Anak Sungai Derhaka |
- Ibrahim Ali dah jadi penyiasat pula..
- Bila masa Anwar lantik diri sendiri jadi Ketua Wanita ni?
- Kementerian mana dah tipu mamat ni? kesian kat dia..
- PANAS!! Pencacai UMNO samakan TG Nik Aziz dengan Babi?
Ibrahim Ali dah jadi penyiasat pula.. Posted: 18 Sep 2012 06:25 AM PDT Presiden kumpulan pro-Melayu PERKASA Datuk Ibrahim Ali hari ini mendakwa Amerika Syarikat membiayai penerbitan filem 'Innocence of Muslim' melalui penyaluran dana kepada NGO. Ibrahim berkata, beliau percaya Amerika Syarikat bertindak demikian melalui Agensi Risikan Pusat (CIA) yang didakwanya menyalurkan dana kepada NGO dan seterusnya kepada penerbit filem tersebut. "Sebelum (serangan pengganas pada 11 September 2001), operasi CIA banyak yang gagal, jadi selepas itu dia tukar strategi dengan menubuhkan NGO," katanya. Ibrahim seterusnya mendakwa bahawa filem tersebut dibiayai kelompok Zionis, yang didakwanya menguasai AS. "Kalau kita cakap Amerika pun tak tepat sebab Amerika itu satu negara. Bukan semua Amerika jahat. "Dalam Amerika ini mereka dikawal minoriti Zionis yang berkuasa. Mereka inilah pembiayanya. "Mereka ini jahat dan macam-macam operasinya," katanya lagi ketika mengemukakan andaiannya itu. Dalam sidang media tersebut, Ibrahim turut mengkritik setiausaha negara AS, Hillary Clinton yang dilihatnya masih mempertahankan filem itu "atas nama kebebasan bersuara dan demokrasi." Laporan AFP sebelum ini memetik ulasan Clinton mengenai persepsi masyarakat dunia yang menurutnya tidak memahami mengapa AS tidak boleh menghalang video berkenaan daripada disiarkan. Clinton juga berkata, AS "tidak menghalang rakyat individu daripada menyatakan padangan mereka, tidak kira betapa meloyakan sekalipun". Mengulas kenyataan itu, Ibrahim berkata reaksi umat Islam yang mengadakan demonstrasi di kedutaan AS bagi membantah filem berkenaan merupakan "harga yang perlu dibayar Amerika kerana mempertahankan nilai-nilai mereka". "Pada saya (mempertahankan kebebasan bersuara dan filem itu) tidak boleh diterima kerana jumlah umat Islam seluruh dunia adalah 1.1 bilion orang. "Adakah nilai AS ini termasuk hina Islam dan Nabi Muhammad?" soalnya, yang menegaskan bahawa rakyat Malaysia perlu menyatakan bantahan secara aman ke atas filem tersebut. "Dari segi bersuara, adakan himpunan aman yang tidak membahayakan nyawa orang lain," katanya. ~ Malaysiakini |
Bila masa Anwar lantik diri sendiri jadi Ketua Wanita ni? Posted: 18 Sep 2012 01:52 AM PDT Setahu aku, yang telah melantik dirinya sendiri sebagai Ketua Wanita di Negara ini ialah Najib.. dia sendiri yang dah lantik dirinya untuk memangku jawatan Menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat. Ianya berikutan pengumuman Sharizat Abdul Jalil untuk kononnya melepaskan jawatannya dalam kabinet apabila tempoh perkhidmatannya sebagai senator untuk penggal pertama tamat pada 8 April berikutan kes National Feedlot Corporation yang melibatkan keluarganya. Padahal itu adalah kenyataan untuk cover malu saja kerana, kontrak dia dah tak disambung oleh Najib.. jadi samada dia letak jawatan atau tidak, cukup tempoh dia bukanlah seorang Menteri lagi.. Malangnya ada pencacai UMNO yang sanggup bertegang leher mempertahankan kenyataan Sharizat itu bahawa beliau meletakkan jawatan.. bodoh sungguh mereka ini!! Tindakan Najib yang melantik dirinya sendiri sebagai pemangku Menteri Wanita itu membuktikan kepada umum bahawa tiada Wanita UMNO yang layak diiktiraf sebagai pemimpin.. Berbalik kepada perkara Ketua Wanita di atas tu.. sepanjang pengetahuan aku Najib yang melantik dirinya sendiri sebagai Ketua Wanita… Tapi si Nalla kata Datuk Seri Anwar Ibrahim telah melantik diri sendiri sebagai Ketua Wanita Pakatan Rakyat.. Ishhh… bila pulak wujud jawatan ni dalam Pakatan Rakyat? Dah gila apa si Nallakarupan ni?? Atau mungkin juga kenyataan tu dikeluarkan semasa dia mabuk.. malangnya kenyataannya ketika mabuk itu digunakan pula oleh Utusan Malaysia... Nak sebar fitnah tu selidiklah dulu sikit... main tangkap muat saja.. kan dah nampak bodoh sangat... |
Kementerian mana dah tipu mamat ni? kesian kat dia.. Posted: 18 Sep 2012 12:24 AM PDT Seorang kerani kesal dan merasa tertipu apabila mendapati hadiah cabutan bertuah berupa seunit telefon pintar Blackberry, yang diterima dalam sebuah program yang diadakan di Padang Astaka, Taman Bandar Chukai, di sini, bukanlah telefon asli sebaliknya buatan China. Mohd Zulkifli Draman, 25, yang menetap di Mak Chili berkata, walaupun dia tidak membayar apa-apa untuk menyertai acara cabutan bertuah itu tetapi sebagai pengunjung yang dijanjikan dengan hadiah lumayan, dia terkilan seolah-olah ditipu oleh pihak pengurusan acara program berkenaan. Katanya, dia menerima hadiah berkenaan kira-kira jam 10 malam, Sabtu lalu, hari pertama program itu berlangsung dan apabila tiba di rumah sejam kemudian, dia terkejut kerana mendapati Blackberry yang diterima pelik kerana bersaiz agak besar serta mempunyai nombor siri berlainan dengan yang tertera di kotak selain tidak mempunyai ruang untuk kad memori. "Jadi keesokannya, saya bawa telefon itu untuk diperiksa di kedai telefon di Kompleks Beli-Belah Centre Point Kemaman dan pemilik kedai telefon memaklumkan bahawa saya individu keempat datang bertanyakan telefon seperti itu. "Malah, pemilik kedai itu mendakwa tidak pernah melihat model telefon bimbit itu sepanjang 20 tahun berniaga," katanya. Berasa tertipu dengan penganjur berkenaan, Mohd Zulkifli kemudiannya membuat laporan polis kira-kira jam 7.21 petang di Balai Polis Chukai, sebelum pergi semula ke lokasi penganjuran program bagi mendapatkan penjelasan pihak pengurusan acara. Pun begitu, Mohd Zulkifli, mendakwa apa yang dikesalkan pihak pengurusan acara itu hanya melayannya acuh tidak acuh sambil memberitahu mereka juga turut ditipu. "Apa yang saya terkilan pengurus acara mengumumkan bahawa hadiah adalah telefon Blackberry. Jika mereka tahu telefon itu bukanlah original jangan umumkan kepada awam bahawa pengunjung bertuah akan mendapat telefon model itu. "Saya melihat kes ini seperti sudah dirancang dan saya membuat laporan polis agar siasatan dapat dilakukan kerana sebagai sebuah program yang dianjurkan oleh salah sebuah kementerian seharusnya perkara sebegini tidak berlaku. Program berkenaan berlangsung pada 8 dan 9 September lalu," katanya. Katanya, pada bahagian belakang telefon berkenaan tertera perkataan CDMA by Qualcomm dan ia membuktikan bahawa telefon berkenaan bukanlah yang asli. "Sebaliknya jenama Blackberry tertera pada bahagian hadapan telefon untuk mengaburi mata orang ramai," katanya lagi. |
PANAS!! Pencacai UMNO samakan TG Nik Aziz dengan Babi? Posted: 17 Sep 2012 05:30 PM PDT Meskipun namanya menunjukkan beliau adalah seorang yang berugama Islam dan berbangsa Melayu, aku kurang pasti adakah pemilik akaun Facebook yang menggunakan nama Idham bin Zulkifli ini adalah seorang Melayu yang berugama Islam. Sebagai seorang yang berbangsa Melayu, kita tidak pernah diajar untuk menjadi sebegini kurang ajar meskipun berbeza fahaman politik. Dan sebagai seorang Islam pula kita tidak mungkin tergamak untuk meletakkan seorang Ulama atau seorang yang jauh lebih tinggi ilmu ugamanya dari kita sama tarafnya dengan seekor binatang yang dihina didalam ugama Islam. TG Nik Aziz disamakan dengan Babi.. itulah yang telah dilakukan oleh manusia ini.. Selain dari menghina seorang ulamak, manusia yang bernama Idham bin Zulkifli ini telah menghina sunnah Rasulullah S.A.W... Apakah menghirup makanan dari pinggan di pandang sebagai sesuatu yang tidak sopan oleh pencacai UMNO lalu menyamakannya dengan khinzir? Sedangkan apa yang dilakukan oleh TG Nik Aziz dan kebanyakan ulamak adalah untuk menghabiskan makanan di pinggan. Ia adalah perkara asas di dalam ugama yang ramai pencacai UMNO tidak tahu sebab cetek pengetahuan di dalam pelajaran ugama. Hadith: Dari Anas: "Bahwasanya Rasul SAW, sewaktu makan menggunakan tiga jari, dan sabdanya: "Ketika suapan seseorang dari kamu jatuh, hendaklah diambil, dibersihkan dari kotorannya, lalu dimakan, jangan dibiarkan syaitan yang makan. Dan beliau SAW, menyuruh membersihkan sisa makanan di piring dengan sabdanya: "Kalian tiada mengetahui dengan pasti butiran makanan yang mana terletaknya barakah pada makanan" (HR. Muslim) Di dalam Islam yang tidak sopan itu ialah yang mensia-siakan rezeki, yang membazir dan yang tidak habiskan makanan di pinggan/piring untuk menjadi jamuan kepada syaitan ~ Greenboc Setelah menyedari apa yang disiarkannya itu bakal menyusahkan dirinya sendiri.. gambar tersebut telah di padah dari wall facebook miliknya disini ( Idham bin Zulkifli ) |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan