Senyum Tangis Sendu |
- Askar dibunuh
- Angkara Suami Isteri Dapat HIV, Anak-anak Pualaukan Ibunya
- Kanak-kanak Terkorban di Kedai Roti
- Isteri Ahli Politik Bunuh Peniaga
- 13 Maut Dipanah Petir Ketika Terawih
- Tamrin Ghaffar Sertai PAS, Malam Ini Di Bukit Katil
Posted: 12 Aug 2012 03:00 AM PDT KABUL: Seorang rakyat Afghanistan yang bekerja di markas tentera Nato menembak mati tiga askar antarabangsa kelmarin pada hari sama tiga lagi dibunuh oleh polis negara itu, kata pegawai Tentera Bantuan Keselamatan Antarabangsa (ISAF) semalam. "Penembak tidak memakai uniform dan laporan kami menyatakan dia adalah pekerja awam yang bertugas di markas itu, tetapi tiada bukti menyatakan dia adalah anggota tentera Afghanistan," kata jurucakap ISAF. Jurucakap itu berkata, dia tidak mempunyai maklumat bagaimana pekerja awam terbabit mendapat senjata di markas tentera Afghanistan-Nato di selatan negara itu. Kelmarin seorang anggota polis Afghanistan melepaskan tembakan terhadap empat askar Amerika yang diundang untuk menjamu selera, membunuh tiga daripada mereka, kata pihak berkuasa Afghanistan dalam insiden serangan ketiga dalam tempoh empat hari saja. Tentera AS di Afghanistan mengesahkan bahawa tiga tentera mereka dibunuh oleh "seorang penjawat awam beruniform Afghanistan" di daerah Sangin di wilayah Helmand, tetapi tidak memberi ulasan lanjut. - AFP |
Angkara Suami Isteri Dapat HIV, Anak-anak Pualaukan Ibunya Posted: 11 Aug 2012 11:30 PM PDT KUALA LUMPUR: "Setiap kali Ramadan, saya rindukan anak. Saya harap sangat dapat bertemu mereka menjelang Aidilfitri, walaupun sekali, sebelum saya menghembuskan nafas terakhir," kata Nur Haina Muhammad, 59 (bukan nama sebenar) ketika ditemui di Rumah Solehah, sebuah pusat penjagaan penghidap Aids di sini, baru-baru ini. BELAJAR... Nur Haina (dua dari kanan) bersama penghuni Rumah Solehah dibimbing tenaga pengajar. Haina yang lima tahun disahkan menjadi pembawa HIV berkata, dengan usia makin lanjut dan sampai di penghujung, dia berharap sangat untuk bertemu empat anak kandungnya bagi melepaskan rindu. "Sudah terlalu lama saya tak jumpa anak, saya minta mereka jangan lupakan saya. "Saya tak pasti umur masih panjang atau tidak. Dengan penyakit dihidapi, saya takut kalau sampai masanya tak dapat berjumpa mereka. "Tambahan pula dua rakan saya yang juga penghidap Aids sudah dijemput Ilahi, menyebabkan saya kini menghitung hari menunggu detik hilang nyawa," katanya yang berasal dari utara Semenanjung. |
Kanak-kanak Terkorban di Kedai Roti Posted: 11 Aug 2012 10:00 PM PDT ALEPPO: Tentera Syria dan askar pemberontak bertempur kelmarin di bandar raya ini, di mana beberapa orang mati apabila sebuah bom terkena di sebuah kedai roti ketika ratusan penduduk beratur untuk membeli roti, kata petugas media semalam. Petugas media itu berkata, puluhan penduduk, termasuk tiga kanak-kanak terbunuh dan 20 lagi cedera di kedai roti di daerah Tariq al-Bab di timur bandar raya itu. Tentera kerajaan juga menangkis serangan askar pemberontak di Lapangan Terbang Aleppo, lapor agensi berita kerajaan SANA. Dalam kenyataannya, SANA melaporkan, "pengganas yang lengkap bersenjata" cuba melakukan serangan dan tentera menyerang balas hingga membunuh hampir semua mereka. Dalam pertempuran terbaru itu, kubu bersejarah di bandar raya itu yang menjadi sebahagian tapak warisan dunia disenaraikan Unesco rosak teruk akibat terkena bom, kata parti pembangkang. - AFP |
Isteri Ahli Politik Bunuh Peniaga Posted: 11 Aug 2012 08:30 PM PDT HEFEI (China): Isteri kepada bekas ahli politik China, Bo Xilai yang kejatuhannya menggemparkan parti pemerintah negara itu, mengakui membunuh ahli perniagaan Britain dan menyalahkan tindakannya itu akibat tekanan mental, kata media kerajaan semalam. Gu Kailai dalam perbicaraan di mahkamah di sini, memberitahu dia meracun Neil Heywood selepas dilanda ketakutan bahawa anak lelakinya dalam bahaya, lapor agensi berita Xinhua, lebih daripada sehari selepas perbicaraan itu selesai. Bekas peguam ternama itu berkata, dia akan "menerima dan menghadapi dengan tenang sebarang hukuman" yang dijatuhkan mahkamah selepas perbicaraan selama tujuh jam dalam satu daripada kes berprofil tinggi dalam sejarah negara itu. Keputusan akan diumumkan dalam tempoh terdekat, mungkin selepas beberapa hari atau minggu dan sementara pembunuhan membawa hukuman mati di China, pakar berkata, Kailai mungkin bebas daripada hukuman itu, sebaliknya berdepan hukuman penjara untuk tempoh yang lama. - AFP |
13 Maut Dipanah Petir Ketika Terawih Posted: 11 Aug 2012 06:30 PM PDT DHAKA: Sekurang-kurangnya 13 orang terbunuh dan 15 lagi cedera apabila sebuah bangunan yang dijadikan masjid di desa terpencil di negara ini, disambar petir. Ketika itu penduduk sedang bersolat Tarawih, kata polis semalam. Petir menyambar bangunan beratap jerami itu di desa Saraswatipur di timur laut negara itu kira-kira 200 kilometer dari Dhaka malam semalam. Ketika kejadian, kira-kira 35 orang sedang solat Tarawih, kata Ketua Polis Bayes Alam. "Semua 13 jemaah, termasuk imam masjid mati di tempat kejadian. Sesetengah mayat dan wajah mangsa hangus terbakar," katanya kepada media sambil menambah sekurang-kurangnya 15 orang cedera, termasuk enam yang sedang dirawat di hospital. Penduduk menjadikan bangunan itu sebagai masjid kerana akses untuk bangunan masjid konkrit yang lebih kukuh di desa itu sukar dikunjungi ekoran hujan lebat sejak beberapa minggu lalu yang menyebabkan air sungai Saraswati melimpah. Petir menjadi ancaman utama di Sunamganj, tempat bagi beberapa tasik terbesar di Bangladesh. Kebanyakan insiden berlaku ketika musim angin monsoon antara Jun hingga September apabila daerah itu menerima taburan hujan yang tinggi. - AFP |
Tamrin Ghaffar Sertai PAS, Malam Ini Di Bukit Katil Posted: 11 Aug 2012 03:03 PM PDT Dato' Mohd.Tamrin bin Abdul Ghafar adalah merupakan anak kepada Tun Abdul Ghafar bin Baba. Tun Abdul Ghafar bin Baba (18 Februari 1925 - 23 April 2006) merupakan Timbalan Perdana Menteri di bawah pemerintahan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir bin Mohamad. Abdul Ghafar bin Baba mula memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri pada 10 Mei 1986 sehingga 15 Oktober 1993. Kehadiran beliau dilihat sebagai tokoh penstabil politik Malaysia, ikon 'tokoh politik kampungan' yang berjiwa Melayu tulen. Tamrin adalah ahli politik Malaysia berketurunan Melayu yang pernah menjadi Ahli Parlimen kawasan Batu Berendam, Melaka dari tahun 1986 hingga 1995. Malam tadi, 11 Ogos 2012 di KUIZM Taman Melewar, Dato' Tamrin menyerahkan borang menyertai PAS kepada YB Dato' Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang, Presiden PAS. Bagi orang Melaka, malam ini beliau akan menyampaikan ceramah yang pertama beliau sebagai seorang ahli PAS. Pada malam ini juga beliau akan bergandingan dengan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu akan menyampaikan ceramah di Bukit Katil selepas solat terawih. Kepada yang ingin menyaksikan Tamrin, dijemput hadir beramai-ramai memeriahkan suasana orang Melayu tinggal UMNO. |
You are subscribed to email updates from Senyum Tangis Sendu To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan