Anak Sungai Derhaka |
- PANAS!! Laporan asset keluarga Taib Mahmud bernilai RM20Billion didedah..
- 'Skandal seks dalam Pakatan' kerana fitnah ini Mashitah disaman TG Hj Hadi..
- PANAS!! Harussani kata haram undi dan sokong UMNO?
- Kuota Haji disekat kerana BERSIH? Jamil Khir akhirnya.. KANTOI!!
PANAS!! Laporan asset keluarga Taib Mahmud bernilai RM20Billion didedah.. Posted: 20 Sep 2012 08:06 AM PDT Seperti yang dijanjikan oleh 'Bruno Manser Fund' yang mana mengatakan pihak mereka akan mendedahkan asset Taib Mahmud yang dipercayai dikumpulkan melalui cara haram.. Laporan akhirnya didedahkan.. Keluarga Ketua Menteri Sarawak yang berkuasa paling lama dinegara ini dikatakan telah mengumpulkan harta yang nilainya melebihi USD20 Billion. Taib Mahmud sendiri yang menerajui kebanyakkan perniagaan milik keluarganya memiliki harta yang dianggarkan bernilai USD15Billion menjadikannya sebagai lelaki paling kaya di Malaysia. Laporan yang bertajuk "The Taib Timber Mafia. Facts and Figures on Politically Exposed Persons from Sarawak, Malaysia" telah dikeluarkan di Brussels sempena lawatan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Tan Sri Bernard Dompok ke Eropah.. Laporan ini mendedahkan kenapa kebanyakkan rakyat Sarawak masih melarat hidupnya... sila downloads dan baca.. BRUNO MANSER FUND, BASEL / SWITZERLAND 20 September 2012 Taib family's illicit assets estimated at over 20 billion US dollars (BRUSSELS, BELGIUM) A new report released by the Bruno Manser Fund puts the illicit assets of Taib Mahmud ("Taib"), the long-term Chief Minister of the Malaysian state of Sarawak, at over 20 billion US dollars. Taib Mahmud himself, the "godfather" of the Taib family business empire, has been rated at USD 15 billion, making him Malaysia's richest man. The report entitled "The Taib Timber Mafia. Facts and Figures on Politically Exposed Persons from Sarawak, Malaysia" was released in Brussels on the occasion of a visit of the Malaysian Minister of Plantation Industries and Commodities, Bernard Dompok, to the European Commission. The Bruno Manser Fund's report describes in detail the business activities and personal wealth of twenty members of the Taib family, one of South East Asia's most notorious kleptocratic clans with business interests in Malaysia, Australia, Canada, Hong Kong, the United Kingdom, the United States and other countries. The Bruno Manser Fund estimates the combined net worth of twenty Taib family members to be close to USD 21 billion, which has been acquired through the almost complete political and economic control of Sarawak, a state the size of England, over a period of three decades. In particular, the Taibs have established monopolies on the granting of timber and plantation concessions, the export of timber to third countries, the maintenance of public roads and also on the production and sale of cement and a number of other construction materials. The Taib family's business outfits, particularly its flagship company Cahya Mata Sarawak, have also benefited from untendered public contracts worth hundreds of millions of US dollars. Thanks to his control over all the log exports from Sarawak, Taib's brother, Onn Mahmud, has been rated the second richest family member, with an estimated net worth of USD 2 billion. Taib's elder son, Mahmud Abu Bekir Taib, a major player in the Sarawak construction, property and energy business, has been rated at USD 1.5 billion. Next in line are Taib's Canada-based socialite daughter, Jamilah Taib Murray (USD 1 billion), Taib's brother and timber entrepreneur Tufail Mahmud (USD 600 million), sister Raziah Mahmud (USD 500 million), daughter Hanifah (USD 400 million) and son Sulaiman (USD 300 million). The founder of the Ta Ann timber conglomerate and Sarawak Energy chairman, Hamed Sepawi, a first cousin of the Sarawak Chief Minister is rated at USD 175 million. The Bruno Manser Fund is asking governments and banks around the globe to freeze Taib family assets. The Taibs are being compared to the Suharto and Marcos clans who have also stolen billions from their countries. According to Transparency International, former Indonesian President Suharto embezzled USD 15 to 35 billion, while former Philippines President Ferdinand Marcos is thought to have stolen between USD 20 and USD 900 billion. The report is now online under: http://www.stop-timber-corruption.org/resources/BMF_Taib_family_report_2012_09_20.pdf |
'Skandal seks dalam Pakatan' kerana fitnah ini Mashitah disaman TG Hj Hadi.. Posted: 20 Sep 2012 03:51 AM PDT Akhirnya taraf seorang Ustazah ini sama dengan blogger-blogger UMNO yang sering menjadikan isu seks sebagai fitnah untuk menyerang pemimpin Pakatan Rakyat.. mungkin tarafnya lebih rendah lagi.. Kerana blogger-blogger UMNO mungkin pengetahuannya tentang agama adalah sekadar pada asasnya sahaja tetapi Mashitah adalah seorang Ustazah yang sepatutnya lebih tahu apa yang halal dan apa yang haram dalam Islam.. Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini memfailkan saman fitnah terhadap Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk Dr Mashitah Ibrahim kerana mengaibkannya dalam akhbar Sinar Harian Mac lalu. Berikut adalah fitnah yang ditulis oleh seorang Ustazah UMNO.. Skandal seks dan krisis politik dalam Pakatan Oleh Dr Mashitah Ibrahim. Penangkapan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR, Badrolamin Baharon yang dituduh berkhalwat dengan isteri orang di Kuantan minggu lalu adalah kesinambungan krisis moral yang membabitkan ramai pemimpin pakatan pembangkang. Gelaran ustaz dan orang kuat Anwar Ibrahim tidak menjadikan beliau kebal, malah dilaporkan dibelasah sebelum diserah kepada Jabatan Agama Islam Pahang. Mengikut laporan, beliau mempertahankan diri dengan beri alasan cuba membantu isteri yang lari daripada suami kerana ingin menyelesaikan krisis rumah tangga. Mungkin benar, mungkin tidak. Beliau kini direhatkan sebulan sementara kesnya disiasat. Berlakunya penangkapan ini dalam waktu persiapan pilihan raya umum tidak lama lagi pasti meletakkan pakatan pembangkang dalam keadaan tertekan. Mereka perlu lakukan damage control, apatah dengan pelbagai krisis yang dihadapi di Kedah (pemberontakan ahli Exco Pas terhadap Menteri Besar), Selangor (skandal curi pasir dan longgokan sampah) dan Pulau Pinang (diskriminasi terhadap orang Melayu dan projek kroni). Kewujudan Pas yang berpuak-puak di Kelantan serta perkelahian antara parti komponen Pakatan Rakyat di Sabah, Sarawak, Negeri Sembilan, Johor dan Perak benar-benar menguji persediaan pembangkang menghadapi PRU ke-13 nanti. Apa pun, kes Badrul Amin mengingatkan kita kepada Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang juga pernah ditangkap berkhalwat dengan isteri kawannya sendiri di Kota Bharu kira-kira 12-13 tahun lalu. Ketika itu beliau Ahli Parlimen Kubang Kerian. Ketika ditangkap, isteri kawannya berada di dalam bilik hotel, manakala Mohamad Sabu hanya memakai tuala. Beliau dibicarakan di mahkamah Kelantan tetapi akhirnya dibebaskan. Tidak kurang hebatnya cerita Adun Pas Selising ditumbuk seorang lelaki di stesen keretapi Wakaf Bharu beberapa tahun lalu kerana disyaki berzina dengan isteri orang dalam gerabak keretapi. Khabarnya kes ini terpaksa diselesaikan sendiri oleh Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat. Penyokong parti pembangkang diketahui sering menyimpan rahsia keburukan pemimpin-pemimpin mereka, terutama berkaitan skandal seks, projek atau rasuah. Mereka cuba menonjolkan imej baik dan maksum. Namun, adakala bagai menutup bangkai dengan nyiru. Skandal membabitkan bos Badrolamin – Anwar Ibrahim – berlarutan 20 tahun. Dua kali dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan liwat, beliau dibebaskan atas sebab-sebab teknikal. Namun, majoriti rakyat, terutama mereka yang mengenali beliau secara rapat, tahu latar belakang dan orientasi seksnya. Semasa diberi peluang menjawab tuduhan salah laku seks di mesyuarat Majlis Tertinggi Umno pada 2 September 1998, Anwar menzahirkan kemarahan dengan menumbuk meja. Beliau tidak menjawab tuduhan, malah pusing cerita mengatakan bahawa beliau juga boleh berkonspirasi menjatuhkan Presiden parti dengan menghantar wanita kepada Tun (ketika itu Datuk Seri) Mahathir Mohamad. Maksudnya, beliau diperangkap. Turut menuduh beliau ketika itu ialah Mohamad Sabu, yang memberinya gelaran Anwar al-Jub***. Namun, bila Mat Sabu sendiri terbabit dengan skandal seks, dia ikut cara Anwar, iaitu menuduh Umno telah memerangkapnya. Tidak mengejutkan Ustaz Badrul Amin juga juga akan menuduh Umno dalang dalam kes khalwatnya. Presiden Pas sendiri, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, pernah dikaitkan dengan skandal membabitkan anak dara kira-kira 10 tahun lalu. Beliau dikatakan mengambil gadis itu untuk dijadikan isteri ke-3. Beliau menafikan. Begitu juga dengan bekas Speaker DUN Kelantan, yang dikatakan bernikah dengan wanita lewat 20-an dari Kemboja bernama Haseena sekitar waktu yang sama, tanpa pengetahuan isteri pertamanya. Perkahwinan bekas Adun Pas Melor dengan wanita Kemboja yang berakhir dengan perceraian mendapat liputan media secara meluas kerana kesnya berlarutan beberapa tahun di mahkamah. Dilaporkan bekas isterinya menuntut pampasan RM3 juta kerana mengetahui Adun Pas itu mampu serta memiliki harta yang banyak. Rakyat jelata tidak seharusnya terpengaruh dengan gelaran ustaz atau lebai hatta tuan guru daripada kalangan pemimpin parti pembangkang. Ataupun terpegun dengan jubah yang labuh, serban yang tinggi atau janggut yang panjang. Hakikatnya mereka adalah ahli politik yang boleh tergoda dengan wanita dan memiliki nafsu seperti orang lain. Mereka juga boleh terpalit dengan dosa walaupun pada waktu yang sama menuduh orang lain kafir. |
PANAS!! Harussani kata haram undi dan sokong UMNO? Posted: 20 Sep 2012 12:55 AM PDT Sifat hipokrit para pemimpin UMNO amat jelas kelihatan dalam isu yang membabitkan penghinaan terhadap Rasulullah S.A.W melalui video 'Innocence Of Muslims'. Mereka bercakap seolah-olah rakyat Malaysia ini masih hidup di era media cetak menguasai penyebaran maklumat, hakikatnya kini maklumat sudah berada dihujung jari.. Baca sebahagian petikan dari Agendadaily ini... Mufti Negeri Perak secara terbuka mengingatkan umat lslam yang ingin mengundi atau menyokong pemimpin atau wakil-wakil rakyat supaya berhati-hati. Jika Harussani berkata adalah haram hukumnya bagi umat Islam yang mengundi atau menyokong wakil rakyat yang menghina nabi Muhammad SAW dan agama Islam dalam pilihanraya. Maka adalah haram juga bagi kita ummat Islam di negara ini mengundi atau menyokong UMNO, kerana mantan Presidennya iaitu Tun Mahathir adalah manusia yang amat lantang menghina Rasulullah S.A.W. suatu ketika dulu.. Dalam satu ucapannya di JAKIM Mahathir berkata " Siapa tau janggut Nabi macam mana?.siapa biasa tengok janggut Nabi ..ada gambar ka ? Kita tak tau . Kita tak tau betuilah dia ada janggut?tapi betul ka janggut dia (Nabi)?Di zaman itu..pisau cukur ada kaaa?dia bukan ada Gillette, zaman Nabi ada Gilletteka.?Cakap (menyuruh hadirin cakap) ..Pisau cukur pun tiada masa tuuu ( zaman Nabi ). Jadi masalahnya dia (Nabi ) dok berjalan ke sana sini..naik unta,bukan nak dapat air yang banyak?padang pasir... Macam-macam lagi tafsiran diberi untuk menidakkan amalan Rasulullah SAW. Lagi apa kata Mahathir yang boleh dianggap menghina Islam dan hukumnya sila baca di ( SINI ) Ini pula kata Presiden UMNO yang ada sekarang tentang hukum Allah yang disampaikan oleh Rasulullah… Ini seorang lagi pemimpin UMNO .. dengar apa dia kata.. Apa agaknya komen Ulama Muda UMNO dan Harussani sendiri tentang perkara ini? Buat yang masih tegar menyokong UMNO tu.. ada otak gunakanlah untuk berfikir.... itupun kalau ada otaklah.. |
Kuota Haji disekat kerana BERSIH? Jamil Khir akhirnya.. KANTOI!! Posted: 19 Sep 2012 07:28 PM PDT Laporan dari AFP yang telah dipetik oleh Berita Harian mengenai kuota Haji ini telah membongkar penipuan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom mengenai kuota Haji. Pada 8 Mei lalu, Jamil Khir dalam misinya untuk memburuk-burukkan himpunan BERSIH 3.0 disamping memperbodohkan rakyat Malaysia bertaka kerana BERSIH 3.0 kuota Haji mungkin disekat atau digantung. Kata Jamil Khir Kerajaan Arab Saudi sedang membuat pertimbangan sama ada untuk mengenakan sekatan atau mengantung jemaah haji dan umrah dari Malaysia ekoran tindakan segelintir rakyat negara ini mengadakan perhimpunan haram Bersih 3.0 di Mekah dan Madinah baru-baru ini. Jamil Khir Baharom juga berkata perkara itu dinyatakan Duta Besar Arab Saudi ke Malaysia Fahad A. H. Al-Rashid dalam perjumpaan mereka pada Jumaat lepas berhubung perkara itu. "Saya menjelaskan bahawa kerajaan Malaysia menentang kelakuan ini (perhimpunan di Mekah dan Madinah), apa lagi jika ia dilakukan di luar negara Malaysia," katanya kepada pemberita. Jamil Khir berkata lagi perhimpunan haram seperti ini sangat sensitif kepada kerajaan Arab Saudi, ditambah dengan keadaan di Timur Tengah yang baru sahaja dilanda gejolak "kebangkitan Arab", di mana rakyat dihasut untuk menentang kerajaan-kerajaan mereka. Sehingga hari ini Arab Saudi tidak pernah mengenakan sebarang hukuman terhadap Malaysia walaupun hukuman sekatan dan mengantung itu pernah dibuat ke atas negara lain. Kerajaan sangat bimbang jika Arab Saudi mengambil satu tindakan drastik berkaitan dengan kuota dan jumlah visa yang dikeluarkan untuk tahun ini. Itu semua kata-kata Jamil Khir yang disiarkan Utusan di ( SINI ).. Dan malang buat Jamil Khir pembohongannya terbongkar akhirnya..bilamana sebuah akhbar tempatan di Arab Saudi mendedahkan Kementerian terbabit memohon maaf kepada semua negara yang meminta supaya jumlah jemaah haji tahun ini ditambah...(kerana) projek pembangunan raksasa di Makkah dan Madinah.. Jelas kini.. demi untuk memuaskan hati Najib.. Jamil Khir yang diketahui umum punya asas pendidikan ugama sanggup membelakangkan soal haram dan halal.. Demi sesuap nasi juga.. Jamil Khir bertukar menjadi MUNAFIK!!! memang haram jadah!! |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan