Ahad, 9 September 2012

Addin

Addin


Majlis Syura Putuskan Ust. Nasha Kekal Ahli PAS, Tiada Tindakan Displin

Posted: 09 Sep 2012 09:44 AM PDT


KUALA LUMPUR 9 Sept. - Majlis Syura PAS Pusat memutuskan mengekalkan keahliah PAS terhadap Bekas Timbalan Presiden Nasharudin Mat Isa. Persidangan yang baru sahaja berakhir sebentar tadi itu juga memutuskan Nasharudin dikekalkan memegang jawatan sebagai salah seorang anggota Ahli Majlsi Syura PAS Pusat.

Keputusan rasmi yang diumumkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu juga menolak spekulasi beberapa pihak yang mendakwa Nasharudin bakal dipecat sebagai anggota keahlian parti malam ini.

Walaubagaimanapun, Hadi Awang enggan mengulas tentang status pencalonan Nasharudin pada Pilihan Raya Umum ke 13 dan menjelaskan akan dibincangkan pada mesyuarat akan datang.

Majlis Syura Bersidang, Isu Ust. Nasha Jadi Fokus

Posted: 09 Sep 2012 08:37 AM PDT

KUALA LUMPUR - Majlis Syura, yang menjadi tumpuan banyak pihak - dari dalam dan luar Pas, sedang bersidang dengan kehadiran bekas Timbalan Presidennya, Nasharudin Mat Isa.

Nasharudin kelihatan tiba di ibu pejabat Pas, di Jalan Raja Laut, jam 8.55 malam tadi sementara pemerhati dan kebanyakan pemimpin kanan parti itu yakin beliau akan 'selamat' daripada sebarang tindakan berat.

Media telah menanti kedatangan beliau sejak jam 7 petang tadi.

Mursyidul Am Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mempengerusikan mesyuarat Majlis Syura, dilihat meninggalkan bangunan ibu pejabat Pas jam 9.15 malam.

Difahamkan mesyuarat dipengerusikan oleh Timbalan Mursyidul Am Pas.

Nasharudin menjadi tumpuan ekoran gesaan beliau, yang juga Ahli Parlimen Bachok, agar Pas mempertimbang semula keanggotaan dan kerjasama dalam Pakatan Rakyat berikutan pendirian Pengerusi DAP, Karpal Singh dalam isu hudud. ~sinarharian


Patutlah Gejala Samseng Politik Menjadi-Jadi

Posted: 09 Sep 2012 07:19 AM PDT

KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution akan menulis surat rasmi kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar untuk bertemu bagi membincangkan aspek keselamatan program KEADILAN.Beliau berharap pertemuan itu dapat memastikan polis memberi perhatian terhadap amalan yang mengancam demokrasi negara ini, seterusnya menghenti serangan samseng.Perkara itu dinyatakan Pengarah Komunikasi KEADILAN Nik Nazmi Nik Ahmad pada kenyataan media petang tadi.

Menurutnya, KEADILAN kesal kerana Datuk Seri Najib Razak terus membisu, seolah-olah memberi lampu hijau untuk gejala samseng terus berleluasa."Sekalipun pelbagai laporan polis dibuat, sehingga hari ini polis dilihat tidak serius dalam mengambil tindakan dalam hal ini," kata Adun Seri Setia itu.

Nik Nazmi merujuk kes serangan terhadap bas Merdeka Rakyat yang disertai Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pimpinan lain, di Kelantan minggu dan Melaka, semalam.Sebelum itu, katanya taktik samseng digunakan terhadap pimpinan KEADILAN dan Pakatan Rakyat hingga sebahagiannya melibatkan kecederaan.

Ini termasuk serangan terhadap Anwar di Sembrong Johor, kecederaan warga emas di Lembah Pantai akibat terkena lontaran batu terhadap Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar dan banyak lagi. ~kd

Polis Sahkan Pegawal Peribadi Anwar Tidak Acu Pistol

Posted: 09 Sep 2012 04:50 AM PDT

Pengawal peribadi kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dikenali sebagai Jim, tidak mengacukan pistol kepada samseng Umno walaupun berdepan provokasi mereka.

Setiausaha Pengelola KEADILAN, Radin Shamsulkamar Radin Shamsudin, berkata Jim berusia lingkungan 30 tahun, ditahan selepas polis menerima lima aduan daripada Pemuda Umno Jasin. "Seorang anggota polis yang melihat insiden itu juga menegaskan Jim tidak mengacukan pistol (ke arah samseng).

Jim dibebas selepas polis berpuas hati dengan rakaman video kejadian itu," katanya kepada Keadilan Daily ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin, Melaka.

Jim ditahan polis berpakaian preman ketika cuba menyurai samseng umno yang mengerumuni bas Merdeka Rakyat untuk ke sambutan Aidil Fitri KEADILAN Cabang Jasin di Kampung Kelubi, Jasin.

Laporan edisi bahasa Mandarin NTV7 semalam menyebut, dua anggota polis bertindak ke atas pengawal peribadi Anwar dan kononnya, memaksa senjata api itu dimasukkan semula ke sarung.

Malah, Setiausaha Kerja Wanita Pusat, Maisuri Zainal pula berkata Jim hanya mengacah dengan mengeluarkan pistol sebagai langkah berjaga-jaga tapi muncungnya menghala ke tanah.

"Saya nampak beliau halakan pistol ke bawah…bukan acu (ke arah samseng)," katanya yang mengikuti program jelajah berkenaan, sambil menggayakan semula aksi itu.

Selain itu, Maisuri dan rakannya, Abdul Hadi Suhaimi juga yakin dapat mengecam wajah samseng Umno yang menyimbah cat ke bas Merdeka Rakyat, jika kawad cam dibuat.

Menyatakan sudah memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Jasin lewat malam 8 September lalu, beliau berkata, mereka nampak jelas insiden itu dari dalam bas, sebelum keluar merakam gambar dan video.

Laporan polis berhubung insiden itu sudah dibuat Radin Shamsulkamar pada jam 8.43 malam di balai polis sama. ~kd


Gempar!! 2 Artis Beragama Islam Buat Persembahan Di Sambutan Syarikat Arak Guiness

Posted: 09 Sep 2012 01:46 AM PDT

Inilah akhlak artis yang mengaku Islam.. tidak peduli halal dan haram. Yang penting hanyalah wang.. Di mana pihak berkuasa agama? Di mana umat Islam yang prihatin? Tolong lakukan sesuatu bagi menyedarkan artis-artis ini.. masih belum terlambat. Mungkinkah ini bala yang Allah SWT turunkan apabila hukum hakam Islam tidak dilaksanakan?


Ning Baizura Dan Mizz Nina Buat Persembahan Sempena Arthur's Day

Masihkah anda ingat tentang entri Mizz Nina tidak prihatin, terlibat dengan konsert sempena Arthur's Day? Ingatkan tak adalah lagi artis beragama Islam yang akan terlibat dengan perkara yang serupa tahun ini. 
Tup-tup poster di bawah menunjukkan Ning Baizura dan Mizz Nina bakal membuat persembahan sempena perayaan sambutan syarikat arak Guiness ini.


Sedikit wikipedia untuk anda yang tidak tahu mengenai sambutan Arthur's Day:-
Arthur's Day refers to a series of music events which were first organised in 2009 to celebrate the 250th anniversary of the Guinness brewing company by its owner Diageo plc, using Freud Communications as public relations co-ordinators.
Kalau artis bukan Islam yang buat persembahan memang lantak dioranglah kan. Rasanya isu ini agak sensitif lagi-lagi kerana ianya berkaitan dengan arak.

Masih sempat lagi rasanya untuk Ning Baizura dan Mizz Nina membatalkan persembahan ini supaya tidak dipandang serong oleh peminat mereka. Tak ke gitu? ~nara

Lihat poster di sini. 


Sah!! Gambar Jamuan Hari Raya Najib Di PHOTOSHOP.. Ini Buktinya

Posted: 08 Sep 2012 11:24 PM PDT


Edisi KANTOI Gambar Rumah Terbuka Najib di Photoshopped oleh pihak tertentu!!! Gambar Raya Pun Mau Kencing Ka?

Seorang pemimpin DAP telah mempersoalkan kesahihan gambar yang kononnya menunjukkan puluhan ribu orang yang berkumpul di kediaman Perdana Menteri Najib Altantuya sewaktu Hari Raya Aidilfitri kedua pada 20 Ogos lalu.

Merujuk kepada laporan The Star pada 21 Ogos lalu, Senator S Ramakrishnan menganggap gambar muka depan harian berbahasa Inggeris tersebut sebagai satu lagi "pembohongan terang-terangan".


~tranungkite

Yohanas Murtadkan 200 Orang Islam, Mohd Farhan Islamkan 4,000 Orang Kristian

Posted: 08 Sep 2012 08:50 PM PDT

Dulu matlamat hidupnya, adalah memurtadkan seberapa ramai orang Islam. Sejak usia tujuh tahun lagi, Yohanus sudah dihantar keluarganya untuk bersekolah di gereja bagi melatih dirinya menjadi mubaligh.

"Keluarga saya memang berpegang pada ajaran Kristian yang kuat. Tidak hairanlah, bapa saya ketua gereja Kota Belud (Sabah) pada masa itu," katanya yang kini dikenali sebagai Ustaz Mohd Farhan Abdullah al-Hafiz.

Dalam usia remaja, mubaligh Yohanus berjaya memurtadkan, lebih 200 orang Islam. Lantaran itu, dia dinaikkan pangkat hingga bergelar pastor.

Ini amat menggembirakan keluarga, terutama bapanya yang menaruh harapan mahu Yohanus menggantikan tempatnya atau mendaki kedudukan lebih tinggi.

"Saya dihantar ke sekolah Kristian di Namous termasuk mendalami kitab Bible di Pusat Gerakan Penginjilan Sidang Injil Borneo (SIB) untuk meningkatkan lagi keupayaan menarik orang mendekati Kristian terutama memurtadkan orang Islam," katanya.

'Kejayaan' dikecapi selain sokongan keluarga membuatkan Pastor Yohanus lebih bersemangat menjalankan tanggungjawab agamanya.

Bagaimanapun, kehendak ALLAH ternyata mengatasi segalanya. Atas beberapa insiden, hati Yohanus tiba-tiba berubah menjadi tertarik kepada Islam, satu agama dan umat yang paling dimusuhinya sejak kecil.

"Meskipun saya sering bercerita yang baik dan menarik mengenai Kristian, namun dalam hati saya, tiada siapa yang tahu apa yang saya sendiri rasakan," katanya.

Farhan berkata, jauh di lubuk hatinya, dia sering diburu perasaan ada sesuatu yang tidak kena dalam hidupnya, terutama tentang apa yang dibuatnya selama ini.

"Kepercayaan saya (waktu itu) sering berperang dengan hati sendiri," katanya. Namun segala-galanya berubah, sebaik sahaja dia mengucap dua kalimah syahadah pada 1990.

"Segala keraguan dan keluh-kesah itu pergi dengan tiba-tiba. Hingga sekarang, saya berasa amat tenang bersama Islam, sesuatu yang saya tidak pernah rasai dulu," ujarnya sambil tersenyum.

Farhan berkata, meskipun sudah jadi Islam, dia tidak puas mendalami agama suci ini.

"Semakin hari, saya melihat Islam itu indah, sehinggakan saya nekad mendalami Islam dengan menuntut di Institut Dakwah Islamiyah Perkim di Petaling Jaya dan melanjutkan pelajaran ke Mesir sehingga mendapat ijazah dalam pengajian al-Quran dan Qiraat Shubra Al-Azhar," katanya.

Setelah 20 tahun memeluk Islam, Farhan telah mengislamkan lebih 4,000 orang Kristian.

Menurutnya, itu adalah usahanya bagi menebus apa dilakukan sebelum ini dan berusaha menarik lebih ramai orang untuk mencintai Islam.

"Walaupun sudah masuk Islam, saya masih lagi mengkaji pergerakan mubaligh Kristian dan melihat perkembangan kitab yang digunakan Kristian.

"Sebagai contoh, banyak gereja hari ini, menyalahgunakan kebebasan beragama, Bible dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris semakin banyak diedarkan. Penyebaran agama dilakukan dengan semakin terbuka apabila kebanyakan hotel di negara ini menyediakan kitab Bible di setiap bilik," katanya.

Mohd Farhan berkata, penguatkuasaan oleh pihak berkuasa dalam membendung usaha penyebaran agama lain, terhadap orang Islam masih belum menyeluruh kerana setelah kerajaan membenarkan lebih 35,000 al-Kitab (Bible dalam bahasa Melayu) dibawa masuk ke Malaysia penghujung tahun lalu, kebanyakan penyebar agama Kristian menggunakan kesempatan itu dengan sewenang- wenangnya mencetak dan membawa masuk lebih banyak lagi al-Kitab.

"Terdapat al-Kitab yang ada tidak ditulis 'hanya untuk penganut Kristian', malah setiap naskhah yang diedar tidak mempunyai kod atau cop yang mengesahkan kemasukannya.

"Perkara itu berbeza di negara Islam lain, al-Kitab yang dibawa masuk mempunyai kod tersendiri dan dengan jelas dimaklumkan hanya untuk penganut Kristian," katanya.

"Bagi mengekang penyebaran itu secara lebih berleluasa, pihak kerajaan perlu tegas dalam perkara itu," katanya. ~info


Majlis Tempatan Jadi Pencacai Umno.. Gambar Sebagai Bukti

Posted: 08 Sep 2012 07:45 PM PDT


SEREMBAN –  Pas sifatkan tindakan pihak berkuasa tempatan (PBT) menurunkan bendera parti itu yang dipasang sempena Majlis Rumah Terbuka Pas Negeri Sembilan, di Dataran Senawang, dekat sini sebagai tidak adil.

Pesuruhjaya Pas negeri, Mohamad Taufek Abd Ghani berkata, sekiranya pemasangan bendera parti di kawasan tersebut merupakan satu kesalahan, tindakan sama juga perlu dilakukan terhadap bendera Barisan Nasional (BN) di situ."Jika hari biasa memang kita tidak pasang bendera Pas di kawasan terbuka seperti ini.

(Gambar) BN yang masih dibiarkan tergantung berdekatan dengan majlis Aidilfitri Pas.

Tetapi, kita pasang kerana kita anjurkan majlis rumah terbuka."Kita tiada masalah jika pihak berkuasa menjalankan tugas, tapi menjadi persoalan mengapa bendera BN dipasang di hampir keseluruhan pokok palma di Dataran Senawang tidak diturunkan," katanya kepada Sinar Harian  di sini, semalam.

Mohd Taufek yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Paroi berkata, Majlis Perbandaran Seremban (MPS) sewajarnya bertindak secara profesional dalam menjalankan undang-undang berhubung pemasangan bendera parti."Saya juga musykil kerana kawasan Dataran Senawang yang dimenangi pakatan pembangkang tidak dibenarkan memasang bendera parti, sedangkan BN diberi ruang sebebasnya di sini.


(Gambar) Penguatkuasa MPS menurunkan bendera Pas, semalam.

Malah bendera BN juga sudah berbulan-bulan dibiarkan tergantung tanpa tindakan pihak berkuasa," katanya.Semalam, kira-kira 40 bendera Pas yang dipasang di sekitar Dataran Senawang sehari sebelum majlis, diturunkan penguat kuasa MPS kira-kira 9.30 pagi. ~sinar


"AJK Umno Jasin Terlibat Serangan" - Ketua AMK

Posted: 08 Sep 2012 06:48 PM PDT

JASIN - Selepas kejadian di Kelantan yang pelakunya masih bebas hingga kini, bas yang digunakan bagi program Jelajah Merdeka Rakyat sekali lagi disimbah cat di Kampung Kelubi di sini, hari ini.Bas itu disimbah cat merah ketika dalam perjalanan menghadiri jamuan Aidilfitri di Kampung kelubi, Jasin kira-kira jam 3.30 petang – dilakukan pada siang hari secara terang-terangan.

Kejadian itu dilakukan kira-kira 30 samseng Umno yang turut menghalang laluan bas, selain menayangkan kain rentang yang penuh dengan kata-kata penghinaan kepada pemimpin KEADILAN.

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Md Akin ketika dihubungi Malaysia Kinipercaya perbuatan tidak bertamadun itu didalangi Pemuda Umno.

"Kami tahu kerana ada salah seorang ahli jawatankuasa Umno Jasin berada bersama mereka," katanya.Minggu lalu, bas itu turut disimbah cat merah sekitar jam 4.20 pagi manakala cermin depan retak dilontar batu di Pasar Khadijah, Kelantan.

Sekalipun berlaku keganasan terhadap konvoi melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama pimpinan parti peringkat pusat dan negeri, konvoi itu kemudian meneruskan perjalanan.

Mengikut jadual, mereka akan hadir Rumah Terbuka AidilFitri KEADILAN Melaka di Jalan Cempaka Off Taman Peringat Jaya, Melaka dan Rumah Terbuka keadilan PKR Tangga Batu pada jam 8 malam.

Konvoi kemudian akan bertolak ke Tanjong Minyak, Tangga Batu, Melaka untuk acara Ceramah Perdana di Batu 25, Kg Ramuan China Kechil, Lubok Cina, Melaka, antara jam 9 hingga 12 tengah malam.Pada waktu sama, konvoi juga akan berada di Ceramah Perdana Merdeka Rakyat di Food Court Pearl Park, Pekan Pulau Sebang, Alor Gajah, Melaka. ~kd





Tiada ulasan: