Jumaat, 7 September 2012

ANAK SENGAT

ANAK SENGAT


KAMI PUN KENE

Posted: 06 Sep 2012 09:56 PM PDT



Bukan bas PKR je kene... bas Bn pun kene juge... lawak lawak... umNO dah kantoi apabila dilihat keganasan semakin melampau apabila kejadian simbah dan pecah cermin bas PKR di Kelantan. Kejadian sama dilaporkan berlaku kepada bas BN... cumanya cermin tak pecah...  kalau pecah kan cermin baru nampak sama dan real.... tapi rugi le sikit... laporan polis AKAN dibuat...

GEORGE TOWN: Sebuah bas kempen Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang didapati disimbah dengan cat merah di Jalan Macalister pada Jumaat.

 Bas itu diletakkan di ibu pejabat Gerakan Pulau Pinang.
 Pemandu bas mengesan perkara itu pada pukul 7 pagi.
 Ketua Pemuda BN negeri, Oh Tong Keong berkata, kenderaan itu diletakkan di dalam kawasan bangunan berhampiran dengan pintu hadapan.

 Satu tin cat merah ditemui berhampiran.

"Kami akan membuat laporan polis," kata Oh di tapak Taman Manggis di Jalan Zainal Abidin di mana Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guang Eng dijemput untuk mengadakan dialog berhubung jualan dan rancangan bagi tanah berkeluasan 0.4 hektar itu.



kita tunggu laporan yang BN AKAN buat... harap harap lapor  cepat sebab biasanya kalau BN yang kene... polis akan jadi cepat cuma belum tentu betul...





Sumber Mstar. 

KAYA HANTU RAYA

Posted: 06 Sep 2012 05:05 PM PDT



Deposit  tetap BN umum diketahui ialah dari melayu kampong khususnya di tanah rancangan  seperti Felda dan Borneo – Sabah dan Sarawak. Ternyata dalam PRU 12 BN mendapat bantuan pernafasan penyambung hayat dari tempat tersebut. Tanpa undi Sabah Sarawak , BN pastinya telah terkubur lebih awal. 

Perkembangan mutakhir menunjukkan rakyat Sabah dan Sarawak telah mula berubah. Ia dimulakan oleh pemimpin mereka. Entah apa dijanjikan oleh DSAI…pastinya lebih baik dari janji Najib… mereka sudah mula berubah…

Melayu tanah rancangan adalah harapan akhir BN . Maka semangat melayu yang entah ke mana selama ini disemarakkan semula. Najib yang dah terlajak dengan semangat Satu Malaysia seperti hilang arah.  Maka tugas "perasap kemeyan"  semangat keris melayu dipikul kepada timbalannya. Sebahaagian besar di swastakan kepada badan NGO seperti PERKASA dan badan cacat lain yang ada nama tanpa ahli.

Demi meraih undi melayu, Najib telah menggunakan sepenuhnya peluang di Felda. Berbagai "durian runtuh dijanjikan untuk warga Felda malah keturunannya. Kalau boleh mungkin sebanyak tujuh keturunan kut. Keghairahan Najib memberi durian runtuh sampai terlupa duit di poket dah takde… Akhirnya terpaksa le buat pinjaman. Lebih malang…pinjaman itu dtas nama yang dapat durian runtuh… rupa rupanya durian itu runtuh di kepala peneroka apabila bank tuntut hutang durian mangkor saham FGV.

Demi meredakan kemarahan warga Felda, Maka mat Maslan terpaksa memberi jaminan hutang tersebut dibayar melalui potongan. FGV yang diharap menjadi senjata untuk umNO meraih undi melayu kampong kini jadi senjata makan tuan. ANAK yang jadi anak derhaka bagi Najib telah lama mengingatkan pengundi melayu di Felda tentang bahana FGV. Kini ingatan itu sudah menampakkan kebenarannya.

Saham FGV hanya 5 peratus untuk peneroka felda.. Bakinya menjadi khazanah memboroikan orang yang tak de kaitan dengan Felda. Saham yang kononnya akan menjadikan warga Felda kaya raya itu boleh memiskinkan warga Felda yang sempat tersenyum separuh purnama dengan pengumuman mat jenin Najib. Bayangkan kalau warga felda keseluruhannya dapat 5 peratus dikongsi bersama boleh jadi kaya raya… tentunya pengerusi haram Felda .. Mat Isa pulak jadi apa dengan saham yang diperolehi?? Mungkin kaya hantu raya…

Kejatuhan saham FGV dan beban hutang yang dituntut bank menjadikan warga Felda yang senyum kerang busuk dulu dah mula menyeringai marah… semoga kemarahan itu akan diterjemahkan dalam PRU 13… kita tunggu apa Najib nak buat dengan senjata yang dah makan tuan…


Tiada ulasan: