WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI |
Posted: 02 Aug 2012 08:09 AM PDT BM-Premium A IP Himpunan bantah guna kimia berbahaya 2 Sept
KUALA LUMPUR: Satu himpunan besar-besaran membantah penggunaan bahan kimia berbahaya akan diadakan pada 2 September jam 2 petang, di Dataran Raub, Pahang. Himpunan yang dinamakan Himpunan Hijau Raub itu diadakan bagi menuntut kehidupan yang lebih sihat dengan menghentikan proses perlombongan emas yang menggunakan cyanide. Himpunan yang mensasarkan 20,000 penyertaan dari seluruh negara itu akan dimobilisasikan Himpunan Hijau bersama NGO-NGO lain, beserta Pakatan Rakyat. Pengerusi Lajnah Alam Sekitar PAS Pusat, Zulkefly Mohamad Omar, berkata PAS akan mengerahkan ahli-ahlinya untuk menyertai himpunan ini, khususnya di Pahang. Beliau berkata, PAS sememangnya menyokong sebarang tuntutan rakyat, lebih-lebih lagi hak rakyat untuk mendapatkan kesihatan yang baik. "Terlalu banyak isu alam sekitar berlaku di Pahang. Di Kuantan dengan isu Lynas, begitu juga di Cameron Highland. Isu ini bukan isu Pahang tetapi seluruh negara. Jika kita tidak bersatu, ia akan membawa kehancuran kepada seluruh negara," tegas beliau pada sidang media yang diadakan di Dewan Himpunan Cina, petang tadi. Beliau berkata, rakyat tidak menolak sebarang pembangunan yang dibuat kerajaan, namun menginginkan pembangunan yang memikirkan aspek kesihatan dan kesejahteraan semua pihak. Turut serta pada sidang media itu Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang, Dr. Hamzah Jaaffar; Timbalan Yang Dipertua PAS Raub, Tengku Shahadan Tengku Jaafar; ahli parlimen Cheras, Tan Kok Wai; dan exco kerajaan negeri Selangor, Ronnie Liu. Lombong emas Raub Australian Gold Mine (RAGM) yang beroperasi sejak Februari 2009 dikatakan memberi kesan ke atas lebih 300 penduduk berdekatan, khususnya Kampung Bukit Koman, Raub yang mengadu mengalami masalah kegatalan kulit, kesukaran bernafas dan pelbgai kesan lain ekoran penggunaan cyanide. | ||
Posted: 02 Aug 2012 08:06 AM PDT PETALING JAYA 2 OGOS : Pakatan Rakyat bersedia memberikan laluan kepada dua mantan ahli Umno-BN Sabah mempertahankan kerusi masing-masing dengan syarat menyokong dasar bersama yang ditetapkan pada pilihan raya umum(PRU-13). Perkara ini dimaklumkan sendiri oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu sidang media di Ibu Pejabat PKR pagi tadi. Dua mantan ahli Umno-BN yang dimaksudkan adalah bekas Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Lajim Ukin dan Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Bumburing. Selain tiga komponen utama Pakatan Rakyat, PAS, DAP dan PKR, mereka turut diberikan keistimewaan memilih tiket bertanding bersama parti politik tempatan di negeri tersebut yang menyokong pembangkang dengan persetujuan pemimpin utama parti berkenaan. Menurut Anwar, PKR sedia memberi laluan kepada Lajim dan Bumburing sekiranya mereka mahu bertanding di kerusi milik parti itu. "Mereka boleh bertanding malah ada pilihan sama ada kerusi PKR, PAS atau DAP. atau mana-mana parti yang menyokong dasar Pakatan. Tapi dengan persetujuan dengan pemimpin parti. "Malah PKR sedia untuk berikan kerusi kepada orang baru dalam Pakatan Rakyat ini jika mereka komited dengan agenda kita," katanya lagi. |
You are subscribed to email updates from WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan