shalehudin |
- PANAS: Gadis bertudung saman DISNEY... [BACA]
- Lawak yang paling tak boleh BLAH...
- ABBY kena bijak kawal diri, mai tengok pasai apa
- HODOH sungguh cara dia ni angkat DIRI...
- MAI pakat2 TIBAI member Hassan Ali neh...
- WAJIB BACA: Tazkirah AC Mizal kat Abby Abadi
- MENARIK betoi artikel neh... [BACA]
- APA punya SETAN budak neh... [BACA]
PANAS: Gadis bertudung saman DISNEY... [BACA] Posted: 15 Aug 2012 09:36 AM PDT Muslimah saman Disney kerana larang pakai tudung (Ketua Kesatuan Kebebasan Sivil Amerika (American Civil Liberties Union) Mark Rosenbaum (bertali leher merah) berucap sambil bekas pekerja Disney Imane Boudlal, (bertudung) melihat pemberita selepas mereka mengumumkan tuntutan mahkamah terhadap Disney, atas dakwaan diskriminasi dan gangguan kerana kepercayaan agamanya di ibu pejabat ACLU di Los Angeles, California OGOS 13, 2012. REUTERS / Jason Redmond) LOS ANGELES: Seorang bekas pekerja restoran Disneyland menyaman Walt Disney Co pada Isnin lalu atas alasan gangguan dan diskriminasi agama, mengatakan beliau dipecat hanya kerana mahu memakai tudung di tempat kerja. Imane Boudlal, seorang Muslim yang berusia 28 tahun, bekerja sebagai pelayan di Storytellers Cafe, sebuah restoran di dalam Disney's Grand California Hotel & Spa di Disneyland di Anaheim, California, menurut aduan yang difailkan di mahkamah persekutuan. Selepas dua tahun bekerja, Boudlal meminta kebenaran untuk memakai tudung ketika di tempat kerja. Beliau menawarkan untuk memakai tudung yang sepadan dengan warna pakaian seragam beliau atau yang memaparkan logo Disney. Menurut tuntutan mahkamah itu, pengurus Disney menafikan permintaan tersebut, dengan alasan ia akan melanggar dasar syarikat yang berkaitan 'penampilan' pekerja mereka semasa bertugas. Disney juga melarang tatu yang jelas kelihatan dan kuku yang melebihi satu perempat inci, jelas tuntutan mahkamah itu lagi. Boudlal telah diberikan pilihan untuk bekerja di bahagian belakang, jauh daripada pelanggan, atau memakai topi gaya fedora di atas tudungnya. Apabila Boudlal enggan, dia terus dipecat dari jawatannya, jelas tuntutan mahkamah. Seorang warganegara Amerika Syarikat yang dilahirkan di Maghribi, Boudlal berkata beliau juga menjadi subjek kepada penghinaan anti-Arab dan anti-Islam, termasuk dipanggil "pengganas" dan "unta" oleh rakan sekerja dan penyelia. Beliau berkata beliau melaporkan kejadian tersebut kepada pengurus tetapi mereka tidak mengambil sebarang tindakan. "Disneyland memanggil dirinya sebagai tempat yang paling gembira di bumi, tetapi saya menghadapi banyak gangguan sejak saya mula bekerja di sana," Boudlal berkata dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Kesatuan Kebebasan Awam Amerika. "Ia hanya menjadi lebih buruk apabila saya memutuskan untuk memakai hijab."Jurucakap Disney bagaimanapun tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan komen. Kes ini adalah kes Boudlal melawan Disney. |
Lawak yang paling tak boleh BLAH... Posted: 15 Aug 2012 07:57 AM PDT Orang buat filem untuk kaut untung, lu buat filem nak membodohkan rakyat. Lu ikut fakta Umno tuh apasal?? Fakta bangsat camtu la yang meruntun lu jatuh... Lu ikut fakta-fakta pro-penjajah plak pehal?? Penjajah telah menidakkan peranan tok-tok guru... Hanya mengangkat pembodek yang sebulu... Apa cer la lu cakap neh... Cakap tak bodek tapi story kisah bapak Najib... Lawak la lu... ******************************* Pengarah: Saya bukan nak bodek Najib Pengarah Shuhaimi Baba menegaskan, filem terbarunya Tanda Putera tidak pernah dibuat untuk membodek Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Sebaliknya, tegas Shuhaimi, ia hanya memaparkan sejarah persahabatan dan perjuangan perdana menteri kedua Tun Abdul Razak - yang juga bapa Najib - dan timbalannya Tun Dr Ismail. "Tun Razak dan Tun Dr Ismail adalah perdana menteri dan timbalan perdana menteri pada masa itu. "Kita kena terima fakta itu walaupun mereka datangnya daripada Umno. Kalau pun mereka datang daripada parti lain itu juga satu fakta. "Ini bukan soal bodek, kita ada orang lain yang kita boleh bodek kalau kita mahu," kata Shuhaimi pada sidang media di Petaling Jaya petang tadi.- Malaysiakini |
ABBY kena bijak kawal diri, mai tengok pasai apa Posted: 15 Aug 2012 05:10 AM PDT Pasti ramai yang mengetahui setiap ceramah UAI pasti menarik ribuan penonton apabila UAI seringkali menyelitkan unsur jenaka sewaktu dakwah. Tapi kali ini lain pula jadinya apabila Abby Abadi seolah-olah menggelupur malu apabila UAI menjawab persoalan yang diberikan oleh Abby sendiri. Abby bertanya kepada UAI berkenaan isu artis yang berhijrah dan mula memperkatakan isu agama. UAI menegaskan penghijrahan kepada sesuatu yang lebih baik menjadi kemestian untuk umat Islam lain suka dengan perubahan yang mereka lakukan. Selain itu, antara jawapan UAI adalah; "Kadang-kadang kita ni artis, dulu kita lagha, sekarang kita ok dah, mulakan perjalanan. Nombor satu, kita kena jaga. Jangan kita hentam kawan-kawan yang sama-sama dengan kita sekarang yang masih belum berhijrah. Ahhh.. itu yang kita kena jaga," kata UAI. Secara tiba-tiba Abby bersuara menyekat mesej yang cuba disampaikan oleh UAI. Abby berkata, "Ustaz nak tuduh saya yek.. Itu fitnah. Itu tuduhan ustaz. Itu tuduhan." Ehhh.. kenapa Abby 'menggelupur' ni? Sedangkan UAI menyatakan secara umum dan tidak menyebut mana-mana individu. Itulah kata orang-orang tua, 'siapa makan cili, dialah yang terasa pedasnya'. Menjadi persoalan juga apabila mengapa perlu Abby terasa dengan kata-kata UAI itu. Patutnya Abby malu dan menimbangkan untuk terjun lombong sekejap pasal nasihat UAI tu kena tepat kat batang hidung dia sampai dia menjerit-jerit nak cover line kat atas pentas ceramah. Dan adakah dia seorang sahaja artis yang berhijrah dalam masa yang sama menghentam rakan-rakan industri? Jika anda yang biasa mendengar ceramah UAI, pasti tahu cara UAI. UAI lebih 'direct' dalam menyampaikan sesuatu mesej. Sebagai contoh sewaktu program bersama Zizan Raja Lawak suatu ketika dahulu. Zizan tidak melenting dan 'cool' serta menerima secara positif nasihat UAI. Penulis tidak lah bijak mana untuk memberi nasihat kepada pembaca. Tetapi dari sudut sebagai seorang pengantara atau pengacara, Abby seharusnya tidak seharusnya cepat 'melatah' dengan mesej yang disampaikan oleh panel. Seolah-olah seperti Abby tidak tahu adab serta cara untuk mengawal diri sebagai sebagai seorang pengacara yang baik. Apa salahnya jika Abby mendengar dahulu apa yang UAI cuba sampaikan dan terima dari sudut positif. Video Abby Abadi dimalukan dengan soalannya sendiri mynewshub.my |
HODOH sungguh cara dia ni angkat DIRI... Posted: 15 Aug 2012 01:00 AM PDT 'Saya berjaya 'kunci' mulut mubaligh Kristian' Presiden Jalur Tiga (JATI) Datuk Dr Hassan Ali mendakwa siri pendedahannya berhubung usaha mengkristiankan umat Islam berjaya menutup mulut golongan mubaligh Kristian. Beliau mendakwa, langkah mendedahkan video pengakuan mangsa terbabit dan ceramah yang disampaikannya dalam siri jelajah di seluruh negara akhirnya berjaya mendiamkan golongan mubaligh itu. "Atas pendedahan video itu, reda sedikit bishop dan reverend. Mereka tak bercakap (soal mendekati orang Islam)," katanya bekas pesuruhjaya PAS Selangor itu.Bercakap dalam satu majlis berbuka puasa di Kuala Lumpur bersama lebih 100 umat Islam yang didakwa pernah cuba dimurtadkan malam tadi, Hasan berkata, masyarakat sedar dan tidak lagi mengkritik JATI. Malah, katanya, usaha dan "ugutan" terhadap NGO itu juga tidak lagi kedengaran di alam maya seperti sebelum ini. "Kalau baca dalam blog, orang 'tertinggi' (dulu) bantai JATI, ugut kita. Tetapi sekarang sudah reda," katanya.Sementara itu, beliau juga mengumumkan usaha menubuhkan sebuah yayasan antimurtad bagi memasuki "gelanggang utama" dakwah yang lebih luas. Badan dinamakan Yasasan Murni Akidah itu, yang sedang dalam proses pendaftaran, dikembangkan daripada Unit Selamatkan Akidah yang ditubuhkannya semasa menjadi exco agama Selangor, kata Hasan. "Kita (melalui yayasan ini) akan kemukakan proposal pada pihak berwajib untuk melaksanakan cadangan yang melibatkan dasar dan implementasinya (berkaitan akidah)," katanya lagi.Yayasan itu, kata Hasan, akan bekerjasama dengan agensi kerajaan berkaitan dan NGO bagi membendung ancaman Kristianisani yang didakwanya kritikal dan getir. Katanya lagi, yayasan tersebut kini mula menerima "bantuan" dan sokongan daripada golongan profesional. Hasan juga berkata, JATI akan turut merekrut pendakwah yang mempunyai daya tahan dan daya saing seperti golongan paderi yang turun ke pedalaman dengan susah payah. Langkah itu bagi menyaingi dakyah yang didakwanya disebarkan kumpulan Kristian.- Malaysiakini |
MAI pakat2 TIBAI member Hassan Ali neh... Posted: 14 Aug 2012 10:10 PM PDT (Nasharudin bersama Presiden Umno dan beberapa pemimpin Arab di Mekah) KOTA BHARU: Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK) meminta bekas Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa menyatakan pendiriannya dengan jelas samada masih ingin bersama PAS atau membawa haluan yang bertentangan dengan kehendak parti. "Jika beliau sudah tidak berminat bersama-sama dengan PAS, amatlah wajar untuk beliau meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Bachok daripada terus menerus mengkhianati amanah yang diberikan oleh rakyat Bachok di dalam PRU12 yang lalu," kata Setiausahanya, Mohd Nuri Mat Yaacob dalam kenyataannya yang dihantar kepada Harakahdaily.Beliau mengulas kenyataan Nasharudin yang dikeluarkan oleh beliau seperti yang tersiar di dalam Buletin Utama TV3 hari ini di mana beliau mencadangkan agar PAS keluar dari Pakatan Rakyat jika DAP menentang hudud. Beliau juga dilihat bersama-sama dengan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak di Mekah sedangkan pada awal Ramadhan lalu beliau telah pergi ke sana. "DPPNK melihat cadangan beliau tersebut hanyalah mengulangi hujah-hujah yang diratib oleh pemimpin-pemimpin Umno selama ini. "Sedangkan semua pihak sedia maklum bahawa kerajaan pusat yang ditunjangi oleh Umno dan BN lah yang sebenarnya menghalang pelaksanaan hudud di Kelantan selama ini," kata Nuri dalam kenyataannya.Ditambah dengan sikap beliau yang dilihat pro Umno sejak kebelakangan ini, DPPNK melihat amat wajar untuk beliau membuat pengisytiharan rasmi adakah beliau masih setia bersama PAS atau sebaliknya. "Jika beliau sudah tidak berminat bersama-sama dengan PAS, amatlah wajar untuk beliau meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Bachok daripada terus menerus mengkhianati amanah yang diberikan oleh rakyat Bachok di dalam PRU12 yang lalu," katanya.Bagi DPPNK, katanya, PAS sedikitpun tidak rugi jika individu seperti beliau mengangkat kaki meninggalkan parti.- Harakahdaily |
WAJIB BACA: Tazkirah AC Mizal kat Abby Abadi Posted: 14 Aug 2012 08:00 PM PDT Dato AC Mizal Hormati Pilihan Abby Abadi Tapi… KUALA LUMPUR, 10 OGOS 2012: Banyak yang dilakukan Abby Abadi sejak dia mengambil keputusan untuk berhijrah. Antaranya ialah memilih jalan untuk memperbaiki hubungan di antara dia dengan Memey Suhaiza dan juga Norman Hakim yang juga merupakan ayah kepada anak-anaknya. Malah, dia juga telah pernah muncul di pusat tahanan ISA dengan suara yang lantang sambil menghentam pihak polis dan perkara ini nampaknya telah mencuri perhatian Dato' AC Mizal sehingga mencabar rakan seperjuangannya daripada siri Gerak Khas itu untuk berdebat mengenai peranan pihak berkuasa secara keseluruhannya. "Debat itu bukan soal utama tetapi setiap ungkapan dan kata-kata yang diucapkan oleh Abby menjurus mengutuk pihak polis. Saya terpanggil untuk bersuara kerana saya dibesarkan dalam keluarga polis di mana bapa hingga datuk saya seorang polis. "Saya tidak pernah melihat bapa saya berkelakuan (tidak baik) seperti yang dikatakan. Bagi saya kita kena terapkan nilai dalam diri dan kena tahu peranan dan tanggungjawab polis. Bukan nak jaga ISA itu sahaja, mereka menjaga keamanan negara berteraskan undang-undang. "Fikirlah, kalau polis yang jaga undang-undang sudah tidak dihormati, bagaimana dengan undang-undang? Semua dah tak takut sebab tidak hormat polis dan undang-undang dan ketika itulah baru anda mahu menuding jari kepada pihak berkuasa berkenaan jika musibah yang berlaku akibat keamanan negara telah diragut oleh mereka yang mempunyai kepentingan sendiri," ujarnya yang ditanyakan mengenai hal tersebut.Mengenai pilihan Abby Abadi untuk aktif berpolitik dengan memilih untuk menyertai parti pihak pembangkang, AC Mizal berkata, dia tidak punya apa-apa untuk diperkatakan, sebaliknya menghormati keputusan Abby Abadi. "Saya cuma mahu ingatkan Abby jika mahu membuat apa-apa kenyataan diharapkan ada justifikasi yang betul mengenainya. Biarlah kita tertib dan sopan apatah lagi jika mahu berdakwah atau menyebarkan ajaran Islam. "Janganlah terlalu taksub dengan ideologI politik kerana pegangan agama itu suci untuk dipolitikkan. Setiap butir kata yang diucapkan eloklah difikir dahulu kerana kadangkala kita tidak tahu mungkin kita ada mengaibkan orang lain atau mengguris hati orang lain. "Mungkin sekarang ramai yang menyokong apa yang anda suarakan mana tahu suatu masa akan datang apa yang kita perjuangkan itu akan makan diri kita balik," ujarnya kepada portal murai.com.my setelah diminta untuk komen mengenai isu tersebut.Murai |
MENARIK betoi artikel neh... [BACA] Posted: 14 Aug 2012 05:53 PM PDT PEMUDA ITU HALANG SAYA DARI BERUNDUR DARI SEJADAH EMPUK BERWARNA KUNING ITU. Perkongsian hebat dari seorang warga Kelantan, Wan Norhaziki Wan Halim: Suatu hari ketika saya di tingkatan tiga, saya ke Masjid Muhammadi, Kota Bharu untuk mendirikan solat Jumaat. Di dalam masjid, saya berasa hairan kerana para jemaah tidak berani menduduki beberapa helai sejadah kuning yang dihamparkan di belakang sejadah imam. Tanpa mempedulikan orang lain, saya terus bersolat tahiyyatul masjid di atas sehelai sejadah kuning bersebelahan sehelai sejadah kuning empuk yang paling istimewa. Ketika beri'tikaf, saya mula menyedari bahawa diri saya sedang diperhatikan oleh orang ramai termasuk tuan imam. Tidak lama kemudian, beberapa individu berbaju Melayu kuning bersamping datang ke arah saya lalu duduk di atas sejadah-sejadah kuning berkenaan. Baru saya menyedari bahawa Sultan Kelantan (Sultan Ismail Petra) duduk betul-betul di sebelah kiri saya di atas sejadah empuk tadi. Ketika itu, saya mula rasa bersalah dan bertekad hendak mundur ke saf belakang kerana menyedari bahawa sejadah yang saya duduki di sebelah baginda sultan itu telah dikhaskan untuk seorang individu. Ketika saya cuba berundur ke belakang, seorang pemuda yang saya yakini merupakan pemilik sejadah tersebut menghalang saya dari berundur dan beliau duduk bersebelahan saya. Ketika bersalaman dengannya, beliau menghadiahkan senyuman manisnya kepada saya. Hari ini pemuda tersebut telah bergelar 'Sultan' bagi Negeri Serambi Mekah. Jika dahulu semasa bergelar 'Raja Muda' baginda pernah membenarkan sejadahnya dipijak oleh saya, hari ini pula setelah bergelar 'Sultan' baginda telah membenarkan mahligainya diinapi oleh ribuan rakyatnya untuk berqiyamullail. "Allahuakbar" sumber: FB |
APA punya SETAN budak neh... [BACA] Posted: 14 Aug 2012 12:00 PM PDT Samun ibu sendiri PETALING JAYA: Anak setan. Itulah gelaran layak diberikan kepada seorang remaja berusia 18 tahun apabila bukan saja mengugut untuk membakar rumahnya sendiri sebaliknya memecah masuk bilik ibunya sebelum 'menyamun' barang kemas dan wang tunai dianggarkan lebih RM2,000 dalam kejadian di rumah mereka di Seksyen 6, di sini Sabtu lalu. Remaja terbabit bertindak demikian selepas keengganan ibunya berusia 53 tahun memberikan wang kepadanya yang mahu digunakannya untuk berjoli bersama rakan-rakannya. Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 pagi itu, remaja terbabit masuk ke bilik ibunya bagi meminta wang. Menurut sumber, remaja terbabit memberitahu mahu keluar dan pergi membeli baju raya, namun ibunya mengesyaki anaknya itu mahu berjoli bersama rakannya. "Disebabkan itu, wanita terbabit tidak memberikan wang kepada anaknya itu," katanya.Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan.- myMetro |
You are subscribed to email updates from shalehudin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan