Khamis, 27 September 2012

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Gambar Penjaga Gol Kebangsaan sokong 'ROYALTI' tersebar..

Posted: 27 Sep 2012 08:26 AM PDT

Sebelum itu.. buat yang masih tertanya-tanya apabendanya 'R' ni?..

'R' ialah Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas Ke Kelantan (ROYALTI) atau lebih dikenali sebagai "R"merupakan gabungan pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) yang mengabungkan lebih 58 buah ngo di Negeri Kelantan dengan berberapa tujuan iaitu:

~ Menuntut Royalti Minyak Diberikan Kepada Kerajaan Negeri Mengikut Akta Pembangunan Petroleum 1974 dan Perjanjian Antara Kerajaan Negeri Kelantan dengan PETRONAS pada 9 Mei 1975.

~ Menuntut Hak Pendaratan Minyak & Gas yang Dikeluarkan Dalam dan Luar Perairan Negeri Kelantan ke Negeri Kelantan sepertimana Titah DYMM Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Ke V pada Disember 2012 dan pada PLAK ROYALTI yang Ditandatangani oleh Baginda sendiri pada 5 Jun 2012 yang lalu.

~ Membina Hubungan Nasional dan Antarabangsa Dengan Negeri-Negeri serta Negara-Negara Pengeluar Minyak & Gas Bagi Mengajak Mereka Bersama-Sama Berjuang Menuntut Hak Hasil Bumi Di Kembalikan.

Sebagai anak Kelantan, Penjaga Gol Kebangsaan Khairul Fahmi Che Mat ataupun Apex turut menyatakan sokongannya terhadap 'ROYALTI' ataupun 'R'...

Gambar dari : Batu Vs Kayu

Mungkin kerana beliau tahu  negeri Kelantan sememangnya berhak terhadap royalti yang telah dinafikan oleh Kerajaan UMNO/BN maka kerana itu beliau melahirkan sokongannya terhadap tuntutan tersebut..

Malangnya ada juga puak bengong iaitu PERKASA telah melaporkan kepada Polis kononnya pihak Royalti telah menggunakan nama Sultan Kelantan..

Sedangkan Sultan Kelantan sendiri telah berkenan mencemar duli menandatangani plak Tuntutan Royalti Petroleum itu.... kalau dah lupa sila baca di ( SINI )

Taktik NGO mesra UMNO menghasut rakyat Selangor terdedah!!

Posted: 27 Sep 2012 05:53 AM PDT

Suatu masa dulu ketika aku berada di Negara Matahari Terbit, ada yang berkata kerana malas ianya menjadikan penduduk Jepun kreatif.

Ini kerana disebabkan malas itulah mereka telah berfikir untuk mereka cipta berbagai peralatan untuk melakukan kerja-kerja harian mereka baik di rumah mahupun di pejabat atau Kilang.

Tetapi di Selangor pula lain ceritanya.. kerana terdesak mahu merampas pentadbiran negeri tersebut dari Pakatan Rakyat, pencacai UMNO semakin kreatif..

Kreatif sehingga melanggar undang-undang yang ada..

Ini adalah satu lagi strategi haram jadah yang digunakan untuk menghasut rakyat Selangor supaya membenci Kerajaan Negeri yang sedia ada..

Apa yang dilakukan oleh pihak yang dipercayai menyokong UMNO/BN ialah dengan berselindung di sebalik nama NGO Jaringan Melayu Malaysia, mereka mengedar surat meminta Kerajaan negeri Selangor membeli hutang rumah penduduk dari Pihak Bank yang memberi pinjaman kepada penduduk.

Kononnya ini adalah selaras dengan apa yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri  pada November 2009 dimana Kerajaan Negeri Selangor melalui PKNS telah mengarahkan Selangor Industrial Corporation (SIC) membeli hutang Talam Corporation, Unisel dan PNB. 


Dalam surat JMM yang dihantar kepada penduduk di Taman Dagang itu juga, terdapat satu borang yang meminta setiap pemilik flat mengisi nama mereka, no rumah pembeli dan no akaun serta menurunkan tandatangan sebagai tanda persetujuan terhadap tuntutan yang dicadang.


Bayangkan jika ada penduduk yang termakan hasutan NGO tersebut dan percaya apa yang didakwa oleh Jaringan Melayu Malaysia itu… Mereka pasti akan mengisi borang di atas..

Apabila sudah mengisi borang di atas, permohonan mereka pasti akan diketepikan oleh Kerajaan Negeri Selangor..

Maka dengan itu sudah pasti dengan mudah NGO pro UMNO/BN itu boleh dengan mudah mempengaruhi mereka supaya menentang Kerajaan Negeri yang ada kerana lebih mengutamakan Talam Corporation, Unisel dan PNB dari mereka rakyat Selangor sendiri.

Pengurus perhubungan awam PKNS, Ishak Ibrahim dalam kenyataannya menuduh JMM cuba memberi tanggapan salah di mata umum. "Pengedaran surat ini satu tindakan berniat jahat dan menghasut," katanya dalam satu kenyataan di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam hari ini.


Berikutan itu dua laporan polis telah dibuat oleh pegawai undang-undang PKNS, Silawati Bt Mat Jusoh dan pengurus besar Selangor Industrial Corporation Ir Zulkefli Hj Khalid.

Dalam laporan polis tersebut, PKNS menegaskan tindakan JMM adalah berniat mencetuskan rasa takut , rungsing dan di dalam minda orang ramai terhadap PKNS serta mengaibkan dan menjatuhkan reputasi.

Silawati dalam kenyataannya turut berkata tuduhan JMM dan tindakan menghasut tersebut adalah menyalahi undang-undang dan boleh didakwa dibawah Fitnah Jenayah dibawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan.



Dari kiri, Pengurus perhubungan awam PKNS Ishak Hashim, peguam Sankara Nair, pembantu, pegawai undang-undang PKNS Silawati Bt Mat Jusoh, pengurus besar Selangor Industrial Corporation Ir Zulkefli Hj Khalid.


Hmmm.. macam ni punya cara pun pencacai UMNO/BN boleh fikirkan... terdesak sungguh nampaknya mereka untuk merampas Selangor...

Dakwaan sewa jet RM96,000 adalah tidak benar kata Tian Chua

Posted: 27 Sep 2012 01:37 AM PDT


Utusan telah melaporkan kos menyewa jet eksekutif selama dua hari untuk membawa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta beberapa pemimpin pakatan pembangkang ke Labuan, Sabah pada pertengahan bulan ini adalah RM96,000 (AS$30,000).

Menurut sumber, kos tersebut meliputi semua caj termasuk bayaran juruterbang, jurutera dan perkhidmatan lain yang dikenakan Tjets Sdn. Bhd. (Tjets).
Difahamkan juga urusan tempahan jet berkenaan dilakukan oleh seorang individu dari Sarawak.

Ini adalah jawapan Tian Chua..

KUALA LUMPUR, 27 Sept ― Selepas diasak dengan pertanyaan demi pertanyaan berhubung status jet yang digunakan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pemimpin pembangkang lain, naib presiden PKR, Chua Tian Chang hari ini pula tampil mencabar kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk menjelaskan maklumat lengkap status jet tersebut.

Malah, ahli Parlimen Batu itu juga turut menafikan telah mengeluarkan kenyataan bercanggah dengan Anwar berkenaan jet tersebut sama ada ianya disewa atau ditaja, sebaliknya meletakkan tanggungjawab membuat penjelasan kepada Jabatan Penerbangan Awam (DCA) dan Kementerian Pengangkutan.

"Tidak timbul soal percanggahan antara saya dan Anwar, pesawat itu memang disewa.

"Anda pergi semak sendiri... tak perlu tanya saya. Kami juga tunggu dan cabar kerajaan keluarkan semua maklumat-maklumat tersebut," katanya ketika ditemui pemberita di kawasan lobi Parlimen di sini.

Tian Chua juga menggesa kerajaan untuk menjawab kos sewa jet berkenaan yang digunakan untuk membawa Anwar ke Sabah ketika ditanya dakwaan bahawa adakah benar sewa jet itu bernilai AS$30,000 (RM96,000).

"Dakwaan kos RM96,000 adalah tidak benar... itu satu penipuan, sila semak dan tanya DCA, tanya kementerian pengangkutan.

"Pergi tanya menteri pengangkutan siapa pemiliknya, siapa yang menyewa.

"Semua fakta ada pada mereka," katanya sambil mengarahkan persoalan siapakah pemilik sebenar jet tersebut perlu diutarakan kepada Anwar.

"Kalau nak tahu siapa yang uruskan, tak boleh tanya saya, kena tanya Anwar.

"Saya tak berminat untuk dedahkannya," jelas Tian Chua  ~ The Malaysian Insider

Jawapan Kementerian Pelajaran mengenai'Soalan BERSIH dalam peperiksaan percubaan SPM'

Posted: 26 Sep 2012 08:22 PM PDT


Baru-baru ini tersebar di laman Facebook mengenai soalan percubaan SPM yang mempunyai soalan berhubung perhimpunan BERSIH 3.0.

Soalan yang dipercayai subjek pendidikan moral itu juga mengandungi dua gambar semasa berlakunya perhimpunan tersebut pada 28 April lalu.

Dengan merujuk kepada gambar yang diberi, soalan itu bertulis ''Adakah wajar atau tidak bagi seseorang warganegara itu untuk menyertai perhimpunan haram?''.

Soalan dipercayai disediakan oleh guru yang menyokong UMNO/BN, tujuannya ialah untuk memburukkan kempen BERSIH disamping cuba berpolitik dalam Sekolah..

Berikut adalah jawapan dari Kementerian Pelajaran Malaysia.
Kementerian Pelajaran Malaysia tidak bertanggungjawab berhubung soalan peperiksaan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini yang mempunyai soalan mengenai perhimpunan BERSIH 3.0.

Menurut seorang jurucakap bahagian lembaga peperiksaan kementerian itu, soalan percubaan SPM tidak dibuat oleh kementerian sebaliknya akan dibuat oleh Jabatan Pelajaran Negeri atau pihak sekolah sendiri.

''Soalan SPM sebenar sahaja yang pihak kementerian buat. Kalau soalan SPM percubaan, sama ada dibuat oleh pihak Jabatan Pelajaran Negeri bersama sekolah atau sekolah itu sendiri yang membuat soalan.

"Jika nak tahu lebih lanjut mengenai soalan (perhimpunan BERSIH 3.0), mungkin boleh tanya kepada pihak jabatan atau sekolah yang berkaitan," katanya ketika dihubungi .

Selain itu, ketika ditanya lebih lanjut mengenainya, jurucakap itu berkata, perkara itu pertama kali didengari mamandangkan pihaknya tidak menerima sebarang aduan mengenai perkara itu.

"Kertas itu subjek apa? Bagaimana soalannya? Kami tidak tahu mengenai soalan itu," katanya lagi ~ Malaysiakini

Tapi kalau lah soalan itu berbunyi begini "Siapakah yang mengarahkan Sirul dan Azilah membunuh Altantuya?" atau "Berapakah jumlah komisyen yang telah dibayar oleh Kerajaan Malaysia kepada orang tengah untu memiliki atau membeli Dua buah Kapal Selam"..

Aku yakin jawapan yang akan diberikan oleh Kementerian Pelajaran ialah "Pihak kami akan menyiasat dan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap guru berkenaan"

Dua atau tiga hari selepas kenyataan itu dikeluarkan, satu lagi kenyataan pula akan keluar "Guru yang terbabit menyediakan soalan peperiksaan itu telah dikenakan tindakan disiplin dan beliau telah diberikan notis tukar 24 jam ke pendalaman Sarawak"

He..he..he... betul tak Cikgu?

Buat cikgu-cikgu yang dah kena tukar sebab menyokong Pakatan Rakyat tu.. bersabarlah.. Andaikata PR melangkah ke Putrajaya dengan jayanya.. kita usulkan kepada Menteri Pelajaran yang baru supaya tukar semua Pengarah Pelajaran negeri dan pindahkan mereka ke Alaska...

Tiada ulasan: