Jumaat, 14 September 2012

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Lebih 8,000 hadir ke Makan Malam PKR Johor.. (Gambar)

Posted: 14 Sep 2012 08:41 AM PDT


Inilah yang membezakan antara penyokong Pakatan Rakyat dan juga pencacai UMNO, Penyokong Pakatan Rakyat sanggup membayar untuk untuk menghadiri jamuan makan malam bersama tetapi pencacai UMNO pula perlu dibayar untuk hadir ke majlis pemimpin mereka.

Meskipun beliau merupakan Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri, Najib terpaksa menggunakan berbagai kaedah kerahan tenaga bagi mengerah rakyat ke majlisnya.

Selain kaedah kerahan tenaga, berbagai imbuhan termasuk upah atau imbuhan terpaksa diberi kepada pencacainya untuk memeriahkan majlisnya.. contohnya sila lihat di ( SINI )

Tetapi tidak begitu buat pemimpin dari Pakatan Rakyat..

Bertempat di padang letak kereta, Sutera Mall, Skudai Johor 8500 orang telah dilaporkan membeli tiket bagi memenuhi 850 meja yang telah dijual oleh PKR negeri Johor dan mendengar ucapan dari DS Anwar Ibrahim.







Tanpa dibayar.. tanpa disediakan sebarang pengangkutan untuk membawa mereka ke sini.. mereka sanggup hadir meskipun terpaksa membayar... TAHNIAH buat PKR Johor!!

Buat pencacai UMNO.. korang cari dan baca buku kat bawah ni..


Sumber gambar 'Makan Malam PKR Johor' tu dari ( SINI )

Rakaman CCTV Ibu Pejabat DAP dilontar cat tersebar!!..

Posted: 14 Sep 2012 04:36 AM PDT


Berikut adalah rakaman CCTV kejadian Ibuu Pejabat DAP dilontar dengan cat merah, pada minit yang ke 2:19 kelihatan dua individu muncul dari tepi bangunan melontar cat ke arah pintu Ibu Pejabat DAP Pulau Pinang.

Menurut ADUN Komtar, Ng Wei Aik, beliau dimaklumkan mengenai kejadian itu pada kira-kira jam 4 pagi oleh seorang sukarelawan keselamatan.

Saksikan!!

Bas Merdeka Rakyat disimbah cat lagi.. ketika rombongan solat Jumaat..

Posted: 14 Sep 2012 12:26 AM PDT


Bas Jelajah Merdeka Rakyat sekali lagi disimbah cat merah oleh samseng Umno hari ini ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama rombongan KEADILAN sedang menunaikan solat Jumaat di Masjid Jamek Tangkak, Johor di sini.

Menurut saksi yang sempat melihat kejadian itu, suspek dipercayai menunggang motosikal bernombor plat MAL 7425.

Saksi segera memanggil polis yang mengawal di luar masjid tersebut. Ekoran itu, polis bertindak mengejar samseng berkenaan.



Sebelum ini, bas Merdeka Rakyat disimbah cat pada awal pagi di Pasar Siti Khadijah, Kelantan manakala di Melaka, menyaksikan samseng Umno menyimbah cat secara terang-terangan pada siang hari.

Dalam jelajah itu – ketika di Alor Setar, samseng juga mengganggu tazkirah Anwar, malah seorang daripada mereka dikatakan membawa kerambit ketika mendekati Ketua Pembangkang itu. ~Keadilandaily

Ibu Pejabat DAP diserang lagi buat kali ketiga..

Posted: 13 Sep 2012 09:48 PM PDT


Ibupejabat DAP Pulau Pinang - Wisma DAP - di Jalan Rangoon disimbah dengan cat merah dalam satu kejadian pada awal pagi ini.

Menurut ADUN Komtar, Ng Wei Aik, beliau dimaklumkan mengenai kejadian itu pada kira-kira jam 4 pagi oleh seorang sukarelawan keselamatan.


"Kami diserang lagi! Wisma DAP Pg disimbah dengan 5 pek cat merah awal pagi ini," tulis Ng, yang juga ketua Pemuda DAP negeri, dalam Twitternya.

Ng, ketika dihubungi, memberitahu Malaysiakini melalui SMS bahawa beliau akan membuat laporan di balai polis Jalan Pattani lewat pagi ini.

Bangunan tingkat itu yang berharga kira-kira RM3 juta, telah dirasmikan awal tahun ini. Difahamkan, pusat perkhidmatan Air Putih dalam kawasan pilihan raya Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng juga turut disimbah dengan cat merah.

Seorang ahli parti itu dikatakan telah menyedari kejadian itu pada kira-kira jam 6 pagi. Ini adalah kali ketiga ibupejabat parti itu disimbah cat sejak tahun lepas.

Pada 14 Ogos 2011, bangunan yang dahulunya terletak di Jalan Talipon - telah disimbah dengan cat oren dan merah.

Pada masa yang sama, pusat perkhidmatan Ng di Lorong Seratus Tahun, juga disimbah dengan cat oren dan merah.

Sebuah kereta yang diletakkan di luar pusat perkhidmatan tersebut pada hari berkenaan, turut disimbah cat.

Menurut saksi, sekumpulan enam orang yang menaiki tiga buah motosikal telah mendatangi pusat perkhidmatan Ng, pada sekitar jam 1.20 pagi dan membaling beg plastik kecil mengandungi cat.


Malaysiakini

Anwar tarik balik saman.. Apa kata Saiful?

Posted: 13 Sep 2012 06:00 PM PDT


Berikutan dengan penarikan saman tersebut, Saiful yang telah lama menyepikan diri muncul kembali melalui membuat kenyataan melalui Blog miliknya.


Kali terakhir Blog miliknya itu dikemaskini ialah pada 11 Julai 2012..

Apakah reaksinya? Adakah beliau bersyukur kerana saman terhadapnya ditarik balik oleh pihak DS Anwar..

Lain macam saja bunyinya…orang lain kalau saman ditarik pasti gembira, tetapi Saiful Bukhari nampaknya mempunyai pandangan dan pendirian yang berbeza...


Sombongnya dia... kalau macam ni saman semulalah dia ni Datuk Seri..

Tapi... betul ke si Saiful yang update tu??

Hmmm... lama dah aku tunggu info dari Johor pasal mamat ni.. mana ni??

Jangan lupa baca juga kisah Kaldai yang tendang peliwatnya sampai mampos di ( SINI )

Tiada ulasan: