Selasa, 11 September 2012

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Polis sedang mencari lelaki yang kencing pada gambar TG Hj Hadi dan TG Nik Aziz pula..

Posted: 11 Sep 2012 06:37 AM PDT


Menurut Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah/Perundangan Terengganu Supt Luqman Abdul Rahman, pihak Polis sedang mencari beberapa lelaki yang seolah-olah membuang air kecil pada gambar pemimpin Pembangkang.

Perbuatan yang dilakukan ini kita kira sangat serius kerana ia menyalahi undang-undang tambahnya lagi..

Jadi kepada sesiapa yang punya maklumat tentang lelaki-lelaki yang berada di dalam gambar di atas sila hubungi Balai Polis Kerteh, Nombornya aku tak tahu pasal polis ni tak bagi tahu..

Samada lelaki itu dicari untuk ditangkap atau tidak aku kurang pasti..

Aku tak pasti pasal samseng UMNO di Melaka tu walaupun telah dikenal pasti dan kawad cam telah diadakan.. masih tiada tangkapan hingga kini.

Mungkin Polis tak berani nak tangkap pencacai UMNO dari Belia 4B itu..

***************************************

 KUALA TERENGGANU, 11 Sept — Polis sedang mengesan individu yang bertanggungjawab melakukan perbuatan menghina gambar pemimpin Pakatan Rakyat yang disiarkan di sebuah portal berita Jumaat lepas.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah/Perundangan Terengganu Supt Luqman Abdul Rahman berkata siasatan dilakukan setelah polis menerima laporan berkenaan perkara itu di Balai Polis Kerteh, Kemaman, Sabtu lepas.

"Gambar dalam portal berkenaan menunjukkan beberapa lelaki melakukan perbuatan menghina pemimpin Pakatan Rakyat antaranya Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat.

"Salah seorang daripada mereka seolah-olah membuang air kecil pada gambar pemimpin itu. Perbuatan yang dilakukan ini kita kira sangat serius kerana ia menyalahi undang-undang," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Luqman berkata setakat ini polis masih mengesan sama ada kejadian sebenar berlaku di Terengganu atau di tempat lain serta latar belakang kesemua suspek.

Beliau menggesa individu yang bertanggungjawab tampil menyerah diri secepat mungkin dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat menghubungi balai polis berhampiran. — Bernama

Perang dingin antara UMNO dan MCA Pandan telah bermula.. tengok banner ni..

Posted: 11 Sep 2012 01:14 AM PDT


Kini sudah bermula perebutan kerusi antara UMNO dengan MCA di Selangor. Beberapa bidang kain rentang kini dipasang merata-rata bagi membuktikan kata-kata admin.

Kononnya akar umbi UMNO maukan supaya calon dari UMNO dipilih bagi membawa lambang BN pada PRU 13 nanti. Kawasan ini kawasan tradisi dari dulu diserahkan kepada calon MCA mewakili BN.

Parlimen Pandan yang kini diwakili oleh bekas Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Kiat. Ong Tee Kiat sudah pun mengumum kan yang beliau akan pertahankan kerusi tersebut.

Calon dari Pakatan Rakyat sudah pun dihebohkan iaitu Sdr Rafizi Ramli, Pengarah Strategi PKR. Yang peliknya siap bagi nama lagi sebagai calon pilihan akar umbi UMNO.

Major (B) Iszeham. Siapa Major (B) Iszeham ini terus terang admin langsung tak kenal. Inilah kali pertama admin dengar namanya. Setahu admin Ketua UMNO Bahagian Pandan kini berdepan dengan perbicaraan tuduhan melakukan rasuah salah guna kuasa memberikan kotrak angkut sampah.

Apakah MCA melalui Presidennya Chua Soi Lek yang terkenal sebagai amat membenci Ong Tee Kiat akan menyerahkan kerusi Parlimen Pandan kepada UMNO sebagai cara mau membunuh karier politiknya?

Atau ini adalah sebahagian dari strategi Chua Soi Lek sendiri.

~ Omak Kau

PANAS!! Sultan Johor dedahkan Kerajaan UMNO/BN bayar RM500K lebih tinggi untuk harga sebuah 'RIV' ..

Posted: 10 Sep 2012 07:36 PM PDT


Pencacai-penccai UMNO telah melabelkan Tony Pua sebagai seorang yang tidak patriotik bilamana beliau sering mempertikaikan harga yang dibayar oleh Kerajaan Malaysia untuk memperolehi aset buat Angkatan Tentera Malaysia.

Perlu diketahui secara umumnya memang kebanyakkan aset yang dimiliki oleh Angkatan Tentera Malaysia dibeli pada kadar harga yang jauh lebih tinggi oleh Kerajan Malaysia yang dikuasai oleh UMNO/BN.

Antaranya ialah Helikopter dan juga Kapal Selam selain itu Armoured Personnel Carrier (APV) juga menyaksikan perkara yang sama.

Dimana harga yang dibayar dengan harga semasa perjanjian ditandatangani adalah jauh berbeza.

Ketika perjanjian ditanda tangani harga untuk 257 APV ialah hanya RM1.7 Billion dan ianya disaksikan oleh Zahid Hamidi tetapi bila terbongkar harga yang dibayar oleh Kerajaan UMNO/BN ialah RM7.5 Billion, Zahid menafikan beliau menyaksikan perjanjian itu.

Artikel berkaitan isu Armoured Personnel Carriers (APV) itu sila baca di ( SINI )

Kali ini pula, bukannya Tony Pua yang mendedahkan tetapi Sultan Johor iaitu Sultan Ibrahim, Baginda mempersoalkan mengapa Rapid Intervention Vehicle (RIV) dibeli Baginda hanya berharga RM150,000 berbanding RM690,000 yang dijual oleh pihak pembekal kepada Angkatan Tentera Malaysia.

Seperti biasa.. jawapan standard yang mungkin terdapat dalam SOP untuk menipu rakyat yang digunapakai oleh pemimpin-pemimpin UMNO ialah.. 'Kami akan siasat.. kemungkinan harga ini berbeza ialah kerana spesikasinya yang berbeza....'

Spesifikasi apa agaknya yang ditambah pada RIV (gambar atas) tersebut hingga harganya meningkat melebihi 300%.. iaitu lebih RM540,000 dari harga pasaran..

Apa yang kita perlu ketahui ialah.. Kementerian Pertahanan telah dijadikan sebagai lubuk untuk membina kekayaan oleh kebanyakkan pemimpin UMNO dan tindakan haram jadah mereka itu dilindungi oleh Akta Rahsia Rasmi (OSA).

Scandal terbesar bukan Kapal Selam sebenarnya tetapi melibatkan lebih dari 40 buah jet pejuang jenis Skyhawk yang di simpan di Nevada, USA yang hilang dari inventori Angkatan Tentera Malaysia ...

Ianya berlaku diera pemerintahan Mahathir... sila baca di ( SINI )

Adakah pencacai UMNO akan melabelkan Sultan Johor juga sebagai tidak patriotik kerana mempersoalkan perbezaan harga RIV itu oleh pencacai UMNO?

***************************************

Zahid Hamidi: Isu harga RIV untuk elit tentera disiasat

Perbezaan harga Rapid Intervention Vehicle (RIV) yang diutarakan Sultan Johor Sultan Ibrahim dalam titah baginda Sabtu lepas akan disiasat, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

 Beliau berkata kementeriannya mengambil secara positif komen tersebut dengan menganggapnya sebagai satu keprihatinan yang ditunjukkan Sultan Ibrahim yang juga Kolonel Komandan Rejimen Gerak Khas.

"Kementerian Pertahanan mengambil maklum terhadap komen baginda dengan cara positif di mana saya sendiri akan lakukan penyiasatan terhadap perbezaan di antara harga RIV yang dianugerahkan oleh Tuanku Sultan Johor berharga RM150,000 berbanding RM690,000 yang dijual oleh pihak pembekal. 

"Mungkin terdapat spesifikasi yang berbeda yang akan saya teliti," katanya kepada pemberita ketika mengulas mengenai titah Sultan Johor pada majlis ulang tahun Rejimen Gerak Khas ke-47 di Kem Iskandar, Mersing, Johor Sabtu lepas.

Ahmad Zahid yang ditemui selepas menerima kunjungan hormat Timbalan Ketua Staf Angkatan Tentera Republik China, Jeneral Ma Xiaotian di Kementerian Pertahanan di Kuala Lumpur, berkata beliau menghargai pandangan tersebut dan sekali gus menunjukkan keprihatinan baginda terhadap peralatan yang sedang dan terus digunakan oleh Rejimen Gerak Khas.

"Keprihatinan ini adalah suatu yang perlu dihargai oleh kementerian (pertahanan) dan tentunya akan diambil kira sebagai panduan terutamanya dalam pembelian aset-aset dan peralatan di bawah naungan baginda," katanya.

Sultan Johor Sultan Ibrahim pada Sabtu lepas melahirkan rasa dukacita kerana kelengkapan ketenteraan yang dibekalkan kepada Kor Gerak Khas bukan sahaja tidak mencukupi tetapi juga tidak bermutu dan tidak menepati spesifikasi.

Baginda bertitah dalam usaha kerajaan mengawal belanjawan dan perbelanjaan, pihak Kementerian Pertahanan hendaklah meneliti satu persatu pembelian yang dibuat dan memastikan peralatan yang diperolehi bertepatan dengan keperluan dan mempunyai kualiti yang tinggi.

Di samping itu Sultan Johor juga mengingatkan pihak yang berkenaan agar tidak mengambil kesempatan dalam usaha pihak tentera melengkapkan kor itu dengan peralatan terkini.

 "...janganlah bekalkan peralatan yang kurang berkualiti tetapi meletakkan harga yang berlipat kali ganda," titah Sultan Ibrahim. - Bernama

PANAS!! Video Anwar Ibrahim didedahkan!!

Posted: 10 Sep 2012 10:20 AM PDT


Terus terang aku cakap.. dalam hal ini buat kali ini aku tak mampu untuk mempertahankan Anwar Ibrahim lagi, kerana apa yang dilakukannya di dalam video ini sememangnya pelakunya ialah dirinya sendiri.

Aku yakin 110% bahawa lelaki yang melakukan perbuatan ini adalah Anwar Ibrahim dan bukannya lelaki atau individu lain yang menyerupai dirinya.

Kerana lenggok tubuh dan suara yang kedengaran ini memang Anwar Ibrahim.. jadi buat yang menyokong Anwar Ibrahim selama ini fikikirkanlah sedalam-dalamnya...

Adakah anda akan terus menyokong individu yang punya perwatakan begini atau mengalihkan sokongan anda kepada DS Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia yang ada sekarang ini..

Sebelum korang tengok video yang akan aku dedahkan ini.. korang tengoklah dulu video persembahan istimewa dari Najib dan Rosmah buat seluruh rakyat Malaysia di bawah ini..


Berikut adalah video yang aku maksudkan... sila tonton dengan hati yang terbuka.. jangan belasah aku sebelum habis menonton video ini..


Sememangnya ia adalah Anwar Ibrahim...

Dari dua video di atas.. siapa pilihan anda?? fikir-fikirkan...

Pasal tajuk tu..aku tulis PANAS kan?? he..he..he.. pencacai UMNO pasti panas sebab Najib boleh jadi imam ke?

Tiada ulasan: