Isnin, 27 Ogos 2012

Tukar Tiub

Tukar Tiub


LEPAS RAYA PROGRAM MENGHASUT DAN MELAWAN DI SANA SINI

Posted: 27 Aug 2012 06:44 PM PDT



PENGUMUMAN UNTUK SEMUA


sila pilih program program mengahsut
yang telah di rancang bertujuan
sila datang bersama
sila buat ramai

1 - malam 30 ogos kuala lumpur
2 - pada 1 - 9 september di shah alam
3 - pada ahad petang jam 2:00 di padang milo raub


NOTA:
di kuala lumpur dan seluruh negara
sila pakai baju kuning

di galeri shah alam pamertasn karton zunar

di padang milo raub - rakyat bangun melawan

UNTUK KESEHATAN TELINGA
sila dengar radio bangsar utama













SEJARAH MELAWAN BRITISH WAJIB DITULIS KEMBALI - JANGAN DITIPU OLEH GEROMBOLAN

Posted: 27 Aug 2012 11:58 AM PDT





MAT INDERA NASIONALIS BANGSA





SEJARAH PERJUANGAN KIRI MELAWAN BRITISH


Amerika pon asalnya tanah jajahan British.. merdeka/menderhaka dari british.. Semasa nak menderhaka/keluar dari british independent day mereka kumpul dana.. dan mungkin syarikat hindia timur one of the sponsor tuh bendera Amerika macam depa.. Mungkin Ramai nampak kita macam DIJAJAH British tetapi hakikat sebenarnye SYARIKAT HINDIA TIMUR dari british ni yang jajah kita.. mereka KAPITALIST..

menjajah untuk perdagangan perniagaan mereka sama macam kita hari ni.. Modus Operandi Amerika SAMA dengan SYarikat Hindia Timur.. Keuntungan Kaum Pemodal.. Ingat Amerika ni adalah Ganti Syarikat Hindia Timur.. Pemodal.. jual beli senjata untuk keuntungan.. Ada juga rumors mengatakan emas di fort Knox (simpanan emas) sebenarnye takda.. dah kena rembat.. kosong je..

tu Dolar adalah duit kertas yang dicetak tanpa nilai atau sandaran emas yang kukuh.. Dibelakang gomen Amerika ni kaum pemodal.. Sama macam Malaysia dibelakang ahli politik juga kaum pemodal yang melobi untuk keuntungan.. Baca la sejarah.. selidik setiap fakta.. fikir secara kritis.. dan nilai sendiri..
By Anonymous on SEJARAH MELAWAN BRITISH WAJIB DITULIS KEMBALI - JA... on 8/28/12

Eden sotuju!!
By Anonymous on SEJARAH PERJUANGAN MENGHALAU BRITISH PERLU DI TULI... on 8/27/12

sang saka tu = bendera UMNO la bang TT.. kat UMNO bleh pulak taruk sang saka.. bendera mesia, kene ciplak la.. lain kali amik la holiday.. pinjam sama itu dadu.. ingat.. jangan tikam nombor 2, 3x saja tikam.. kendian boleh blah..
By Anonymous on SEJARAH PERJUANGAN MENGHALAU BRITISH PERLU DI TULI... on 8/27/12


Betul mmg dari bendera Sharikat Hindia Timur British, bendera Amerika pun sejarahnya dari bendera Sharikat Hindia Timur. Jadi tak salah kata diciplak dari bendera Amerika
By Anonymous on SEJARAH PERJUANGAN MENGHALAU BRITISH PERLU DI TULI... on 8/27/12

bro ko salah la,bendera malaysia ni ciplakan dari bendera East Indian British Company Falg tahun 1776,kan waktu tu kita dijajah british bro,bukan amarika yang jajah,maybe orang melayu yang buat jalur temberang tu dia dapat inspirasi dari bendere itu dan mengubahnya kepada bulan dan bintang dengan tambahan warna kuning je sebagai warna lambang raja2 tanah melayu ni buktinya,bendera amerika pun sebenarnya inspirasi dari bendera british itu juga

http://majorityrights.com/weblog/comments/flags_of_the_united_states_and_british_east_india_company/ kiranya bendera british pertama,lepastu amerika masa malaysia nak merdeka mereka amik bendera tu ubah sikit je...xde motif nusantara langsung,itu melambangkan imperialisme ke atas nusantara merah putih lambang nusantara,di asia ni berapa negara yang kalenrya merah putih? rasenya ade 7 negara,diletakkan pada flag british kan jadi 14 jalur melintang
By Hamidi Fizie Bin Ahmad on SEJARAH PERJUANGAN MENGHALAU BRITISH PERLU DI TULI... on 8/27/12

dato onn akhirnya dibuang dari umno,hilang harta benda dan akhirnya rumah dato onn dilelong. dato onn diberi pengkebumian negara krn setelah bantahan keras(baca:turun kejalan raya) dari org ramai begitu juga penganiayaan cara halus pada org yg bersemangat dlm umno,ikhlas(baca:naif) tunku sendiri,juga anwar umno mmg bukan parti,dan tidak pernah menjadi parti.ia hanyalah sebuah persatuan org2 kaya yang tamak.sesiapa sahaja yg tidk tamak akan disingkirkan
By Anonymous on SEJARAH PERJUANGAN MENGHALAU BRITISH PERLU DI TULI... on 8/27/12

hello bro memang patut d tulis semual siapakah yg betol2 pejuang kemerdekaan terutamanya org2 yg dikatakan kiri itu pejuang negara...
By Anonymous on SEJARAH PERJUANGAN MENGHALAU BRITISH PERLU DI TULI... on 8/27




SETAN DAN YANG DISETAN KAN

Posted: 27 Aug 2012 11:40 AM PDT



SIAPA YANG SETAN MADEY INI ?




KENYATAAN MAHATHIR CEPATKAN KEJATUHAN UMNO - harakah daily

Bukan sekali Mahathir Mohammad membuat kenyataan yang agak mengecutkan Umno-BN berdepan sebarang kemungkinan perubahan dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

Terkini, bekas Presiden Umno itu dalam blognya dan beberapa portal lain menyebut kononnya peralihan kuasa kerajaan pusat adalah sebesar-besar bahaya.

Lebih menghairankan, Mahathir seolah-olah sudah mula meroyan dan tidak segan menyatakan "Lebih baik syaitan yang anda kenali dari malaikat yang anda tidak kenal".

Pada penafsiran biasa, rakyat akan melihat bahawa syaitan yang dimaksudkan Mahathir mungkin sekali adalah BN kerana pada frasa ayatnya jelas menyatakan bahawa lebih baik memilih syaitan yang anda kenal daripada malaikat yang anda tidak kenal.

Rakyat tidak merasakan ia suatu yang sangat pelik kerana Mahathir juga pernah menyebut Umno itu busuk hingga ke ususnya.

Begitupun, perkembangan itu membawa kegusaran kepada Umno-BN.



KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit... JANGAN BUAT SILAP..... kah kah kah..

kah kah kah... JANGAN SALAH BACA.... kah kah kah...

woit.... MADEY SENGAJA TIMBULKAN AJENDA SYAITAN.... kah kah kah...

kah kah kah...MADEY ADA AJENDA BERJANGKA PANJANG.... kah kah kah...

kah kah kah... SIAPAKAH YANG DIANGGAP SYAITAN OLEH MADEY?... kah kah kah

kah kah kah... MUHYIDDIN KE SYAITAN?.... kah kah kah..

kah kah kah.... NAJIB KE SYAITAN KERANA TERLIBAT KES BUNUH?.... kah kah kah..

kah akh kah.... ATAU ROSMAH YANG SETAN.... kah kah kah...



MALAM 30 OGOS KITA RAYAKAN



RAMAI TERPERANGKAP UNTUK DIHUDUDKAN

Posted: 26 Aug 2012 10:14 PM PDT










HUDUD DAN LINGUA FRANCA

Kadang-kadang kebebalan datang berganda-ganda. Kadang-kadang kebebalan datang merata-rata. Kadang-kadang kebebalan meloroh dan melanda. Hakikatnya bukan semua guru itu berilmu dan pandai. Bukan semua profesor dan pensyarah itu cekap dan pintar. Bukan semua peguam bijak dalam hal kehakiman.

Bebal semacam mana pun, jika guru dan profesor bodoh dan bebal kita boleh mencari sosok yang bijak bistari. Kita boleh berpindah kuliah dan berpindah sekolah. Jika peguam itu bebal dan lembik - kita boleh melanggan yang cekap dan hebat. Tetapi jika politikus bebal dan bangang maka jawabnya seluruh negara ditimpa malapetaka.

Disini saya ingin bersurah tentang satu kes bodoh lagi bangang yang telah berlaku pada satu ketika dahulu. Ini kes sejarah. Untuk saya ini adalah kes klasik yang paling bangang. Kes ini wajib dijadikan pedoman untuk semua para politikus yang masih tersimpan bangang. Saya membuka kes ini sebagai satu usaha untuk memberi pencerahan kepada semua – politikus dan orang ramai - yang masih bangang.

Kes pedoman yang saya maksudkan ini ialah kes perbalahan antara dua parti politik. Kedua-dua parti politik ini telah menjadi arwah. Satu namanya Parti Sosialis Rakyat Malaya (PSRM) dan satu lagi namanya Parti Buruh. Kedua-duanya berjalur kiri.


Pada satu ketika yang lama dahulu dua buah parti kiri ini telah bergabung. Mereka memanggil diri mereka Front Sosialis. Inilah satu-satu gabungan politik ampuh yang mengajukan program sistem ekonomi sosialis untuk Persekutuan Tanah Melayu. Ramai pemikir, inteligensia dan intelektual anak semua bangsa telah berpayung dan berteduh dibawah gabungan ini.

Front Sosialis ini menjadi kumpulan yang paling teruji untuk bangun melawan kerajaan Perikatan. Untuk yang tidak arif sejarah - Perikatan ialah gabungan United Malays National Organisation, Malayan Indian Congress dan Malayan Chinese Association. Gabungan ini wujud sebelum munculnya Barisan Nasional.

Front Sosialis ini menjadi satu gerakan kiri yang ampuh. Bukan saja menduduki Parlimen malah kerusi Kerajaan Tempatan yang dipilih secara pilihan raya juga didominasi oleh gabungan kiri ini. Pulau Pinang, Melaka dan Seremban menjadi wilayah dimana gabungan kiri ini mendapat kemenangan yang unggul. Dibandar dan kota besar semua kerusi Kerajaan Tempatan majoritinya dimenangi oleh gabungan ini.

Kerajaan Perikatan tidak dapat melawan arus kiri ini. Justeru dengan menggunakan majoriti di Parlimen, gerombolan Perikatan pada ketika itu telah memansuhkan pilihanraya Kerajaan Tempatan. Tindakan kerajaan Perikatan ini membuktikan bahawa: jika pilihan raya boleh mengubah apa-apa, maka pilihan raya itu akan diharamkan.

Tetapi tulisan ini bukan tentang pilihanraya Kerajaan Tempatan. Tulisan ini untuk memperlihatkan bagaimana kebebalan dan kebangangan telah berjaya menutup fikrah untuk menjadi rasional.



Dari babak sejarah kita diberi tahu bagaimana tekanan demi tekanan telah dikenakan kepada jalur kiri. Pelbagai tuduhan dihempapkan kepada mereka. Dari tidak percaya kepada Tuhan kepada tidak percaya kepada Raja adalah tuduhan terhadap warga kiri.

Ramai kader dan pimpinan PSRM dan Parti Buruh menjadi mangsa Akta Keselamatan Dalam Negeri. Pemimpin-pemimpin yang berupaya menggerakkan aksi orang ramai akan menjadi mangsa ISA. Dalam masa yang sama ejen-ejen gelap mukhabarat juga menembus masuk ke dalam kedua-dua buah parti kiri ini.

Akhirnya ejen-ajen mukhabarat ini telah berjaya menimbulkan debat yang maha hangat. Debat dan polemik ini ialah tentang dasar bahasa. PSRM mengajukan bahawa Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan. Manakala Parti Buruh pula mahukan Bahasa Malayu diterima sebagai lingua franca.

Hingga ke hari ini masih ramai lagi warga yang gelap dan tidak tahu apa itu lingua franca. Hanya Guru Nanak sahaja yang maha mengetahui. Hanya Mutu yang mengenal Maniam. Hanya Parti Buruh sahaja yang tahu mengeja lingua franca.

Maka bermulalah polemik bahasa. Para Mat Bengong dari PSRM mengacung-acungkan tangan ke langit sambil melaungkan: Bahasa Kebangsaan!. Ini disambut pula Mat Bengong dari Parti Buruh yang melaungkan: Lingua Franca!

Dua jalur kiri ini mula bergelawak. Kedua-dua kumpulan cuba menegakkan hujah ciput mereka tanpa bantuan keilmuan mahu pun bantuan pil Viagra. Dalam masa yang sama ejen-ejen gelap yang menyamar sebagai peguam dan pensyarah universiti pun berbalah-balah tentang isu bahasa ini. Emosi kedua-dua kumpulan ini semakin naik seolah-olah kejantanan mereka dicabar oleh ketegangan buah dada Madonna.

Ketika Mat Mat Bengong ini bergelawak, saya masih disekolah rendah dan belum lagi pandai memakai seluar dalam. Justeru jauh sekali untuk memahami apakah dia pandangan dan hujah Ahmad Boestamam – protoganis kiri - tentang Bahasa Kebangsaan pada ketika itu. Atau apa pula hujah lingua franca yang muncul dari mulut dan tulisan Tan Kai Hee – pemimpin Parti Buruh.



Dari segi pensejarahan perserikatan dua parti kiri ini muncul dari kancah yang sama. Mereka lahir dari tradisi mulia berjuang melawan British. Mereka memiliki setiakawan yang kukuh. Tetapi agenda bahasa ini telah membuatkan mereka kehilangan punca. PSRM dan Parti Buruh menjadi mamai apabila mereka menjadikan agenda – bahasa - ini sebagai induk agenda. Kalau dalam naratif Marxis: mereka menjadikan isu bahasa sebagai kontradiksi utama.

Pertelagahan ini terus dibakar oleh suasana politik perkauman. Bengolan dari United Malays National Organisation terus membalingkan 'tulang' untuk menjadi rebutan dan salakan kepada PSRM dan Parti Buruh. Akhbar Utusan Melayu pula telah memeriahkan lagi pesta dengan melaporkan berita pertelingkahan agenda bahasa ini.

PSRM dilihat sebagai sarang Melayu Kiri manakala Parti Buruh ialah sarang Cina Kiri. Tanah subur prasangka perkauman ini memang telah sedia wujud. Prasangka terus dipertebalkan. Dalam masa yang sama api perkauman ini ditiupkan oleh ejen-ejen yang menyamar sebgai pensyarah dan peguam dari kedua-dua belah pihak. Akhirnya setiakawan antara PSRM dan Parti Buruh pecah terbarai.

Apabila gabungan kiri ini runtuh - yang terus ketawa terbahak-bahak memikul duit dan dinar ke bank ialah gerombolan dari United Malays National Organisation. Dengan menghancurkan gabungan kiri maka gerombolan kanan ini terus berpesta hingga meledaknya Reformasi 1998.

Kenapa saya menulis babak sejarah kebengongan ini? Secara jujur saya menulis naratif sejarah ini kerana saya sedang melihat Sang Bebal dengan Sang Bengong sedang bergumpal sekali lagi. Saya juga sedang melihat ejen-ejen gelap dari United Malays National Organisation sedang berusha sedaya upaya untuk meruntuhkan perserikatan Pakatan Rakyat.

Kalau empat puluh tahun dahulu yang menjadi tulang rebutan ialah agenda bahasa. Kali ini yang menjadi 'tulang rebutan' ialah hudud. Secara terancang ada sosok-sosok yang sedang sibuk bertunda-tunda melahirkan perbalahan tentang hudud.

Saya melihat ini sama saperti apa yang pernah berlaku keatas PSRM dan parti Buruh dahulu. Kini saya telah pandai memakai seluar dalam, justeru saya memahami kenapa sandiwara yang sama sedang dipentaskan kembali. Saya melihat dengan jelas, secara terancang dan tersusun gerombolan United Malays National Organisation sedang membakar 'api hudud' untuk menghanguskan Pakatan Rakyat.


Biar saya jelaskan disini bahawa tulisan ini bukan tentang agenda 'hudud' yang ingin saya timbulkan. Apa yang ingin saya terangkan ialah kebebalan politikus sehinggakan mereka tidak dapat mengenal yang mana hutan dan yang mana kayu. Mereka gagal melihat agenda induk dan agenda sampingan. Justeru, saya ingin membawa pencerahan untuk membuktikan bahawa agenda hudud ini sama seperti agenda bahasa dahulu. Agenda ini tidak akan membawa hasil masyhul.

Saya berani berkata sedemikian kerana jika para politikus dari Pakatan Rakyat yang memiliki fikrah yang rasional pastilah mereka sependapat bahawa agenda utama pada tahap ini ialah menghumbankan United Malays National Organisation dan kuncu-kuncu dalam Barisan Nasional. Dalam analisa politik: mengalahkan musuh politik adalah kontradiksi utama.

Sesiapa yang waras berpolitik pasti yakin bahawa menjatuhkan United Malays National Organisation ialah agenda pertama. Tergelincir dari pemahaman agenda ini bermakna lari dari garis politik yang jelas. Kita tak perlu ke Yale atau ke Havard untuk memahami bahawa tugas utama Pakatan Rakyat ialah menggulingkan United Malays National Organisation. Menggulingkan kerajaan yang sedia ada bertujuan untuk menubuhkan kerajaan Pakatan Rakyat.

Dari segi strategi perjuangan – pada tahap ini Pakatan Rakyat wajib mengurangkan musuh dan memperbanyakkan rakan. Ini ilmu politik 101 untuk mencapai menang. Ejen-ejen gelap dan terang United Malays National Organisation akan terus membalingkan 'tulang hudud' ke tengah kancah politik. Ini bertujuan untuk melahirkan 'perebutan' dan 'perbalahan'.

Saya begitu yakin ejen-ejen gelap United Malays National Organisation ini sedang tersenyum puas bukan hanya Pakatan Rakyat telah dihududkan. Saya cukup yakin hudud hanya menjadi angan-angan jika gerombolan yang sedang berkuasa ini tidak dikalahkan. Malah tangan-tangan yang ingin mencapai kemenangan ke Putrajaya akan dipotong sama. (TT)







MALAON INI SEDANG DI CARI OLEH INTERPOL DAN POLIS NEW YORK

Posted: 26 Aug 2012 09:22 PM PDT




JELAS INI KEM DI PORT DICKSON







AYAH PEMBUNUH MENATU PENIPU

malaon ini sedang dicari oleh polis new york
malaon ini sedang diburu oleh interpol

ibu melaoan ini buat kenyataan bahawa
si malaon ini sedang berkursus di sandhurt uk
sebenrnya maloan ini berlatih di port dickson

gambar terbaru malaon ini
jelas menunjukkan bahawa
malaon ini tidak pernah berada di uk
malaon ini sedang berendam di putra jaya

BAPA BURET ANAK PELESIT
ayah mertua terlibat kes bunuh
ibu terlibat kes tipu
dan malaon ini sendiri
kes tipu ijazah masuk
universiti kulum dia
kah kah kah


TAK BERANI BUKA MULUT BESAR


NOTA:

simulut besar
tak berani buka mulut lagi
kah kah kah



GEROMBOLAN HANYA BUAT JANJI UNTUK DI CAPATI

Posted: 26 Aug 2012 08:55 PM PDT




SATU PROJEK PENIPUAN BESAR




NOTA:
united malays national organisation
sedang nazak
sedang sakit tenat

buat pelbagai janji
buat pelbagai slogan

semua untuk dicapati







SILA HAYATI LAGU INI UNTUK PENGAJARAN



DI BAYAR UNTUK BUAT RAMAI KAH KAH KAH - PADAN MUKA

Posted: 26 Aug 2012 07:47 PM PDT




TURUN TAK PERLU KENA BAYAR





PUTRAJAYA MENAWARKAN GANJARAN TUNAI KEPADA PESETTA ACARA HARI MERDEKA - minsider

Satu e-mel dari Jabatan Perdana Menteri (JPM) telah mendedahkan bahawa Putrajaya akan menawarkan ganjaran wang tunai dan cenderamata kepada kira-kira 1,000 pelajar universiti yang bersetuju untuk mengambil bahagian dalam sambutan Hari Kebangsaan di sini.

Dalam e-mel dari jabatan Perpaduan Negara dan unit Integrasi dilihat semalam oleh The Malaysian Insider, pelajar dijangka mengibarkan bendera atau "melakukan beberapa pembentukan bendera mudah" apabila lagu kebangsaan "Negaraku" atau lagu 1Malaysia yang dimainkan semasa dua peristiwa diambang Merdeka — satu di Dataran Merdeka pada waktu pagi dan kedua di Stadium Bukit Jalil pada waktu petang.

"T-shirt disediakan pada waktu pagi dan wang tunai sebagai penghargaan akan diberikan kepada setiap peserta," kata seorang pegawai dalam satu kiriman e-mel kepada sebuah universiti. "Untuk waktu petang, tiada T-shirt disediakan."

Ketika dihubungi, pegawai itu memberitahu The Malaysian Insider bahawa peserta dijangka menghadiri raptai selama lima hari daripada hari ini, akan dibayar RM20 dan makan tengah hari disediakan untuk setiap hari.

"Jadi, untuk lima hari setiap peserta akan dibayar RM100," kata pegawai tersebut.

Pegawai tersebut menambah, jabatan berharap untuk mendapatkan sekurang-kurangnya 1,000 orang peserta berumur dari 18 hingga 35 tahun dari beberapa universiti sepanjang bandar ini.

Sejumlah 25 buah bas akan disediakan untuk membawa peserta dari beberapa checkpoint sepanjang bandar ke dua tempat acara itu.

E-mel dari pegawai itu juga secara spesifik menyebut hanya Cina dan India yang diperlukan untuk acara tersebut.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH

woit... LIHAT BETAPA TAK LAGU PROJEK HARI MERDEKA GEROMBOLAN... kah kah kah..

kah kah kah... LIHAT BAGAIMANA DUIT DIGUNKAN UNTUK KUMPUL ANAK MUDA...kah kah kah..

kah kah kah...INI BUKAN SATU YANG BARU.... kah kah kah...


kah kah kah...BANYAK PROGRAM GEROMBOLAN SEWA MAT INDON UNTUK BUAT RAMAI... kah kah kah..

woit...JANJI DEMOKRASI MALAM 30 OGOS SEMUA DATANG SENDIRI... kah kah kah..

kah kah kah...SEMUA YANG DATANG PAKAI DUIT SENDIRI.... kah kah kah..

woit...INI LAGH BEZANYA GERMBOLAN DENGAN JANJI DEMOKRASI.... kah kah kah

layari stesen punk rock








NOTA:
sila ikuti radio bangsar utama
radio resmi janji demokrasi