Ahad, 16 September 2012

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Perhatian kepada Ulama Muda Umno - Jangan nampak kolot sangat !

Posted: 16 Sep 2012 10:51 AM PDT

Firman Allah, "Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya." (Surah Al-Maa'idah, 90)

Sedap sunggoh dengar penerangan Mamat ini. Betullah apa yang dia sebutkan itu. Tidak dinafikan kebenarannya. Kalian boleh dengo di u-tiub bawah tu nanti.

Tapi saya ingin menarik perhatian kalian terhadap ucapan mamat ni khususnya pada minit ke 3: 36 hingga ke minit 4:43 sahaja.Yang lain tu saya tak berapa minat nak komen. Saya perturunkan sebagaimana berikut :

Nabi SAW membiarkan orang Yahudi dan Nasrani, depa nak minum arak dalam kawasan kita , jangan mai ke kawasan kita. Jangan masuk ke kawasan kita! Dan orang kita dilarang pergi ke sana.Itu adalah asasnya; sebab mereka ada tuntutan kehidupan mereka. Orang kafir, dia pun kafir...

Jadi Nabi SAW pada ketika itu memberi ruang kepada mereka. Depa nak minum, minum.Saperti apa yang berlaku di negeri-negeri.

Isu ini sebenarnya ia jadi isu politik.Pasai apa? Pada hari ini, orang ni bercakap tak kena, orang ni bercakap pun tak kena.Orang yang dok komen Genting ini, di negeri depa pun ada.Depa pun keluar lesen arak untuk kedai-kedai penjualan arak di negeri mereka.

Oow Genting besaq, hak tu kecik! Kecik besaq adik beradik saja.Tapi jawapannya apa? Jawapannya sebenarnya lesen itu diberikan atas asas ia untuk golongan-golongan kepada non Muslim sahaja.

Orang tu bertanya : Apa hukumnya kerajaan negeri membuka pusat perjudian, berlaku pelbagai maksiat .....Kalian dengo sendiri melalui sumbernya yang asal ini:


Sebagaimana semasa muqaddimah penjelasannya tadi, Mamat ni sebut mengenai isu Genting dan isu pusat-pusat perjudian.Tetapi kenapa dalam penghujahan selanjutnya, dia hanya menumpukan kepada isu minum arak sahaja....dan tidak sentuh langsung mengenai judi ? Allahu a'lam.

Walau apa pun saya suka untuk fokus kepada kenyataan konklusi yang Mamat ni buat:

"Jawapannya sebenarnya lesen itu diberikan atas asas ia untuk golongan-golongan kepada non Muslim sahaja"
Itulah yang Mamat ni sebut.

Betulkah begitu ? Saya setuju dengan saranan Mamat ni, "Dan orang kita dilarang pergi ke sana.Itu adalah asasnya; sebab mereka ada tuntutan kehidupan mereka. Orang kafir, dia pun kafir...

Mamat ni tentu akan anggap gambar PM Najib tu superimpose. Atau mungkin juga Mamat ni terlepas pandang untuk mengulas mengenai pembabitan anak sulung bekas Perdana Menteri, Mirzan Mahathir yang dilantik sebagai pengarah dalam syarikat San Miguel Corp (SMC) pengeluar arak terbesar Filipina.Beer ini dibuat di Filipina, China, Indonesia, Vietnam, Thailand dan juga Malaysia. Ia dijual di 60 negara di seluruh dunia.

Mungkin juga Mamat ni tak pernah tahu mengenai perangai anak angkat Mahathir yang ini :

Kesian mamat ni. Dia begitu naif dengan dunia persekitarannya. Dia tidak sedar bahawa ramai pemimpin Umno dari dulu hingga sekarang mempunyai kepentingan dalam Genting Berhad.

1. Bekas Speaker Dewan Rakyat, bekas Pengerusi Genting Bhd serta datuk kepada Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Tan Sri Noah Omar dilaporkan mempunyai jumlah saham - 602,318,000 (Resort World Berhad)

2. Yayasan Noah (kini diwarisi oleh Najib dan Hishammuddin) mempunyai jumlah saham - 3,334,600

3. Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar, bekas Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Amin Othman dan bekas Pegawai Bank, Dato' Paduka Nik Hashim Yusof menjadi Pengarah Genting Berhad.

4. Bekas Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Tan Sri Wan Sidek Wan Abdul Rahman dan bekas Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam, Tan Sri Alwi Jantan merupakan Pengarah Resort World.

Itu sekadar sebut Genting. Belum lagi Magnum Corporation Sdn Bhd, Sports Toto dan lain-lain lagi.

Tiada ulasan: