Rabu, 8 Ogos 2012

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


MENGAPA AKIL HAYY RESAH ARTIS RAMAI BERHIJRAH?

Posted: 08 Aug 2012 09:30 PM PDT

Oleh:  WFAUZDIN NS

MEMBACA kenyataan Akil Hayy di SINI, jelas nampaknya Akil Hayy semakin jahil di dalam menilai bidang dakwah dan politik.  Mungkin beliau kini sudah glamour seperti artis-artis yang lain, maka penghijrahan artis kepada dunia politik terutamanya kepada PAS menjadikan Akil Hayy semakin dilupakan dalam perjuangan PAS.  Akil Hayy sudah setaraf dengan Amy Search, rakan kumpulan sezaman rock beliau dahulu.


Beliau menyebut, "Tidak salah sekiranya artis mahu menyokong Umno, PAS, PKR atau DAP".  Ayat itu sudah cukup buat kita ke mana perjuangan Akil Hayy sekarang.  Beliau memberikan contoh dirinya sendiri sewaktu mula-mula berada di pentas politik terutamanya PAS.  Benar, ketika itu kita tahu nilai Akil Hayy tidak semewah Akil Hayy sekarang.  

Akil Hayy menyebut juga, artis perlu mendalami dahulu bab agama sebelum berdakwah.  Kita mahu tanya Akil Hayy sehingga tahap mana ilmu yang patut kita ada sebelum kita diwajibkan berdakwah orang lain?  Sehingga ke tahap Tok Guru atau Ulamak?  Atau sehingga ke tahap beliau sekarang?  Adakah untuk menyedarkan orang ramai agar jangan melakukan maksiat perlu kepada ilmu yang tinggi setinggi Ulamak?  

Kita semua tahu, tiada artis yang diminta untuk mengajar ilmu khusus seperti Fekah, Tauhid atau Tafsir Al-Quran yang sememangnya memerlukan ilmu yang tinggi sebelum mengajar orang lain.  Artis yang telah berhijrah ini mereka hanya menyampaikan pengalaman mereka sewaktu di zaman kegelapan dahulu dan mereka ingin memberikan ingatan kepada orang ramai terutamanya golongan muda agar jangan lupa kepada agama.  Adakah untuk itu, artis-artis ini perlu menimba ilmu agama yang mendalam terlebih dahulu?

Kita masih ingat, Akil Hayy sendiri pernah memberitahu kita "sampaikanlah ilmu walaupun sepatah ayat".  Adakah untuk sepatah ayat ini perlu kepada pengajian pondok atau ijazah Al-Azhar terlebih dahulu?  Nampaknya Akil Hayy seolah-olah merasa malu apabila semakin ramai artis menjauhi dunia glamour dan mendekati perjuangan Islam, beliau pula mendekati dunia glamour.

Apabila Akil Hayy berkata, tidak kisah artis menyokong Umno atau mana-mana parti sekali pun sudah cukup jelas betapa hanyutnya Akil Hayy dibuai oleh dunia glamour.  Sebab itu jangan pelik ke mana hilangnya serban dan kopiah Akil Hayy.  Jika ditanya kepada beliau, nescaya Akil Hayy akan menjawan serban dan jubah tidak penting, yang penting hati......Itulah jawapan `standard' artis-artis yang hanyut di dunia glamour.../wfauzdin.blogspot.com

SOKONG DAP `HARAM' - FATWA LEBAI MALANG

Posted: 08 Aug 2012 11:25 AM PDT

Oleh:  WFAUZDIN NS

HARAM sokong DAP kerana DAP menentang hukum Hudud?  Ini disebut oleh seorang pak lebai malang dari Kelantan yang buta langsung tentang politik.  Baca di SINI.  Semua tahu pemimpin DAP yang lantang menentang hukum Hudud adalah Karpal Singh, itu pun peguam terkenal ini menentang hukum tersebut berdasarkan Perlembagaan yang ada mengikut tafsirannya sahaja.  Bagaimana dengan penentangan MCA terutamanya Chua Soi Lek terhadap hukum ini?  Lebih dahsyat lagi, pemimpin yang mengaku Melayu Islam di dalam Umno juga menentang hukum ini.

Chua Soi Lek pernah menyebut melaksanakan Hukum Hudud boleh membawa negara mundur ke belakang.  Najib pernah menyebut Hukum Hudud tidak akan dilaksanakan di negara ini.  Mantan PM, Mahathir lebih terkenal di dalam menghina hukum Islam dan sehingga kini Mahathir menjadi `mentor' kepada Najib.  Chua Soi Lek pernah menghina hukum larangan wanita Islam bersentuhan tangan dengan lelaki yang bukan muhrim.  Mungkin dalam `fatwa' lebai malang tersebut, harus menyokong Chua Soi Lek kalaupun tidak jatuh wajib.

Pemimpin DAP yang menentang hukum Hudud ini adalah seorang Non Muslim.  Chua Soi Lek juga Non Muslim.  Masakan Najib atau Mahathir juga Non Muslim?  Tetapi apa beza mereka semua?  Bezanya, Karpal Singh tolak hukum Hudud berlandaskan undang-undang dalam Perlembagaan kerana beliau seorang Peguam.  Karpal tidak pernah menyebut Hukum Hudud boleh menyebabkan negara mundur. 

Chua Soi Lek pernah menghina hukum wanita Islam berjabat tangan dengan lelaki yang bukan muhrim dan beliau juga pernah menghina Hukum Hudud bahkan mengugut Umno jangan terima hukum Allah ini tanpa berlandaskan apa-apa hujah samada dari segi perundangan.  Ertinya, penentangan pemimpin MCA itu terhadap hukum Islam adalah total. 

Pemimpin Umno lebih dahsyat lagi.  Mereka bukan sahaja tidak mahu laksanakan Hukum Hudud walaupun telah diberi kuasa lebih dari 50 tahun memerintah, bahkan pernah menyekat negeri Kelantan untuk melaksanakannya.  Ertikata lain, Umno lebih rakus menggunakan kuasa yang mereka miliki untuk menentang hukum ini.  Mahathir secara jelas menyebut Hukum Hudud ini ciptaan manusia.  Najib pula secara terang mengakui Hukum Hudud tidak akan dilaksanakan di negara ini.

Jika mahu guna `fatwa' lebai malang dari Kelantan itu, MCA dan Umno juga `haram' untuk disokong.  Mengapa pula kita di dalam PR perlu menyokong DAP?  Bagi saya, sokongan kepada DAP dan juga PKR perlu kerana untuk kedua-dua parti ini menjalinkan hubungan dengan PAS dan sokongan kepada kedua-dua parti tersebut tidak menjejaskan PAS samasekali.  Lebih-lebih lagi sehingga kini tiada seorang pun pemimpin DAP yang rasuah atau merompak harta rakyat.  Berbeza dengan pemimpin Umno dan MCA.  Kisah Khir Toyo, kisah lembu kondo, kisah komisyen kapal selam dan Altantuya sudah cukup kita kenal siapa pemimpin Umno.  Kisah PKFZ yang melibatkan bekas Presiden MCA dan kisah pengakuan Presiden MCA yang berzina juga sudah cukup untuk kita kenal MCA.

Mereka bukan sahaja menentang Hukum hudud, bahkan mereka mengamalkan salah laku yang Islam sendiri mewajibkan kita menentang mereka.  Karpal Singh tidak bersetuju dengan hukum hudud tetapi Karpal Singh akur dengan lain-lain dasar PAS yang menentang rasuah serta kezaliman.  Itu bezanya.

Apabila melihat perbezaan semuanya ini, munasabahkah kita wajib sokong MCA dan Umno dan haram sokong DAP?  Hanya otak yang sihat dengan menggunakan keimanan sahaja boleh menjawab persoalan ini./wfauzdin.blogspot.com


Tiada ulasan: