Isnin, 13 Ogos 2012

Tukar Tiub

Tukar Tiub


BERSAMA KITA BANGUN MELAWAN !

Posted: 13 Aug 2012 06:38 PM PDT





BERSAMA BANGUN MELAWAN!














PENGUMUMAN UNTUK PEMBACA TT

tim tukar tiub
bersama warga malaysiia
menolak akta bukti baru
dimana orang tertuduh kini bersalah
dan orang tertuduh wajib membuktikan
kepada mahkamah bahawa
yang tertuduh tidak bersalah

ini melangagr prinsip hukum perundangan
di mana orang tertuduh tidak bersalah
kecuali dibuktikan kesalahan di mahkamah

prinsip hukum ialah
pihak pendakwa wajib membuktikan
kesalahan yang tertuduh
di hadapan hakim

undang undang baru ini
mewajibkan tertuduh membuktikan
kepada hakim yang tidak bersalah

NOTA:
mengikut akta baru ini
28 juta warga malaysia
semuanya bersalah
kecuali mereka dapat membuktikan
yang mereka tidak bersalah


NOTA:
akta ini diluluskan
untuk memastikan gerombolan
akan terus berkuasa

akta ini melibatkan pengunaan

internet, blog, email, laman,
fabe book, my space dan dan dan..

SATU BUKTI YANG SAHEH
kalau pilihan raya boleh mengubah apa apa
telah lama pilihanraya di haramnkan

internet telah mengubah saloran maklumat
maka internet mahu di haramkan!






MARI KITA TEKA SIAPA KONTREKTOR BUAT HOSPITAL INI?

Posted: 13 Aug 2012 06:23 PM PDT



HOSPITAL SEDANG RUNTUH LAGI

hospital serdang yang baru siap telah runtuh
keruntuhah ini telah mencederakan seorang doktor
dan tiga jururawat


mari kita teka siapakah kontrektor hospital ini:

1 - syrikat kapir harbi jepun?
2 - syarikat kapir harbi australia?
3 - syarikat kapir harbi china?
4 - syrikat kapior harbi india?
5 - syarikat bumiputera melayu islam?


kah kah kah
kah kah kah
kah kah kah


SILA TEKA SYARIKAT SIAPA?






SERDANG: A doctor and three nurses were injured after parts of a ceiling at Serdang Hospital's Emergency Department collapsed yesterday.

Contractors repairing the ceiling that had collapsed on a doctor and three nurses at Serdang Hospital's Emergency Department yesterday. Pic by Zulfadhli Zulkifli

TUKAR TIUB BERSAMA MENYOKONG SEMA GERAKAN ANTI GEROMBILAN

Posted: 13 Aug 2012 05:38 PM PDT




TT MENYOKONG LAWAN GEROMBOLAN










NOTA:

kalau kempen ini tak berhasil
sila bawa kempen ini ke jalan raya

kalau kempen ini tidak menghasilkan apa apa
sila bawa kempen ini ke jalan raya



MENUNGGU VIDEO HASAN ALI SAMPAI MURTAD

Posted: 13 Aug 2012 01:28 PM PDT




KERANA TUNGGU VIDEO HASAN ALI





PENDIRIAN PAS MAKIN GOYAH : HASAN ALI
- meloya

KUALA LUMPUR 13 Ogos - Pendirian Pas yang semakin lemah dalam memperjuangkan perlembagaan Islam termasuk elemen hudud sekiranya pakatan pembangkang berjaya memenangi pilihan raya umum akan datang akibat tekanan daripada DAP adalah menyedihkan.

Hasan Ali berkata, pendirian Islam parti itu semakin goyah, tidak lain dan tidak bukan ialah kerana golongan 'parasit' dalam parti tersebut gagal bersuara dengan lantang setiap kali didesak DAP.

Lebih menyedihkan, kata bekas Pesuruhjaya Pas Selangor itu, golongan parasit dalam Pas yang kini merangkumi 70 peratus daripada bilangan kepimpinan tertinggi parti berkenaan bukan berhasrat menegakkan perjuangan negara Islam, sebaliknya hanya berminat untuk menguasai kerajaan.

"Saya sedih kawan-kawan dalam Pas sebagai parasit dan tidak ada seorang pun yang bersuara.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit.... GOYAH KE... GONCANG KE... GUCANGH KE..... kah kah kah...

klah kah kah.... SEMUA TAK PENTING... YANG PENTING MANA DIA VIDEO.... kah kah kah..

kah kah kah...DAH LAMA TUNGGU VIDEO MURTAD..... kah kah kah..

kah kah kah...DAH LAMA TUNGGU KITAB INJIL PAKAI SOLAR POWER.... kah kah kah..

kah kah akh..... LAMA SANGAT TUNGGU... TAK SAMPAI SAMPAI.... kah kah kah..

woit...KALAU MACAM INI LEBIH BAIK MURTAD... kah kah kah...

kah kah kah..... DARI MENUNGGU SAMPAI MATI.... kah kah kah






JANJI BERSIH BERTAMBAH HEBAT

Posted: 13 Aug 2012 01:19 AM PDT



KOMENTAR TUKAR TIUB
ombak rakyat mahu perubahan
tidak dapat ditahan tahan
ombak rakyat untuk turun ke dataran merdeka
tidak dapat dibendung bendung

inilah masanya
inilah ketikanya
ini saatnya
inilah detikanya

kiat semua sebaris mendobarak
united malays national organisation

inilah tugas suci
bulan ogos 2012
inilah tugas abadi
bulan ogos 2012

kita bangun menuntut janji
kita bangun untuk tidak ditipu
kita bangun untuk melawan
kita bangun untuk tidak dibodohkan!


ANAK MUDA MENCIPTA SEJARAH










AMK KERAH ANAK MUDA SELURUH NEGARA TURUN JANJI BERSIH
- keadilan daily

KUALA LUMPUR 13 Ogos: Angkatan Muda KEADILAN (AMK), akan menggerakkan anak muda seluruh negara untuk hadir ke Himpunan 'Janji Bersih' di Dataran Merdeka, 30 Ogos nanti.

"Sambutan malam kemerdekaan bersekali sambutan hari raya. Kita jangka kehadiran lebih atau menyamai himpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu," kata Ketuanya, Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Katanya, ancaman pihak tertentu untuk menyekat himpunan itu sesekali tidak akan mengubah hasrat mereka bagi menuntut pilihan raya bersih dan adil.

LAGI DIUGUT LAGI MELAWAN


"Ugutan pihak tertentu mengancam bertindak agresif ke atas himpunan Janji Bersih tak menjejaskan semangat kami. Saya nasihat pada mereka, sila baca kembali proklamasi kemerdekaan oleh Tunku Abdul Rahman.

"Kata Tunku, Malaysia yang merdeka adalah negara yang adil, demokratik dan menjamin hak setiap warganya. Penyokong himpunan Janji Bersih faham pesanan ini. Tidak ada masalah. Ini tuntutan kita untuk sistem pilihan raya yang bebas dan adil," kata Shamsul.


radio bangsar ialah radio resmi janji besih:



TUKAR TIUB AJEN YAHUDI DAN ATHEIST

Posted: 13 Aug 2012 12:22 AM PDT











AGEN YAHUDI YANG ATHEIST

saya rasa ini adalah agenda yahudi kristian untuk menyesatkan kita semua. TT adalah agen Yahudi. Dia atheist. Kemudian dalam masa yang sama, dia juga agen komunis. Persamaan pada dua idealogi yang nyata bercanggah antara satu sama lain ialah permusuhan kepada Melayu Islam.

Tanda-tanda kubra anda tidak percaya pada agenda murtad yang terdapat pada tulisan ini, adalah apabila anda tidak percaya Kitab Injil ada di dalam bentuk kuasa solar. Setakat ini kita hanya ada Quran berkuasa bateri AA. Lebih elok pakai Duracell dari EverReady kerana warna Duracell hitam emas mencerminkan perjuangan ikhlas Islam dan warna hitam merah EverReady mencerminkan ketua paderi kristian (pope) yang dilantik untuk menghancurkan akidah umat islam sahaja dalam cita-citanya.


Apa yang TT tulis adalah juga agen kepada Cina dan India untuk menguasai ekonomi bumi melayu. Orang Melayu berniaga di Pasar Ramadhan pun dia cuba tanamkan anasir-anasir subversif Cina dan India. Cuba kita lihat satu contoh, Cina sudah kaya raya dengan usaha mereka kerana kita melayu perlu juga kaya raya seperti mereka tetapi kita perlu cepat! Sebab itu kita perlu rasuah, seleweng dan juga tipu melayu lain asalkan kita dapat bersaing dengan kaum lain. Biar 1 juta melayu hidup melarat asalkan ada 1 orang melayu yang dapat bersaing dengan kaum Cina.
By Pro_Pembaharuan on UCAPAN SELAMAT BEBUKA PUASA DAN JANGAN LUPA BELI M... on 8/13/12


Artikel sampah.. Cuba nk ubah sejarah.. Korg nk sgt tadbir negara kan amiklah tp xyah nk spin2 sejarah.. Aku pengundi atas pagar tp aku xtrpengaruh lgsg dgn apa yg ko tulis buat aku meluat ada la.. Tlg jgn politikkn sejarah klau korg nk mng pru-13 fikirkn kehadapan mcm mana nk majukn lg negara dan menyatu padukn rakyat bkn fikir ke blkg n brcerita benda yg dh ditelan zaman..
By Anonymous on 31 OGOS IALAH HARI MALAPETAKA - 16 SEPTEMBER MALAP... on 8/12/12


PERNIAGAAN BUMIPUTERA PALING BERJAYA IALAH JUAL KONTREK DAN MEMBODEK

Posted: 12 Aug 2012 10:30 PM PDT











NOTA:
ini adalah terbaik
untuk dapat undi china
lagi heboh malaoan ini
lagi banyak undi china masuk

ah lan wa sah lan
kah kah kah




NGO ANCAM TINDAKAN AGRESIF KE ATAS JANJI BERSIH
- mkini

Kumpulan anti-BERSIH, Majlis Tindakan Peniaga-peniaga Kecil Kuala Lumpur (MTPKL) mengancam untuk bertindak agresif ke atas Himpunan Janji BERSIH yang merancang untuk berhimpun ketika sambutan ambang kemerdekaan pada 30 Ogos.

Laporan Berita Harian hari ini memetik kenyataan pengerusi MTPKL, Jamal Md Yunus yang "bosan dengan permainan politik" yang didakwa "banyak merugikan peniaga dan menyusahkan orang ramai".

"Kali ini kita akan bertindak agresif serta tidak membenarkan perkara ini berlaku dan mereka tidak dapat menjangka tindakan yang diambil.

"Kita yang mempunyai 98,000 ahli akan membincangkannya pada perhimpunan ketika Aidilfitri. Mereka berniat mencemarkan sambutan ambang Hari Kemerdekaan," kata pemilik rangkaian restoran Sekinchan Ikan Bakar itu dalam laporan tersebut.

Katanya lagi, 26 NGO dipimpin Sasterawan Negara A Samad Said yang merancang perhimpunan itu perlu menimbang semula perhimpunan berkenaan "bagi mengelakkan ia menjadi medan pertempuran pada malam itu".

MTPKL pada Jun lalu mengadakan perhimpunan "BERSIH 4.0 Cintakan Negara" di depan rumah Pengerusi Bersama BERSIH, S Ambiga di Kuala Lumpur.

TERBAIK UNTUK DAPAT UNDI INDIA



KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit.... MALAON INI ADA LAGI.... kah kah kah...

kah kah kah... KEDAI IKAN BAKAR DAH ABIS TUTUP.... kah kah kah..

kah kah kah..... APA JADI DENGAN BERSIH 4 ....kah kah kah...

kah kah kah...CAKAP NAK HIMPUN BESAR BESARAN DI BUKIT JALIL..... kah kah kah...

kah kah kah...TAK NAMPAK NAMPAK APA PUN... SENYAP AJE BUKIT JALIL... kah kah kah..

kah kah kah...PINDAH KE BUKIT JALANG KOT.... jkah kah kah


KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit...APA JADI DENGAN PERTANDING HADIAH KERETA MAHAL ITU?.... kah kah kah..

kah kah kah...SIAPA PEMENANG?.... kah kah kah...

kah kah kah....BERAPA YANG MASUK PERADUAN ITU?.... kah kah kah...

woit.... SEMUA SENYAP... TAK JADI CAKAP TAK JADI...kah kah kah..

kah kah kah....KALAU KENTUT SENYAP SENYAP PASTI BAU HEBAT BUSUK.... kah kah kah...

kah kah kah...YANG INI SENYAP SENYAP .... MESTI PANCET GAGAL TAK ADA SOKONGAN...kah kah kah







UCAPAN SELAMAT BEBUKA PUASA DAN JANGAN LUPA BELI MERCUN

Posted: 12 Aug 2012 09:19 PM PDT







SEMUA KLIM ONLINE DENGAN TUHAN















PUASA DAN INGATAN BERPUASA

Sehari sebelum puasa saya telah bersembang dengan beberapa kawan. Kami bernostalgia tentang berpuasa. Kami berkisah tentang curi-curi makan ketika berpuasa dizaman kanak-kanak. Cerita berpuasa zaman kanak-kanak memang menarik. Puasa setengah hari. Tipu puasa. Puasa untuk dapat duit raya. Sekarang sudah besar panjang - nak puasa atau tak puasa terpulang kepada kepercayaan masing-masing. Sesudah dewasa - tidak ada sesiapa yang akan merotan jika tidak berpuasa.

Kalau saya kisahkan disini mungkin tidak ramai yang percaya bahawa cara kita berpuasa juga telah banyak berubah. Apa yang saya maksudkan berubah itu bukan dari segi konsepnya. Puasa masih lagi pada bulan Ramadan. Orang masih lagi berpuasa dari matahari terbit hingga matahari tenggelam. Ini tidak berubah.

Tetapi, dalam masa 30 tahun ini telah jelas kelihatan perubahan. Biar saya kisahkan tentang arloji atau jam. Sebenarnya arloji yang menghitung masa ini adalah objek yang baru masuk ke dalam budaya Melayu. Konsep masa dan waktu orang Melayu amat jauh berbeza dari detik tanda arloji. Manusia Melayu menghitung masa melalui perbandingan dengan alam. Masa dan waktu untuk manusia Melayu tidak dikira dengan saat dan minit.


Manusia Melayu mengira waktu dengan senang sekali - pagi, tengah hari, petang, senja dan malam. Misalnya, apabila ditanya bila kenduri akan bermula, maka jawapan akan diberi hanya - tengah hari sebelum matahari naik. Atau apabila menetapkan tarikh bila perkahwinan akan berlangsung - manusia Melayu akan menjawab, "...selepas musim menuai atau selepas musim buah..." Konsep masa dan waktu untuk manusia Melayu cukup menarik dan tidak menekan.

Untuk ini saya masih teringat lagi ketika berpuasa di zaman kanak-kanak. Keluarga kami duduk di pendalaman. Keluarga kami tidak memiliki arloji untuk menentukan bila waktu yang tepat untuk berbuka. Perkara ini diselesaikan dengan senang oleh arwah Nenek. Pada firasat Nenek saya, waktu yang tepat untuk berbuka ialah apabila tidak lagi dapat melihat bulu roma dilengan. Ini cukup menyeronokan untuk kanak-kanak. Sering kami ke bawah pokok kayu yang redup untuk melihat bulu roma agar kami dapat berbuka. Ini dizaman yang begitu lama dahulu.

Mungkin ada yang akan bertanya tentang radio dan peranannya. Objek radio ini juga sampai agak lewat. Biasanya Ketua Kampung akan memiliki radio. Maklumat dari radio ini akan disampaikan dari mulut ke mulut. Pada zaman Jepun, radio ini dianggap sebagai musuh. Sesiapa yang memiliki radio akan memiliki maklumat - maklumat tentang tentera Jepun yang semakin terdesak. Beberapa tahun sesudah British meninggalkan Tanah Melayu, amat jarang rumah yang beradio. Hakikatnya dizaman dahulu radio tidak memiliki apa-apa peranan agama.


Tanpa arloji, tanpa radio menjadikan waktu berbuka dan bila tamatnya waktu sahur agak longgar. Ketika itu Islam tidak dilihat sebagai agama yang menekan. Islam tidak dilihat sebagai agama yang suka menghukum. Tuhan Yang Maha Esa pada ketika saya membesar adalah Tuhan yang penuh dengan Al-Rahman dan Al-Rahim. Tidak ramai yang bangun mendabik dada untuk mengakui bahawa mereka memilki wasiat untuk mewakili Tuhan atau bercakap bagi pihak Tuhan. Islam ketika saya membesar adalah sebahagian dari budaya Melayu. Berpuasa dan berhari raya adalah sebahagian dari ciri-ciri budaya Melayu - yang indah murni dan bersopan.

Sekarang, saya melihat puasa telah banyak berubah. Sebenarnya bukan hanya puasa yang berubah - malah seluruh tamadun Melayu itu sendiri telah dan sedang berubah. Adalah begitu molek sekali jika kita memahami kenapa berlaku perubahan. Untuk saya, dari pemahaman saya, perubahan yang berlaku ini hasil dari pencapaian ekonomi kita. Ekonomilah yang membawa perubahan ini. Apabila ekonomi berubah, maka ciri-ciri budaya kita pun berubah.

Pertumbuhahn kelas menengah Melayu semakin membesar. Mereka ini memiliki keupayaan untuk membeli belah. Dari segi bancian, kumpulan ekonomi kelas menengah ini paling besar jumlahnya dalam negara kita. Jika ekonomi terus berkembang kelas ini akan lagi membesar. Dalam sistem ekonomi kapitalis, kekuatan kelas menengah ini amat penting. Keupayaan mereka untuk membeli belah dan berbelanja menjadikan kelas ini tulang belakang dalam sistem ekonomi kapitalis ini.

Kehadiaran kelas menengah Melayu ini dibuktikan dengan keupayaan mereka bebelanja di Pasar Ramadan. Sebenarnya budaya Pasar Ramadan ini adalah manifestasi dari kemunculan kelas menengah Melayu. Pada satu ketika dahulu di musim berpuasa tidak ada orang berjual beli seperti yang dilihat hari ini. Kalau ada pun, yang dijual dikampung-kampung hanyalah air batu. Kuih-muih untuk berbuka akan dibuat di rumah masing-masing.


Pasar Ramadan ini juga memperlihatkan satu ciri peralihan yang amat ketara dalam pembudayaan Melayu. Pasar Ramadan boleh kita tafsirkan sebagai batu tanda dimana manusia Melayu beralih dari komuniti agraria kampungan ke masyarakat industri pembuatan.

Kalau dahulu, manusia Melayu kebanyakannya duduk di kampung dan tidak memiliki pekerjaan yang khusus. Ketika itu masa tidak dinilai dengan dolar dan ringgit. Ketika itu juga tenaga yang dimiliki belum boleh dijual beli. Hari ini semuanya telah berubah. Hari ini masa boleh dikira melalui arloji. Jika masa dikahwinkan dengan tenaga ianya boleh dijual dan dinilai dengan wang ringgit.

Perubahan bentuk ekonomi ini telah membolehkan manusia Melayu menjual tenaga mereka. Memburuh di kota atau menjadi buruh tani di kawasan ladang. Ini bermakna manusia Melayu telah diikat untuk bersama mengambil bahagian dalam sistem ekonomi kapitalis. Masa dan tenaga kini boleh dijual beli. Justeru, Sang Isteri tidak lagi membuat kuih muih untuk berbuka. Sang Suami juga tidak lagi ke hutan mencari buluh untuk membuat lemang. Komuniti agraria telah kehilangan masa dan tenaga, tetapi untuk gantinya mereka kini memiliki duit dan ringgit - sebagai daya untuk berbelanja.

Pada awalnya, pembudayaan yang dibawa oleh ekonomi industri pembuatan ini agak lunak. Semakin rancak pertukaran masa dan tenaga untuk dijadikan dolar dan ringgit, maka semakin rancak berlaku perubahan bentuk-bentuk budaya. Ekonomi wang ringgit ini secara perlahan-lahan mula menghakiskan kemahiran manusia Melayu itu sendiri.

Dalam budaya baru ini, kreativiti kemahiran individu itu semakin luntur. Contohnya, pada satu ketika dahulu lelaki dan perempuan Melayu tahu memasak untuk menyediakan makanan sendiri. Apabila Sang Lelaki dan Sang Isteri mula menjualkan masa dan tenaga di pasaran terbuka, maka tugas memasak telah berubah. Dengan tersendri, kreativiti memasak hilang. Segala jenis masakan, segala jenis kuih muih untuk merayakan amalan berpuasa kini boleh didapati di Pasar Ramadan.


Kuih untuk pagi Syawal Hari Raya - hari yang dianggap kemuncak amalan berpuasa - kini tidak lagi hasil buah tangan sendiri. Kreativiti individu menyediakan makanan untuk merayakan hari besar ini juga telah diambil alih oleh mesin yang diarahkan oleh ekonomi.

Jelas terbukti, bahawa ekonomilah yang membawa bentuk-bentuk pembudayan. Ekonomilah yang melahirkan budaya dan kepercayaan. Pasar Ramadan yang kita saksikan saban petang ialah manifestasi komuniti Melayu sedang merayakan budaya agama mereka. Apa yang kita lihat itu ialah intrepretasi Islam dari kaca mata manusia Melayu.

Awas! Harus disedari, intrepretasi Islam ini juga bersangkutan dengan duit dan ringgit. Lihat sahaja bagaimana hotel-hotel yang berbintang sedang menyediakan pesta berbuka puasa. Bufet Ramadan ini jelas muncul dari budaya kelas menengah Melayu. Ianya tidak ada sangkut paut dengan tuntutan agama. Membayar puluhan atau ratusan ringgit untuk berbuka puasa seharusnya dianggap lucah apabila tidak jauh dari hotel lima bintang ini ada sekumpulan gelandangan yang berlapar tidak makan.



Lihat juga bagaimana hotel-hotel berbintang-bintang ini memberi intrepretasi mereka tentang Islam. Para pelayan akan dipakaikan baju Melayu dan bersongkok. Para pelayan sentiasa siap siaga untuk memberi khidmat selunak mungkin kepada para Ummah yang sedang berlapar dahaga. Masuknya waktu berbuka akan dimulai dengan pukulan kompang. Ketika menjamu selera para Ummah akan dihiburkan dengan lagu-lagu atau dengan gesekan gambus dan biola. Kompang, nasyid dan gambus akan dianggap Islamik.

Pasar Ramadan dan Bufet Ramadan ini meminta saya bernostalgia kembali untuk melihat budaya berpuasa ketika saya membesar dahulu. Untuk saya berpuasa di zaman ini, hanyalah budaya yang diselarikan dengan tuntuan agama. Atau saya tersilap. Sebenarnya puasa ini adalah tuntutan agama yang diselarikan dengan intrepretasi budaya Melayu yang suka pesta-pestaan? (TT)


NOTA:
untuk jangan tertidur lupa sahur
layari stesen punk rock terunggul
di asia tenggra




SEMAKIN BANYAK ORANG RAMAI DAN NGO MENYOKONG DAN AKAN TURUN UNTUK JANJI BERSIH

Posted: 12 Aug 2012 08:12 PM PDT




NGO NGO YANG BARU BERSETUJU UNTUK BERSAMA


Unit Ehsan Malaysia
Alumnus Sekolah Politik (ASP)
Agent of Change (AoC)
Akademi Pak Sako (APS)
Selamatkan Teluk Rubiah
Revolusi Anak Muda Malaysia (RAMM)
Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (MAMPAT)
Pertubuhan Kebajikan Rakyat Perlis (PKR Perlis)

PAK SAMAD AKAN TURUN



KEADILAN SOKONG JANJI BERSIH DI DATARAN MERDEKA: AZMIN - suara keadilan

KUALA LUMPUR 12 Ogos: KEADILAN menyokong perhimpunan 'Janji Bersih' yang akan diadakan di Dataran Merdeka pada malam sambutan hari kemerdekaan, 31 Ogos ini, kata Timbalan Presidennya, Azmin Ali.

Azmin berkata, KEADILAN sentiasa menyokong hasrat mana-mana pihak untuk melihat sambutan kemerdekaan lebih bermakna, termasuk memberikan ruang kepada rakyat menyatakan pandangan dan kritikan demi kebaikan negara.

"Oleh itu kita dukung hasrat mereka untuk adakan perhimpunan 'Janji Bersih'.



"Saya fikir mereka punyai matlamat yang cukup jelas untuk pastikan pilihan raya di negara ini bersih dan adil agar rakyat dapat memilih pemimpin yang dirasakan lebih baik untuk mereka," katanya yang ditemui di Masjid An-Nur, Batu Caves dalam program Penyampaian Sumbangan Aidil Fitri, semalam.

Perhimpunan 'Janji Bersih' dianjurkan oleh 20 badan bukan kerajaan (NGO), antaranya Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dan Suara Rakyat Malaysia (Suaram) untuk mengingatkan Umno BN tentang janjinya mengadakan pilihan raya yang adil dan bersih.

ABANG MAT BRONSON AKAN TURUN



NGO YANG MEMULAKAN JANJI BERSIH

EMPOWER
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)
Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK)
Kebajikan Rangkaian Veteran dan Bekas Angkatan Tentera – Army Veteran (KERABAT)
Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT)
Suara Rakyat Malaysia (SUARAM)
Memacu Arus Perjuangan (MAP)
Malaysian Civil Liberty Movement (MCLM)
Jingga 13
Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM)
Gabungan Mahasiswa Islam seMalaysia (GAMIS)
Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independent (KAMI)
Pro-Mahasiswa Nasional
Aksi Mahasiswa Peduli (AKSI)
Asalkan Bukan Umno (ABU)
Pertubuhan Kemajuan dan Kebajikan Rakyat Selangor (Pro-Rakyat)
KILL THE BILL
WARGA AMAN
SEED
Malaysian Youth and Democratic Movement (DEMA)
Angkatan Rakyat Muda (ARM)
Saya Anak Bangsa Malaysia (SABM)
HIMPUNAN HIJAU
STOP LYNAS COALITION (SLC)
Radio Bangsar Utama (RABU)
UBU - Universiti Bangsar Utama

PENGUMUMAN
radio bangsart utama
adalah radio resmi janji bersih
selesai bulan puasa radio bangsar
akan memulakan rancangan saperti biasa

semua maklumat tentang janji bersih
akan dapat didengar dari stesen punk rock
terulung di asia tenggara





Tiada ulasan: