Selasa, 11 September 2012

ANAK SENGAT

ANAK SENGAT


3 JUTA..

Posted: 10 Sep 2012 03:31 PM PDT



Bertuahnya hidup dengan kuasa di Malaysia… patut le ramai yang dah berkuasa tak mau turun dari kuasa… macam daun pisang kata Ustaz ismail Kamus… selagi tak direntap… selagi itulah dia takkan turun… rupanya bila jadi pemimpin… ada kekebalan dan berbagai perisai yang lindung . Ada yang dah turun pun nak naik balik kerana dah mula rasa susahnya tempias bila dah tak berkuasa… termasuk dah tak boleh jaga harta anak beranak…

Di Malaysia,  ada perisai untuk yang berkuasa dengan nama undang undang.. Segala macam mak nenek undang undang dan akta untuk melindungi kesalahan  orang yang berkuasa.. Yang salah dibebaskan …yang baik dan nak bela rakyat dijadikan penjenayah

Saya sangat terkejut dengan tuduhan yang dikenakan ke atas Rafizi boleh didenda hingga 3 juta… Gile apa??? Tanya lah semua rakyat yang celik dan tak buta perut… mana masuk akal orang yang dedahkan penyelewengan wang rakyat dituduh dan orang yang menyeleweng bebas…
3 juta tu bukan sikit beb… mungkin bagi orang yang dapat duit dengan mudah 3 juta tu takde mendenye…. Namun angka itu membolehkan beribu rakyat hidup selesa

Patutle jenayah makin berlelausa…kerana rakyat takut untuk melapor… takut ada akta dan undang undang yang boleh mengheret mereka ke mahkamah.. Orang yang jumpa mayaat taakut nak lapor sebab takut kena tuduh.

Kebaranian Rafizi sewajarnya disokong oleh rakyat Malaysia. Beliau nak selamatkan duit rakyat yang dibaham oleh laki menteri. Di beri secara percuma… dengor ceritanya… sebab nak dapat undi wanita bagi jawatan timbalan presiden… Muhyidin…entahlah… mungkin  ada betul…Cuma bukti bertulisnya tak wujud…

Kenapa umNO sangat takut dengan isu lembu..??? Isu lembu bukan hanya untuk Shahrizat dan lakinya…tetapi tender itu diberi oleh siapa… pendedahan inilah yang ditakutkan… silap silap mimpi naj jadi perdana menteri melayang …

Berbalik pasal 3 juta… peliknya undang undang Malaysia…hanya kerana menyelongkar salahguna kuasa… didakwa di mahkamah..sepatutnya dapat pingat hang tuah…tapi mungkin kerana taukenye melayu…yang bagi tender itu melayu…Rafizi boleh dianggap khianat melayu… 3 juta….

Tiada ulasan: