shalehudin |
- PANAS: Lagi ADUN PKR naik angin...
- PANAS: Surat bapa Umi Hafilda tak mengaku anak
- FAKTA: Kesian sungguh bangsa Umno neh [BACA]
- TV3 terkantoi pi promote PENIPU [VIDEO]
- GEMPAQ: Geng tak dak dara di IPT [BACA]
- HOT: Azwan Ali buat KORNER BARING plak
- KHIANAT: Kedai Penyanyi Dibakar
- Apa komen Nik Aziz lepaih baca Utusan Meloya [GAMBAR]
- TERBAEK dari Nik Aziz... [BACA]
- WOW... dia GIGIT ular sampai mampuih...
PANAS: Lagi ADUN PKR naik angin... Posted: 25 Aug 2012 09:49 AM PDT ADUN minta Mansor perjelas isu calon PRU ADUN Machang Bubuk Datuk Tan Hock Leong meminta Ketua PKR Pulau Pinang Datuk Mansor Othman memberi penjelasan lanjut berhubung perbincangan mengenai senarai calon untuk pilihan raya umum akan datang. Tan menuntut Mansor menjelaskan perbincangan bertarikh 19 Mac itu, seperti dimuatkan dalam blog gelagatanwar.wordpress.com, yang mendakwa bahawa beliau akan diganti calon lebih muda. Dalam perbincangan yang dilihat amat fokus kepada faktor calon PKR dari kalangan Cina itu, Mansor didakwa menyatakan semua wakil rakyat lain akan dikekalkan melainkan Tan. Padahal, beliau masih belum menerima makluman rasmi daripada Majlis Pimpinan Negeri mahupun daripada PKR pusat berhubung perkara itu, kata Tan, 57. Tan menjelaskan usianya yang lanjut tidak akan boleh dijadikan alasan untuk menggugurkannya dalam pilihan raya akan datang. "Jika apa yang disiarkan itu benar iaitu saya akan disingkirkan, dan jika keputusan telah dibuat, mereka mesti ada sebab (yang kukuh). "Jika kerana usia lanjut, maka semua calon PKR (Pulau Pinang) selepas ini perlulah lebih muda daripada saya," katanya yang juga merupakan timbalan speaker DUN Pulau Pinang. Tan mengakui bahawa beliau pernah diserang angin ahmar kecil namun menegaskan ia tidak mengganggu tugasnya sebagai ADUN dan juga timbalan speaker. "Saya menjalankan tugas saya. Saya hadir dan mempengerusikan sidang DUN, semua tanggungjawab saya, saya lunaskan. "Satu-satunya perkara yang saya tak dapat lakukan adalah berlari. Saya rasa ADUN lain pun ramai yang sihat macam saya tapi tak boleh berlari," katanya sambil ketawa. Tan juga yakin PKR tidak akan menggunakan alasan kesihatan untuk menggugurkannya kerana ia ibarat "memandang rendah terhadap orang kelainan upaya (OKU)". "Ini tak betul. Saya tak fikir parti akan menjadikan perkara ini sebagai asas untuk tidak mencalonkan semula ADUN sedia ada," katanya. Tan menambah, beliau telah membangunkan PKR di Pulau Pinang sejak tahun 2005 lagi ketika parti itu masih lemah dan belum kukuh di Pulau Pinang. Mansor semalam sekadar menjelaskan bahawa pertemuan yang didakwa dalam blog tersebut hanyalah satu perbincangan dan bukannya mesyuarat strategik parti. Katanya, tindakan merakamkan perjumpaan berkenaan dan menyiarkannya di laman tersebut dilakukan dengan tujuan jahat bagi "merosakkan jalinan kerjasama dan hubungan baik antara PKR dan DAP." |
PANAS: Surat bapa Umi Hafilda tak mengaku anak Posted: 25 Aug 2012 08:55 AM PDT Heret ibu ke kancah politik, Umi Hafilda bukan adik saya lagi – Azwan Ali KUALA LUMPUR, 24 Ogos – Selebriti dan pengacara terkenal, Azwan Ali enggan mengakui Umi Hafilda sebagai adik kandung lantaran kelancangannya memfitnah sesama ahli keluarga. Beliau yang terkenal dengan ungkapan 'Amboi, Amboi, Amboi' enggan dikaitkan dengan Umi Hafilda. "Jangan tanya apa-apa pasal Ummi Hafilda… Saya sudah tegaskan sebelum ini, saya tak ada sesiapa lagi. Saya hanya ada (Mohamed) Azmin dan Azman. Mereka itu saja darah daging saya," katanya kepada Keadilan Daily, hari ini.Sebelum ini, Allahyarham bapa mereka, Ali Omar enggan mengakui Umi Hafilda sebagai anak, malah melarangnya pulang ke rumah keluarga di Kampung Kelang Gate, Setapak. Berdasarkan surat itu, Ali Omar melucutkan warisan zuriat Umi kerana sikap suka melawan, tidak peduli nasihat, riak, takbur, pembohong di samping penglibatannya dalam konspirasi dan pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Mengikut catatan bertarikh 18 Oktober 1998 itu, fitnah Umi semakin menjadi-jadi apabila memfitnahnya dan isteri sehingga kedua-dua mereka bercerai pada 20 Februari 1998 sebelum rujuk kembali. Buletin Utama TV3 baru-baru ini memaparkan perbuatan Umi Hafilda mengheret ibu mereka, Che Tom Yahaya, 78, ke kancah politik bagi memburuk-burukkan Azmin ketika umat Islam merai sambutan Aidilfitri. Azwan percaya ibunya diperalat Umi Hafida yang bersekongkol dengan Umno bagi memfitnah Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa. Beliau bagaimanapun enggan mengulas panjang mengenai kemelut fitnah itu kerana kemarahannnya terhadap Umni Hafilda sudah dipaparkannya melalui akaun twitternya. "Empat hari berturut-turut, saya beri komen yang boleh menggemparkan dunia. Saya akan teruskan dan kita lihat apa yang akan terjadi nanti," katanya yang marah apabila ibunya diperalat untuk kepentingan Umno.Azwan juga menganggap Azmin sebagai pemimpin terhebat dan berkaliber walaupun pelbagai tohmahan buruk dilemparkan Umi Hafilda bagi menjatuhkan karier politik Timbalan Presiden KEADILAN itu. Enggan menyatakan parti mana yang diundinya, beliau mengakui menyokong Azmin bukan atas dasar hubungan adik-beradik tetapi disebabkan prinsip yang diperjuangkan abangnya untuk membela rakyat. "Azmin adalah abang saya selama-lamanya. Beliau adalah 'great leader' (pemimpin yang hebat). Saya sokong perjuangan Azmin untuk KEADILAN," katanya.- KD |
FAKTA: Kesian sungguh bangsa Umno neh [BACA] Posted: 25 Aug 2012 05:15 AM PDT Mahathir: 'Syaitan yang dikenali' merujuk kepada BN Mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir menjelaskan bahawa "syaitan" yang dimaksudkannya dalam tulisan di blognya itu merujuk kepada kerajaan BN. "Orang bertanya mengenai syaitan, tapi kita adalah syaitan yang orang kenal. Mereka adalah malaikat yang orang tidak kenal," katanya.Beliau bercakap kepada pemberita dalam sidang media di majlis rumah terbukanya sempena Hari Raya hari ini.- Malaysiakini ***************************************** SAMM: Kenyataan 'goyah' Tun Mahathir EDY NOOR REDUAN 23 Ogos 2012 MERUJUK kepada kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad yang bersifat kecut dalam blognya dan beberapa portal kononnya peralihan kuasa Kerajaan Pusat adalah sebesar-besar bahaya membuktikan bekas Perdana Menteri 22 tahun itu akur dan mengakui trend sokongan rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan menyebabkan Umno/BN tumbang menyembah bumi. Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) percaya rakyat akan meneruskan fasa kebangkitan tsunami 2008 yang menyaksikan lima negeri BN tumbang pada PRU12. Bukan omong kosong. Namun dengan pelbagai isu dan skandal rasuah, penyelewengan serta salah guna kuasa, salah guna Hari Kemerdekaan dan termasuklah kebangkitan luar biasa rakyat Sabah dan Sarawak yang selama ini menjadi 'fixed deposit' BN, faktor jelas ini menguatkan lagi hujah betapa Umno/BN bakal kehilangan kuasa pada PRU13. Situasi inilah yang menggusarkan seorang bekas Perdana Menteri lantas terbitlah kenyataan berbaur ugutan dan cubaan menakutkan pengundi. Mungkin Dr Mahathir terlupa, maka SAMM ingin mengingatkan bahawa lima kerajaan negeri telah berubah pada Mac 2008 di mana salah satu kerajaan negeri bukan BN telah bertahan sejak 1990. Peralihan kuasa kerajaan negeri ini berlaku dengan aman, tiada kucar-kacir. SAMM juga telah membuat sedikit kajian, mendapati perubahan yang berlaku di lima negeri (sekarang empat) yang dikuasai Pakatan Rakyat (PR) menunjukkan tanda positif dari pelbagai sudut khususnya dalam soal pengurusan kerajaan negeri, penjimatan, kadar FDI masuk yang tinggi dan juga kebajikan rakyat. Semua negeri PR juga diiktiraf akan ketelusan dalam pentadbiran. Polisi kebajikan yang diamalkan oleh Kerajaan Negeri PR juga tidak menyebabkan negeri bankrup malah keuntungan berganda dalam banyak sektor hasil dari amalan berjimat dan perbelanjaan berhemah. Dalam keadaan rejim pusat yang menekan, menyerang dan pengagihan hasil bumi yang tidak adil, kerajaan negeri tetap stabil dan bertahan. Rata-rata rakyat menerima PR sebagai peneraju kerajaan negeri dan bersedia untuk giliran menukar Kerajaan Pusat. Maka di atas kejayaan pentadbiran sepenggal PR di beberapa kerajaan negeri, di manakah bahaya dan bahana yang disebut Dr Mahathir? Ataupun sebenarnya ada sesuatu yang amat ditakuti oleh bekas Perdana Menteri ini jika servis Kerajaan Pusat berubah tangan? Dalam kenyataannya Dr Mahathir juga cuba menyamakan Anwar dan Barack Obama yang menjanjikan 'perubahan' dalam kempen pilihan raya masing-masing. Perbandingan seperti ini adalah tidak relevan kerana latar belakang dan polisi perubahan yang berbeza. Salah satu para kenyataan Dr Mahathir begitu mencuit hati kononnya "tidak ada jaminan pembangkang bila menjadi kerajaan akan membenarkan BN kembali dan pegawai mereka akan mengugut sesiapa yang mahu menukar kerajaan" - seolah-olah Dr Mahathir sedang bercakap di depan cermin kerana apa yang disebut itu adalah resam regim Umno BN dan di atas resam sebegini jugalah menjadi faktor penting mengapa rakyat perlu menolak BN. Di para terakhir kenyataan Mahathir begitu mengejutkan dan juga agak menakutkan yang berbunyi "lebih baik syaitan yang anda kenali dari malaikat yang anda tidak kenal". SAMM sebagai anak muda progresif menghadapi sedikit kesukaran mentafsir namun akhirnya tafsiran paling sesuai untuk kenyataan ini ialah - Tun Mahathir menyeru agar lebih baik mengundi "syaitan yang dikenali" dalam Barisan Nasional dari mengundi "Malaikat yang belum pasti" dalam Pakatan Rakyat. Tafsiran yang menyamakan Bn dengan syaitan ini tidaklah begitu pelik kerana Tun Mahathir juga pernah menyebut Umno itu busuk hingga ke ususnya. Nyata sekali kenyataan Tun Mahathir kononnya bahaya menukar Kerajaan Pusat adalah umpama ugutan dari ular sawa lumpuh kekenyangan yang dihimpit usia dan tidak perlu ditakuti oleh rakyat yang kian celik membuat perhitungan. Rakyat hari ini tidak mudah dipengaruhi sentimen hasutan dan ugutan. Madu di tangan kanan dan racun di tangan kiri, rakyat sudah bijak membuat pilihan antara madu (PR) dan racun (BN). Akhir sekali SAMM menyeru kepada semua untuk bersama merintis perubahan, kita harus percaya dengan perubahan ini dan tuhan bersama orang yang ingin kepada perubahan (kebaikkan). SAMM juga turut mendoakan supaya Dr Mahathir panjang umur untuk menjadi saksi hidup tumbangnya sebuah regim penyambung legasi penjajah. *EDY NOOR REDUAN, Pengarah Propaganda Solidariti Anak Muda Malaysia |
TV3 terkantoi pi promote PENIPU [VIDEO] Posted: 25 Aug 2012 02:29 AM PDT Doktor Bedah Palsu, Siap Ngan Masuk TV3 Lagi KUALA LUMPUR – Seorang lelaki sanggup mendakwa dirinya sebagai doktor pakar bedah bagi meminta derma daripada orang ramai untuk membantu mangsa perang di beberapa buah negara. Lelaki berusia 26 tahun itu dikatakan mendapat pendidikan di Sekolah Perubatan dan Pergigian King's College London, Pusat Sains Kesihatan, Universiti Peking dan Royal College of Surgeons of England sebelum menjadi doktor bedah trauma dan bertugas dalam kawasan yang diancam peperangan. Dia kemudiannya menulis sebuah buku autobiografi yang menceritakan pengalamannya ketika berkhidmat di Haiti, Libya, Nicaragua, Somalia, Afghanistan dan beberapa negara lain. Buku yang berharga RM50 itu berjaya meraih simpati orang ramai untuk menderma bagi membeli ubat kepada mangsa peperangan dan bencana alam melalui akaun peribadinya. Ketua Biro Pengaduan Awam MCA, Datuk Seri Michael Chong berkata, hasil laporan tersebut, dia bersama empat peguam menjalankan penyelidikan ke atas buku dan lelaki yang mendakwa dirinya doktor pakar bedah. Menurutnya, nama lelaki tersebut didapati tidak diiktiraf sebagai doktor oleh Persatuan Perubatan Malaysia. "Untuk menjadi seorang pakar memerlukan masa lebih kurang lapan hingga 10 tahun tetapi mustahil bagi pemuda ini untuk bergelar pakar dalam usia muda," katanya pada sidang media di Bangunan MCA, Ampang, di sini, semalam. Chong berkata, selepas mendapati kegiatannya disedari, lelaki tersebut memohon maaf melalui akaun Facebooknya pada 14 Ogos lalu dan akan memulangkan RM38,099 sumbangan yang telah diberikan kepadanya. Menurut Chong, pihaknya mendapati, doktor palsu tersebut telah menerima RM48,792 sumbangan di Melaka yang terimanya pada April lalu. "Jumlah ini bertentangan dengan yang diberitahunya sebelum ini, dan mahu polis menyiasat kes ini kerana menipu," katanya. Beliau berkata, empat laporan melibatkan penipuan doktor bedah palsu tersebut telah dibuat di Balai Polis Dang Wangi pada Jumaat lalu, bagi tindakan selanjutnya. Chong berkata, lelaki tersebut pernah mendapat liputan meluas daripada media tempatan kerana menjadi pakar bedah termuda dan menghulurkan kepakarannya di negara yang bergolak dan dilanda bencana. (SINAR HARIAN) |
GEMPAQ: Geng tak dak dara di IPT [BACA] Posted: 25 Aug 2012 12:00 AM PDT Bahana bangga tiada dara KOTA BHARU: Mereka menuntut di institusi pengajian tinggi (IPT), malangnya akhlak masing-masing amat rendah apabila aktif mengamalkan seks bebas, malah bergabung mewujudkan seolah-olah satu kelab bagi merancang kegiatan. Tanpa mempedulikan dosa dan masa depan, kumpulan siswi berusia 19 hingga 21 tahun itu tidak mahu melihat ada ahli kumpulan mereka yang masih dara. DEDAH...Maisarah menceritakan pengalamannya kepada Zaimah ketika sesi kaunseling di RMP. Malah, sesiapa yang masih dara dipecat 'keahliannya' atau tidak layak menyertai kelab itu dan dianggap sebagai kolot atau kekampungan. Akibatnya, seorang daripada siswi yang pernah menjadi ahli 'kelab tiada dara' itu kini menanggung derita kerana disahkan doktor dijangkiti virus HIV berikutan terbabit kegiatan seks bebas.- myMetro |
HOT: Azwan Ali buat KORNER BARING plak Posted: 24 Aug 2012 10:05 PM PDT Azwan Ali sokong perjuangan Azmin untuk KEADILAN dan rakyat KUALA LUMPUR 24 Ogos: Selebriti dan pengacara terkenal, Azwan Ali bertegas menganggap abangnya, Azmin pemimpin terhebat dan berkaliber walaupun pelbagai perspektif buruk dilemparkan adiknya, Umi Hafilda termasuk pihak lain yang mahu menjatuhkan karier politik Timbalan Presiden KEADILAN itu. Azwan berkata, sokongan beliau terhadap Azmin bukan sekadar hubungan antara adik-beradik, malah disebabkan prinsip yang diperjuangkan abangnya untuk membela rakyat. "Azmin adalah abang saya selama-lamanya. Beliau adalah 'great leader'. Saya sokong perjuangan Azmin untuk KEADILAN. Tetapi jangan tanya parti apa yang saya sokong," katanya ketika dihubungi Keadilan Daily.Buletin Utama TV3 baru-baru ini memaparkan tindakan Umi memperalatkan ibunya, Che Tom Yahaya, 78, mengkritik Azmin ketika umat Islam meraikan perayaan Aidilfitri. Media kawalan Umno BN itu menyiarkan kononnya, Che Tom kecewa dengan Azmin kerana tidak menziarahinya pada hari raya. Tindakan Umi itu diselar Azwan kerana mengheret ibu mereka ke kancah politik. Menurut Azwan, beliau percaya, ibunya diperalat Umi yang bersekongkol dengan Umno bagi memfitnah Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Antarabangsa daripada parti Pakatan Rakyat. Ditanya mengenai tindakan Umi itu, pengacara yang terkenal dengan ungkapan 'Ada aku kisah?' dan 'Amboi amboi amboi' itu berkata, tiada apa yang perlu diulas kerana segala kemarahannya telah diluahkan melalui twitternya, '@azwanhjali'. "Empat hari berturut-turut saya sudah berikan komen-komen yang boleh menggemparkan dunia. Saya akan teruskan dan kita lihat apa yang akan terjadi nanti," katanya yang cukup pantang apabila ibunya diheret demikian.Azwan juga enggan mengakui Umi adik kandungnya melainkan Azmin dan seorang lagi abangnya, Azman. "Saya sudah tegaskan sebelum ini, saya tidak mempunyai sesiapa lagi. Saya telah membuang adik beradik saya kecuali Azmin dan Azman. Mereka itu sahaja lebihan darah daging saya," katanya.Selain Azwan, Allahyarham bapanya, Ali Omar juga enggan mengakui Umi anak serta melarang beliau pulang ke rumah di Kampung Kelang Gate, Setapak. Berdasarkan catatan pada 18 Oktober 1998, beliau telah melucutkan warisan zuriat Umi kerana sikap suka melawan, tidak peduli nasihat, riak, takbur, pembohong di samping penglibatannya dalam konspirasi dan pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Menurut Ali lagi, fitnah Umi semakin menjadi-jadi apabila memfitnahnya dan isteri sehingga kedua-dua mereka bercerai pada 20 Februari 1998 sebelum rujuk kembali.- KD |
KHIANAT: Kedai Penyanyi Dibakar Posted: 24 Aug 2012 08:22 PM PDT Kedai penyanyi dibakar KUALA LUMPUR: "Saya hampir pengsan melihat api menjulang memusnahkan kedai makan yang saya usahakan selama 10 tahun," kata bekas anggota kumpulan 2 By 2, A Halim Mamat, 37, menceritakan detik cemas kebakaran kedai makan miliknya di Seksyen 2, Wangsa Maju, di sini, awal pagi semalam. Kejadian jam 1 pagi itu menyebabkan kedai makanan Thai yang diusahakan Halim bersama isteri yang juga bekas penyanyi kumpulan Genuine, Norsalawati Karman, 35, musnah. Menurut Halim, ketika kejadian dia sedang tidur apabila tiba-tiba dikejutkan Norsalawati dan memaklumkan mengenai kebakaran itu. "Isteri saya dihubungi sepupunya yang tinggal berhampiran kedai makan kami dan memberitahu mengenai kejadian. Kami sangat terkejut kerana hanya sejam sebelum itu kami baru saja pulang selepas memeriksa kedai yang ditutup seminggu sempena Aidilfitri," katanya.Halim berkata, dia segera ke tempat kejadian, manakala Norsalawati terpaksa tinggal di rumah kerana menjaga empat anak mereka. "Tubuh saya lemah sejurus tiba dan melihat api marak membakar kedai makan ini yang juga satu-satunya sumber utama pendapatan selepas saya dan isteri berhenti menyanyi. "Kedai makan ini saya usahakan ketika masih lagi aktif dalam nyanyian sebagai bekalan selepas tidak lagi berkecimpung dalam bidang seni," katanya.Katanya, akibat kejadian itu, dia dan enam pekerjanya kini hilang sumber pendapatan. "Api dipadamkan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Setapak dan kebakaran sebenar masih disiasat," katanya yang mengesyaki kebakaran itu disebabkan perbuatan khianat dan menganggar kerugian RM60,000.Nasib malang menimpa pasangan itu yang popular sekitar 1990 turut mendapat perhatian rakan artis lain apabila seorang lagi bekas anggota 2 By 2, Zul dan isteri, Isma, yang juga bekas pelajar Akademi Fantasia musim ke-7 (AF7) datang melawat. Turut melawat tempat kejadian, Pengerusi Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Wangsa Maju, Mohd Rasyid Abdul Samah dan Naib Ketua Umno Bahagian Wangsa Maju, Hamdan Mohd Yusuf. Halim berkata, dia dan isteri berharap dapat membina semula kedai makan itu dan berharap ada pihak bersimpati dan menghulur sumbangan.- myMetro |
Apa komen Nik Aziz lepaih baca Utusan Meloya [GAMBAR] Posted: 24 Aug 2012 07:00 PM PDT Bismillah, saya dinasihatkan oleh doktor untuk berehat di HUSM hujung minggu ini. Pagi ini, saya dibekalkan dengan bahan-bahan bacaan dan akhbar-akhbar termasuk Utusan Malaysia yang membawa tajuk utama "Anwar Tolak Hudud PAS.."
Kahkahkah... Betoi... Nik Aziz memberi fakta yang amat tepat... Memang ada satu ja yang boleh percaya... Nombot ekoq... Yang tu memang boleh percaya pasai... Pasai depa mewakili parti Iblis... Kahkahkah... |
TERBAEK dari Nik Aziz... [BACA] Posted: 24 Aug 2012 03:00 PM PDT Kefahaman bukan alasan tangguh hudud Sukacita saya merujuk kepada laporan akhbar Sinar Harian (23 & 24 Ogos 2012) yang membicarakan persoalan hudud, terutamanya apa yang dibangkit oleh seorang ahli parlimen PAS dan seorang lagi mantan mufti. Bagi saya tidak ada asas hukum dan keperluan atas dasar logik untuk melengah-lengah pelaksanaan kerana hudud adalah sebahagian daripada perundangan syariah yang diwajibkan dalam Islam. Ini kerana tidak ada hukum atau undang-undang di dunia ini, sama ada di bawah sistem demokrasi mahu pun komunis yang menunggu rakyat faham dan setuju dulu, baru dilaksanakan. Atas kerana itu, apa sahaja undang-undang di Malaysia, ia dibuat dan dilaksanakan tanpa menunggu semua pihak faham atau setuju. Termasuklah pihak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu sendiri pun yang menguatkuasakan pembentukan negara Israel di bumi Palestine yang ditentang hebat oleh orang Palestine sendiri. Hatta Presiden Amerika, Barrack Obama sendiri turut bersetuju dengan perundangan 'kahwin sejenis' meskipun majoriti masyarakat dunia menolaknya. Secara faktanya, persoalan sesuatu hukum boleh dilaksana setelah ada kefahaman dan persetujuan semua pihak, ia sesuatu yang tidak tepat dalam kaedah perundangan yang ingin mengawal dan mendidik masyarakat ke arah kebaikan. Tambahan lagi, soal hukum Islam (hudud) bukannya pilihan untuk menusia menolak atau menerima. Tugas pihak berkuasa atas nama Islam adalah kewajipan dan tanggungjawab. Jadi keperluan kepada suasana kondusif bukanlah penghalang ke arah pelaksanaan hukum Allah. Atas dasar ini, pada masa Nabi Muhammad SAW sendiri umat Islam tidak mempersoalkan kewajaran perintah (hukum) Allah SWT. Apa yang utama membuktikan ketaatan dan keimanan yang tidak berbelah bahagi. Bukan sepertimana sesetengah pihak sekarang ini, ada yang sanggup rosak akidahnya atas dasar menolak mentah-mentah hudud atau mana-mana perintah Allah SWT. Tidak kurang pula berdolak dalih dan beralasan kononnya suasana belum kondusif untuk memakai hukum Allah SWT. Tidak terkecuali juga, masih ada pihak yang bersimpati kepada si-jahil, maka isu hukum hudud ini perlu dibincangkan terlebih dulu. Sampai bila? Lepas bincang, bincang dan bincang, namun si-jahil tetap beralasan. Pengalaman Negeri Kelantan dalam usaha melaksana hukum hudud ini, sebenarnya telah melalui proses memperkenal, membincang dan meluluskannya secara masak. Usia enakmen kanun jenayah syariah (termasuk hudud) kini akan genap 19 tahun pada November ini. Sejarah penggubalannya cukup matang kerana ia merupakan sumbangan cendikiawan perundangan Islam Almarhum Prof Ahmad Ibrahim, Almarhum Prof Mahmod Saedon dan Ketua Hakim Syarie Kelantan sekarang, Dato' Daud Muhammad. Selain ia turut dikongsi dengan pakar-pakar perundangan bidang syarie dan jenayah sivil. Malah tidak terkecuali poses menerima maklum balas dan perbincangan dengan pelbagai pihak, termasuk badan NGO turut dibuat di Kota Bharu dan di Kuala Lumpur. Turut serta adalah Tengku Razaleigh Hamzah selaku presiden parti Semangat 46 ketika itu telah juga menganjurkan perbincangan terbuka sebagai melebar kefahaman dan tanda sokongan serta persetujuan atas usaha Negeri Kelantan. Justeru pada persidangan dewan negeri, semua ahli dewan termasuk daripada Umno turut menyokong. Namun selepas itu, permohonan ke arah pelaksanaannya telah ditolak oleh Kerajaan Pusat. Kini berbangkit isunya, pelaksanaannya masih tertangguh meskipun telah diluluskan sejak November 1993 lagi. Bagi Kelantan, ia tertangguh bukan kerana usaha dan keperluannya masih tidak memenuhi suasana yang kondusif. Sebaliknya ia tertangguh disebabkan halangan Kerajaan Pusat, termasuk 'amaran' menerusi satu surat rasmi perdana menteri ketika itu yang masih tidak ditarik balik. Justeru persoalan yang ada di depan umat Islam hari ini, adakah ingin terus meraikan suara bangkangan seumpama suara daripada sesetengah pemimpin bukan Islam? Ataukah kita ingin terus meraikan pihak si-jahil yang sentiasa beralasan atas kefahamannya yang tidak bersandarkan nilai-nilai keimanan? Sampai bilakah segala alasan tanpa keimanan dan hujah akal sentiasa dijadikan alasan untuk menidakkan penerimaaan dan pelaksanaan hukum Allah SWT ini? Apa yang pasti, hukum Allah SWT tetap serasi dengan hukum alam dan makhluk ciptaan-Nya. Kalaulah menunggu alunan ombak reda, sampai bila nelayan akan dapat ke laut? Ketika laut berombak itulah, nelayan boleh meluncur perahunya ke laut bagi menangkap ikan. |
WOW... dia GIGIT ular sampai mampuih... Posted: 24 Aug 2012 12:30 PM PDT Lelaki gigit ular tedung hingga mati GAMBAR fail menunjukkan seekor ular tedung. KATHMANDU - Seorang petani Nepal menggigit seekor ular tedung sehingga haiwan itu mati, kata polis semalam. Petani itu, Mohamed Salmo Miya melakukan perbuatan itu bagi membalas dendam selepas haiwan tersebut mematuknya, lapor agensi berita AFP semalam. Ketua polis tempatan, Uma Prasad Chatrubedi menyatakan Mohamed sedang bertani dekat kampungnya yang terletak 200 kilometer ke tenggara Kathmandu ketika dia dipatuk ular tersebut. "Seorang petani di Kampung Bardanga telah membunuh seekor ular tedung putih dengan giginya kerana marah. Ular tersebut mematuknya semasa dia sedang bekerja di sawah padi miliknya pada Selasa lalu. Lelaki itu kemudian berlari dan membunuh ular tersebut," katanya.Mohamed turut dirawat di sebuah klinik tempatan dan dia kini berehat di rumahnya. "Saya berasa amat marah selepas ular itu mematuk saya. Kemudian saya mengekori haiwan itu, menangkap dan menggigitnya sehingga mati," dakwanya yang berusia 55 tahun kepada akhbarAnnapurna Post. "Saya mungkin membunuhnya dengan kayu tetapi saya menjadi 'gila' kerana marah dan mahu membalas dendam. "Saya membunuhnya dengan gigi saya," tambahnya.Nepal mempunyai pelbagai jenis ular berbisa dan tidak berbisa. Salah satu ular berbisa itu dikenali sebagai ular batu India sepanjang 10 meter. Menurut agensi berita Reuters, seorang pegawai polis, Niraj Shahi berkata, lelaki itu tidak akan didakwa membunuh ular tersebut. Menurutnya lelaki itu tidak didakwa kerana haiwan tersebut tidak disenaraikan sebagai spesies terancam. - Agensi |
You are subscribed to email updates from shalehudin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan