shalehudin |
- Anggota tentera pun kena belasah
- Sapa si Rosmah junior sebelah dia tuh... hehe...
- RAIS Yatim dah kencing Najib.. BACA...
- Ambil perhatian pengguna Internet!
- BONGOK betoi laa... [Bergambar...]
- CHITT... Pengotoq betoi la Umno neh...
- BERAT kes neh...
- Aikk!! Datuk Seri pun kena kencing jugak ka?
Anggota tentera pun kena belasah Posted: 02 Aug 2012 11:00 AM PDT Anggota tentera dakwa dibelasah pegawai Kuala Lumpur: Seorang anggota tentera cedera di kepala selepas didakwa dibelasah sekumpulan pegawai hanya kerana tidak memberi tabik hormat kepada pegawai atasannya dalam kejadian Sabtu lalu. Ahmad Abu, 21, mengawal Pos Kawalan Unit Semboyan, Kementerian Pertahanan apabila dia dikatakan tidak memberi tabik hormat kepada pegawai berpangkat Mejar Jeneral yang memasuki kawasan kementerian menggunakan kenderaan sendiri. Bapa mangsa, Abu Koming, 53, berkata anaknya itu baru bertugas di pos kawalan berkenaan dan tidak mungkin mengenali semua pegawai di kementerian selain pegawai terbabit tidak menggunakan kenderaan tentera. Katanya, berikutan itu, Ahmad dipanggil tiga pegawai penyelianya, masing-masing berpangkat Sarjan, Staf Sarjan dan Koperal untuk memberi penjelasan. "Tidak berpuas hati dengan penjelasan diberikan, mereka membelasah anak saya hingga cedera di kepala dan beberapa bahagian badan sebelum dikejarkan ke hospital apabila tidak sedarkan diri," katanya. Abu berkata, beliau hanya dimaklumkan Ahmad dimasukkan ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Cheras kira-kira jam 10 malam hari kejadian oleh pegawai pemerintah (CO) anaknya. "CO memberitahu anak saya terjatuh ketika menjalankan tugasnya, selain turut meminta perkara itu tidak diperbesarkan kerana membabitkan kes kecil," katanya yang membuat aduan di Balai Polis Sungai Besi 29 Julai lalu. Beliau berkata, doktor mengesahkan ada kesan kecederaan pada Ahmad yang mungkin akibat penderaan fizikal. Sementara itu, Pengarah Media Kementerian Pertahanan, Kolonel Fadzlette Othman Merican, ketika dihubungi berkata pihaknya akan menyiasat terpeinci kes itu sebaik maklumat lengkap diterima termasuk daripada polis.- BH Ulasan: Ini lah jenis manusia yang paling banyak melata di muka bumi Tuhan neh... Tuhan baru uji depa dengan sedikiiiiiit kuasa ja, mereka telah lupa siapa diri mereka disisi Tuhan dan telah mula menyalahgunakannya... Tunjuk ego tak bertempat, pegawai bawahan dah jadi macam sampah bagi mereka. Kerana sejemput perangai pegawai-pegawai jenis macam ni la yang telah merosakkan organisasi ketenteraan dimata awam... Tindakan yang berpatutan perlu diambil demi keadilan dan memastikan perkara buruk macam ni takkan berulang dinegara kita dimana Islam sebagai agama rasminya... |
Sapa si Rosmah junior sebelah dia tuh... hehe... Posted: 02 Aug 2012 07:14 AM PDT Bodek-bodek, KENCING... chiitt.. Dan tulisan liriknya untuk lagu tema Hari Merdeka tahun ini barangkali seperti peribahsa Arab yakni menjadi jerami terakhir yang mematahkan belakang unta; dan memperlihatkan betapa lekehnya insan ini sebagai menteri propaganda untuk Barisan Nasional. Untuk faedah mereka yang tidak begitu ambil berat tentang salah silap menteri Barisan Nasional, saya hadirkan di sini bait-bait syair karya agung yang ditulis Rais Yatim dalam usaha beliau untuk kekal relevan dalam politik transformasi anjuran Menteri Perdana Najib Razak. Rais menulis: Macam malam ikut siang, Macam bulan ikut matahari, Satu Malaysia terus berjuang, Janji kita ditepati, Kata kita dikota, Janji kita ditepati, Hidup rakyat dibela, Masa depan diberkati, Janji sudah ditepati, Kini masa balas budi. Eh! 'Janji sudah ditepati, Kini masa balas budi'? Ewah-ewah indahnya bahasa. Ayat terakhir itu mungkin faktor utama kenapa video lagu itu di Youtube menerima undi tidak suka paling epik dalam sejarah. Setakat waktu rencana ini ditulis, video pertama dalam carian 'janji ditepati' di Youtube sudah ditonton 110,210 kali dengan 222 undi 'suka' dan 12,956 undi 'tidak suka'. Pautan kedua dalam senarai itu lebih parah. 169,824 kali ditonton; 265 yang suka, 19,700 tidak suka. Selebihnya barangkali tidak mengundi suka atau tidak, dan terus tutup tetingkap selepas baris 'Kini masa balas budi'. Pautan ketiga daripada senarai langsung terus tidak membenarkan pengundian dan komen. Takut, mungkin. |
RAIS Yatim dah kencing Najib.. BACA... Posted: 02 Aug 2012 05:40 AM PDT Slogan, lagu dan logo Medeka: Siapa sabotaj Najib? Oleh Izmil Amri Bagaikan trisula menikam sanubari rakyat Malaysia, trio logo dan lagu Hari Merdeka serta kostum yang diperagakan kontinjen Malaysia di Sukan Olimpik pastinya akan mengekalkan parut untuk sekurang-kurang dua tiga tahun lagi. Barangkali sehingga rakyat puas mencemuh. Dan itu tidak boleh ditentukan bila penghujungnya. Kostum dengan motif harimau yang diperagakan atlit negara di majlis pembukaan Sukan Olimpik telah dinobatkan sebagai antara kostum paling buruk dalam laporan berita Yahoo! Seolah-olah sudah tidak ada motif lain bercirikan Malaysia yang boleh digunakan supaya kontinjen negara segak bergaya di pentas antarabangsa. Seolah-olahnya rakyat Malaysia ini tidak punya nilai dan selera budaya yang internasional. Macam kita ini semua suka yang buruk belaka. Sama kesnya dengan hal logo Hari Merdeka. Isu logo hari Merdeka – meski sudah ditarik balik rekaannya itu secara kelam kabut oleh pihak pemerintah, adalah penghinaan maha besar kepada selera dan intelek rakyat jelata. Ini jelas kelihatan di kalangan komuniti media sosial yang kebanyakannya terdedah kepada aplikasi rekaan grafik digital. Slogan Apalagi dengan kemampuan carian gambar di Google yang membolehkan kita mencari logo-logo hari kemerdekaan negara-negara lain untuk dibuat perbandingan. Malu yang ditanggung amatlah besar. Ini belum dikira malu yang ditanggung setelah mendapati bahawa Singapura, pada sambutan kemerdekaannya pada tahun 1990 pernah menggunakan slogan 'One People, One Nation, One Singapore' (Satu Rakyat, Satu Negara, Satu Singapura). Kita harus sedia tahu bahawa tema hari kemerdekaan ini bukan benda remeh. Cuba kalau kumpulan ultra-Melayu yang bernama Perkasa ubah slogannya kepada 'Bersama Makan Buah-buahan Tempatan', bukankah lari jauh maksud penubuhan organisasi tersebut? Jadi slogan harus selari dengan pertubuhan. Kita harus pergi kepada persoalan akar umbi yang mencetus kontroversi tema, logo dan lagu Hari Merdeka tahun ini; tidak lain tidak bukan berpokok pangkal kepada Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim. Rais Yatim, dikenali ramai dalam rangkaian media sosial sebagai '#yorais'; setelah dengan cemerlang meletakkan dirinya sebagai 'trending topic' di laman Twitter berikutan komen beliau bahawa Twitter dan Facebook adalah alat dunia Barat yang akan menghakis budaya Malaysia. Beliau kemudiannya meneruskan legasi di alam cyber dengan pelbagai langkah-langkah sekatan yang cuba membungkam kebebasan rakyat di internet. Lagu Dan tulisan liriknya untuk lagu tema Hari Merdeka tahun ini barangkali seperti peribahsa Arab yakni menjadi jerami terakhir yang mematahkan belakang unta; dan memperlihatkan betapa lekehnya insan ini sebagai menteri propaganda untuk Barisan Nasional. Untuk faedah mereka yang tidak begitu ambil berat tentang salah silap menteri Barisan Nasional, saya hadirkan di sini bait-bait syair karya agung yang ditulis Rais Yatim dalam usaha beliau untuk kekal relevan dalam politik transformasi anjuran Menteri Perdana Najib Razak. Rais menulis: Macam malam ikut siang, Eh! 'Janji sudah ditepati, Kini masa balas budi'? Ewah-ewah indahnya bahasa. Ayat terakhir itu mungkin faktor utama kenapa video lagu itu di Youtube menerima undi tidak suka paling epik dalam sejarah. Setakat waktu rencana ini ditulis, video pertama dalam carian 'janji ditepati' di Youtube sudah ditonton 110,210 kali dengan 222 undi 'suka' dan 12,956 undi 'tidak suka'. Pautan kedua dalam senarai itu lebih parah. 169,824 kali ditonton; 265 yang suka, 19,700 tidak suka. Selebihnya barangkali tidak mengundi suka atau tidak, dan terus tutup tetingkap selepas baris 'Kini masa balas budi'. Pautan ketiga daripada senarai langsung terus tidak membenarkan pengundian dan komen. Takut, mungkin. Kenapa begitu ganas sekali daya tolakan rakyat terhadap propaganda si Rais ini? Apa salahnya kalau 'Janji Ditepati'? Bukankah Barisan Nasional dikatakan telah berjaya menepati janji-janjinya memajukan negara? Bukankah Utusan Malaysia dan TV3 sudah membuktikan betapa agungnya Barisan Nasional? Kenapa masih ditolak tema itu? Adakah kerana melodi lagunya itu diplagiat daripada lagu 'Tuhanku Maha Besar' yang menurut Youtube, telah dinyanyikan di majlis "Ibadah Peringatan Kenaikan Tuhan Yesus Kristus ke Surga" pada 21 Mei 2009 di Jalan Lengkong Kecil 34 -36 Bandung, Indonesia? Apa pula kata Perkasa dan Hasan Ali dengan hakikat ini? Adakah wujud pula konspirasi mahu menubuhkan negara Kristian dengan lagu melodi saduran itu sempena Hari Merdeka kita? Logo Segala bobrok dan celaka yang terpalit dengan pembikinan lagu ini tambah membusuk apabila dipasangkan dengan logo yang barangkali dibuat guna Microsoft Word dalam jangkamasa kurang tiga minit itu. Pihak pemerintah walau bagaimanapun akhirnya akur dengan tekanan dan menggantikan logo yang maha buruk itu dengan logo 1Malaysia, sama seperti tahun sudah dan tahun sebelum itu. Kata Rais Yatim, langkah itu diambil bagi membendung salah faham yang timbul. Tidak, Rais; kami tidak salah faham. Kami faham sangat bahawa logo tersebut telah direka secara malas, dan dipamerkan kepada rakyat jelata tanpa segan silu. Tidak susah untuk faham propaganda 'Janji Ditepati' yang cuba dihidangkan kepada rakyat. Tidak ada salah faham di situ. Namun mesejnya akan jauh lebih jelas jika diletak sekali logo Barisan Nasional dengan saranan supaya parti tersebut terus diundi pada pilhanraya umum yang nampak gayanya hanya akan berlangsung tahun hadapan. Sabotaj? Ini membawa kita kepada persoalan seterusnya: Adakah Rais Yatim sedang cuba mensabotaj perancangan Najib Razak? Kita tahu Rais Yatim pernah dahulu duduk bersama oposisi, di zaman beliau begitu tidak percaya kepada media arus perdana. Pastinya Rais masih ingat kata-katanya di dalam ceramah Semangat 46 dahulu. Katanya, "Tuan-tuan dengar lah. Tapi kalau dengar daripada tivi-tiga, mungkin lain bunyinya. Kalau dengar dari ar-ti-em, jangan katakan lain bunyi, langsung tak berbunyi". Inilah insan yang akhirnya kini menjabat portfolio propaganda dalam pentadbiran Najib Razak. Apakah Rais Yatim tidak perhati baik-baik senarai tema Hari Merdeka yang ada di Wikipedia (kalau dia cari tak jumpa di pejabatnya itu)? Apakah Rais tidak menilai aspek bahasa dan mesej yang mahu disampaikan kepada sekian banyak pengundi yang mahu ditarbiahnya supaya memangkah logo dacing? Penyudahnya 'Janji Ditepati' dan 'kini masa balas budi' yang dipilih? Bukankah baik jika mencontohi bahasa yang baik dalam tema tahun 1978 contohnya, "Kebudayaan Sendiri Perpaduan". Atau mengikut trend bermula 1979 sehingga 1982 yang mengekalkan kata 'disiplin' di dalam temanya. Rais Yatim harus jawab, apa sebenarnya yang sedang cuba beliau lakukan kepada kempen politik Najib Razak. Apakah beliau juga bertanggungjawab terhadap rekaan kostum hodoh kontinjen Malaysia di sukan Olimpik? Saya harap tidak. – Roketkini.com |
Ambil perhatian pengguna Internet! Posted: 02 Aug 2012 02:47 AM PDT Syahredzan Johan Baru-baru ini, warga Internet di Malaysia 'memberontak' akibat pindaan ke atas Akta Keterangan 1950. Pindaan ini diluluskan Dewan Rakyat pada April dan Dewan Negara pada awal Mei lalu, tetapi belum berkuatkuasakan lagi. Warga Internet marah kerana pada mereka pindaan ini adalah suatu serangan ke atas kebebasan mereka di ruang siber. Di sini terdapat sedikit kekeliruan mengenai apa sebenarnya yang diperkenalkan pindaan ini. Harus diingat, ia tidak mewujudkan apa-apa kesalahan baru. Pindaan itu adalah meminda peraturan keterangan dan pembuktian (rules of evidence). Akta Keterangan memperuntukkan peraturan dalam memberi keterangan dan juga pembuktian ketika perbicaraan, tidak kira sivil ataupun jenayah. Secara umumnya, pihak yang mengatakan kewujudan sesuatu fakta itu harus membuktikan fakta yang dikatakan wujud. Namun, terdapat beberapa tanggapan atau dalam BI, presumptions yang boleh diguna pakai. Tanggapan dalam keterangan adalah peraturan undang-undang yang mana pembuktian sesuatu fakta (dikenali sebagai fakta asas), fakta berkait dianggap telah dibuktikan. Contohnya, Mahkamah boleh menganggap keesahan sesuatu Warta Kerajaan. Ataupun menganggap sesuatu tindakan kehakiman (judicial act) adalah teratur dan tidak perlu dibuktikan bahawa tindakan tersebut sememangnya mengikut prosedur. Peruntukan tanggapan boleh disangkal dengan bukti sebaliknya. Pindaan yang dibuat mewujudkan tiga peruntukan tanggapan baru. Pertama dalam sebuah penyiaran, jika ada tertera nama atau gambar yang menggambarkan seseorang itu sebagai pemilik, hos, pentadbir atau penyunting penyiaran tersebut, maka orang itu dianggap sebagai orang yang membuat penyiaran tersebut. Kedua, jika terdapat penyiaran yang dibuat daripada sesuatu perkhidmatan rangkaian Internet, orang yang melanggan perkhidmatan itu dianggap sebagai orang yang membuat penyiaran. Ketiga, jika terdapat penyiaran yang dibuat daripada sesuatu komputer yang dimiliki atau dijaga oleh seseorang, orang itu dianggap sebagai orang yang membuat penyiaran. Contohnya, jika terdapat sesuatu posting di laman Facebook yang dikatakan menghasut dan ianya dibuat atas nama eseorang itu, ataupun menggunakan rangkaian yang dilanggan olehnya ataupun menggunakan komputernya, maka orang itu dianggap sebagai pembuat posting tersebut. Orang yang dituduh itu boleh menyangkal tanggapan itu, tetapi kini beban pembuktian bertukar kepada yang dituduh untuk membuktikan sebaliknya. Walaupun pindaan ini akan berkuat kuasa ke atas perbicaraan sivil dan jenayah, mengikut hansard persidangan di Dewan Rakyat, tujuan utama ia diperkenalkan adalah untuk mempermudah pendakwaan di dalam kes jenayah. Menurut hansard, ia untuk meringankan beban pembuktian pihak pendakwaan oleh kerana ia kesukaran dalam pembuktian untuk kes melibatkan Internet. Ini bukan sesuatu alasan yang boleh kita terima. Menggunakan metafora perlawanan bola sepak, pindaan ini menukar peraturan kerana satu pasukan sukar menjaringkan gol. Pindaan ini akan lebih membawa keburukan daripada kebaikan. Ambil contoh mudah; katakan anda lupa logout akaun Twitter yang anda guna di komputer pejabat. Kemudiannya, orang lain menggunakan akaun anda untuk berkicau sesuatu yang berunsur fitnah. Bolehkah anda kemukakan bukti bahawa pada ketika itu, anda tidak menggunakan internet dan tidak mungkin membuat kicauan tersebut? Bolehkah anda ingat dengan terperinci bila anda menggunakan Internet untuk menyangkal tanggapan itu? Sukar sekali. Pihak pendakwaan mempunyai kekuatan jentera kerja untuk membantu mereka. Siasatan boleh dijalankan sehinggakan butiran terperinci mana-mana pengguna Internet. Tertuduh pula hanya mempunyai undang-undang keterangan dan pembuktian, yang diperincikan melalui tradisi undang-undang sekian lama bagi melindungi haknya untuk dibicarakan dengan adil. Malangnya, pindaan ini akan melucutkan perlindungan ini atas alasan kesukaran mendakwa. - PI |
BONGOK betoi laa... [Bergambar...] Posted: 01 Aug 2012 10:26 PM PDT EDISI HAIRAN: BAFIA atau MAFIA? BONGOK BETUL LA! Pihak Polis dan Bank Negara telah serbu rumah Rafizi Ramli. Difahamkan bahawa Polis mengetuk pintu rumah Rafizi dan menjerit mengugut jika tidak dibuka, maka pintu akan dipecahkan! Kasar sungguh bahasa.. Kenapa x kol je sedangkan aku yakin polis yang ditugaskan mesti mempunyai no telefon Rafizi. Malaysia ni negara pelik!!! Beli jet enjin hilang, beli kondo lembu duduk dalam, beli kapalselam perang xde torpedo, dan sekarang penjenayah lepas yg melaporkan jenayah pula ditangkap. Rafizi ditahan sekitar antara jam 7.15 pagi dan Johari ditahan di tempat letak kereta jam 7.30 pagi.. Segalanya bermula disini.. Di Perkarangan Mahkamah Mengikut BAFIA Act 1989 hanya memperuntukkan ke atas pengarah atau pegawai mana-mana institusi berlesen. Jadi, Rafizi tidak boleh didakwa dibawah BAFIA kerana beliau tidak memegang/ pernah memegang sebarang jawatan di dalam institusi kewangan. THE BANKING AND FINANCIAL INSTITUTIONS ACT, 1989 Kewajipan kerahsiaan Seksyen 97 (1) memperuntukkan bahawa tiada pengarah atau pegawai mana-mana institusi berlesen, sama ada semasa tempoh memegang jawatan atau semasa tempoh pekerjaannya atau selepas itu, boleh memberi, mengemukakan, membuka, mendedahkan, menyiarkan atau selainnya menzahirkan kepada mana-mana orang apa-apa maklumat... Kerajaan UMNO dan BN nak galakkan rakyat lapor salahguna kuasa dan penyelewengan???? macam mana nak galakkan rakyat beri kerjasama tapi pelapor pula yang kena tangkap....ajak rakyat jadi RAKAN COP...COMMUNITY POLICING...tapi yang beri kerjasama pada pihak berkuasa pulak yang kena tangkap, heret ke mahkamah...inilah HIPOKRITNYA UMNO dan BARISAN NASIONAL...kena batang hidung PAKATAN RAKYAT pengadu x ditangkap...kena batang hidung UMNO dan BARISAN NASIONAL pengadu ditangkap. X nipu x UMNO la namanya!! Sekali lagi Rakyat Malaysia disajikan dengan cerita kartun edaran United Munafiqun National Organisation (UMNO) |
CHITT... Pengotoq betoi la Umno neh... Posted: 01 Aug 2012 08:07 PM PDT Tang mana agaknya kampung neh noo... Mintak cai-cai Umno tolong bagitau tang mana kampung neh... Bukan takut tapi memang tak kelapaq nak masuk pun... Sebab dalam kampung neh penuh dengan najis-najis KERAjaan Najib... Ca hangpa tengok bawah nie... hehe... Untuk pengetahuan semua, makcik dan pakcik Felda tu tempatnya dok kat bawah sekali tau... Kahkahkah... |
Posted: 01 Aug 2012 03:00 PM PDT Berat betoi kes neh... Haha... mungkin dah 11 hari berpuasa, perut dah kempis. Tu la pasal seluar terlondeh... Haha... Atau pun mengejek awek-awek yang lalu lalang yang mengaku berpuasa tapi tak tutup aurat... Mengaku berpuasa tapi masih berpakaian seksi??? Habis tuh, sapa yang nak tolong angkat seluaq dia yang terlondeh tuh... hehe... FB |
Aikk!! Datuk Seri pun kena kencing jugak ka? Posted: 01 Aug 2012 01:00 PM PDT Datuk dituduh tipu Datuk Seri PETALING JAYA - Seorang ahli perniagaan bergelar Datuk mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini semalam atas pertuduhan menipu seorang lagi ahli perniagaan membabitkan cek bernilai RM2.5 juta tahun lepas. Datuk Syed Ahamed Malik Syed Hamid (gambar), 59, didakwa memperdayakan Datuk Seri Lee Wan Beng, 62, dengan menyamar sebagai wakil jualan barangan kepunyaan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) sehingga mendorong mangsa menyerahkan dua keping cek masing-masing RM500,000 dan RM2 juta. Tertuduh yang menjalankan perniagaan barangan lusuh dan produk halal dipercayai menyamar sebagai wakil syarikat Minat Jasa Sdn. Bhd. yang menawarkan kontrak penjualan barang-barang lusuh dan berjadual kononnya kepunyaan KTMB di Bengkel Sentul serta tiga depoh lain di Pelabuhan Klang, Selangor; KL Sentral, Kuala Lumpur dan Falim, Perak. Kontrak yang mengambil tempoh selama dua tahun itu bagaimanapun sebenarnya tidak wujud. - Kosmo |
You are subscribed to email updates from shalehudin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan