Selasa, 4 September 2012

Addin

Addin


Lagi Projek Sebat Dan Rembat Sebelum PRU 13

Posted: 04 Sep 2012 10:03 AM PDT

Ini mungkin antara projek sebat dan rembat sebelum Umno BN kalah PRU 13. Sebelum dikalahkan lebih baik sebat dan rembat sebanyak yang boleh. Lepas nih aku dah takde peluang untuk sebat.. mungkin inilah strategi terakhir Najib dan kroni-kroni sebelum di tumbangkan pada PRU 13 nanti.

Penswastaan KTMB untuk kayakan kroni Najib – Rafizi


PETALING JAYA - Hasrat Umno BN menswastakan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) kepada MMC Corporation Berhad (MMC Corp) bertujuan mengkayakan lagi syarikat kroni yang dikawal Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhary, kata Rafizi Ramli.

Pengarah Strategi KEADILAN itu berkata, Syed Mokhtar sebelum ini memonopoli perniagaan di negara ini termasuk sektor pelabuhan, pengangkutan, logistik, perladangan dan pembangunan hartanah.

"Dengan anugerah penswastaan KTMB pula, bermakna syarikat-syarikat yang dikawal oleh Syed Mokhtar akan menguasai pengangkutan keretapi yang merupakan sektor terpenting di negara ini.

"Bermakna, sebarang usaha untuk menaik taraf sistem pengangkutan awam sudah tentu akan melibatkan beliau kerana monopoli yang dipegangnya," kata Rafizi pada sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN hari ini.

Beliau berkata, cadangan penswastaan KTMB dibuat melalui kertas cadangan yang dikemukakan MMC Corp kepada Datuk Seri Najib Razak pada awal tahun ini.

Beliau difahamkan, Perdana Menteri kini sedang proses untuk meluluskan cadangan pengambilalihan tersebut.

Menurut Rafizi, KEADILAN menentang cubaan untuk memonopoli pengangkutan keretapi oleh MMC Corp yang bermotif keuntungan dengan membelakangi kepentingan nasional.

Tambah beliau, beberapa perkara perlu dipertimbang sebelum kerajaan menswastakan KTMB buat kali kedua selepas penswastaan pertama di bawah syarikat Marak Unggul Sdn Bhd gagal.

"Apakah syarat-syarat yang dikenakan kerajaan bagi memastikan aset dan pegangan tanah KTMB berjumlah RM50 bilion tidak jatuh ke tangan pihak swasta?

"Apakah jaminan kerajan mengenai kebajikan kakitangan KTMB akan dilindungi seadilnya apabila mandat diberikan kepada MMC Corp untuk mengendalikan pekerja?

"Apakah bentuk bantuan kewangan yang ditawarkan oleh kerajaan kepada MMC Corp untuk mengelakkan satu lagi projek swasta dibiayai oleh wang rakyat?" soalnya.

Sebelum ini, jutawan Syed Mokhtar melalui syarikatnya, MMC Corp berjaya mendapatkan kontrak infrastruktur terbesar negara iaitu kerja pembinaan terowong bawah tanah My Rapid Transit (MRT) bagi laluan Sungai Buloh-Kajang.

Difahamkan, projek itu berjaya diperolehi beliau setelah MMC Corp mengemukakan kertas cadangan kepada Perdana Menteri.

Pada 2003, Syed Mokhtar juga pernah mencadangkan untuk mengambil alih Bank Muamalat Berhad. ~keadilandaily


Ust. Ridhuan Tee Tegur Najib, Boleh Percaya Nombor Tapi Jangan Sampai Syirik

Posted: 04 Sep 2012 08:20 AM PDT

PETALING JAYA - Boleh percaya kepada nombor, tetapi jangan sampai syirik. Penceramah bebas, Mohd Ridhuan Tee Abdullah menegaskan, umat Islam perlulah berhati-hati apabila merancang dengan menentukan sesuatu perkara dengan nombor.

"Seperti ramalan tarikh pilihan raya yang akan datang, ramalan-ramalan yang dibuat adalah berdasarkan pandangan pihak-pihak tertentu berdasarkan pemerhatian dan penyelidikan mereka.

 Sebagai umat Islam, kita tidak boleh mempercayainya dengan sepenuhnya kerana bertentangan dengan ajaran Islam dan boleh menyebabkan syirik.

Apabila dihubungi FMT hari ini, Ridhuan menjelaskan, tidak salah jika satu-satu tarikh dipilih kerana menganggap ianya adalah tarikh istimewa atau tarikh itu menyebelahi pihak tersebut, tetapi jika tarikh itu dipilih kerana ia akan merubah kehidupannya, itu dianggap syirik kerana menafikan kebesaran Tuhan.

"Kita boleh merancang, tetapi hanya Allah SWT yang akan menentukannya. Kita boleh memilih tarikh yang dirasakan sesuai atau bertuah. Jika pihak yang bertanding dalam pilihan raya itu kalah pada tarikh 'bertuah' yang dipilih, adakah tarikh itu yang akan dipersalahkan?

Tambah Ridhuan lagi, dalam Islam, adalah lebih baik untuk meminta sendiri petunjuk daripada Allah SWT dengan melakukan solat Istiqarah dan berdoa agar diberikan pedoman dan petunjuk yang terbaik. Dengan itu, kita tidak perlu lagi bergantung kepada nombor bertuah dan sebagainya.

"Jangan percaya sepenuhnya, hanya jadikan sebagai panduan dan bukan sebagai petunjuk. Tarikh hanyalah sekadar angka semata-mata. Tidak laksana pilihan raya pada bulan November pun tidak mengapa, masih ada masa lagi, katanya.

Sebuah akhbar tempatan hari ini memaparkan mengenai ramalan menegenai tarik pilihan raya umum ke 13. ~fmt


Khir Toyo Kantoi!! Bukti Sultan Selangor Tidak Pernah Hadir Sambutan Ambang Merdeka

Posted: 04 Sep 2012 07:50 AM PDT


Bukti ini diperolehi daripada laman sesawang media rejim Umno, Berita Nasional Malaysia (Bernama) pada 30 Ogos 2007 iaitu tahun terakhir Umno memerintah Selangor yang ketika itu Menteri Besarnya tidak lain tidak bukan adalah Khir Toyo.

Jika Sultan Selangor berangkat hadir ke sambutan Ambang Merdeka, sudah pastilah Bernama akan meletakkan nama baginda mendahului nama Khir Toyo, tetapi langsung tidak ada! Ini membuktikan bahawa Sultan Selangor TIDAK PERNAH MENGHADIRI SAMBUTAN AMBANG MERDEKA PADA 30 OGOS 2007! Jelas di sini ada pihak yang mahu melaga-lagakan hubungan antara Sultan dengan Kerajaan Negeri Selangor! - JALAN PULANG


Setiausaha sulit Sultan Selangor Mohamad Munir Bani hari ini mengulas kenyataan setiausaha politik menteri besar, Faekah Husin bahawa baginda tidak pernah menghadiri sambutan Ambang Merdeka peringkat negeri pada malam 30 Ogos. Namun, jawapannya melalui wawancara disiarkan akhbar Berita Harian itu adalah berhubung kehadiran Sultan Selangor ke sambutan ulang tahun kemerdekaan peringkat negeri pada siang hari 31 Ogos dan bukannya sambutan Ambang Merdeka yang diadakan menjelang detik kira (countdown) kemerdekaan antara jam 11 malam dan 11.59 malam 30 Ogos lalu. "Sultan pernah menghadiri sambutan Hari Kemerdekaan pada peringkat negeri, cuma saya tidak ingat tahun sambutan berkenaan," katanya seperti dipetik akhbar tersebut.

Ditanya sama ada Istana Selangor pada kebiasaannya perlu dimaklumkan mengenai program rasmi kerajaan negeri, Mohamad Munir berkata pihak Istana selalunya dimaklumkan mengenai sebarang program rasmi kerajaan untuk sambutan Hari Kemerdekaan. Katanya, Istana berkenaan dimaklumkan walaupun tidak ada sebarang jemputan formal diberikan kepada baginda. "...kecuali tahun ini. Istana selalunya dimaklumkan mengenai program kerajaan negeri dan saya akan bertanya kepada baginda Sultan sama ada baginda kelapangan untuk menghadirinya.

"Baginda akan memaklumkan kepada saya sama ada baginda ada kelapangan untuk menghadirinya dan saya akan memaklumkan kepada kerajaan negeri pengesahan berkenaan. "Tahun ini, kita tidak dimaklumkan. Bagaimana kita nak tahu sama ada baginda mahu menghadirinya atau sebaliknya," katanya dipetik. Mohamad Munir turut berkata baginda hairan bagaimana Anwar dijemput dan berucap pada majlis itu sedangkan beliau menang kerusi di Pulau Pinang dan "tiada sumbangan" di negeri itu.

"Baginda tidak gembira dengan perkara ini," kata Mohamad Munir lagi. Faekah dalam kenyataannya semalam berkata, setiausaha kerajaan negeri Mohamad Khusrin Munawi mengesahkan bahawa Sultan Selangor tidak pernah dijemput untuk majlis sambutan ambang kemerdekaan. "Beliau mengesahkan bahawa DYMM Tuanku tidak pernah dijemput untuk malam ambang kemerdekaan kerana Baginda akan hadir pada program rasmi pada sebelah pagi 31 Ogos iaitu Majlis Tahlil dan Doa Selamat di Masjid Negeri," kata Faekah.

Saya kesal tindakan sesetengah pihak yang cuba mencemar kehangatan semangat kemerdekaan dengan isu-isu yang sengaja diperbesarkan. Sejurus isu jemputan kepada DYMM Sultan dimainkan oleh Utusan Malaysia, saya sendiri telah mendapat kepastian daripada Setiausaha Kerajaan Negeri pada Jumaat lalu; 31 Ogos sama ada beliau tersilap pandang dengan tidak menjemput DYMM Sultan untuk mencemar duli pada malam kemerdekaan.

Setiausaha kerajaan negeri, Mohamad Khusrin Munawi adalah pengerusi Jawatankuasa Sambutan Ulang Tahun Kemerdekaan ke-55 dan Hari Malaysia peringkat negeri Selangor yang diadakan pada 30 Ogos lalu di Dataran Kemerdekaan di Shah Alam.

Umno Johor Nafi Buat Kerja-Kerja KOTOR

Posted: 04 Sep 2012 03:00 AM PDT


Poster misteri menyokong Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menggantikan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai perdana menteri sebelum pilihan raya umum ke-13 (PRU13), telah diedarkan di Johor.

Bagaimanapun, Umno Johor menafikan bahawa poster itu dicetak oleh parti tersebut dan telah membuat laporan polis berhubung perkara itu.

Imej pada poster itu, bersama dengan potret Muhyiddin dan bendera Malaysia, telah disebarkan secara meluas di Internet.

Poster itu berbunyi 'Kami Mahu Tan Sri Muhyiddin Yassin Sebagai PM sebelum PRU 13'di bahagian bawah dan 'Selamatkan Barisan Nasional' di atas.

Ia juga memaparkan logo BN dan Umno, serta tulisan 'Terbitan Barisan Nasional Negeri Johor'.

Ketika dihubungi Malaysiakini semalam, Tan berkata, mereka mengucapkan selamat menyambut Hari Kebangsaan kepada para pengunjung, sambil mengedarkan poster tersebut.

Tan, seorang peniaga telefon bimbit, berkata, pemuda berkenaan memakai pakaian biasa dan tidak nampak seperti ada kaitan dengan mana-mana parti politik.

Semalam, Pemuda Umno Johor membuat laporan polis berhubung penyebaran poster tersebut di Johor Baru dan Kulaijaya, dengan mendakwa ia perbuatan untuk mencetuskan perselisihan antara pemimpin negara menjelang pilihan raya umum. ~mkini

Samseng PERKASA Bawa Kerambit Semasa Serang Anwar?

Posted: 04 Sep 2012 02:00 AM PDT

PETALING JAYA 4 September: Salah seorang ahli Perkasa yang menyerang program tazkirah Datuk Seri Anwar Ibrahim di Masjid al-Husain di Seberang Pumpong, Alor Setar Ahad lalu didapati membawa sebilah kerambit.

Perkara itu disaksikan oleh Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Abdul Rahman Yusof yang merupakan salah seorang peserta rombongan Jelajah Merdeka Rakyat yang tiba di Kedah.

Menceritakan insiden itu, beliau yang lebih mesra dipanggil Pak Rahman berkata, kejadian tersebut disedarinya ketika kumpulan pendesak Melayu itu menyerbu pintu masuk masjid selepas bekalan elektrik diputuskan.

"Saya melihat dengan jelas lelaki itu kerana lampu kecemasan di masjid masih berfungsi walaupun bekalan elektrik diputuskan.

"Dia menyimpan kerambit itu dipoket baju dan hulunya terkeluar membolehkan saya melihatnya dengan jelas," kata Penyelaras Politik Pejabat Anwar itu lagi ketika menerangkan tayangan video insiden berkenaan di Ibu Pejabat KEADILAN di sini hari ini. ~keadilandaily



"Bagaimana Saiful Bukhari Solat Dalam Keadaan Berjunub" - Mark Trowell

Posted: 04 Sep 2012 12:33 AM PDT

Pada pandangan Mark Trowell, seorang peguam yang berpengalaman dalam kes jenayah di Australia, mangsa dakwaan liwat Mohd Saiful Bukhari Azlan tidak sebagaimana mangsa serangan seksual "biasa".
Pengarang buku 'The Trial of Anwar Ibrahim, Sodomy 11' (Perbicaraan Anwar Ibrahim, Liwat II', yang mula dijual sejak minggu lepas, berkata Saiful nampak seperti suka perhatian media dan dia tidak kisah - tidak sama sekali seperti mangsa serangan seksual yang lain .

Trowell, yang juga seorang pemerhati bagi Kesatuan Antara Parlimen (IPU) dan LawAsia di mahkamah di seluruh dunia, berkata ia juga tidak normal bagi mangsa serangan seksual tidak mandi selama dua hari.

"Saya difahamkan bahawa sebagai seorang Muslim, selepas persetubuhan, dikehendaki untuk mandi junub sebelum dia boleh melakukan solat. Jadi, soalan itu berterusan tentang bagaimana Saiful melakukan solat.

"Dalam 25 tahun pengalaman saya dalam undang-undang jenayah, saya tidak pernah lihat seseorang itu tidak mandi selama dua hari untuk mengekalkan bukti forensik.

"Sebaliknya, saya rasa mangsa mahu cepat mandi untuk menghilangkan bau badan pelaku.

"Dalam sesetengah kes penderaan seksual, mangsa akan menggosok badan mereka sehingga hampir luka untuk menghapuskan bau itu," kata Trowell, yang merupakan seorang Queen Counsel.

Biasa dengan adat Malaysia

Peguam kanan itu, yang menyediakan laporan kepada IPU mengenai perbicaraan yang dipantaunya, berpengalaman luas sebagai peguambela dan pendakwa di Australia.

Yang menariknya, Trowell mempunyai beberapa kaitan di Malaysia - bapanya tinggal di Ipoh semasa era pra-Merdeka dan oleh itu, peguam dari Australia Barat ini biasa dengan adat Malaysia.

Laporannya membantu IPU - organisasi Parlimen dunia - untuk mengambil pendirian berhubung perbicaraan Liwat II Anwar.

Buku Trowell setebal 306-halaman itu diterbitkan oleh Marshall Cavendish Editions dan mula dijual di semua kedai buku utama di Malaysia Rabu lepas.

Penulis telah mengikuti perbicaraan Anwar sejak kes Liwat I lebih sedekad lalu, dan kes dakwaan salahguna kuasa yang dibawa hingga ke Mahkamah Persekutuan pada tahun 2004. ~mkini



Kejam!! Presiden Myanmar Cadang Halau Keluar Etnik Rohingya Dari Myanmar

Posted: 03 Sep 2012 10:45 PM PDT

YANGON, Myanmar – Beratus-ratus sami Buddha di Myanmar semalam menyertai perhimpunan bagi menyokong cadangan Presiden Thein Sein untuk menghantar etnik Rohingya yang beragama Islam ke negara lain.

Perhimpunan yang berlangsung itu merupakan petunjuk terkini sentimen anti-Rohingya yang mendalam di negara ini. Ia berlaku selepas satu keganasan melibatkan pergaduhan antara etnik Rakhine yang bergama Buddha dengan Rohingya pada bulan Jun lalu.

Dalam kejadian itu, seramai 80 orang terbunuh dan puluhan ribu penduduk hilang tempat tinggal. Pada Julai lalu, Sein mencadangkan agar Myanmar menghantar semua etnik Rohingya ke negara yang berminat menerima mereka.

Cadangan tersebut ditentang sebuah agensi pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Myanmar menyifatkan etnik Rohingya sebagai pendatang haram dari Bangladesh.

Namun, Bangladesh juga didakwa tidak menerima etnik tersebut sekali gus menyebabkan mereka tiada kerakyatan. PBB menganggarkan kira-kira 800,000 masyarakat Rohingya tinggal di Myanmar.

Keganasan yang berlaku pada Jun lalu adalah disebabkan dakwaan bahawa seorang wanita etnik Rakhine telah dirogol oleh penduduk Rohingya. ~agensi

Tiada ulasan: