Tukar Tiub |
- DEMO UNTUK AJAR RAKYAT BIJAK TURUN BERDEMO
- SELAMAT BERBUKA PUASA
- BERITA BERGAMBAR
- KRONI CUKONG REMBAT TANAH RUMAH PASONG BRICKGEILD
- KAH KAH KAH - LOGO TERBAIK UNTUK UNITED MALAYS NTIONAL ORGANISATION
- PROGRAM MELAWAN DAN MENGHASUT DISANA SINI
DEMO UNTUK AJAR RAKYAT BIJAK TURUN BERDEMO Posted: 04 Aug 2012 05:26 PM PDT SEKOLAH DEMO UNTUK SEMUA Kenyataan Terbuka Solidariti Anak Muda Malaysia(SAMM) 4 Ogos 2012 1. Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Kebangsaan mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan penghantaran Memorandum ke kedutaan Myanmar semalam. Sebanyak 25 NGO telah mengesahkan sokongan terhadap memorandum tersebut. Seramai hampir 500 orang Rohingya telah mengiringi wakil - wakil pertubuhan yang hadir dalam penghantaran memorandum tersebut. Lebih 100 orang warga tempatan hadir selaku wakil pertubuhan dan yang hadir secara individu. Tahniah juga kepada SAMM Wilayah kerana telah menjadi tuan rumah menyelaraskan penghantaran memorandum tersebut. 2. Penghargaan juga diucapkan kepada anggota keselamatan kerana memberi sedikit ruang semalam. Namun kami juga agak sedikit terkilan apabila kumpulan kami yang berarak dari Masjid Tabung Haji telah disekat dan hanya dibenarkan berkumpul sejauh kira - kira 500 meter dari Kedutaan Myanmar. Hanya kumpulan 5 orang dibenarkan kemudiannya berjalan kaki ke kedutaan. Kami juga amat kesal dengan tindakan Myanmar dengan secara sengaja menutup kedutaan dan tidak menghantar wakil menerima memorandum yang disediakan. Namun setelah delegasi yang diketuai anggota dewan negara, YB Senator Saiful Izham Ramli berbincang barulah seorang yang tidak mahu dikenali muncul dan menerima memorandum tersebut dari celah pagar. Ini tindakan biadap yang tidak seharusnya berlaku. 3. Semalam juga telah diumumkan sebuah badan bertindak yang diberi nama Malaysian People Joint Task Force for the Humane Treatment of the Rohingyas. Dan selepas ini isu pembelaan nasib Rohingya ini akan diasak melalui gabungan badan bertindak ini. Beberapa tindakan sedang dirancang dalam masa terdekat bermula dengan penyerahan memorandum ini. Antara desakan yang terkandung dalam memorandum bantahan adalah termasuk; Mendesak Kerajaan Myanmar segera hentikan penghapusan etnik muslim Rohingya. Tidak 'double standard' dalam isu ini. Memanggil kesatuan Asean supaya turut mendesak Myanmar hentikan pembunuhan. Memanggil kesatuan Asean supaya melucut keahlian Myanmar dalam Asean. Memanggil campurtangan PBB dalam konteks hak asasi agar etnik Rohingya dilindungi Mendesak kerajaan Myanmar memberi laluan untuk bantuan kemanusiaan termasuklah bantuan makanan dan perubatan, dan disaksikan oleh PBB, Asean ataupun OIC. Akhir sekali, kami mendesak supaya satu dialog untuk keamanan etnik Rohingya dimulakan di antara PBB, Asean dan OIC serta kerajaan Myanmar. SAMM tidak dapat menyembunyikan perasaan kecewa di atas sikap yang ditunjukkan oleh regim Barisan Nasional apabila tidak bersuara dalam isu Rohingya. Malaysia sebagai sebuah negara Islam, harus lebih peka dan menunjukkan keberanian di atas nama Islam. Inilah musibahnya apabila negara diketuai oleh seorang pemimpin yang penakut. Maka agak bersesuaianlah Perdana Menteri menyandang jawatan Menteri Wanita. Akhir sekali SAMM mengucapkan syabas dan terima kasih di atas kehadiran ramai NGO, NGI dan aktivis kemanusiaan. Kehadiran anda semua menjadi bukti betapa negara ini masih mempunyai nafas tanggungjawab kemanusiaan sejagat, bukan retorik glokal semata-mata. JANJI BERSIH 8 TUNTUTAN BERSEDIA UNTUK KELUAR malam 30 ogos ini kita ramai ramai keluar pakai baju kuning SLOGAN KITA: janji bersih! |
Posted: 04 Aug 2012 04:00 AM PDT HARI INI GUA BERBUKA DI JAY BEE SELAMAT BERBUKA PUASA hari sabtu bangun lambat hari ahad bangun lambat petang ini carilah apa yang dpat INI KAWAN SAYA MAT GAGALIS NOTA: lihatlah betapa gumbiranya lihatlah senyuman mat gagalis kenapa senyum? kerana tahun ini telah ada khabar angin bahawa mat gagalis ini tidak akan lagi disenaraikan sebagai gagalis tegar ini kerana mat gagalis ini telah jatuh cinta dengan saekor ikan todak kah kah kah selamat berbuka puasa! |
Posted: 04 Aug 2012 03:21 AM PDT SATU MALAYSIA TUNGGU BERITA INI NOTA: kalau ini betul berlaku ertinya kerajaan gerombolan runtuh kalau ini berlaku kita wajib berseia bersedia untuk menangkap: mahathir muhamad : kes bunuh memali najib razak : kes bunuh altantuya pengarah sprm : kes bunuh teoh beng hock, bunuh sarbaini musa hasam: kes bunuh kuga, francis , aminulrashid... |
KRONI CUKONG REMBAT TANAH RUMAH PASONG BRICKGEILD Posted: 04 Aug 2012 12:43 AM PDT HABIS TANAH KERAJAAN DI REMBAT KENYATAAN MEDIA 3 Ogos 2012 UNTUK SEBARAN SEGERA IPD BRICKFIELDS: MENTERI WILAYAH WAJIB BERCAKAP BENAR Penduduk Lembah Pantai terutamanya yang tinggal di Brickfields dan Bangsar pada mulanya menerima baik berita di The Star dan New Straits Times bertarikh 16 Julai 2012 yang memetik Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, sebagai berkata bahawa IPD Brickfields akan dibangunkan semula di tapak asalnya di Jalan Tun Sambanthan (Lot 18). Namun, ramai terkejut apabila melihat dengan mata sendiri papan tanda yang didirikan di tapak IPD Brickfields, yang mengatakan adanya cadangan menukar zon kegunaan tanah daripada institusi kepada perdagangan untuk membangunkan tanah tersebut bukan sebagai tapak IPD Brickfields yang baru, tetapi sebagai pembangunan bercampur. Hal ini turut dilaporkan The Star pada 31 Julai 2012, yang juga merupakan tarikh akhir bantahan. Oleh itu saya mendesak Menteri Wilayah untuk bercakap benar tentang hal IPD Brickfields ini: 1) Apakah sebenarnya status pembangunan semula IPD Brickfields? 2) Mengapa kenyataan beliau pada 16 Julai bercanggah dengan apa yang kelihatan pada papan tanda yang didirikan di Lot 18? Seperti yang telah saya dedah pada 26 April lalu, Lot 18 telah diberi kepada syarikat Primamuda Holdings Sdn Bhd di dalam satu pertukaran tanah (landswap) sebagai balasan membangunkan Lot 55 (Balai Polis Jalan Travers). Sekali lagi diingatkan bahawa salah seorang pengarah syarikat tersebut adalah Mariany Mohamad Yit, iaitu Ketua Wanita UMNO Bukit Bintang, Senator Dewan Negara, dan mantan Ahli Lembaga Penasihat DBKL. SENGAJA DI KOTORKAN Juga, persoalan yang saya timbulkan dahulu masih belum terjawab: Apakah kedudukan Mariany Mohamad Yit di dalam DBKL, Primamuda Holdings, dan sebagai Ketua Wanita UMNO Bukit Bintang telah mempengaruhi pemberian projek pembangunan Lot 55 dan landswap Lot 18? Dan jika didapati Lot 18 benar-benar telah diberi kepada Primamuda Holdings, maka Menteri Wilayah seharusnya meminta maaf kepada warga Lembah Pantai dan penduduk Brickfields khususnya kerana mengecewakan penduduk yang mengharapkan IPD Brickfields dikembalikan ke lokasi asal di Jalan Tun Sambanthan. Akhir sekali, sekiranya jawapan kepada persoalan-persoalan di atas tidak diterima selewatnya hari Khamis 9hb Ogos 2012, sebagai langkah terakhir, saya selaku wakil rakyat Lembah Pantai yang dipilih akan menggesa penduduk Brickfields dan Bangsar untuk mengadakan satu tunjuk perasaan aman pada jam 10 pagi hari Jumaat, 10hb Ogos 2012 di Lot 18 Jalan Tun Sambanthan untuk menyatakan rasa tidak puas hati penduduk berkenaan isu ini. Nurul Izzah Anwar Ahli Parlimen Lembah Pantai |
KAH KAH KAH - LOGO TERBAIK UNTUK UNITED MALAYS NTIONAL ORGANISATION Posted: 04 Aug 2012 12:06 AM PDT KAH KAH KAH KAH KAH KAH KOMENTAR TUKAR TIUB ini adalah jawapan untuk gerombolan ini adalah jawapan untuk 31 ogos ini adalah jawapan untuk hari malapetaka NOTA: ini adalah contoh terbaik dimana penentangan politik di kahwin dengn humour melalui bingkai seni salut untuk otak anak muda muda ini! 31 OGOS HARI MALAPETAKA NOTA: pada malam 30 ogos kita keluar ramai ramai pakai baju kuning jnji bersih! |
PROGRAM MELAWAN DAN MENGHASUT DISANA SINI Posted: 03 Aug 2012 07:57 PM PDT TUKAR TIUB DI JAY BEE NOTA: program bersih tentang pilihanraya tentang penipuan pilihanraya tentang perjuangan jalan raya tukar tiub akan bersama di jay bee JEMPUTAN PKR WANGSA MAJU Saudara/saudari dijemput untuk menghadiri majlis Tazkirah dan Berbuka Puasa Bersama Anwar Ibrahim. Berikut adalah maklumat lanjut : TARIKH : 5 OGOS 2012 (AHAD) MASA : 6 PETANG TEMPAT :MADRASAH NURUL MUTTAQIN, FLAT SRI LANGKAWI (BELAKANG LRT TAMAN MELATI) Map: http://goo.gl/maps/6fchj Semoga dengan kehadiran Saudara/Saudari dapat mendapat menjayakan majlis ini. Sekian. |
You are subscribed to email updates from Tukar Tiub To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan