AKU INGIN BEBAS |
BAJET 2013 - HATI-HATI TAKUT KENA KENCING MANIS Posted: 28 Sep 2012 05:16 AM PDT Harga gula akan turun 20 sen. Tentunya rakyat jelata akan bersukaria dengan bajet menarik ini terutamanya bagi makcik-makcik felda. Walau apa pun, tahniah kepada PM Najib. Namun rakyat jangan mudah terpedaya dengan gula-gula pilihanraya yang semakin hampir. Takut-takut nanti ramai yang kena kencing manis kerana harga gula dah murah. BR1M kali 2, satu lagi pakej yang paling ampuh untuk menarik golongan pengundi muda berusia 21 tahun menyokong UMNO-BN. Kalau sebelum ini golongan ini tidak layak atau tersenarai pun sebagai penerima BR1M namun kali ini mereka tersenarai. Kerana apa... haha..., inilah gula-gula yang paling manis mengalahkan gula yang sediada. Kepada golongan muda, perjuangan perlu diteruskan. Apa yang diberi terima saja tapi sokong tetap pada PR. Amaran: Kalau kena kencing manis gunakanlah duit BR1M RM500 untuk membayar kos pergi balik ke klinik atau hospital. |
You are subscribed to email updates from AKU INGIN BEBAS To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan