AKU INGIN BEBAS |
HUKUM PERBUATAN BIADAP UMNO-BN DI PRU13 Posted: 04 Sep 2012 09:42 AM PDT |
JANGAN PERGUNAKAN POLIS UNTUK KEPENTINGAN UMNO Posted: 03 Sep 2012 06:39 PM PDT Pijak gambar YB Khalid Samad KUALA LUMPUR 3 Sept. - Polis hari ini mengedarkan 11 keping gambar menunjukkan beberapa peserta Perhimpunan Janji Bersih yang melakukan pelbagai kesalahan semasa ambang sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 di Dataran Merdeka pada malam Khamis lalu. Antara gambar-gambar diedarkan ialah dua peserta wanita memijak gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang disiarkan pada muka depan Mingguan Malaysia semalam. Pijak gambar YB Nizar Turut diedarkan ialah gambar seorang pemuda menunjukkan punggung di atas gambar Najib dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor serta beberapa keping gambar peserta lelaki dan wanita lain yang mengibarkan bendera untuk menggantikan Jalur Gemilang. Menurut sumber, polis mengenal pasti pemuda berkenaan adalah pelajar sebuah kolej swasta di Cheras. Bagaimanapun, ketika pemeriksaan polis, pelajar terbabit telah melarikan diri ke Batu Pahat, Johor. Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, kesemua 11 keping gambar diedarkan itu menunjukkan kesalahan yang dilakukan oleh peserta perhimpunan tersebut. "Polis Kuala Lumpur meminta orang ramai yang mengenali mana-mana individu yang gambarnya disiarkan oleh media supaya tampil menyalurkan maklumat bagi membantu siasatan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini. Semalam, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Mohd. Zinin mengumumkan polis menubuhkan pasukan khas untuk menyiasat insiden berkenaan. |
You are subscribed to email updates from AKU INGIN BEBAS To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan