Sabtu, 22 September 2012

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Permohonan maaf Ngeh mencukupi kata Dr Asri, tapi pencacai UMNO masih tak puas hati..

Posted: 22 Sep 2012 08:46 AM PDT


Permohonan maaf secara terbuka daripada pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham sudah mencukupi kata bekas mufti Perlis.

Beliau berkata permintaan maaf Ngeh wajar diterima kerana berlandaskan prinsip ajaran agama Islam.

"Saya menerima permohonan maaf daripada Ngeh tetapi berharap dia lebih berwaspada sebelum mengeluarkan kenyataan," kata Asri Zainul Abidin.

Asri  turut menegur ahli politik dalam Pakatan Rakyat (PR) supaya berlaku adil dalam memberi teguran kepada rakan mereka dalam gabungan tersebut. Bekas mufti Perlis itu juga menggesa PR dan Umno mengamalkan budaya politik sihat supaya tidak hanya mementingkan diri.

"Pakatan perlu seimbang dalam berpolitik. Jangan hanya menegur kesalahan pihak lawan tetapi berdiam diri apabila rakan mereka buat salah. Ini bukan satu politik yang sihat.

"Saya harap Umno juga sama dalam memberi teguran kepada rakan mereka dalam Barisan Nasional," katanya.

Asri juga mendakwa pengerusi DAP Perak itu tersilap membandingkan situasi Malaysia dengan negara luar lain seperti Pakistan.

"Perbandingan demonstrasi ganas oleh Ngeh di Pakistan dengan Malaysia adalah salah. Rakyat disini matang dan tidak akan bertindak ganas seperti di negara lain," katanya lagi.

Kenyataan Ngeh dalam laman sosialnya mencetuskan kritikan dan ada gesaan supaya PDRM menyiasat beliau ekoran kenyataan tersebut.

Tulisan Ngeh yang dipertikaikan itu antara lain menyebut: "(Ketua Pemuda Umno) Khairy (Jamaluddin) mahu umat Islam mengadakan protes terhadap Sam Bacile. Untuk Islam atau untuk kepentingan politiknya. Adakah orang Islam membuang terlalu banyak masa dan tenaga untuk ini."

Perdana menteri Najib Razak juga bertindak mempersoalkan keikhlasan Ngeh meminta maaf dan menyifatkan ia sebagai sudah terlambat.

"Kalau macam tu senang. Kita boleh lempar kata-kata menghina, memburukkan agama lain, lepas tu minta maaf.

 "Kalau macam ni, soalnya benar-benar ikhlas atas tidak," kata Najib dalam laporan The Star baru-baru ini ~ The Malaysian Insider


Selain dari Najib yang tidak boleh menerima permohonan maaf dari Ngeh itu sedangkan beliau sendiri secara jelas dan terang telah menghina Islam dengan mempertikaikan perlaksanaan Hukum Hudud di negara ini..

Pencacai-pencacainya juga bengitu.. lihat di bawah..


Perenang Renangan Perpaduan Selat Inggeris 1Malaysia berdoa sambil mendedahkan aurat.. belajar dari siapa nih?

Posted: 21 Sep 2012 11:44 PM PDT


Persoalan timbul apabila melihat gambar yang disiarkan oleh Kosmo! ini mengenai tujuh perenang Ekspedisi Renangan Perpaduan Selat Inggeris 1Malaysia (RPSI1M) ini yang sedang berdoa sebelum memulakan latihan di Dover, England pada 14 September lalu.

Ekspedisi RPSI1M adalah di bawah tajaan Kelab Eksplorasi 7 Benua Malaysia. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ialah penaung projek itu.

Najib dalam satu perutusannya yang telah disampaikan menerusi setiausaha akhbar beliau, Datuk Akmar Hisham Mohkhles, pada taklimat ringkas di Varne Ridge, Channel Swimming Holiday Park and Bungalow.

Najib Tun Razak mahu perenang daripada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengharumkan nama negara dalam usaha untuk menawan Selat Inggeris.

Berbalik kepada tujuh berdoa sambil mendedahkan aurat.. belajar dari siapa agaknya mereka itu?

BATAS-BATAS AURAT LELAKI

Hadis riwayat Muslim, Ahmad, Abu Daud, At-Tirmizi, bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda maksudnya : " Seorang lelaki tidak boleh melihat aurat lelaki lain, demikian juga wanita tidak boleh melihat aurat wanita yang lain. Tidak boleh dua orang lelaki berada ( tidur ) dalam satu selimut demikian juga dengan wanita dilarang berbuat demikian".

Ulama mempunyai pelbagai pendapat dalam hal had atau batas aurat lelaki ini;

1. Imam Hanafi dan Imam Hambali berpendapat : " Lelaki diwajibkan menutup auratnya di antara pusat hingga lutut daripada dilihat oleh lelaki atau perempuan yang bukan mahramnya kecuali kepada isterinya. Selain dari isterinya diharamkan melihat aurat di antara pusat hingga lututnya".

Isteri boleh (harus) melihat aurat suami kecuali pada kemaluan kerana melihat kemaluan masing-maisng adalah MAKRUH.

2. Imam maliki dan Imam Syafi'ie berpendapat : " Aurat lelaki ada dua keadaan : (1) Auratnya dengan sesama lelaki dan perempuan yang mahram dengannya. Auratnya ialah di antara pusat hingga lutut sahaja. (2) Auratnya dengan perempuan yang bukan mahramnya. Auratnya adalah seluruh tubuh badannya. (Rujuk al-Fiqh 'Ala al-Mazahib Al-Arba'ah, jilid 1 dalam bab Mabhas Sitr Al Aurah).

Dengar pula apa kata Ustaz Azhar Idrus mengenai hukum memakai seluar pendek..



Mungkin mereka dari ekspedisi Renangan Perpaduan Selat Inggeris 1Malaysia sekadar mencontohi isteri pemimpin mereka yang mendedahkan aurat ketika mebaca Al-Quran ini kot...



"Rosmah Membaca Al-Quran sambil mendedahkan Aurat" sila baca di ( SINI )

Datuk Seri NGO mesra UMNO dituduh membunuh

Posted: 21 Sep 2012 08:45 PM PDT


Seorang ahli perniagaan bergelar Datuk Seri dan anak lelakinya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan melakukan pergaduhan sehingga menyebabkan kematian seorang peniaga air bulan lepas.

Datuk Seri Jaafar Shaari, 50, dan anaknya Ahmad Jiwari Jaafar, 23, secara bersama didakwa melakukan perbuatan itu terhadap Azahari Sidek, 44, di Downtown The Mines, Seri Kembangan, Selangor, antara 3.40 pagi dan 5.30 pagi pada 13 Ogos lepas.

 Jaafar dan Ahmad Jiwari yang juga ahli perniagaan didakwa mengikut Seksyen 304(b) Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Siti Aishah Ab Rashid menawarkan wang jaminan RM15,000 dengan seorang penjamin bagi setiap tertuduh.

Peguam Datuk Abd Halim Yahya yang mewakili kedua-dua tertuduh, memohon mahkamah agar wang jaminan dikurangkan kerana penjamin bagi Jaafar iaitu isterinya merupakan seorang pekerja kilang manakala penjamin bagi Ahmad Jiwari pula adalah ibu saudaranya.

Hakim Hayatul Akmal Abdul Aziz membenarkan kedua-dua tertuduh masing-masing diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 23 Okt untuk tarikh sebutan. - Bernama

Datuk Seri Jaafar b Shaari @ Ayah Pak merupakan Pengasas Utama Pertubuhan Warisan Ketuanan Melayu Malaysia, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO)yang mesra-UMNO.

Beliau sebelum ini pernah mengeluarkan kenyataan menggesa TG Nik Abdul Aziz sewajarnya meletakkan semua jawatan sama ada dalam parti atau sebagai Menteri Besar Kelantan memandangkan TG Nik Abdul Aziz sudah terlalu tua untuk terus berpolitik.

"Sudah tua-tua ini, berundurlah. Bagi peluang kepada muka baru, calon yang lebih muda, Pas banyak calon muda berkaliber, biarlah mereka buktikan kemampuan." katanya..

Siapa Jaafar b Shaari sila baca di ( SINI )

Tiada ulasan: