Roslan SMS Corner |
Bertemu "Sang Kelembai"...... (13/8/12) Posted: 12 Aug 2012 10:04 PM PDT Semalam semasa bersiar-siar di Kuala Lumpur saya terserempak dengan rakan lama yang sama-sama ber "blog" sekian lama iaitu "Sang Kelembai" ataupun Sdr Zaharin Mohd Yasin. Lama saya kira tidak berjumpa dengan beliau, dipertemukan Allah dalam bulan Ramadhan. Walaupun kami mungkin berbeza fahaman politik tetapi beliau sebagaimana beberapa kalangan rakan-rakan blogger kami yang lain tidaklah ekstrim sehingga tiada ruang untuk bertegur –sapa dan beramah mesra sebagaimana manusia normal. Malah kami boleh duduk minum teh bersama tanpa perlu menyinggung atau menyakit-nyakitkan hati, yang penting maruah dan silaturhim perlu dijaga.
Memang sebagai blogger "style" penulisan kita mencerminkan akhlak dan peribadi kita. Ada yang mahu cepat popular lalu meletakkan dirinya bebas dari sebarang pantang larang, adab dan akhlak, ringan membuahkan kata-kata kesat, nista malah carutan kerana yang penting orang suka baca dan aku jadi terkenal. Ada yang sudi menabur fitnah dan mereka-reka cerita, kerana semata-mata mahu mengejar "hits" dan mahu jadi jaguh sensasi. Saya mula ber "blog" pada 20 haribulan Mei 2004 iaitu lebih 8 tahun dahulu dan saya mengenakan disiplin sendiri ke atas diri saya: jangan tabur fitnah, jangan maki-hamun, jangan lucah dan alhmadulillah walaupun mungkin tidaklah sepopular mana blog saya ini namun saya mencapai kepuasan di dalam setiap posting saya dan yang pentingnya saya merasakan yang saya telah menyumbang ke arah jalan kebaikan dan kebajikan mengharapkan redha Allah swt. Kita lihat hari ini blogger ada yang diheret ke mahkamah da nada yang dipenjara gara-gara menyalahi undang-undang, menyinggung perasaan dan mengaibkan orang. Kita perlu berani menyatakan kebenaran, berjuang bebaskan diri dari kepompong kezaliman tapi jangan sekali-kali menabur fitnah dan menyemarkkan benci dan hasad dengki. Jadilah seorang yang bertanggungjawab, seorang yang berani kerana Allah dan tidak sekali-kali menulis sehingga melanggar adab dan peraturan yang diteapkan Nya. Memang mudah menulis dan menulis mudah menjadi popular, tetapi bagi saya biarlah juga nanti mudah dan popular di Hari Akhirat. Selamat berpuasa dan Selamat Hari Raya Eidul Fitri Abang Zaharin dan rakan-rakan blogger yang lain serta seluruh pengunjung blog ini. |
You are subscribed to email updates from Roslan SMS Corner To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan