Addin |
- Pembayaran Ex-Gratia Kepada Hakim Sebanyak RM10.5 Juta, Bukti Ketajaan Umno BN Bersalah
- Rupanya Najib Selalu Tertinggal Di Belakang Anwar..
- Nak Tahu Macam Mana 'Awang Hitam' Kelentong Kita?.. Baca Pendedahan Ini
- Fitnah Skandal Seks: Presiden PAS Saman Mashitah Ibrahim
- Jamil Khir Pembohong?.. Kouta Haji Di Sekat Bukan Kerana BERSIH 3.0
- Aktres Innocense Of Muslims Saman Penerbit Dan Google
- Patutlah Kemewahan Taib Mahmud Melampau-Lampau..
- Biadap!! Majalah Perancis Pula Siar Kartun Hina Nabi
Pembayaran Ex-Gratia Kepada Hakim Sebanyak RM10.5 Juta, Bukti Ketajaan Umno BN Bersalah Posted: 20 Sep 2012 10:28 AM PDT KUALA LUMPUR, 6 Nov - Kerajaan membayar ex-gratia sebanyak RM10.5 juta kepada bekas Ketua Hakim Negara Tun Mohd Salleh Abas dan lima lagi bekas hakim kanan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamad Nazri Aziz.Beliau berkata bayaran kepada Mohd Salleh melibatkan RM5 juta, Allahyarham Tan Sri Wan Suleiman Pawanteh (RM2 juta) dan Tan Sri George Edward Seah Kim Seng juga RM2 juta. Tan Sri Wan Hamzah Mohd Salleh, Allahyarham Tan Sri Eusoffe Abdolcadeer dan Tan Sri Azmi Kamaruddin pula masing-masing menerima bayaran berjumlah RM500,000, katanya.Beliau berkata keputusan secara dasar telah dibuat Jemaah Menteri sama ada untuk membayar atau tidak ex-gratia kepada hakim berkenaan."Kita memutuskan untuk membayar dan soal menentukan berapa, perkara itu dilakukan oleh pihak ibu pejabat kewangan untuk tentukan berapa nilainya. Kita cuma berikan bayaran ex-gratia tapi jumlahnya ditentukan (diluluskan) oleh Kabinet," katanya ketika sesi penggulungan Rang Undang-undang Perbekalan 2008 peringkat jawatankuasa di Dewan Rakyat di sini hari ini.Selain bayaran ex-gratia, beliau berkata lima bekas hakim itu turut menerima pencen bulanan iaitu Mohd Salleh sebanyak RM5,102.16, Wan Suleiman (RM4,815), Eusoffe (RM4,815), Wan Hamzah (RM6,508.59), Seah (RM5,916.90) dan Azmi (RM5,916.90). Kepada soalan Wee Choo Keong (PKR-Wangsa Maju) sama ada hakim berkenaan dipecat atau diarahkan berhenti lebih awal, Nazri berkata tidak pernah ada tribunal ditubuhkan di mahkamah yang memutuskan memecat mereka."Tidak pernah panel dipanggil dan dibentuk untuk memecat...soal pemecatan itu satu hukuman, soal syor berhenti awal juga satu hukuman..tidak ada tribunal dibentuk untuk memecat (mereka)," katanya. Sementara itu, Nazri berkata kerajaan telah mengambil keputusan untuk melancarkan beberapa inisiatif untuk menguatkan kepercayaan rakyat kepada sistem kehakiman termasuk menambah baik pentadbiran pendengaran kes di mahkamah serta menubuhkan jawatankuasa pelantikan kehakiman.Katanya, langkah-langkah tersebut bukan satu perkara yang mudah dan harus dilaksanakan satu persatu supaya kepentingan negara dan setiap kumpulan terpelihara. Pada sidang akhbar kemudiannya di lobi Parlimen, Nazri sekali lagi menegaskan hakim berkenaan diminta bersara lebih awal dan dengan itu mendapat pembayaran pencen."Kalau dipecat, mereka tidak akan mendapat pencen. Mereka diminta bersara, barulah pencen dibayar," katanya.Nazri berkata keputusan kerajaan untuk mendedahkan jumlah pembayaran ex-gratia itu adalah demi untuk menjaga kepentingan awam. "Hakim berkenaan berpegang pada janji mereka kepada Perdana Menteri untuk tidak mendedahkannya tetapi oleh kerana anggota Parlimen tidak berpuas hati dan berhujah bahawa wang itu diambil daripada dana awam, kami tiada pilihan selain mendedahkan jumlahnya."Seperti yang saya katakan, wang itu bukan diambil dari poket Perdana Menteri, ia diambil daripada dana awam jadi kami perlu dedahkannya,"katanya.Persidangan Dewan Rakyat disambung Isnin. ~bernama |
Rupanya Najib Selalu Tertinggal Di Belakang Anwar.. Posted: 20 Sep 2012 08:49 AM PDT KUALA LUMPUR 20 September: Sangat memalukan apabila pemimpin nombor satu negara, Datuk Seri Najib Razak menjadi orang nombor dua selepas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi tuan rumah mengendalikan sesi Google Hangout 17 Ogos lalu.Timbalan Ketua Penerangan KEADILAN, Sim Tze Tzin berkata, Perdana Menteri dan Umno BN sebenarnya terdesak melihat sokongan anak muda yang condong kepada Pakatan Rakyat, sebab itu terpaksa meniru aktiviti yang dilakukan Anwar. "Walaupun Umno cuba pelbagai cara, namun masih tak dapat memenangi hati anak muda. Tidak seperti kita yang memperkenalkan dasar-dasar yang disetujui golongan itu, seperti kempen Turun Harga Kereta, dan mansuh PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional), itu yang penting bagi rakyat," jelas Sim.Katanya, melalui program ini, kerajaan dilihat ketandusan idea dalam memenangi hati golongan muda. "Kesimpulannya, Umno BN memang kering idea dalam memperkenal dasar baru, terutama kepada golongan muda. Mereka hanya tahu bagi RM500. Jika sebuah parti itu tidak mendapat sokongan belia, parti itu tidak akan kekal lama," katanya ketika dihubungi."Lagipun, Umno hanya mendapat sokongan orang tua, sebab orang muda tak suka gejala rasuah, penyewengan dan lain-lain yang dilakukan Umno," kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pantai Jerejak itu lagi. Difahamkan Perdana Menteri akan menjawab soalan dalam sesi sejam forum online dari 4 petang pada 29 September ini, sehari selepas beliau membentangkan Bajet 2013 di Dewan Rakyat.Anwar merupakan ahli politik pertama Malaysia dan di Asia Tenggara menerokai Google Hangout, yang membolehkan mesyuarat maya sehingga 10 orang atau disiarkan kepada berjuta-juta penonton dalam talian. Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama menjadi tuan rumah Google Hangout pada Januari lepas sebagai sebahagian daripada kempen pemilihan semula. Forum ini datang dalam bentuk sambungan video secara langsung dan soalan video YouTube.Acara Borak Bersama Anwar yang disiar secara langsung melalui Youtube, Google Hangout dan facebook itu, mendapat sambutan hangat dari pengguna internet di Malaysia mahupun di luar negara.Soalan tertumpu kepada polisi Pakatan Rakyat dan perancangan selepas menawan Putrajaya, selain pandangan Ketua Umum KEADILAN itu terhadap beberapa topik. Soalan santai termasuk minat terhadap filem Hindustan dan perkembangan bola sepak turut diajukan. Anwar juga menjawab dan membidas provokasi Ketua Pemuda Gerakan Kedah, Tan Keng Liang pada sesi itu.~kd |
Nak Tahu Macam Mana 'Awang Hitam' Kelentong Kita?.. Baca Pendedahan Ini Posted: 20 Sep 2012 03:55 AM PDT Ibu Pejabat Polis Bukit Aman hari ini mengeluarkan panduan khas mengenai penipuan yang sering dilakukan warga Afrika kepada penduduk negara ini. Dalam erti kata lain, kalau anda dihampiri warga Afrika yang menggunakan taktik seperti mana yang dinyatakan itu, berhati-hatilah supaya anda tidak menjadi mangsa mereka. Modus operandi Mangsa berkenalan dengan saspek melalui internet (chatting/ e-mail). Suspek dan mangsa akan menjadi mesra dan sentiasa berhubung melalui internet dimana saspek akan membuat mangsa mempercayainya samada dalam cinta, persahabatan atau sesuatu urusan perniagaan / pelaburan sebelum menjanjikan sesuatu kepada mangsa. Setelah dapati mangsa mempercayainya, saspek memberitahu akan menghantar barangan cenderahati seperti laptop, barang kemas, mata wang asing atau modal pelaburan / perniagaan melalui perkhidmatan kourier kepada mangsa. Mangsa akan dihubungi oleh saspek yang menyamar sebagai pegawai kastam KLIA atau pekerja syarikat kourier dan diminta masukkan sejumlah wang ke dalam akaun bank yang diberikan oleh saspek sebagai wang proses penghantaran. Setelah wang dimasukkan, mangsa tidak menerima barangan seperti yang dijanjikan dan saspek tidak dapat dihubungi lagi. Kebanyakan saspek kes ini telah menggunakan akaun bank orang lain. Jumlah kes penipuan African scam (penipuan melalui email) yang dilaporkan pada tahun 2012 (Januari hingga Ogos) ialah 41 kes. |
Fitnah Skandal Seks: Presiden PAS Saman Mashitah Ibrahim Posted: 20 Sep 2012 01:15 AM PDT Setelah ahli parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud menyaman seorang doktor di Hosptal Kuala Lumpur (HKL) kerana memfitnahnya semasa istiadat pertabalan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah, Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang hari ini turut melakukan tindakan serupa dengan menyaman Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mashitah Ibrahim berhubung penyiaran artikelnya yang mengandungi unsur fitnah. Saman tersebut difailkan Setiausaha Politiknya, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar pagi tadi di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melalui firma guaman Mazwan dan Nasar. Tuan Guru Abdul Hadi menamakan Mashitah sebagai defendan pertama dan akhbar Sinar Harian sebagai defendan kedua. Bercakap kepada pemberita, Ahmad Samsuri menyifatkan tulisan berbentuk fitnah tersebut keterlaluan dan memalukan Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang. "Sebelum ini kita sudah minta Mashitah dan Sinar Harian buat permohonan maaf terbuka tapi mereka tidak berbuat demikian maka kita ambil tindakan samanlah," katanya yang ditemani peguam Mazwan Johar dan Nasar Khan. Sebelum ini, Shamsuri berkata pihaknya akan mendapatkan nasihat peguam sebelum satu langkah diambil berhubung tulisan tersebut. Pada 2 Mac lalu, Mashitah dalam tulisannya di akhbar Sinar Harian bertajuk "Skandal seks dan krisis politik Pakatan", mengaitkan penahanan Ahli Majlis Tertinggi PKR, Badrolamin Baharon dengan beberapa skandal seks kononnya membabitkan pemimpin Pakatan Rakyat. Dalam tulisannya, Mashitah menyebut Abdul Hadi pernah dikaitkan dengan skandal membabitkan anak dara kira-kira 10 tahun lalu dan mengambilnya sebagai isteri ketiga, bagaimanapun ia dinafikan Abdul Hadi. Bagaimanapun, Sinar Harian yang menerbitkan artikel Mashitah telah membuangnya dari laman web mereka tetapi beberapa blog Pakatan Rakyat berjaya menyimpan dan mendedahkan semula di blog masing-masing. Berikut merupakan artikel yang ditulis Mashitah.
~jalan pulang |
Jamil Khir Pembohong?.. Kouta Haji Di Sekat Bukan Kerana BERSIH 3.0 Posted: 19 Sep 2012 11:00 PM PDT Laporan dari AFP yang telah dipetik oleh Berita Harian mengenai kuota Haji ini telah membongkar penipuan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom mengenai kuota Haji. Pada 8 Mei lalu, Jamil Khir dalam misinya untuk memburuk-burukkan himpunan BERSIH 3.0 disamping memperbodohkan rakyat Malaysia bertaka kerana BERSIH 3.0 kuota Haji mungkin disekat atau digantung.Kata Jamil Khir Kerajaan Arab Saudi sedang membuat pertimbangan sama ada untuk mengenakan sekatan atau mengantung jemaah haji dan umrah dari Malaysia ekoran tindakan segelintir rakyat negara ini mengadakan perhimpunan haram Bersih 3.0 di Mekah dan Madinah baru-baru ini. Jamil Khir Baharom juga berkata perkara itu dinyatakan Duta Besar Arab Saudi ke Malaysia Fahad A. H. Al-Rashid dalam perjumpaan mereka pada Jumaat lepas berhubung perkara itu."Saya menjelaskan bahawa kerajaan Malaysia menentang kelakuan ini (perhimpunan di Mekah dan Madinah), apa lagi jika ia dilakukan di luar negara Malaysia," katanya kepada pemberita. Jamil Khir berkata lagi perhimpunan haram seperti ini sangat sensitif kepada kerajaan Arab Saudi, ditambah dengan keadaan di Timur Tengah yang baru sahaja dilanda gejolak "kebangkitan Arab", di mana rakyat dihasut untuk menentang kerajaan-kerajaan mereka.Sehingga hari ini Arab Saudi tidak pernah mengenakan sebarang hukuman terhadap Malaysia walaupun hukuman sekatan dan mengantung itu pernah dibuat ke atas negara lain. Kerajaan sangat bimbang jika Arab Saudi mengambil satu tindakan drastik berkaitan dengan kuota dan jumlah visa yang dikeluarkan untuk tahun ini. Itu semua kata-kata Jamil Khir yang disiarkan Utusan di ( SINI )..Dan malang buat Jamil Khir pembohongannya terbongkar akhirnya..bilamana sebuah akhbar tempatan di Arab Saudi mendedahkan Kementerian terbabit memohon maaf kepada semua negara yang meminta supaya jumlah jemaah haji tahun ini ditambah...(kerana) projek pembangunan raksasa di Makkah dan Madinah.. Jelas kini.. demi untuk memuaskan hati Najib.. Jamil Khir yang diketahui umum punya asas pendidikan ugama sanggup membelakangkan soal haram dan halal..Demi sesuap nasi juga.. Jamil Khir bertukar menjadi MUNAFIK!!! memang haram jadah!! ~asd |
Aktres Innocense Of Muslims Saman Penerbit Dan Google Posted: 19 Sep 2012 09:16 PM PDT LOS ANGELES - Seorang pelakon wanita yang muncul dalam filem Innocense of Muslims, yang mencetuskan kemarahan umat Islam di seluruh dunia, memfailkan saman ke atas penerbitnya berhubung unsur penipuan dan fitnah, dan pada masa yang sama mahu Google mengeluarkan treler dari pangkalannya.Tuntutan Cindy Lee Garcia, yang difailkan di Los Angeles semalam, mendakwa dia telah diperdaya oleh Nakoula Basseley Nakoula, individu yang dikatakan menerbitkan filem tersebut. Nakoula telah pun ditahan polis minggu lalu untuk siasatan berhubung isu ini. Sebelum ditahan, Nakoula juga dilaporkan telah menghilangkan diri sejak protes besar-besaran tercetus awal minggu lalu.Dalam tuntutannya, Garcia mendakwa dia tidak tahu yang kandungan filem itu menjurus ke arah mesej anti-Islam. Malah katanya, skrip yang diterimanya juga tidak menyebut langsung nama Nabi Muhammad SAW.Kata Garcia, dia telah memberi respons kepada satu iklan dan berpandangan bahawa dia akan muncul dalam filem zaman silam Mesir, sedangkan jalan ceritanya telah diubah kemudian dan membawa mesej anti-Islam."Filem ini sangat teruk dan keji," kata peguam Garcia, M. Cris Armenta dalam dokumen yang difailkan di mahkamah. "Kes saman ini bukan satu serangan ke atas perlembagaan (Amerika) atau kebebasan rakyat Amerika untuk mengatakan apa yang mereka fikir, tetapi mahu kandungan yang menyinggung perasaan dikeluarkan dari Internet," katanya.Peguam-peguam Garcia juga bercadang memohon injunksi ke atas filem itu hari ini. Pelakon itu berkata dia menerima ancaman bunuh sejak treler itu menarik perhatian jutaan orang sejak awal bulan ini.Ekoran ancaman itu, katanya, dia tidak dapat melawat cucunya.Selain itu katanya, filem tersebut telah menjejaskan reputasi dan membawa satu penghinaan ke atas dirinya.Akhbar Herald Sun memetik firma guaman yang mewakili Nakoula enggan mengulas perkembangan terbaru ini. Menurut laporan itu, firma tersebut tidak mewakili Nakoula dalam kes sivil setakat ini.Nakoula telah disabitkan kesalahan jenayah menipu bank dan kini diletakkan di bawah pemantauan selama lima tahun. ~sinarharian |
Patutlah Kemewahan Taib Mahmud Melampau-Lampau.. Posted: 19 Sep 2012 06:47 PM PDT Laporan menggemparkan yang dikeluarkan oleh NGO berpangkalan di Switzerland Bruno Manser Fund (BMF) menganggarkan aset keluarga Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud sebanyak AS$21 bilion (RM64 bilion). Kekayaan Taib sahaja dianggarkan sebanyak AS$15 bilion (RM46 bilion), sekali gus menjadikannya lelaki terkaya di Malaysia, mengatasi hartawan Robert Kuok dengan AS$12.5 bilion. Laporan berjudul "The Taib Timber Mafia: Facts and Figures on Politically Exposed Persons from Sarawak, Malaysia" dikeluarkan di Brussels hari ini ketika Menteri Perusahaan Perladangan Dan Komoditi Tan Sri Bernard Dompok melawat Suruhanjaya Eropah. Ia laporan pertama mengupas secara terperinci aktiviti perniagaan dan kekayaan peribadi 20 anggota keluarga Taib di Malaysia, Australia, Kanada, Hong Kong, United Kingdom, Amerika Syarikat dan lain-lain negara. ~malaysiakini Addin : Patutlah susah sangat nak turun takhta.. |
Biadap!! Majalah Perancis Pula Siar Kartun Hina Nabi Posted: 19 Sep 2012 05:00 PM PDT PARIS - Sementara protes berhubung filem Innocense of Muslims masuk minggu kedua, sebuah majalah satira Perancis, Charlie Hebdo pula menerbitkan karikatur Nabi Muhammad SAW hari ini sehingga membawa kepada kritikan pihak berkuasa negara itu dan menambah kemarahan umat Islam. Perkembangan itu menyebabkan polis rusuhan terpaksa dikerah untuk melindungi pejabat majalah tersebut. Muka depan majalah terbabit yang menunjukkan Yahudi Ortodoks menolak serban seorang individu yang digambarkan sebagai Nabi Muhammad, malah beberapa gambar didalam majalah tersebut turut diletakkan termasuk gambar bogel. Editor majalah itu berkata pihaknya "akan mengejutkan" mereka yang mahu dikejutkan. Majalah tersebut dikeluarkan ketika bantahan yang meruncing terhadap filem anti - Islam tersebar di internet. Menteri Luar Perancis, Laurent Fabius mengutuk keputusan Charlie Hebdo yang bersifat provokatif dan telah mengarahkan untuk meningkatkan kawalan keselamatan di pejabat diplomatik di negara-negara Islam. Editor majalah tersebut, pada asalnya seorang kartunis yang menggunakan nama Charb, nafi melakukan provokasi terhadap perkara tersebut. "Ia adalah satu kebebasan akhbar, adakah ia satu provokasi?" katanya. "Saya tidak menyuruh masyarakat Islam untuk membaca Charlie Hebdo, seperti mana saya tidak akan pergi ke masjid untuk mendengar khutbah, mendengar perkara yang saya sendiri tidak percaya," katanya. Seorang imam besar masjid di Paris, Dalil Boubakeur menyeru empat juta umat Islam di Perancis agar bertenang. "Ia adalah satu kekeliruan, kesedihan dan kebimbangan yang telah saya lalui, di mana ia menambah lagi kemarahan umat Islam yang berlaku sekarang di seluruh negara Islam," kata beliau. "Saya merayu kepada mereka agar untuk tidak mencurah minyak dalam api yang sedang marak," katanya. Majlis Islam Perancis turut memohon umat Islam agar bertenang. ~sinarharian Addin : Kepada semua umat Islam, ramai-ramai kita turun ke himpunan sejuta umat Islam bagi membantah pembikinan serta penyebaran filem Innocence of Islam, arahan Sam Bacile, yang menghina keperibadian Nabi Muhammad s.a.w. Tunjukkan kepedulian dan sensitiviti kita pada agam yang kita cintai ini.. Allahu akhbar!! |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan