Selasa, 25 September 2012

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Video Pencacai Tegar UMNO sedang 'Goyang Gerudi' pula tersebar!! Saksikan!!

Posted: 25 Sep 2012 07:23 AM PDT


Tarian gelek dengan alunan muzik dangdut yang amat 'menjelekkan' telah dihidangkan kepada khalayak pada malam kemuncak Kejohanan Bola Tampar Terbuka Terengganu 2012 di Teluk Mak Nik (Monica Bay) Chukai, Kemaman, pada Ahad 23 September.

Betapa 'retorik dan munafiknya' pemimpin Umno seolah-olah mempermain-mainkan ajaran Islam kerana hiburan 'haram' itu diadakan dalam tempoh tidak sampai seminggu, kononnya Umno bersikap 'luhur dan bersih'.

Pada 20 September, Perdana Menteri Najib Razak, bersungguh-sungguh menyeru orang ramai agar menyokong usaha Pemuda Umno yang akan mengadakan perhimpunan aman pada Jumaat 21 Septmber, mengecam filem Innocence of Muslims dan karikatur yang menghina Nabi Muhammad SAW.

Selang tiga hari, program kejohanan bola tampar pantai anjuran Kementerian Belia dan Sukan yang dirasmikan sendiri oleh Menterinya Shabery Cheek pada 20 September lalu, menganjurkan maksiat yang dilarang oleh Allah, agama Islam dan rasulNya.

 "Inilah wajah sebenarnya Umno, benarlah kata-kata mantan Presiden Umno, Mahathir Mohamad bahawa Umno adalah syaitan yang dikenali, yang berpura-pura, sehingga sanggup menipu seluruh rakyat negara ini, kononnya mereka cintakan Islam cintakan Rasul,

"sebaliknya, kita dapat lihat sendiri, apa yang pemimpin Umno Shabeery Cheek sendiri yang menganjurkan program kasiat itu,"tegas Ustaz satiful Bahri Mamat, Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Terengganu.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyampaikan ucapan pada program Ceramah Bongkar Isu Semasa yang diadakan di Kampung Baru Kuala Abang, dekat sini, semalam 24 September ~ Buletine Online


Kalau korang nak tengok video wanita-wanita UMNO terkinja-kinja macam kera sila lihat di ( SINI )

Kalau macam ni .. lambat lagilah Najib nak bubar Parlimen nampaknya..

Posted: 25 Sep 2012 03:24 AM PDT


Program transformasi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah berjaya meningkatkan sokongan rakyat terhadap Barisan Nasional, menurut kajian Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL).

Kajian yang dilakukan dalam bulan Mac hingga April dan bulan ini menunjukkan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia sebanyak RM500 kepada golongan berpendapatan kurang dari RM 3000 berkesan.

Kajian pertama yang dilakukan dari 31 Mac hingga 15 April menunjukkan 66 peratus menyokong BN. Hanya 24 peratus tidak bersetuju dan 10% tidak pasti.

Kajian kedua pula dari 1 hingga 16 September pula menunjukkan 61 peratus bersetuju, 23 tidak bersetuju dan 16 peratus tidak pasti.

Trend sama dapat dilihat melalui program perkhidmatan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) dan Klinik 1Malaysia (K1M).

68 peratus etuju KR1M

Sebanyak 68 peratus bersetuju dengan perkhidmatan KR1M berbanding dengan 28 peratus yang tidak dan 12 peratus tidak pasti empat bulan lalu.

Pada bulan ini pula, 56 peratus setuju, 26 peratus tidak bersetuju manakala 18 peratus tidak pasti.

Perkhidmatan klinik 1Malaysia pula diterima baik oleh 74 peratus dalam bulan April berbanding 65 peratus bulan ini.

Seramai 2282 responden telah menyertai kajian ini di dalam bulan April manakala 1536 responden menyertainya bulan ini.

Bagaimanapun terdapat kemerosotan sokongan terhadap Najib.

56 peratus terima Najib

Sebanyak 56 peratus terima baik pendekatan Najib terhadap masyarakat bukan Melayu di dalam bulan April namun penerimaan ini merudum kepada 43 peratus bulan ini.

Meskipun pendekatan Najib mendapat sokongan rakyat, beberapa isu nasional dijangka akan menjadi batu penghalang untuk menukar sokongan kepada undi.

Isu Perbadanan Fidlot Kebangsaan, kilang nadir bumi Lynas, dan integriti pemimpin BN bakal memberi cabaran.

Kajian yang dibuat menunjukkan 65 peratus dari 2, 282 responden dalam bulan April dan 55 peratus dari 1, 536 responden dalam bulan ini merasakan isu NFC boleh menjejaskan prestasi BN dalam pilihan raya umum ke 13.

Isu Lynas turut memperlihatkan trend yang sama dimana masing -masing 64 peratus dan 59 peratus akan memberi kelebihan kepada Pakatan Rakyat.

Integriti pemimpin Umno dan BN

Isu yang lebih membimbangkan BN ialah 70 peratus yang ditinjau dalam bulan April yakin bahawa isu integriti pemimpin Umno dan BN akan mengalihkan undi kepada Pakatan. Di dalam bulan ini pula, sebanyak 66 peratus masih yakin.

Ini tidak bermakna Pakatan Rakyat akan mempunyai jalan mudah ke Putrajaya.

Percanggahan pendapat di kalangan pemimpin Pakatan Rakyat dilihat sebagai halangan utama pengundi menyokong Pakatan Rakyat.

Sebanyak 55 peratus bersetuju bahawa percanggahan pendapat bersetuju faktor percanggahan menjadi faktor penolak Pakatan Rakyat dalam bulan April dan 59 peratus bersetuju dalam bulan ini.

Tinjauan yang dibuat turut mendapati terdapat peningkatan penolakan Pakatan Rakyat kerana kelemahan pentadbiran negeri di bawah Pakatan Rakyat yang didedahkan oleh media massa.

49 peratus BN terus berkuasa

Sokongan meningkat lima peratus kepada 48 peratus bulan ini berbanding 43 peratus pada bulan April lalu.

Dari sudut keyakinan terhadap pakatan politik yang akan menerajui kerajaan persekutuan, 49 peratus yakin pemerintahan BN akan berterusan dalam bulan April manakala hanya 44 peratus senada di dalam bulan ini.

Bagaimanapun tinjauan terbaru di Selangor menunjukkan Pakatan Rakyat mengekalkan kuasa.

Sebanyak 50 peratus yakin Pakatan Rakyat akan berkuasa.

Keadaan di Kedah berlainan kerana dalam bulan April hanya 37 peartus yakin Pakatan Rakyat berkuasa berbanding bulan ini di mana terdapat peningkatan sokongan sebanyak 48 peratus.

Pola di Kelantan pula cenderung kepada Barisan Nasional. Ini kerana keyakinan responden terhadap Pakatan Rakyat jatuh dari 44 peratus kepada 41 peratus manakala keyakinan terhadap BN meningkat dari 27 peratus kepada 32 peratus

~ Free Malaysia Today

Utusan dakwa Jet milik Ahli Perniagaan Malaysia.. eh!! bukan Jet itu milik Yahudi..

Posted: 25 Sep 2012 01:06 AM PDT

Lidah Biawak yang membawa maksud selalu berubah-ubah atau tidak dapat dipercayai adalah satu peribahasa yang sesuai diberikan kepada Lidah Rasmi UMNO atau Utusan Malaysia ini.

Ini kerana dalam laporan-laporan yang disiarkannya mengenai isu penggunaan jet peribadi oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini ianya jelas berubah-ubah dan sukar untuk dipercayai..

Dua laporan yang sememangnya mengelirukan bukan sahaja rakyat Malaysia yang membaca malah editornya sendiri akan turut keliru jika membacanya..

24 September Utusan melaporkan.. Seorang ahli perniagaan, Datuk Mohd. Taufik Omar mengaku menyewakan sebuah jet eksekutif milik syarikatnya kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim..


Dan dihari yang sama juga iaitu 24 Sept 2012 Utusan melaporkan jet eksekutif tersebut dimiliki oleh Wells Fargo Bank Northwest di Salt Lake City, Utah, Amerika Syarikat (AS) manakala operasinya dikendalikan oleh Bresnan International Aviation di White Plains, New York dan kedua-duanya dipercayai mempunyai kaitan dengan Yahudi.


Nak membelit akhirnya terbelit diri sendiri.. kesian kat yang masih percaya dengan apa yang dilaporkan Utusan ni..

Anwar naik jet kecoh 1Malaysia.. Zahid Hamidi naik jet peribadi ke Mekah ni kenapa diam?

Posted: 24 Sep 2012 09:31 PM PDT


Kerana ketandusan isu untuk menyerang DSAI, kebelakangan ini kita menyaksikan blogger-blogger UMNO menjadikan jet peribadi yang dinaikki oleh Ketua Pembangkang sebagai isu besar..

Lebih besar dari Skandal PERWAJA, lebih besar dari skandal PKFZ, lebih besar dari skandal BMF malah jauh lebih besar dari skandal NFC ataupun MRT.

Meskipun Anwar telah menjelaskan bahawa jet tersebut milik seorang rakan yang mahu membantu beliau di dalam program kempen memandangkan ketika itu beliau sangat memerlukannya.

Anwar turut menjelaskan bahawa pemilik jet peribadi jenis Dassault Falcon 7X tersebut boleh diperiksa kerana ia berpangkalan di Kuala Lumpur dan berdaftar dengan Jabatan Penerbangan Awam.

Menurut Anwar lagi beliau sengaja mengizinkan YB Tian Chua mengambil gambar mereka ketika berada di dalam jet tersebut dan disebarkan menerusi twitter supaya ia tidak menjadi suatu rahsia supaya ia "transparent".

Anwar menyifatkan media arus perdana termasuk blogger dan facebooker Umno sengaja memainkan isu ini untuk menakut-nakut golongan korporat agar tidak berani untuk menghulurkan bantuan seperti ini.

Sebenarnya ramai yang tidak menyedari akan apa yang tersirat dari peristiwa ini..

Ini sebenarnya membuktikan kepada kita semua bahawa golongan usahawan sudah mula yakin bahawa UMNO/BN akan tumbang pada PRU kali ini oleh itu mereka berani menghulurkan bantuan.

Menariknya dalam hal ini berlumba-lumba blogger-blogger UMNO melakukan pendedahan dari harga jet hinga kepada kos bahanapi diselidik mereka..


Bersungguh-sungguh benar mereka.. tetapi mengapa Zahid Hamidi yang pernah melakukan perkara yang sama dengan Anwar lakukan iaitu terbang menggunakan jet peribadi milik kawannya tidak dipersoalkan.

Anwar cuma meminjam jet peribadi milik rakannya untuk terbang di dalam Malaysia.. tetapi Zahid Hamidi terbang ke Arab Saudi untuk mengerjakan Haji..

KUALA LUMPUR, 15 Nov (Bernama) - Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengaku beliau terbang ke Arab Saudi untuk haji dalam jet peribadi tetapi milik kawannya, katanya.

Menteri Pertahanan itu berkata demikian bagi menjawab dakwaan beliau memiliki pesawat tersebut.

Beberapa blogger telah menuduh beliau rasuah, mempersoalkan bagaimana dia mampu mempunyai jet dengan pendapatan kerajaan.

Ahmad Zahid adalah anggota kedua Kabinet di bawah pemerhatian awam dalam beberapa minggu kebelakangan ini berikutan laporan Ketua Audit Negara bulan lalu.

Dalam mesej teks kepada The Malaysian Insider , Ahmad Zahid mengaku menaiki jet ke Mekah untuk haji baru -baru ini.

Anwar hanyalah seorang Ketua Pembangkang buat masa ini dan beliau sudah tentu tidak mampu memberikan sebarang imbuhan kepada rakan yang meminjamkan jet itu kepadanya.. tetapi Zahid Hamidi adalah seorang Menteri.

Anwar Ibrahim tidak merahsiakan penggunaan jet tersebut dengan membenarkan Tian Chua merakamkan gambarnya untuk disebar di dalam Tweeter..

Tetapi Zahid Hamidi merahsiakannya sehinggalah satu e-mail mendedahkan perkara itu.. sila baca e-mail tersebut di ( SINI )

Buat pencaca-pencacai UMNO tu.. dedahkanlah kalau berani berapa nilai jet yang Zahid Hamidi naik tu dan berapa pula kos bahanapi untuk jet itu..

Kalau tak silap aku.. amil Khir pun pernah terbang dengan jet peribadi untuk satu programnya di Kedah..

Pihak Penjara kata Jangkitan Kuman tapi kenapa jenazah lebam dan cedera ni?

Posted: 24 Sep 2012 06:00 PM PDT


"Ketika suami saya ditahan polis, tiada sebarang kecederaan pada badannya, namun ketika melihat jenazahnya kelmarin, saya dapat lihat ada kesan luka dan lebam. Ini amat menyedihkan saya."

Begitulah kata Suriati Hussein, 38 , balu kepada seorang tahanan reman yang meninggal dunia kelmarin selepas dihantar pihak penjara untuk menjalani rawatan jangkitan kuman di Hospital Sultanah Aminah, Johor.


Dia yang tinggal di Taman Seri Skudai, Johor berkata, suaminya ditahan polis sebagai suspek kes dera. Setelah tiga hari direman di lokap Balai Polis Seri Serdang, suaminya dibawa semula ke mahkamah untuk permohonan sambungan reman.

Ketika itu dia berkesempatan bertemu suaminya yang dilihat tidak bermaya serta mengalami bengkak kaki.

"Selepas tempoh reman selama seminggu tamat, mahkamah membebaskan suami dengan jaminan RM7,000 tetapi saya gagal membayar wang jaminan kerana tidak ada duit menyebabkan suami dipindahkan ke Penjara Air Molek.

"Bagaimanapun, pada 18 September lalu kira-kira jam 4.35 pagi, hospital memaklumkan kepada saya bahawa suami sudah meninggal dunia. Apa yang menyedihkan, saya tidak dapat berjumpa dengan suami hingga ke saat akhirnya.



"Selepas jenazah suami dibawa balik ke kampung halamannya di Lubuk Buntar, kira-kira jam 11 malam kelmarin, barulah saya berpeluang menatapnya dan ketika itu saya nampak ada kesan lebam dan luka di tubuh arwah," katanya.

Ibu kepada seorang anak itu mendakwa kecederaan pada tubuh arwah tidak ada ketika suaminya ditahan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bandar Baharu, Deputi Superintendan Helmi Aris ketika dihubungi berkata, sehingga kini keluarga si mati masih belum membuat sebarang laporan polis berhubung keraguan yang ditimbulkan.


Berita oleh Sinar Harian
Gambar pula oleh KahiryKimi sila lihat di ( SINI )

Bukan Mohd Ali Baharom pelakon 'Masaalah Air Selangor' itu.. lihat video ini..

Posted: 24 Sep 2012 10:55 AM PDT


Ini adalah rakaman oleh Malaysiakini yang mendedahkan akan satu pengambaran secara rahsia tapi terbuka (rahsia apa ke benda tah..) yang telah dijalankan oleh sebuah produksi pengiklanan yang kelihatan akan digunakan untuk menyerang kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Selangor dalam isu air..

Video ini juga secara tidak langsung membuktikan bahawa gambar yang disiarkan oleh beberapa blog yang menyokong Pakatan Rakyat bahawa individu yang berlakon telah dikenalpasti adalah tidak benar.. lihat gambar di bawah..


Dua orang lelaki yang kelihatan (berbaju merah dan hitam) memang sangat popular dengan kerja-kerja mendajalkan Kerajaan Negeri Selangor.. perhatikan warna lori tangki yang membawa bekalan air di atas kemudian perhatikan gambar dari video rakaman Malaysiakini di bawah..


Warna lori dan jenis lori yang digunakan adalah berbeza... dan untuk pengetahuan semua gambar di atas ialah gambar yang telah dirakamkan ketika penduduk di Taman Putra Budiman, Balakong, Seri Kembangan mengalami gangguan selama lapan hari.

Yang berbaju merah itu Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu manakala yang berbaju hitam pula ialah Sohaimi Shahadan Pengerusi Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS).

Selain itu Sohaimi Shahadan juga adalah Ketua Pemuda Umno Selayang yang juga Exco Pemuda Umno Malaysia merangkap Ketua Biro Ekonomi Dan Pembangunan Usahawan Pemuda Umno Malaysia

Dan perlu diketahui juga Sohaimi Shahadan juga adalah pemegang 35% saham dalam MalTechPro pembekal i-Pad 1Malaysia yang mahal gila.. sila baca di ( SINI ) mengenai i-pad itu..

Jadi buat yang dah menyerang Presiden Pasukan Senaman Punggung atau Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM), Mohd Ali Baharom tu.. pandai-pandailah korang..

Berikut adalah rakaman Malaysiakini mengenai Iklan air masalah air Selangor yang dikatakan berjalan secara 'rahsia' di PJ itu..


Aku tak menyokong Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu dan Ketua Pemuda Umno Selayang itu.. tetapi aku juga tidak menyokong fitnah dilemparkan terhadap mereka..........

Tiada ulasan: