Sabtu, 18 Ogos 2012

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


JIKA TIDAK BERSAMA UMNO JANGAN HARAP HUKUM ISLAM TERTEGAK

Posted: 18 Aug 2012 12:05 PM PDT

Oleh: WFAUZDIN 

MAHATHIR Kutty merepek menjelang Raya.  Mantan PM yang terkenal sebagai tokoh menentang hukum Hudud ini menyebut bahawa Hudud hanya boleh dilaksanakan jika PAS bersama Umno.  Sama seperti jika kita dengar Ketua Perompak menasihatkan Pengurus Bank agar mengupah budak-budak dia untuk mengawal bank jika mahu bank 'selamat'.

Mahathir tahu hayat Umno semakin kritikal sekarang dan Umno tiada pilihan lain untuk meneruskan hayatnya melainkan mesti mendapat sokongan PAS.  Umno sudah tidak boleh berharap dengan MCA, MIC, Gerakan dan jauh sekali dari parti-parti komponen di Sabah dan Sarawak.  Usaha untuk melaga-lagakan PAS dengan DAP dalam isu Hudud banyak makan tuan kerana MCA baru-baru ini sebut jika tidak mahu Hudud, sokonglah MCA.

pelik bin ajaib apabila Mahathir sebut Hudud hanya boleh terlaksana jika PAS bersama Umno.  Jika itu teorinya, sejarah pernah memperlihatkan PAS bersama Umno berpuluh tahun dahulu.  Adakah ketika itu ada usaha-usaha dari Umno untuk merealisasikan hukum Hudud?  Bahkan, Umno membuli PAS semahu-mahunya sehingga PAS terpaksa membawa diri sendiri.

Alangkah hebatnya Umno sehingga tidak tertegak hukum Allah di bumi ini tanpa berbaik dengan Umno.  Melucukan, yang bercakap itu pula tokoh yang pernah mempersendakan Sunnah Nabi dan hukum Hudud itu sendiri.  Kelakar juga yang bercakap itu anaknya pernah mempunyai saham di dalam industri arak.

Cukup-cukuplah Umno berpolitik seperti tiada arah.  Semua jadi serba salah buat Umno sekarang.  Masalah paling besar Umno sekarang adalah rakyat tidak lagi percaya dengan parti ini walaupun kadangkala yang dibuatnya itu baik, tetapi rakyat tetap akan kata Umno tidak akan buat baik jika tidak bersebab.  Umno mahu berbaik dengan PAS pun rakyat sudah tahu apa muslihatnya.

Tiada ulasan: