:

— RM500 juta akan diperuntukkan untuk projek Kehidupan Sungai bagi membaikpulih Sungai Klang

— RM 9 billion untuk Mass Rapid Transit (MRT)

— RM 200 juta untuk Dana Industri Halal

— RM 1 billion untuk perusahaan kecil dan sederhana (SMEs) Bumiputera

— Pencen minimum ditingkatkan dari RM720 ke RM820 bagi yang berkhidmat sekurang-kurangnya 25 tahum

— RM38.7 billion untuk meningkatkan kualiti pendidikan negara dengan tambahan RM 500 juta untuk melatih guru bagi subjek penting seperti Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia, Sains dan Matematik

— Geran dan insentif untuk memulakan tadika dan pusat jagaan kanak-kanak dengan RM1.2 billion peruntukan bagi pembangunan pendidikan pra sekolah

— RM1billion untuk membaik pulih sekolah

— RM400 juta untuk sekolah kebangsaan dan RM100 juta untuk sekolah Cina, Tamil, agama, berasrama penuh dan MRSM

— "Skim Rumah Pertama Saya" had pendapatan bagi pinjaman individu meningkat dari RM3, 000 hingga RM5, 000 sebulan, dan sehingga RM10, 000 bagi pinjaman bersama pasangan berkahwin.

— Had bagi pengecualian duti setem bagi rumah dinaikkan daripada RM350, 000 hingga RM400, 000. Pengecualian ini juga diperluaskan sehingga Disember 2014.

— Cukai keuntungan hartanah meningkat daripada 10 peratus kepada 15 peratus untuk hartanah yang dijual dalam tempoh dua tahun dari tarikh pembelian, dan daripada 5 peratus hingga 10 peratus bagi hartanah yang dijual antara dua dan lima tahun.

— Nilai Baucer Buku 1 Malaysia untuk pelajar meningkat daripada RM200 kepada RM250.

— Pelepasan cukai untuk pendidikan tinggi meningkat daripada RM4, 000 kepada RM6, 000.
Pelepasan cukai dua kali ganda bagi Skim Simpanan Pendidikan Negara, daripada RM3, 000 kepada RM6, 000.

— Dua puluh peratus diskaun ke atas pembayaran penuh pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) antara 1 Oktober 2012 dan 30 September, 2013.

— Sepuluh peratus diskaun ke atas ansuran pembayaran balik tetap pinjaman PTPTN.

— FELDA akan membina 20,000 unit perumahan bernilai RM1.5 bilion di 5,000 ekar tanah FELDA.



~ The Malaysian Insider

LIVE!! Fathul Bari, Ulama Muda UMNO membicarakan tentang perlaksanaan Hudud di Malaysia..

Posted: 28 Sep 2012 06:32 AM PDT


Team Kosuke membawakan kepada anda secara langsung dari Dewan Serbaguna Kg. Telok Kecil, Pulau Pangkor, Perak .. Ceramah Agama bertajuk Perlaksanaan Hukum Hudud (Hukum yang ditolak Najib dan Mahathir) di Malaysia oleh Ustaz Fathul Bari….


SAKSIKAN!!

EKSKLUSIF! Berita dari Sarawak yang tak akan disiarkan oleh TV3, RTM mahupun Utusan..

Posted: 28 Sep 2012 01:40 AM PDT


Murum, Sarawak - Kira-kira 200 orang terdiri wanita, lelaki dan kanak-kanak dari Kaum Penan dan Kenyah telah megadakan sekatan jalan yang menuju ke projek Empangan Murum di pendalaman Sarawak.

Mereka hanya akan melepaskan kenderaan yang ditahan jika CEO Sarawak Energy yang merupakan rakyat Norway setuju untuk bertemu dengan mereka dan memenuhi permintaan mereka di sekatan tersebut.

Sarawak Energy adalah firma yang bertanggungjawab terhadap projek empangan dan penjanaan elektrik yang berkapasiti 944MW.

Seterusnya korang bacalah di bawah ini..

Natives block construction works on mega-dam in Malaysian rainforest


Early morning of 26th of September, 200 Penan and Kenyah women, men and children put up a blockade on the access road to the 944 MW Murum dam in the interior of Sarawak, located on the Malaysian part of Borneo island.

They will only let the supply trucks pass their blockade, if the Norwegian CEO of Sarawak Energy, the agency in charge of the construction of the dam and electricity generation in Sarawak, and Sarawak's authorities are willing to meet them at the blockade site and agree to their demands.
141m high Murum dam, under construction by China's Three Gorges Corporation, affects at least 1,400 people from the ethnic groups of the Western Penan and the Kenyah and will start flooding almost 250km2 of rainforest and farmland once it is completed by early 2013.  

The natives have decided to install the blockade because the responsible government authorities and Sarawak Energy have never taken their demands seriously. With the construction work entering the final phase, they feel urged to act and pressure for their rights.  

At a press conference today, they presented an open memorandum addressed to the implementing authorities to solve pending issues concerning their rights to land and forest and the involuntary resettlement.  
They have witnessed how the quality of life decreased for their neighbouring communities affected by Bakun dam, one of the biggest dams in Asia, when they were forcefully displaced in 1998. They do not want to face the same fate: loss of livelihood, poverty and loss of culture.

Two key figures in the construction of Murum dam are Norwegian Torstein Dale Sjotveit, who is CEO of Sarawak Energy, and Australian Andrew Pattle, seconded from Hydro Tasmania to Sarawak Energy to lead the construction works at Murum dam.  

Whereas Pattle has recently been in the news because he admitted that "safety and environmental standards are not given much importance in Sarawak", Torstein Dale Sjotveit has been facing criticism as he is spearheading Sarawak's plans to build at least 12 new dams in Sarawak's interior until 2030 – Murum dam just being the first one.


As the responsible Sarawakian authorities refuse an open and transparent communication, the real impact of the project is difficult to estimate. What is clear is that Baram dam, the next dam on the list after Murum dam, will alone flood 400km2 and displace 20,000 natives.

This indicates that hundreds of square kilometres and tens of thousand people will be affected if they implement the full-scale project.
Torstein Dale Sjotveit is currently facing strong rejection in Sarawak. He has not only already received lots of letters from angry communities asking him to immediately put the dam endeavour on halt, but also faces a corruption complaint in Malaysia.  

Natives accuse him of abusing his position as head of Sarawak Energy to favour companies linked to the family of Sarawak's Chief Minister Abdul Taib Mahmud.  

Among other things, they criticize that Sarawak Energy granted a MYR 99 million (USD 31.8 mio.) power transmission line contract to Universal Cable, a company linked to Abu Bekir Taib, son of the Sarawak Chief Minister, without public tender.  

Universal Cable is a subsidiary of Sarawak Cable, of which Abu Bekir Taib holds 42% of the shares.

Brought to you by Bruno Manser Fund

Berita yang tak disiarkan oleh TV3 dan RTM

Posted: 27 Sep 2012 10:07 PM PDT


Para pembina empangan di Sarawak kini tahu dan sedar betapa sukarnya untuk menutup kebocoran sesuatu berita mengenai kegiatan mereka.

Kebenaran dan hakikat mengenai rancangan-rancangan bermalapetaka Taib dan kesan buruknya ke atas orang-orang yang terjejas dan juga ke atas alam sekitar akhirnya telah didedahkan menerusi rancangan Last Frontier di stesen TV Dateline Australia.

Sejak filem rencana itu diterbitkan beberapa minggu lalu, pemain terbesar rancangan pembinaan empangan itu telah cuba menghalang dan membuli penerbit SBS. Mereka juga telah berusaha sedaya-upaya menggesa syarikat penerbitan filem itu untuk mengeluarkan filem itu dari internet.Pembina empangan dari Australia, Hydro-Tasmania, yang bertindak selaku penasihat bagi kesemua rancangan pembinaan empangan telah melobi untuk menyuruh SBS mengeluarkan permohonan maaf secara formal bagi rancangan yang telah diterbitkan itu!Dengan pengunduran diri pihak SBS, syarikat-syarikat itu telah dilihat sebagai suatu alat untuk mendera orang-orang Sarawak yang telah menentang pemusnahan ke atas tanah-tanah mereka.

Saluran TV Al Jazeera itu yang terkenal sebagai saluran berita 24 jam di dunia itu dan beribu-pejabat di Doha, telah lama mengikuti perkembangan pentadbiran Taib Mahmud di Sarawak.Pada siaran tahun 2009 TV 101 East telah mempersoalkan penglibatan Taib dalam perniagaan keluarganya. Siaran itu telah memfokuskan laporannya pada sejumlah wang yang banyak yang digunakan oleh syarikat CMS milik keluarga Taib dalam memonopoli penjualan simen untuk menyokong pembinaan empangan di Sarawak.Empangan Bakun adalah sebuah pasaran tunggal terbesar bagi simen CMS sebagai mana dilaporkan oleh Howard Davies, namun syarikat itu juga mendapat keuntungan beratus-juta dollar dalam bentuk kontrak-kontrak lain yang diberikan oleh Taib kepada dirinya sendiri dalam apa yang dianggap sebagai percanggahan kepentingan.

Dari sebuah perniagaan dalam industri pembuatan simen secara kecil-kecil, kini CMS adalah sebuah syarikat terbesar di negeri Sarawak. CMS dikaitkan dengan pembinaan Bangunan Dewan Undangan Negeri yang baru, Pusat Konvensyen Borneo Kuching, jalan-jalan raya, empangan-empangan, stesen-stesen janakuasa, hospital-hospital, lapangan-lapangan terbang, jambatan-jambatan dan urusan membaikpulih lebuh raya pan-Borneo, kesemua ini mececah nilai ratusan juta dollar US" [Fight for power, Al Jazeera]Al Jazeera juga mendapati bahawa jurucakap yang mempromosikan empangan-empangan di Sarawak adalah seorang lagi saudara mara terdekat kepada Taib Mahmud, adik iparnya yang dahulunya bertugas sebagai Pengarah Urusan, Abdul Aziz Husain.Jika dalam sedikit masa dahulu, SBS dikutuk kerana pendedahan mereka mengenai kegiatan haram pemimpin Sarawak itu, kini Al Jazeera boleh bersedia menerima utusan surat guaman yang akan digunakan untuk membuli mereka.

Syarikat Hydro-Tasmania (dan juga Ta Ann) telah melenting kerana peranan mereka di Sarawak telah dilaporkan secara 'lebih-lebih' dan mereka enggan dipertanggungjawabkan sebagai pembawa masalah terhadap alam sekitar dan sosial berkaitan rancangan empangan Taib itu.Sally Begbie, dari SBS telah mengalah dan menerima kritikan dari Hydro-Tasmania dan Ta Ann dalam masa beberapa jam sahaja. Namun, berapa banyakkah kajian yang telah dia jalankan selama ini?Pertubuhan International Rivers tahu betul akan semua undang-undang dan peraturan-peraturan berkaitan pembinaan empangan dan mereka telah menuliskan respon kepada Sally Begbie yang akur dengan kehendak Hydro-Tasmania.Tambahan lagi, Hydro-Tasmania telah dipaksa untuk mengakui bahawa penglibatannya dalam pembinaan empangan-empangan di Sarawak adalah secara ekstensif and penting.

Menjawab persoalan MP Kim Booth dari parti Green di Tasmania, Hydro-Tasmania mengumumkan dokumen-dokumen yang berkaitan dengan kontrak-kontrak mereka dengan kerajaan Sarawak, namun mereka telah menafikan penglibatan perniagaan dengan Sarawak.Kontrak-kontrak ini memperincikan beberapa khidmat penting, termasuk nasihat dalam rekabentuk Empangan Murum, membuat penilaian pada perbalahan kontraktual, dan yang lebih penting, membuat penilaian fisibiliti pada beberapa tapak untuk memberikan pandangan teknikal mengenai beberapa lokasi yang sesuai untuk pembinaan 12 buah lagi empangan cetusan idea Taib.Hydro-Tasmania juga mengada kajian-kajian fisibiliti ke atas dua buah lagi projek empangan hidro di Belaga dan Metjawah.

Oleh yang demikian, dengan adanya bukti yang menunjukkan penglibatan mereka dalam pembinaan empangan-empangan di Sarawak, apakah hak Hydro-Tasmania mengatakan peranan mereka telah diperbesar-besarkan atau diada-adakan?Dan jika mereka telah terlibat dalam banyak kajian fisibiliti yang telah diumumkan sebagai amalan baik, kenapa pula ianya perlu dirahsiakan?Menurut penafian mereka, Hydro-Tasmania boleh menerima hakikat bahawa dokumen-dokumen mereka itu mempunyai kepentingan awam, namun mereka juga mengatakan ianya boleh menggugat perniagaan mereka.

Adakah keuntungan untuk pihak Australia didahulukan manakala kehidupan dan masa depan orang-orang di Borneo boleh dikemudiankan?Adakah Hydro-Tasmania tetap mengakui bahawa piawaian mereka adalah yang paling tinggi dalam soal tanggungjawab sosial dan juga korporat apabila kajian-kajian fisibiliti mereka seharusnya dirahsiakan?

Ketua PKR yang juga ADUN Baru Bian yang memperjuangkan hak-hak orang asli orang-orang Sarawak telah menulis surat kepada SBS kerana mereka telah mengalah dan mengumumkan bahawa siaran itu suatu kesilapan. Hydro-Tasmania boleh menghantar peguam-peguam mereka lagi. Namun cerita ini timbul lagi bagaikan suatu kebocoran, bak kata pepatah, penafian-penafian mereka akan tetap dibasuh bersih oleh kebenaran.

~ Sarawakreport

Tiada ulasan: