Jumaat, 7 September 2012

AdukaTaruna

AdukaTaruna


MAZA dan Hari Malaysia (Kelantan bukan negeri luar)

Posted: 07 Sep 2012 02:34 AM PDT

[1]
Bendanya dah lama. Basi dah pun. Tapi gua tulis juga lah. Sebab baru lepas berdialog dengan sahabat. Katanya MAZA hebat berhujah dengan Tun Faizal (UMNO).

Gua cakap, dalam pertembungan twitter MAZA-Faizal, yang menang ialah Faizal. MAZA bijak dalam kategori berilmu. Tapi dia tidak bijak dalam kategori psiko / strategi / EQ (emosi).

Tun Faizal sebenarnya sudah berjaya membuatkan MAZA memilih label untuk dirinya. Mengisytiharkan kepihakan. MAZA kata beliau lebih semangat menentang UMNO. Menentang label UMNO bermakna menentang secara total. Bukan menentang secara bertajuk.

Sebelum ini UMNO sukar dengan tokoh yang bebas. MAZA hadir himpunan UMNO. MAZA sokong apa yg baik dalam UMNO. Cumanya, jahay UMNO lebih banyak, membuatkan banyaklah tentangan MAZA terhadap kejahatan UMNO.

Sekarang sudah mudah. MAZA dah isytihar dan merasmikan dirinya. Inilah label aku.

[2]
Begitu juga MAZA dan Abby. Abby tu pompuan ma.. Ilmu MAZA tahu pompuan ni 9 pintu emosi, 1 pintu akal. Tapi MAZA cerdik dalam berilmu sahaja. MAZA menjawab Abby yang sedikit beremosi dengan emosi juga.

Pada gua sangat memalukan kalau kita lebih beremosi dari wanita yang beremosi. Memang akan kata, tak nampak ayat emosi pun dari MAZA. Tapi pada gua, dan hasil reaksi puas hati penyokong MAZA terhadap Abby, gua simpulkan MAZA membuat statement menyindir terhadap seorang wanita yang sedikit emosi.

Penarik Beca pernah sound gua. Keyboard ni macam steering kereta. Lelaki yang baik, berilmu dan penyabar akan menjadi emosi bila sahaja dia memegang steering kereta.

[3]
Ada orang email gua minta pandangan tentang masalah rumah tangga. Memang boleh nak bagi nasihat. Tapi pertama rasa takut. Kedua rasa malu. Takut sebab perkahwinan gua baru 3 tahun. Gua tak nak Allah uji gua akan kata2 nasihat gua tu. Berapa banyak pakar motivasi yang gagal dalam kehidupan rumah tangga, gagal dalam mendidik anak.

Kita nasihatkan orang pung pang pung pang. Skali buatnya Allah kata, meh kita test tengok... mampos. Tak sure lagi tu boleh ke tak boleh gua. Nauzubillah. Walau Allah janji ujian tu setara dengan tahap, tapi, gua kalau boleh takmo la ambil ujian.

Keduanya rasa malu. Baru2 ni, Haji Sobri, Pengerusi UTTV mengadakan majlis ulang tahun perkahwinan beliau. Kali ke berapa? 38 tahun beb. Gua pun baru 31. Bermakna, 7 tahun gua belum wujud, dia dah kawin. Alhamdulillah kekal 38 tahun dah. Satu angka yang memuhasabahkan diri gua.

[4]
Jangan lupa. 15 September ini. kepada mereka yang berada di Kelantan. Mari bersama mencatatkan sejarah di bumi sendiri.

Program : Hari Malaysia. Kelantan bukan negeri luar!
Tarikh : 15 September 2012
Masa : 9 malam
Tempat : Stadium Sultan Muhammad IV

* Tertakluk kepada pindaan yang akan diumumkan dari masa ke semasa.

Tiada ulasan: