Jumaat, 24 Ogos 2012

Tukar Tiub

Tukar Tiub

Tukar Tiub


MALAM 30 OGOS KIT BERHIMPUN DI DATARAN MERDEKA

Posted: 24 Aug 2012 07:07 PM PDT





LAGI KES PENDATANG HARAM





KAD PENGENALAN UNTUK PENDATANG HARAM

Hanya ada satu cara dan satu cara sahaja untuk menyelesaikan masalah projek IC sama ada di sabah, sarawak atau di semenanjung. Caranya usir semua pendatang asing yang sah atau tidak sah, yang ada permit atau yang takde permit, yang ada visa atau yang takde visa, hentikan penggantungan kepada tenaga kerja indon, myanmar, bangla, filipina, vietnam dan seangkatannya.

Memang ada yang akan kata sapa nak angkat sawit, nak jadi amah, nak angkat sampah, nak kerja kontrak pembinaan dan sebagainya, jawabnya ialah kita rakyat malaysia yang ori ni buat semua kerja tu ini semua nak jadi tuan kerja kotor sikit langsung taknak buat,jadi pemalas nak jadi tuan aje, akibatnya pekerja asing ni umno sesuka hati bagi IC alias kerakyatan sapa yang susah kita rakyat malaysia yang ori ni yang susah pasal usaha-usaha menggulingkan umno-bn semakin hari semakin sukar.




Jadi kita kena mula insaf dan sedar diri kita sikit yang kita ni bukan tuan besar tapi kuli, tengok indon rakyatnya sanggup hidup susah sanggup buat kerja angkat tahi tapi mereka boleh control pemerintah mereka, kita yang hidup goyang kaki ni dilembukan oleh umno. Oleh itu bangunlah bangsaku dari tidur yang lena sedarlah kita kalau nak maju nak berjaya kita sendiri kena jadi kuli barulah kita boleh jadi tuan di negara kita sendiri. Selagi kita tak sedar selagi itulah umno-bn akan membawa masuk berjuta "rakyat malaysia import" supaya mereka dapt terus memerintah sampai kiamat.

Kita kena sanggup pegang tahi baru boleh pegang kuasa kalau tak ibarat anjing menyalak gunung, gunung takkan runtuh anjing yang sakit tekak. Ingatlah nenek moyang kita dulu sanggup jadi kuli kenapa kita tak sanggup. Melayu, cina, india dan lain-lain dulu jadi kuli british (kuli bukan barua)kenapa sekarang kita tak sanggup jadi kuli kepada diri sendiri. Insaflah wahai rakyat malaysia, kalau tak insaf lantak kaulah, dahlah bodoh sombong pulak tu. Adios bro and sis, semoga bertemu di lain hari. Wassalam
By big cat formerly known as pro-rakyat on KEMVBANGKAN NASIONALISMA KADAZAN MURUT - SABAH UNT... on 8/24/12




KALAU DITIPU DALAM PILIHANRAYA - WAJIB TURUN KE JALAN RAYA

Posted: 24 Aug 2012 12:39 PM PDT









KOMENTAR TUKAR TIUB
ini jelas membuktikan bahawa
kerajaan gerombolan hari ini
menang dengan cara tipu

pada pru13 ini
gerombolan telah merancang
untuk menang dengan menipu

spr adalah barua gerombolan

kini mat bangla
kini mat indon
kini mat burma
telah diberi kad pengenalan segera
ini akan menjadi pengundi

pada ketika ini gerombolan sedang nazak
sokongan rakyat hampir pupus
tak percaya?

sila perhatikan hampir tidak ada
kereta yang mengibarkan
jalur temberang tahun ini
ini ertiny rakyat benci
ini maknanya rakyat melihat
jalur tembelang sebagai harta gerombolan

kalau gerombolan tak ada sokongan
macam mana mereka berkuasa?


jawabnya cukup senang: tipu

pru13 ini adalah pru penipuan!

tak caya?
nanti dan lihat






200,000 NAMA WARHA ASING DALAM SENARAI PEMILIH SABAH
- keadilan daily

KUALA LUMPUR 24 Ogos: Ketua Biro Keselamatan, Imigresen dan Reformasi Pilihan Raya KEADILAN Sabah, Dr Chong Eng Leong mendedahkan, terdapat 200,000 nama warga asing, hasil dari 'Projek IC' dalam senarai pemilih di Sabah dari jumlah keseluruhannya 950,000 pengundi berdaftar.

Menurutnya, penduduk Sabah telah bertambah kira-kira 700,000 (termasuk generasi kedua) hasil Projek IC dan sebahagiannya telah berdaftar sebagai pengundi sah, dengan kod IC '71′.

"Kenapa memalsukan 'Sijil Akuan untuk menyatakan tempat kelahiran di Sabah dengan kod tengah 12?

"Jika dokumentasi secara sahih, mengapa Kad Pengenalan baru mereka (diwujudkan) kod 71, bukankah bermakna mereka dilahirkan di luar Malaysia?

"Jika mereka dianugerahkan kewarganegaraan, bila dan di mana mereka mengangkat sumpah?" soalnya yang juga penulis buku Les We Forget mendedahkan skandal pemberian kewarganegaraan oleh kerajaan BN kepada pendatang asing.

Tambahnya, Mahathir pernah dicabar oleh Lim Kit Siang pada 2006 untuk menafikan penglibatannya dalam Projek-M, ketika Ahli Parlimen Ipoh Timur itu menjadi Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat.





KENYATAAN MEDIA PKR

Posted: 24 Aug 2012 12:24 PM PDT




DATARAN MERDEKA MALAM 30 OGOS








KENYATAAN MEDIA
24 OGOS 2012


PENURUNAN HARGA KERETA: PROTON MAMPU BERDIKARI DAN BERSAING


Semakan semula Dasar Automotif Negara (NAP2012) yang kini sedang
dijalankan oleh Kementerian Industri dan Perdagangan Antarabangsa
(MITI) memberi ruang kepada pengurangan cukai eksais secara
berperingkat untuk menurunkan harga kereta.

Peluang ini juga perlu dimanfaatkan sepenuhnya untuk memperbetulkan
pelbagai herotan (distortion) di dalam industri automotif negara.
Kebelakangan ini, pimpinan Umno/Barisan Nasional sering memainkan
sentimen perkauman termasuklah di dalam isu penurunan harga kereta,
dengan memberi alasan pengurangan cukai eksais akan memufliskan Proton
dan industri automotif tempatan.

Tindakan tidak bertanggungjawab ini bertujuan menanam perasaan
perkauman di kalangan rakyat dengan menuduh cadangan menurunkan harga
kereta ini bertujuan untuk membunuh Proton yang mengakibatkan puluhan
ribu rakyat (kebanyakannya Melayu/Bumiputra) akan hilang pekerjaan.

Salah satu pertimbangan utama yang diambil KEADILAN semasa
mencadangkan penurunan harga kereta adalah kemampuan Proton dan
perusahaan automotif tempatan bersaing. KEADILAN mengiktiraf kejayaan
Proton dan yakin ia mampu maju jauh ke depan melihatkan keupayaannya
bertahan walaupun sudah tidak mendapat perlindungan rebat cukai eksais
bermula tahun 2005.


Malah, sebenarnya Umno/Barisan Nasional yang mengambil keputusan
menamatkan rebat cukai eksais yang diberikan kepada Proton pada tahun
2005. Sejak dari itu, kereta-kereta keluaran Proton dan perusahaan
automotif nasional yang lain terpaksa membayar cukai eksais yang sama
seperti juga kereta-kereta berjenama antarabangsa.

Bantuan kewangan terbesar yang diperolehi oleh Proton kini bukan lagi
dalam bentuk perlindungan cukai, tetapi geran research and development
(R&D) untuk membolehkannya menerokai rekaan dan teknologi yang lebih
baik. Penyata kewangan Proton bagi tahun 31 Mac 2011 (muka surat 167
dari Laporan Tahun Proton 2011) menunjukkan ia mendapat geran R&D
berjumlah RM175 juta.

Jumlah ini adalah jauh lebih rendah dari rebat cukai eksais bernilai
berbilion ringgit yang diberikan setiap tahun kepada Proton sehingga
tahun 2005. Keupayaan Proton terus bersaing dan memperkenalkan
beberapa model baru selepas tahun 2005 membuktikan bahawa Proton boleh
terus kekal beroperasi walaupun tanpa dilindungi rebat cukai eksais.

Sebab itu KEADILAN berpendapat dakyah perkauman yang dimainkan oleh
Umno/Barisan Nasional kononnya penurunan harga kereta akan memufliskan
Proton sebenarnya menghina tenaga professional di Proton dan
perusahaan automotif tempatan lain yang kebanyakannya
Melayu/Bumiputra. Jawapan-jawapan pimpinan Umno/Barisan Nasional yang
masih menggambarkan seolah-olah Proton dan perusahaan automitif
tempatan masih mendapat perlindungan cukai eksais adalah berniat jahat
yang memangsakan Proton demi kepentingan politik Umno/Barisan
Nasional.


KEADILAN yakin Proton dan perusahaan automotif tempatan akan mampu
berdikari dan bersaing pada harga yang tidak membebankan rakyat.
Komitmen KEADILAN adalah mempertahankan peluang pekerjaan dan
kebajikan puluhan ribu pekerja di dalam sektor automotif negara.,
bukannya mengikut karenah bekas pimpinan negara yang mengongkong
Proton semata-mata kerana mahu menjaga peninggalan pemerintahan
beliau.

Oleh itu, KEADILAN yakin pelan perniagaan Proton yang menitikberatkan
penggunaan kapasiti pengeluarannya (to optimise its unutilised
production capacity) di kilang-kilangnya, melalui kerjasama untuk
memasang kereta-kereta berjenama lain akan berjaya mempertahankan
pekerjaan sedia ada, malah mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan
baru.



YB NURUL IZZAH ANWAR
NAIB PRESIDEN KEADILAN

RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN

YB SIM TZE TZIN
TIMBALAN KETUA PENERANGAN KEADILAN
ADUN PANTAI JEREJAK




KEMVBANGKAN NASIONALISMA KADAZAN MURUT - SABAH UNTUK SABAHAN

Posted: 24 Aug 2012 03:31 AM PDT




NASIONALISMA KADAZAN






PROJEK IC SABAH: MAHATHIR TERLIBAT BERI KEWARGANEGARAAN PADA PENDATANG
- keadilan daily

KUALA LUMPUR 24 Ogos: Projek IC Mahathir atau 'Projek-M' didakwa telah menambah secara drastik jumlah penduduk Sabah dan membenarkan pendatang asing menjadi pengundi sah.

Projek pemberian kad pengenalan kepada warga Filipina dan Indonesia itu mencapai kemuncak pada awal 1990 an, bertujuan menumbangkan kerajaan Pembangkang Parti Bersatu Sabah (PBS) pimpinan Pairin Kitingan.

Menurut Ketua Biro Keselamatan, Imigresen dan Reformasi Pilihan Raya KEADILAN Sabah, Dr Chong Eng Leong, terdapat bukti Mahathir Mohamad terlibat dalam skandal pemberian kad pengenalan berkenaan.

Katanya, warga asing yang ditahan akibat memiliki kad pengenalan apabila ditanya di mahkamah majistret pada September 1992 mengenai cara mereka mendapatkannya menjawab, ia diperolehi melalui 'Projek Presiden Mahathir'.

"Warga asing ini tak dihantar pulang, bahkan namanya dimasukkan kekal dalam senarai daftar pemilih sehingga hari ini," jelas Chong Eng dalam kenyataan.
Katanya, pada 1998, satu sesi pendengaran awam dilakukan bagi mengesahkan kemasukan pengundi baru dalam senarai pemilih Parlimen Likas.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit.... PATUT LAH SELAMAT INI ANGGAP SABAH BANK SIMPANAN.... kah kah kah..

kah kah kah... ADA MAT INDON DAN MAT PILIPINA JADI PENGUNDI.... kah kah kah...

woit.... SEKARANG SEMUA SUDAH TERBARAI..... kah kah kah..

kah kah kah...NASIONALISMA KADAZZAN MURUT TELAH BANGUN.... kah kah kah..

kah kah kah...NASIONALISMA DAYAK TELAH BANGUN.... kah kah kah...

kah kah kah...SABAH UNTUK SABAHAN... SARAWAK UNTUK SARAWAKIAN.... kah kah kah..

NOTA:
berita terakir
telah melaoprkan bahawa
taib mahmud mahu 20% royalti minyak
dan bukan 5% saperti sekarang
sabah juga sednag membuat tuntutan yang sama

semua ini adalah hikmah pru12
semua ini adalah hikmah jalan raya
tak turun ke jalan raya
tak menang pilihan raya




NOTA:
di semenanjung
jangan lupa
turun pada malam
30 ogos ke dataran merdeka


JANJI DEMOKRASI - MERAYAKAN MALAM 30 OGOS DATARAN MERDEKA

Posted: 23 Aug 2012 10:21 PM PDT




SEBUAH PUISI NAMANYA KEBEBASAN!





GABUNGAN JANJI BERHIMPUN DI KUALA LUMPUR , MELAKA, JOHOR DAN PERAK MALAM AMBANG MERDEKA - minsider


KUALA LUMPUR, 24 Ogos — Gabungan Janji yang terdiri dari 47 badan bukan kerajaan (NGO), akan tetap berhimpun pada malam ambang kemerdekaan 31 Ogos di Kuala Lumpur, Melaka, Johor dan Perak dengan memakai baju kuning.

Menurut jurucakap Gabungan Janji, Hishamuddin Rais berkata, mereka cuma mahu meraikan hari kemerdekaan bersama-sama dengan warga Malaysia yang lain, cuma mereka hanya memakai baju kuning sebagai tanda mahukan demokrasi yang kian terhakis di negara ini.

"Tidak ada slogan, tidak ada sepanduk atau tunjuk perasaan.

"Cuma bezanya kami memakai baju kuning," katanya dalam sidang media hari ini.




Menurut gabungan NGO itu lagi, perhimpunanterbesar adalah di Kuala Lumpur di kawasan pancutan air di Dataran Merdeka dan pada tepat jam 12 tengah malam di mana Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said akan menyampaikan puisi sempena kemerdekaan.

"Jadi, kami rasa tidak timbul sebarang isu kerana kami hanya mahu menyambut hari kemerdekaan," katanya lagi.

Gabungan Janji juga berhimpun untuk menyeru kerajaan melunaskan janji mereka ke arah kerajaan demokratik berprinsipkan keluhuran perlembagaan, kedaulatan undang-undang dengan mendukung hak sivil dan kebebasan bersuara, mansuhkan akta zalim dan kebebasan media serta pilihan raya yang adil dan bersih.

"Sangat jelas tuntutan lapan perkara untuk pilihan raya yang adil dan bersih masih belum ditunaikan," katanya lagi.

Mereka tidak pasti berapa ramai yang hadir pada malam itu, tetapi mereka berharap tidak ada orang yang akan cuba menghuru-harakan keadaan.


PAKAI KUNING NAN KUNING





NOTA:
semua dijemput datang
sila pakai kuning
baju t kuning
kasut kuning
payung kuning
kain tudung kuning
selendang kuning
serban kuning
songkok kuning


MENGKUNINGKAN GIGI UNTUK COOL



NOTA:
untuk menyedikan gigi kuning
sila mula makan sireh
yang boleh dibeli di brickfeild
4 keping sireh yang telah dikapor
hanganya hanya seringit !


KITA KUNING KAN SELURUH NEGARA!

Posted: 23 Aug 2012 09:17 PM PDT





MALAM 30 OGOS DATARAN MERDEKA




Kenyataan Akhbar
Gabungan Janji
23 Ogos 2012

JANJI DEMOKRASI –Tujuh Hari ke Merdeka Nan Kuning

Gabungan JANJI menyeru warga Malaysia diseluruh negara untuk bersama-sama merayakan Merdeka Nan Kuning di tepi pancutan air Dataran Merdeka pada 30 Ogos 2012 pada 10.00 malam.

Gabungan JANJI menyeru untuk melunaskan kerajaan demokratik, kami juga menuntut:
Janji Demokrasi:
1. Keluhuran Perlembagaan

2. Kedaulatan undang-undang (Rule of Law)
a) Mendukung hak sivil dan kebebasan bersuara
b) Mansuhkan akta zalim
c) Kebebasan media

3. Pilihanraya yang bersih dan adil

Tujuan Gabungan Janji ini ialah untuk semua rakyat Malaysia bersama-sama merayakan ambang Merdeka dan juga untuk menggiatkan ahli politik dan lembaga awam seperti SPR bahawa "demokrasi adalah tuntutan kami". Reformasi sistem pilihanraya wajib ditunaikan sebelum PRU13. Ini dilihat sebagai satu perkara yang amat penting untuk memastikan kestabilan politik dan perjalanan demokrasi.

Kami dengan sukacita ingin mengumumkan bahawa sambutan Janji Demokrasi akan diadakan di Melaka, Johor, dan Perak.

Kami juga meminta sesiapa sahaja – dalam kota kecil dan besar, dalam kampung dan desa - diseluruh negara untuk keluar pada malam ambang Merdeka dengan memakai KUNING.

Pada malam ambang Merdeka di Dataran Merdeka, Sasterawan Rakyat
Dato' A. Samad Said akan bersama-sama untuk meraikan malam ini dengan mendeklamasikan sebuah puisi istimewa.

Terima kasih.

JANJI KITA SEMUA TURUN




GABUNGAN JANJI

Dipersetujui:
1. Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

2. Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK)

3. Kebajikan Rangkaian Veteran dan Bekas Angkatan Tentera – Army Veteran (KERABAT)

4. Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT)

5. Suara Rakyat Malaysia (SUARAM)
6. EMPOWER

7. Memacu Arus Perjuangan (MAP)

8. Malaysian Civil Liberty Movement (MCLM)

9. Jingga 13

10. Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM)

11. Gabungan Mahasiswa Islam seMalaysia (GAMIS)

12. Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independent (KAMI)

13. Pro-Mahasiswa Nasional
Aksi Mahasiswa Peduli (AKSI)

14. Asalkan Bukan Umno (ABU)

15. Pertubuhan Kemajuan dan Kebajikan Rakyat Selangor (Pro-Rakyat)

16. KILL THE BILL

17. WARGA AMAN

18. SEED

19. Malaysian Youth and Democratic Movement (DEMA)

20. Angkatan Rakyat Muda (ARM)

21. Saya Anak Bangsa Malaysia (SABM)

22. HIMPUNAN HIJAU
STOP LYNAS COALITION (SLC)

23. Radio Bangsar Utama (RABU)

24. UBU - Universiti Bangsar Utama
25. Unit Ehsan Malaysia
26. Alumnus Sekolah Politik (ASP)
27. Agent of Change (AoC)
28. Akademi Pak Sako (APS)
29. Selamatkan Teluk Rubiah
30. Revolusi Anak Muda Malaysia (RAMM)
31. Gagasan Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (MAMPAT)
32. Pertubuhan Kebajikan Rakyat Perlis (PKR Perlis)

33. Gerakan Mansuhkan ISA (GMI)

34. Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur / Selangor (KLSCAH)

35. Kumpulan Aktivis Media Independent (KAMI)

36. Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Kelantan (GEGAR)

37. Solidariti Anak Bachok Daratkan Minyak (CABAR)

38. Majlis Permuafakatan Kampung Warisan KL/Selangor (MUAFAKAT)

39. Kumpulan AL-FATEH Rompin

40. Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Hak Pendaratan Minyak dan Gas Ke Kelantan (ROYALTI)
41. Suara Makkal
42. Persatuan Progresif India Malaysia (MIPAS)
43. Malaysian Youth Care Association (PERHATIN)
44. Peoples' Welfare and Rights Coalition (POWER)
45. Malaysian Indians Transformation Action Team (MITRA)
46. Angkatan Nasional India Malaysia (AGNI)
47. Jaringan Sepadu Rakyat Malaysia (SEPADU)





UNDI SYAITAN TAK PENTING YANG PENTING GULINGKAN GEROMBOLAN DARI PUTRA JAYA

Posted: 23 Aug 2012 08:57 PM PDT










MADEY RAYU RAKYAT UNDI SYAITAN DALAM BN
- keadilan daily

KUALA LUMPUR 23 Ogos: Kenyataan Mahathir Mohamad bahawa "lebih baik (memilih) syaitan yang anda kenali dari malaikat yang anda tidak kenal" membawa pengertian lebih baik mengundi "syaitan yang dikenali dalam BN" dari mengundi "Malaikat yang belum pasti dalam Pakatan Rakyat".

Sakit kepala Mahathir memikirkan jika Anwar jadi PM.

Pengarah Propaganda Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Edy Noor Reduan menafsir demikian dan menyifatkan tindakan mantan Perdana Menteri itu menyamakan BN dengan syaitan sebagai tidak pelik kerana Mahathir juga pernah menyebut Umno itu busuk hingga ke ususnya.

"Kenyataan Mahathir begitu mengejutkan dan agak menakutkan, SAMM sebagai anak muda progresif menghadapi sedikit kesukaran mentafsir, namun akhirnya tafsiran inilah paling sesuai untuk kenyataan ini," katanya dalam kenyataan.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit.... BILA KERAJAAN PAKATAN MENANG.... PARA RASUAH AKAN DIDAKWA...kah kah kah..

kah kah kah..PARA PEMBUNUH ASAPERTI NAJIB... RAZAK BAGINDA... ANAK SAMI... AKAN DI DAKWA.... kah kah kah..

kah kah kah.... TETAPI KITA JANGAN DAKWA MADEY.... kah kah kah..

kah kah kah...BIAR KAN MADEY BEBAS.... kah kah kah..

kah kah kah.... TANPA MENDAKWA MADEY.... MADEY AKAN LAGI TENSION... kah kah kah..

kah kah kah...MADEY TAK TAHU BILA SPRM AKAN MASUK... kah kah kah..

kah kah kah...MADEY TAK TAHU BILA SAMAN AKAN DATANG.... kah kah kah...

kah kah kah...MADEY TAK TAHu BILA POLIS AKAN AMBIL BAHAN BUKTI.... kah kah kah..

woit.... INI LEBIH MENAKUTKAN DARI DI DAKWA.... kah kah kah..

NOTA:
inilah teknik
yang sedang digunakan
oleh singapura ke atas najib

singapura tidak mengaku ada simpan gambar altantuya
singapura juga tidak mengakui tak ada gambar
keadaan ini menjadikan najib senang di pau













Tiada ulasan: