Anak Sungai Derhaka |
- Video Wanita UMNO terkinja-kinja macam kera tersebar!! Saksikan!!
- KANTOI!! UMNO bayar produksi untuk keluar filem situasi catuan air di Selangor..
- Ingat Allah, ingat Nong Chik?.. kalau terdesakpun janganlah sampai macam ni..
- Komplot jatuhkan Mansor dari PKR didedah..
Video Wanita UMNO terkinja-kinja macam kera tersebar!! Saksikan!! Posted: 24 Sep 2012 03:48 AM PDT Kita pernah melihat Video Clip Najib dan Rais Yatim menari dalam majilis sambutan Aidil Fitri dalam Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak. Dalam video tersebut Najib menari nampak macam Mr. Bean.. Rais Yatim pulak nampak macam badut.. lihat video itu di ( SINI ) Kemudiannya kita dihidangkan pula dengan video bagai mana sekumpulan ahli lelaki dari Parti Politik perkauman yang mendakwa mereka adalah pejuang bangsa menari bersama seorang pondan.. Video ini suatu masa dulu pernah di 'upload' ke dalam YouTube, tetapi tiba-tiba dikeluarkan (removed) dari laman itu.. video asal sila lihat di ( SINI ) Kali ini mari kita akan menyaksikan pula, satu lagi adengan bagaimana ahli-ahli wanita dari parti perkauman atau parti syaitan meraikan sambutan kemerdekaan.. Sebelum itu baca laporan ini dulu.. KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak malam ini meluangkan masa hampir 45 minit untuk sama-sama memeriahkan majlis Merdekaraya anjuran Wanita Barisan Nasional (BN) Selangor yang diadakan di Finas, Ulu Klang di sini. Saksikan!! wanita-wanita UMNO sedang terkinja-kinja macam kera.. |
KANTOI!! UMNO bayar produksi untuk keluar filem situasi catuan air di Selangor.. Posted: 24 Sep 2012 12:28 AM PDT Najib pernah berkata 'by hook or by crook' UMNO/BN akan merampas Selangor pada PRU13 nanti dan ini adalah antara perancangan yang berjalan untuk memburuk-burukkan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor. Perlu diketahui bahawa Negeri Selangor adalah negeri yang paling kaya dalam Malaysia dimana simpanan tunai yang dimiliki Selangor adalah sekitar RM2 Billion sehingga kini. Bagi merealisasikan hajat Najib itu berbagai cara digunakan dari mendaftar seramai mungkin PATI yang diberikan IC sebagai pengundi hinggalah menerbitkan filem untuk memburuk-burukkan Kerajaan negeri yang ada sekarang ini.. Tiada halal, tiada haram.. tak peduli dosa atau pahala segalanya diredah asalkan RM2 Billion boleh dijarah oleh pemimpin-pemimpin UMNO.. ********************************************** PETALING JAYA 24 SEPT: Sebuah produksi hari ini dikesan menjalankan penggambaran yang menggambarkan situasi krisis air bagi memburukkan Kerajaan Negeri Selangor. Penggambaran yang dijalankan di sebuah pangsapuri yang terletak di Petaling Jaya itu melibatkan kira-kira 300 pelakon yang majoritinya bukan penduduk di situ. Menurut beberapa pelakon, mereka dibayar RM50 setiap orang. Malah beberapa di antara mereka termasuk beberapa krew juga tidak mengetahui tujuan penggambaran tersebut dibuat. Selain itu menurut bekas Pengerusi JMB, Dr S Paramanathan, bekalan air di rumah mereka pada masa ini berada dalam keadaan baik, tidak seperti yang cuba digambarkan. "Air di sini okey saja. Dulu ada juga tapi disebabkan masalah pam atau kegagalan JMB bayar air kepada Syabas(Syarikat Bekalan Air Selangor)," kata beliau. Beliau juga memberitahu penduduk di situ berasa kesal keputusan JMB memberi kebenaran penggambaran di buat di kawasan kediaman mereka. Seorang penduduk yang mahu dikenali sebagai Jenny mendakwa beliau dimaklumkan pihak JMB dibayar sebanyak RM15 ribu oleh produksi sebagai sewa tapak lokasi pengambaran. Tinjauan TV Selangor di lokasi penggambaran mendapati beberapa orang yang terlibat tidak mengetahui tujuan penggambaran tersebut dibuat. Beberapa penduduk yang ditemui juga melahirkan rasa kesal dengan tindakan JMB yang memberikan kebenaran penggambaran itu dijalankan di kawasan kediaman mereka. Berdasaran peralatan yang digunakan oleh produksi tersebut, ia dipercayai menelan kos yang besar. Di lokasi penggambaran mendapati sekurang-kurangnya sebuah kren, beberapa lori pengangkut peralatan termasuk generator besar, tandas bergerak turut digunakan dalam penggambaran tersebut. ~ Selangorku |
Ingat Allah, ingat Nong Chik?.. kalau terdesakpun janganlah sampai macam ni.. Posted: 23 Sep 2012 09:46 PM PDT Ada yang mendakwa ini ialah antara teknik pihak yahudi mencuci minda 'Brain wash' untuk menjadikan mereka kekal dalam ingatan.. Selain dari menganggu solat setiap individu yang mahu mengerjakan solat menggunakan sejadah ini pasti akan terpandang nama orang yang menyumbangkan sejadah ini kepada pihak Surau. Secara tidak langsung selain dari mengingati Allah kita juga akan terpandang nama Nong Chik ketika ketika hendak rukuk dan sujud.. Ingat Allah, ingat Nong Chik?? JEMAAH salah sebuah surau di Pantai Dalam berang dengan tindakan Ketua Umno Bahagian Lembah Pantai, Raja Nong Chik yang dilihat sengaja mahu jemaah surau tersebut mengingati Umno dan BN serta dirinya ketika menunaikan solat di surau terbabit. Lihat gambar di bawah ini, pada bulan Ramadhan lalu, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar itu telah mendermakan sejumlah sejadah di surau terbabit, namun meletakkan "pelekat kekal" dengan logo 1 Malaysia, Umno dan BN di atas sejadah tersebut. Malah turut terpapar di atas pelekat itu ialah nama beliau sebagai penderma sejadah tersebut. Hal ini membuatkan orang ramai yang menggunakan sejadah tersebut menjadi tidak khusyuk ketika menunaikan solat lantaran terpandang "pelekat kekal" tersebut yang betul-betul dilekatkan pada kawasan pandangan mata ketika jemaah "Qiam" di dalam solat. Difahamkan ramai jemaah yang mengadu tentang hal ini kerana merasa terganggu dengan sejadah berpelekat Umno/BN itu. Tambah parah ramai jemaah berang kerana terpaksa sujud di atas pelekat Umno/BN itu ketika menunaikan solat berjemaah. Akhirnya terbongkar bahawa ini merupakan taktik Raja Nong Chik mempopularkan dirinya di kalangan penduduk setempat untuk bertanding di DUN Lembah Pantai pada PRU13 nanti menentang penyandang, YB Nurul Izzah Anwar. Lagi gambar sejadah sila lihat di sini ( MiLo SuaM ) |
Komplot jatuhkan Mansor dari PKR didedah.. Posted: 23 Sep 2012 05:30 PM PDT Menarik nih.. ribut tak ada, hujan pun tak ada tiba-tiba si Zamil menunjukkan sifat prihatinnya terhadap Parti KeAdilan Rakyat Pulau Pinang. Beliau menasihatkan Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman supaya lebih berhati-hati kerana kononnya beberapa pemimpin kanan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di negeri berkenaan dipercayai berkomplot untuk menjatuhkannya. Mana dia dapat cerita tu entahlah.. tapi apa yang tersirat dari kenyataannya itu ini hanyalah satu agenda untuk menimbulkan rasa curiga sesama pemimpin PKR Pulau Pinang. Selain dari itu si Zamil ini juga secara tidak langsung membuktikan bahawa beliau mungkin buta internet bila mempersoalkan bagaimana Guan Eng memperolehi maklumat yang terkandung dalam minit mesyuarat strategik PKR pada Mac lalu.. Ini kerana kebocoran itu telah disiarkan di sebuah laman blog dan perkara itu sememangnya telah disedari oleh TKM1 Pulau Pinang sendiri..sila baca di ( SINI ) Jadi dari mana Guan Eng peroleh maklumat yang terkandung dalam satu pertemuan itu bukanlah suatu misteri. Jika dikatakan komplot ini wujud sejak dari Ahli Parlimen Bayan Baru, Zahrain masih memegang jawatan Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Pulau Pinang lagi.. dah lama sangat tu... pasal apa TKM1 masih berada disitu dan tak jatuh-jatuh lagi? Kesian kat si Zamil ni.. entah malaun mana yang tipu dia kali ni.. |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan