SOKONG PAKATAN RAKYAT |
Posted: 15 Aug 2012 02:28 AM PDT Apabila Nasarudin Md Isa menawarkan diri bertanding jawatan Timbalan Presiden Pas menentang Ustaz Hj Hasan Shukri, boleh dikatakan ianya mendapat dokongan "anggota baru" dan pimpinan besar Pas. Walaupun semua orang tahu "gaya hidup" Nasarudin yang luxury, prestasinya sebagai MP dan Setia Usaha Agung yang lemah tetapi demi imej "bahasanya", perwakilan Pas telah menolak Hassan Shukri, sang veteran Pas dan memilih Nasarudin, yang masih lagi di tahap ingusan dalam Pas. Cakap-cakap Nasarudin yang "baik" dengan Umno yang bukan setakat "berkomunikasi biasa sahaja, tetapi lebih jauh lagi ada agenda politiknya, tetapi ianya tidak dipercayai oleh sebahagian besar anggota Pas. Maka tidak hairanlah selepas menang jawatan Timbalan Presiden buat penggal kedua kalinya, perangai gatalnya dengan Umno semakin ketara sehinggalah drama UG terbongkar. Bila Mahfuz Omar dan Pemuda Pas Kelantan memberi komen terhadap kegiatan Nasarudin bersama Najib di Mekah, maka saya hanya dapat berkata - PADAN MUKA KAU!!!!! Apa macam Salahudin Ayub - itulah tokoh yang engkau sokong ketika melawan Hasan Shukri!!!!! Kekadang kita mudah kagum dengan luaran sesorang tokoh Pas tanpa mendalami fikrah dan gaya hidupnya!!!! |
You are subscribed to email updates from SOKONG PAKATAN RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan