Addin |
- Mahathir Takutkan Melayu Tapi Bayar Zionis, Pinjam Bank Dunia
- Najib Patut Contohi.. Inilah Presiden Termiskin Di Dunia
- Umno Pun Tak Pernah Terfikir, Lim Guan Eng Cadang Nama Lapangan Terbang Antarabangsa P.Pinang P.Ramlee
- Inikah Gambar Mayat Tangki Air Taman Titingan, Tawau
- Menteri Pakistan Tawar RM300,000 Bunuh Penerbit "Innocence Of Muslims"
Mahathir Takutkan Melayu Tapi Bayar Zionis, Pinjam Bank Dunia Posted: 23 Sep 2012 11:33 AM PDT KUALA LUMPUR 23 Sept: Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad cuba menakutkan orang Melayu kononnya pembiaya asing mahu menjadikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri, kata Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail.Sebaliknya katanya, rakyat tidak lupa bahawa Mahathir sendiri sanggup membayar AS$1.2 juta kepada pelobi zionis, Jack Abramoff bagi membantu beliau menemui bekas Presiden Amerika, George Bush sekitar tahun 1998. "Malah Mahathir juga pernah memohon pinjaman USD404 juta daripada Bank Dunia semasa beliau menjadi Pengerusi Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) bagi membiayai Pelan Pemulihan Ekonomi Negara yang diumum pada Julai 1998."Maka tindakan Mahathir mengait nama Anwar dengan soros hanya taktik terdesak beliau yang bimbang Orang Melayu terus bersama Pakatan Rakyat dan menolak Umno BN pada Pilihan Raya Umum akan datang," katanya kepada Suara Keadilan. Menurut majalah Newsweek, wang yang dikutip Abramoff dalam aktiviti melobinya disalur kepada penduduk Yahudi bagi melawan kebangkitan rakyat Palestin serta mengaku bersalah di atas tuduhan rasuah, penipuan dan lain-lain pada 2006.Mengulas lanjut, Saifudin berkata, dakwaan Mahathir bahawa pembiaya asing bertujuan menjatuhkan beliau dan menaikan Anwar juga silap kerana Anwar sehingga kini bukan PM. "Selepas berundur, Mahathir melantik Abdullah Ahmad Badawi dan turut berperanan menaikan Datuk Seri Najib Razak sebagai PM, maknanya apa yang dikata Mahathir itu menunjukan Abdullah dan Najib ialah boneka beliau," katanya.Selain Utusan malaysia, akhbar perdana termasuk Berita Harian dan New Straits Times sebelum ini mendakwa badan National Endowment for Democracy (NED) dan organisasi antarabangsa menyalurkan dana kepada NGO tempatan. Laporan sama juga disiarkan di Buletin Utama TV3, yang mendakwa dana asing berkenaan, termasuk dari Open Society Foundation yang diasaskan George Soros, bertujuan menjatuhkan kerajaan.George Soros sebelum ini digambarkan Mahathir sebagai penyangak mata wang yang menyebabkan krisis kewangan Asia pada 1997. gaimanapun, Pada Disember 2006, Mahathir mengakui Soros tidak bertanggungjawab terhadap krisis tersebut dalam satu pertemuan dengan jutawan itu di Kuala Lumpur.Sehubungan itu, Saifuddin menyeru rakyat terutama orang Melayu mendapat maklumat dari sumber Pakatan Rakyat berhubung isu semasa yang tidak disiar media Umno BN. ~kd |
Najib Patut Contohi.. Inilah Presiden Termiskin Di Dunia Posted: 23 Sep 2012 09:18 AM PDT Seorang presiden umumnya hidup enak dan nikmat dengan berbagai fasiliti dan kemudahan yang diberikan dan tentu saja gaji yang besar. Namun percaya atau tidak, hal berbeza didapatkan oleh presiden yang satu ini. Dia mendapat sebuah julukan dari rakyatnya sebagai 'presiden paling miskin di dunia'.Dialah Jose Mujica, presiden Uruguay dijuluki sebagai "el presidente mas pobre" yang bererti presiden termiskin. Ini disebabkan kerana presiden yang berusia 77 tahun tersebut menyumbangkan hampir seluruh gajinya sebagai orang nombor satu untuk rakyat.Kepada surat khabar Sepanyol, El Mundo, Jose Mujica mengaku menerima gaji sebesar USD 12.500. Namun ia hanya mengambil USD 1.250 dari gajinya. Alhasil ia pun dianugerahi gelar lain sebagai presiden paling dermawan di dunia."Saya baik-baik saja dengan jumlah itu, keraa di Uruguay banyak yang hidup dengan penghasilan yang penghasian yang jauh lebih sedikit dari itu." tuturnya merendah.Seperti yang dilansir oleh Yahoo, Jose Mujica juga mengajak isterinya yang merupakan seorang senator untuk melakukan hal yang sama. Jose Mujica tinggal di rumah pertanian di Montevideo. Selama dirinya menjadi presiden, pengeluaran terbesar yang pernah ia keluarkan adalah pembelian sebuah kereta Volkswagen Beetle, senilai USD 1.945.Hal positif lain yang patut ditabik di masa kepemimpinan Mujica adalah tingkat korupsi yang paling sedikit di antara negara di benua Amerika Selatan. Lelaki yang merupakan mantan pejuang gerila ini sama sekali tidak memiliki akaun bank ataupun hutang. Meski begitu ia mengaku memiliki satu hal berharga yang tidak boleh dibeli oleh wang, iaitu anjingnya, Manuela. Di bawah kepemimpinannya, Uruguay mendapat julukan sebagai negara dengan tingkat korupsi paling kecil. Diketahui, Jose Mujica bukanlah presiden pertama yang menyumbangkan gajinya. Presiden AS John F. Kennedy, menyumbangkan gajinya, hal serupa juga dilakukan Presiden Herbert Hoover.Selayaknya hal ini patut di contoh oleh Najib dan pemimpin Umno yang lain. Pemimpin yang benar-benar mengabdikan diri dan kekayaannya untuk rakyat. Bukan hanya untuk kekuasaan dan harta. |
Posted: 23 Sep 2012 01:03 AM PDT Kenyataan Akhbar Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng Di Komtar, George Town Pada 23.9.2012. Mencadangkan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang Dinamakan Lapangan Antarabangsa Pulau Pinang P. Ramlee Demi Mengenangkan Jasa Seniman Terunggul Ini Dan Menggalakkan Mutu Kerja Pembesaran Bertaraf Antarabangsa. Saya ingin mencadangkan kepada Kerajaan Persekutuan agar menamakan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang sebagai Lapangan Antarabangsa Pulau Pinang P. Ramlee demi mengenangkan jasa seniman terunggul ini dan menggalakkan kerja pembesaran dijalankan dengan baik dan elok secara bertaraf antarabangsa. Pulau Pinang amat bangga bahawa Allayarham Tan Sri P. Ramlee adalah anak negeri Pulau Pinang yang dibesarkan dan belajar di sini. Masih ada ramai yang tidak tahu bahawa P. Ramlee berasal dari Pulau Pinang dan bahawa masyarakat majmuk dan terbuka serta menggalakkan pembentukan bakat yang wujud pada masa itu di Pulau Pinang membolehkan P. Ramlee menrealisasikan potensinya sebagai seniman, pelakon, pemuzik dan penyanyi yang paling cemerlang dalam sejarah Malaysia. P. Ramlee pernah dipilih pelakon terbaik Asia. Memandangkan beliau dikenali umum di peringkat antarabangsa adalah wajar nama beliau terukir di peringkat antarabangsa seperti Lapangan Terbang yang berhubungkait dengan pentas dunia. Pada masa yang sama, keadaan kerja semasa membesarkan Lapangan Terbang Antarabangsa sebanyak RM 250 juta di luar atau di dalam agak kurang memuaskan dengan kebocoron air hujan, kualiti kerja kurang baik dalam banyak aspek, kelambatan siap kerja dan pengurusan kerja yang mengganggu penumpang-penumpang. Terlalu banyak aduan diterima bukan sahaja daripada penumpang tetapi juga daripada pekerja-pekerja dalam lapangan terbang tersebut.Adalah diharapkan pihak berkuasa Kerajaan perseketuan boleh menjalankan semakan setiap minggu untuk mengenalpasti masalah tersebut yang timbul agar ia tidak ditutup begitu sahaja. Kebimbangan semua pihak adalah bahawa Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang P. Ramlee ini akan menjadi suatu lapangan terbang bermasalah sebaik ia siap kelak. LIM GUAN ENG |
Inikah Gambar Mayat Tangki Air Taman Titingan, Tawau Posted: 22 Sep 2012 10:31 PM PDT Semenjak dua ini sekeping gambar memperlihatkan mayat reput dalam satu kawasan berair banyak beredar di Facebook dan blog. Pada gambar itu tertulis bahawa itu adalah gambar mayat lelaki hampir reput di tangki air Taman Tititngan, Tawau, Sabah yang ditemui pada 12 Mei lalu. Salah satu persoalan yang timbul apabila melihat gambar itu ialah apakah benar itu gambarnya? Atau itu gambar kejadian lain. Namun, kalau tidak benar pun, satu yang pasti, dengan melihat gambar berkenaan, kita boleh lah mendapat serba-sedikit gambaran bagaimana mayat yang ada dalam tangki di taman itu pada tarikh berkenaan. Bila tengok gambar macam itu, baru dapat difahami dengan lebih jelas lagi rasa geli dan gangguan perasaan yang dihadapi penduduk taman berkenaan. Memang elok sangatlah 337 penghuni perumahan Taman Titingan memfailkan tuntutan saman berjumlah RM100 juta terhadap Presiden Majlis Perbandaran Tawau (MPT) dan Jurunilai & Perunding Hartanah Sabah (JPHS) atas dakwaan cuai sehingga menyebabkan mayat hampir reput dijumpai di dalam tangki simpanan perumahan berkenaan. Memang wajar tindakan penduduk itu semua. Mungkin rasa geli dan kekotoran yang dialami itu tidak akan hilang untuk satu tempoh masa yang lama, namun ia akan mengajar pihak berkuasa tempatan yang lain agar lebih bertanggungjawab dalam melaksanakan amanah mereka. Diharap Mahkamah akan pertimbangankan dengan penuh kewajaran tindakan saman itu. ~mynewshub |
Menteri Pakistan Tawar RM300,000 Bunuh Penerbit "Innocence Of Muslims" Posted: 22 Sep 2012 08:26 PM PDT SEORANG menteri Kabinet Pakistan, Haji Ghulam Ahmad Bilour (gambar) menawarkan ganjaran AS$100,000 (RM300,000) untuk membunuh penerbit dari Amerika yang mengeluarkan filem "Innocence of Muslims" "Sesiapa yang dapat membunuh orang yang menghina Nabi Muhammad SAW, akan diberi ganjaran dengan dollar oleh saya," kata Menteri Kereta Api, Ghulam Ahmed Bilour pada sidang media di Peshawar semalam. Ganjaran itu diumumkan semalam, sehari selepas kira-kira 20 orang terbunuh dan 200 lagi cedera dalam protes baru di negara itu. Protes dan demonstrasi berhubung filem itu dan yang terbaru berkenaan dengan karikatur keluaran majalah Perancis berlarutan dua minggu. Peshawar salah satu bandar yang menyaksikan protes besar-besaran kelmarin. Sebuah pawagam dimiliki Ghulam turut dibakar oleh penunjuk perasaan. Ghulam merupakan anggota Parti Nasional Awami, komponen yang menyokong Parti Rakyat Pakistan, pimpinan Presiden negara itu, Asif Zardari. Kelihatan di dalam foto di atas, penerbit filem Innocence of Muslims, Nakoula Basseley diiringi oleh Polis keluar dari rumahnya di California dalam keadaan wajah tertutup. Sejak awal bulan ini, Nakoula Basseley hidup dalam persembunyian bersama keluarganya. Ganjaran Ghulam adalah keputusan peribadi, tiada kaitan dengan parti atau kerajaan. "Saya sendiri akan bertanggungjawab atas sebarang akibat jika dapat membunuh orang yang menghina Nabi Muhammad. Ia satu isu antara saya dan mereka," katanya lagi. ~sinarharian |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan