Roslan SMS Corner |
Tragedi mercun/bungapi angkara siapa? (15/8/12) Posted: 14 Aug 2012 07:48 PM PDT Di ambang 1 Syawal iaitu Hari Raya Eidul Fitri sudah semestinya umat Islam sibuk membuat persediaan menghadapi hari kemenangan itu. Selain mempertingkatkan ibadah kerana berada pada 10 malam terkahir iaitu tempoh pelepasan dari azab api neraka, persiapan baju Raya, kuih dan lain-lain juga sedang sibuk diatur. Cumanya setiap kali mahu Raya juga maka ketika itulah kita juga didedahkan dengan kemalangan-kemalangan berpunca dari permainan bungapi dan mercun. Contohnya dalam NST hari ini: KOTA BARU: A 22-year-old man may probably lose sight in the right eye while a 15-year-old female student suffered serious injuries to the thighs in two separate firecracker explosions today. Mohd Azril Norahaidi, 22, from Kampung Gaung here seriously injured his right eye when 20 ball firecrackers, which were set to dry a zinc roof at his father's home in Kampung Paloh, Pasir Mas, exploded at about 11am. Kita seolah tidak berdaya mengatasi masalah ini sedangkan yang anehnya Kerajaan Malayasia telah mengharamkan pengimportan bungapi dan mercun sejak tahun 90an lagi iaitu selepas tragedy letupan kilang bungapi Bright Sparklers di Sungai Buloh tahun 1991!!! Ini bermakna tidak ada mana-mana syarikat atau individu dibenarkan memohon lesen impot barangan ini. Lantas bagaimana kalau sudah ada pengharaman seumpama itu, masih ada anak-anak termasuk orang dewasa yang tercedera akibat bermain bungapi dan mercun ini??? Beberapa hari lalu dilaporkan para penguatkuasa DBKL dibelasah oleh beberapa individu yang menjual bungapi dan mercun di Jalan Masjid India secara haram. Siapa yang bersalah dalam hal ini? Dalam Harian Metro semalam dilaporkan warga Malaysia sanggup menyeludup masuk bungapi dan mercun dari Thailand kerana ia membawa pulangan yang lumayan. Seorang penyeludup dilaporkan berkata bahawa penyelusdup kecil-kecilan dipanggil "semut" manakala yang besar dipanggil "tauke kapal"! Tidurkah para pegawai dan agensi penguatkuasa kita di sempadan?! Kalau bungapi dan mercun dengan mudah diseludup masuk, bagaimana agaknya senjatapi dan dadah??? Pihak kerajaan perlu tegas mengatasi masalah kelonggaran ini. Jika ada sehingga peringkat "tauke kapal" sudah pasti ada elemen rasuah yang terlibat di sempadan masuk Negara kita. Janganlah kerana mahu senang secara haram, akibatnya barang haram ini bolos masuk dan anak-anak bangsa kemalangan secara sia-sia. Pengharaman ini mesti dituruti dengan penguatkuasaan yang ketat, jika bolos serupa ini, lebi baik kita benarkan sahaja pengimportan bahan ini sekurang-kurangnya kerajaan dapat pungut duti impot dan cukai! |
You are subscribed to email updates from Roslan SMS Corner To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan