Isnin, 27 Ogos 2012

shalehudin

shalehudin


BONGKAR: 2 Masaalah Besar Najib!!

Posted: 27 Aug 2012 09:50 AM PDT

Rakaman Video Ceramah Isu Semasa oleh Saudara Rafizi (Pengarah Strategik PKR), 29 Jun 2012, bertempat di Padang Awam Pasir Putih.

Penjelasan mengenai :
- 2 masalah besar yang dihadapi Najib
- Isu perletakan jawatan sebagai Penasihat Ekonomi Selangor
- Isu heboh Rafizi keluar PKR dan pelbagai lagi..


Terkantoi mantoi KJ kena [BACA]

Posted: 27 Aug 2012 05:40 AM PDT

"Ya, bukan laman FB kami " kata Khairy Jamaluddin.. tapi akhirnya.. KANTOI!!

- ASD

Itu kata Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin apabila laman Facebook Pemuda UMNO Malaysia menyiarkan poster yang membawa mesej menghasut di atas.

Kata Khairy lagi menerusi mesej seterusnya, Khairy berkata, pihaknya sudah ada maklumat susulan berkenaan dengan pengurusan dan pentadbiran laman yang membawa mesej yang "memudaratkan."


Kemudiannya bagi menyakinkan rakyat Malaysia bahawa bukan Pemuda UMNO yang menyiarkan poster itu Khairy Jamaluddin menegaskan, pihaknya akan membuktikan laman sosial Facebook kontroversi, yang didakwa membawa mesej berbaur hasutan, bukan dikendalikan oleh pihaknya.



Untuk lebih menyakinkan lagi rakyat Malaysia.. Pemuda Umno Pusat mahu pihak polis menyiasat kewujudan akaun laman sosial Facebook kontroversi tersebut.

Sehubungan itu satu laporan Polis telah dibuat oleh Setiausaha Kerja Pemuda Barisan Nasional (BN), Ibdillah Ishak di Balai Polis Tun H S Lee.

Ibdillah memberitahu, insiden seperti itu boleh memecahbelahkan masyarakat dan menimbulkan fitnah serta memberi imej yang salah.

"Kami jelas-jelas menolak kenyataan siapa-siapa berhubung isu agama tidak kira daripada pihak kita mahupun pembangkang," tegas beliau.

Sehubungan itu katanya, Pemuda Umno berharap siasatan segera dapat dijalankan pihak polis bagi mengenal pasti pihak yang bertanggungjawab mengendalikan akaun laman sosial terbabit dan memuat turun poster berbaur hasutan tersebut.

"Pihak yang memuat turun poster itu harus bertanggungjawab dan dikenakan tindakan," katanya.

Oleh kerana Pemuda UMNO telah buat laporan Polis... Polis telah memulakan siasatan berkenaan dengan kewujudan akaun laman sosial Facebook tersebut.

Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.


Bagaimanapun belum sempat pihak Polis mengumumkan hasil siasatan mereka.. Khairy Jamaluddin telah mendahului mereka dengan mengumumkan hasil siasatannya sendiri..


Dan pada sebelah malamnya setelah Sinar Harian melaporkan hasil siasatan Khairy Jamaluddin itu.. tiba-tiba terpapar kenyatan minta maaf kerana mengeluarkan gambar yang tidak sepatutnya di laman Facebook Pemuda UMNO Malaysia..

Dan Admin itu sudah dikeluarkan dari fanpage..


Jadi.. Admin yang dikeluarkan dari Fanpage Pemuda UMNO Malaysia itu.. sudah tentulah seorang Pemuda UMNO.. takkan Pemuda PAS atau Pemuda PKR kot??

Itulah budaya UMNO.. buat kerja tanpa menggunakan otak.. berani baling batu tapi takut nak tunjuk tangan..

Apabila menyedari tindakan mereka bakal mengundang padah buat UMNO dan Barisan Nasional.. dengan segera mereka menafikan itu adalah kerja bodoh mereka.

Padahal selama ini laman Facebook Pemuda UMNO Malaysia itu menyiarkan berbagai aktiviti Pemuda UMNO..

Apa hasil siasatan Polis? dihentikan begitu saja ke sebab yang buat kerja menghasut itu adalah Pemuda UMNO??

Apa khabar pencacai UMNO yang kata ini satu black op pihak pembangkang untuk memalukan parti UMNO?


Patutlah CyberTrooper UMNO bangang-bangang belaka.. tenaga pengajar utamanya pun bangang rupanya..

p/s: PI MAMPUIH LA NGAN UMNO...


Kenapa tak pernah ada gambar BAPA Mahathir? [FIKIRKAN]

Posted: 27 Aug 2012 12:58 AM PDT

Mahathir takut Anwar dan Pakatan ganti BN PRU 13

KUALA LUMPUR 24 Ogos: Tun Dr Mahathir Mohamad dibayangi ketakutan melampau terhadap seterunya, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana bimbang berdepan kejatuhan BN dalam pilihan raya umum akan datang manakala Pakatan Rakyat pula diangkat menggantikan Kerajaan Persekutuan.
"Melihatkan sikap Mahathir ini, sebenarnya beliau dibayangi ketakutan (paranoid) terhadap Anwar. Sebab itu beliau terpaksa menggunakan ideologinya sehingga sanggup menyamakan Anwar dengan Obama. 
"Satu perkara yang perlu dijelaskan adalah Obama sudah dipilih jadi Presiden. Adakah kerana Mahathir cemburu melihat dasar Obama lebih baik daripada kawan 'baiknya' George W Bush," kata Shamsul Iskandar Md Akin ketika dihubungi.
Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) itu mengulas kenyataan mantan Perdana Menteri itu menyamakan Anwar yang juga Ketua Pembangkang dengan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama.

Shamsul berkata, Mahathir perlu sedar kezaliman beliau semasa pentadbirannya kerana menganiaya rakyat dan hanya menabur janji-janji kosong.
"Kalau ikutkan, Tun Mahathir adalah Perdana Menteri paling zalim yang disaksikan rakyat sepanjang 22 tahun memerintah. 
"Imbas kembali bagaimana beliau jadi Perdana Menteri, tidak ubah seperti pemimpin kuku besi Presiden Mesir, Hosni Mubarak dan Presiden Tunisia, Ben Ali," katanya.
Mahathir nyanyuk

Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul menyifatkan, Mahathir sudah nyanyuk dan sebab itu beliau mengeluarkan kenyataan terdesak seumpama itu.
"Dr Mahathir nyanyuk kerana menyamakan Anwar bukan Perdana Menteri, beliau adalah Ketua Pembangkang. Kalau nak tahu boleh tunai janji atau tidak maknanya kena bagi mandat kepada beliau jadi Perdana Menteri dulu. 
"Lagi satu Mahathir lupa kerana zaman pentadbiran Obama, peperangan dunia sudah tidak seteruk zaman George Bush," katanya.
Mahathir juga diingatkan jangan terlalu ghairah menunding jari memburukkan orang lain sedangkan beliau sendiri hidup menganiayai rakyat.
"Kalau Mahathir pertikaikan apa janji tidak ditunaikannya, kita pula tanya apa janji yang beliau tunai selama 22 tahun jadi Perdana Menteri. 
"Adakah janji beliau hanya sekadar mengkayakan kroni dan anak-anaknya sahaja. Beliau juga dulu berjanji mahu kayakan golongan Bumiputera dengan memilih Tajuddin Ramli, Pengerusi Eksekutif (CEO) syarikat Penerbangan Malaysia (MAS), tapi tengok di mana Tajuddin sekarang? 
"Sebaliknya beliau hanya kayakan syarikat kroni seperti YTL dan Anandan Krishnan pula," kata Johari.- KD


TERBAEK: Wajib dijawab CACAI Umno... haha...

Posted: 26 Aug 2012 06:00 PM PDT

Rekod BN/UMNO

1. Merampas kuasa pemerintahan secara haram dari kerajaan negeri Perak Pakatan Rakyat pimpinan Menteri Besar Datuk Seri Nizar Jamaluddin yang bertentangan dengan Perlembagaan yang Najib sendiri telah merancang dan melaksanakannya.

2. Kegagalan Najib mempertahankan dasar 1Malaysia timbalannya sendiri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan bahawa beliau adalah Melayu dahulu dan rakyat Malaysia kemudian.

3. Politik hipokrisi di mana Najib berdakwah mengenai kemuliaan kesederhanaan di forum-forum antarabangsa tetapi mengizinkan kuasa-kuasa ekstrimis perkauman dan agama yang diterajui oleh pecacai UMNO, Utusan Malaysia, berleluasa di negara ini sehinggakan masalah polarisasi kaum dan agama menjadi semakin teruk dalam tempoh 35 bulan beliau menjawat jawatan Perdana Menteri.

4. Ucapan Najib di Perhimpunan Agung UMNO 2010 yang berjanji 'walau berkecai tulang dan juga badan, walau bercerai jasad dari nyawa", demi mempertahankan Putrajaya sebagai tampuk kuasa UMNO.

5. Bertambahnya kejadian-kejadian keganasan terhadap ahli-ahli dan pemimpin Pakatan Rakyat seperti Ahli Parlimen PKR Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar serta para aktivis masyarakat madani yang dilakukan oleh Pemuda UMNO dan ahli-ahli Perkasa serta para penyokong mereka, termasuk tindakan menyerang peserta perhimpunan aman anti-Lynas di Sudut Pidato Pulau Pinang yang mengakibatkan dua orang wartawan cedera, sementara pihak polis berdiri di tepi tanpa menjalankan tugas mereka.

6. Gelaja rasuah yang semakin serius di Malaysia di mana kedudukan Malaysia di Indeks Persepsi Rasuah Transparency International tahun 2011 terjatuh ke tahap paling teruk iaitu No. 60 dan skor yang paling rendah iaitu 4.3, meletakkan Malaysia pada taraf paling korup sekali dalam tempoh 55 tahun sejarah negara di bawah pimpinan enam orang Perdana Menteri.

7. Kematian Teoh Beng Hock dan kegagalan untuk mengambil tindakan terhadap orang yang terlibat dari Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia, serta menahan dan mendakwa orang yang bertanggungjawab terhadap kematian Ahmad Sarbani Mohamad di bangunan SPRM, dan juga V Kugan di bawah jagaan polis dan lain-lain kes kamatian semasa dalam penahanan pihak berkuasa.

8. Munculnya kembali politik Mahathirisme walau pun generasi Malaysia masa kini masih terbelenggu oleh skandal-skandal kewangan yang tercetus dalam tempoh 22 tahun Mahathir menjawat jawatan Perdana Menteri Malaysia, dan baru-baru ini usaha "menyelamatkan" bekas pengerusi MAS Tajudin Tamli buat kali ketiga yang bernilai RM840 juta menerusi penyelesaian luar mahkamah dengan Danaharta dan beberapa GLC.

9. Politk rasuah, kronisme dan naungan yang berterusan sepertimana yang berlaku dalam penganugerahan RM2.2 bilion Lebuhraya Kinrara-Damansara (KIDEX) kepada dua syarikat, Emrail Sdn Bhd dan Zabima Engineering Sdn Bhd yang ada hubung kait degan peguam UMNO Datuk Hafarizam Harun dan isteri bekas Ketua Hakim Negara Tun Zaki Azmi, dan Lebuhraya West Coast bernilai RM7.1 bilion menghubungkan Banting ke Taiping yang diberikan kepada Kumpulan Europlus Bhd dengan konsesi selama 60 tahun.

10. Keengganan kerajaan UMNO-BN menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja mengenai masalah pendatang tanpa izin yang berlarutan di Sabah yang menjadikan rakyat Sabah bagai orang asing di tanah bumi sendiri.

11. Salah urus perhimpunan Bersih pada Julai tahun lalu yang bertujuan menuntut pilihan raya bersih, bebas dan adil, dengan kerajaan UMNO-BN memburuk-burukkan imej para penganjur dan penyokong Bersih, sementara kumpulan pelampau dan ekstrem dibiarkan menyebar dan mengugut mesej keganasan, mengapi-apikan suasana kebencian kaum dan agama.

12. Kegagalan Najib untuk memulihkan keyakinan orang ramai terhadap keberkesanan, kebebasan dan profesionalisme institusi-institusi utama negara, termasuk kehakiman, polis, pejabat Peguam Negara, SPRM, SPPR, dan sebagainya.- FB


TERKINI: Chegu Bard bakal bertanding di P.Pinang

Posted: 26 Aug 2012 05:25 PM PDT

BARU-BARU ini aku sempat bersembang dengan beberapa orang budak SAMM sempena kunjungan berhari raya. Sudah tentu kami banyak bercerita tentang isu-isu politik semasa khususnya berkaitan aktiviti SAMM itu sendiri.

Di dalam perbualan kami, aku cuba bertanyakan pendapat dia orang tentang Chegu Bard, Penyelaras SAMM. Di mana agaknya tokoh muda yang hebat ini bakal bertanding di dalam PRU akan datang? Aku sendiri merasakan tentulah Chegu Bard akan bertanding semula di Parlimen Rembau, apatah lagi orang-orang Rembau kini memang mahukan Chegu Bard bertanding di situ. Sebenarnya kerusi Parlimen Rembau dikatakan asalnya adalah Kerusi untuk PAS tetapi pada PRU 12 yang lalu Chegu Bard menawarkan diri untuk bertanding menentang Ketua Pemuda Umno KJ di situ. PAS sudi meminjamkan kerusi tersebut untuk beri laluan kepada Chegu Bard. Keputusan PRU 12 di Parlimen Rembau, pada awalnya berpihak kepada Chegu Bard tetapi seperti biasa undi subsidi tiba dan beliau tewas tipis kepada KJ.

Kali ini, di mana pula Chegu Bard akan bertanding? Jika ikutkan pilihan Chegu Bard, aku yakin beliau pasti memilih untuk bertanding semula di situ memandangkan rakyat di Rembau amat senang dengan tokoh muda ini. Apatah lagi beliau adalah Ketua Cabang KEADILAN Rembau. Orang-orang PAS di Rembau juga amat senang dengan beliau sehinggakan diberitahu sekiranya bukan Chegu Bard yang bertanding di Rembau, PAS akan letakkan calon partinya di situ.

"Ada berita menarik", kata rakanku budak SAMM tersebut. Kali ini PAS akan mengambil semula kerusi Parlimen Rembau. "Habis tu, ke mana mahu diletakkan Chegu Bard?" tanyaku. Member aku tersenyum, dengan bangganya dia menyebut, " Kali ini Chegu Bard, InsyaAllah, akan masuk ke Parlimen".

Semua tahu hubungan Chegu Bard dengan DS Anwar dan hampir seluruh kepimpinan tertinggi KEADILAN sekarang amat baik walaupun pada suatu ketika beliau dikatakan suka berperang dengan kepimpinan parti. Sikap Chegu Bard yang tidak hipokrit dan tidak suka mengampu-ngampu pimpinan dan prinsipnya yang berpegang teguh kepada prinsip dan disiplin parti itulah yang menyebabkan beliau sering mengkritik kepimpinan. Rupa-rupanya sikap beliau ini lah yang menyebabkan kepimpinan merasakan Chegu Bard adalah aset penting kepada parti. Kepimpinan beliau di dalam SAMM amat berjaya dan berpengaruh. Pada waktu tertentu beliau lantang mengkritik kepimpinan parti termasuk DS Anwar sendiri, tetapi apabila pihak musuh menyerang DS Anwar dan parti, Chegu Bard tampil mempertahankannya.

" Di mana Chegu Bard akan bertanding? Soal aku kepada temanku itu. " Di negeri sebelah Utara," Jawabnya rengkas. Aku termenung sekejap. Tetapi apabila aku ingat balik, ada lojiknya kata-kata temanku itu. Sebulan dua ini kita sering menyaksikan banyak aktiviti Chegu Bard dan aktiviti SAMM tertumpu di sebelah Utara.

Aku cuba meneka sendiri di negeri dan kawasan manakah Chegu Bard akan bertanding jika negeri sebelah Utara ditawarkan kepada beliau. Kedah tidak mungkin. Perlis jauh sekali. Hanya satu iaitu di P.Pinang. Ya, Chegu Bard kerap berkunjung ke sana sekarang. Malahan dimaklumkan Himpunan SAMM peringkat Kebangsaan akan diadakan di Penang. Tetapi di kawasan mana Chegu Bard akan bertanding? Walaupun temanku cuba untuk merahsiakan kawasan di mana Chegu Bard bertanding, aku dapat merasakan bahawa Chegu Bard tidak akan merampas kerusi rakan-rakan sendiri di dalam PR. Jika itulah keadaannya, maka Chegu Bard pasti akan diletakkan di Parlimen Nibong Tebal. Kerusi itu kini disandang oleh bekas MP KEADILAN yang kini menyertai Parti KITA iaitu YB Tan Tee Beng.

Amat tepat sekali jika benar beliau diletakkan di situ. Chegu Bard bukan asing di negeri Utara kerana isteri beliau pun jika tidak salah aku adalah anak orang Utara, iaitu di P.Pinang itu sendiri.

Mungkin ada yang bertanya mengapa selaku Ketua Cabang KEADILAN di Rembau beliau mesti dibawa ke negeri lain? Jawapannya bagi aku, di Negeri Sembilan hubungan beliau dengan kepimpinan negeri dikatakan agak dingin. Keduanya, kerusi Parlimen Rembau eloklah diserahkan semula kepada PAS. Ketiganya, mungkin parti mahu melihat tokoh muda ini berada di saf hadapan pejuang PR bersama-sama Sdr Rafizi, Fariz Musa, Mat Sabu dan ramai lagi tokoh muda yang lantang. Tentunya Parlimen selepas PRU akan datang akan lebih panas lagi berganding dengan YB Nurul Izzah samada ketika itu PR menjadi Kerajaan atau tidak.

Apa pun, kita mengharapkan Chegu Bard akan diberi kemenangan walau di mana beliau bertanding kerana pejuang yang tidak mengharapkan jawatan dan kedudukan akan diberkati jika diberi jawatan, InsyaAllah.



Neil Armstrong meninggal selepas pembedahan

Posted: 26 Aug 2012 12:00 PM PDT

Angkasawan Neil Armstrong meninggal Dunia

Angkasawan Amerika Syarikat (AS), Neil Armstrong, manusia pertama yang menjejakkan kaki ke bulan meninggal dunia, Ahad pada usia 82 tahun.

Armstrong menjalani pembedahan jantung awal bulan ini selepas doktor mendapati ada sekatan di pembuluh jantungnya.


Beliau dan rakan angkasawan yang menaiki Apollo 11, Buzz Aldrin mendarat di bulan pada 20 Julai 1969 yang mencatat satu sejarah hebat serta mendapat tontonan ratusan juta penduduk dunia.

Dilahirkan di Wapakoneta, Ohio pada 5 Ogos 1930, Armstrong mempunyai minat mendalam terhadap kapal terbang dan bekerja di sebuah lapangan terbang ketika remaja.

Beliau mengambil kursus penerbangan pada usia 15 tahun dan mendapat lesen juruterbang pada hari lahirnya yang ke-16.

Sebagai juruterbang AS, beliau melakukan 78 misi penerbangan pada Perang Korea.

Beliau mempelajari bidang Kejuruteraan Penerbangan di Universiti Purdue, Indiana dan menyambung pengajian dalam Sarjana Kejuruteraan Aeroangkasa di Universiti Southern California.

Selepas berkhidmat sebagai juruterbang tentera laut pada 1949 hingga 1952, Armstrong menyertai agensi Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) pada 1955.

Beliau bertugas sebagai jurutera, juruterbang ujian, angkasawan dan pentadbir untuk NASA dalam tempoh 17 tahun.

Selepas bersara daripada NASA pada 1971, Armstrong menjadi tenaga pengajar dalam bidang kejuruteraan aeroangkasa di Universiti of Cincinnati hampir 10 tahun.

Beliau turut dilantik sebagai lembaga pengarah di beberapa syarikat termasuk Lear Jet, United Airlines dan Marathon Oil.


Tiada ulasan: