Selasa, 14 Ogos 2012

pemuda cheh

pemuda cheh


Tiga lagi MP BN sabah akan lompat

Posted: 13 Aug 2012 11:24 PM PDT



 
Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Lajim Ukin -  yang telah keluar BN dan mengisytiharkan sokongan kepada Pakatan Rakyat - mendakwa tiga lagi ahli parlimen BN akan lompat parti selepas Hari Raya.

Beliau memberitahu organ PKR - Keadilan Daily - bahawa mereka akan berbuat demikian secara berperingkat beberapa bulan lagi.

"Ini (keluar parti) bukan spekulasi atau desas-desus tetapi sesuatu yang benar. Bagaimanapun kita tidak akan dedahkan secara terperinci identiti mereka.

"Mereka akan umum keluar parti dan sokong Pakatan secara berperingkat-peringkat selepas sambutan Aidilfitri sehingga Parlimen dibubar," katanya kepada Keadilan Daily.
Menurut Lajim lagi, seramai 18 daripada 35 ahli jawatankuasa Umno bahagian Beaufort menuruti langkahnya meletak jawatan dan mempromosi Pakatan Perubahan Sabah (PPS) yang menyokong Pakatan.

"Beberapa lagi ketua cawangan Umno Sabah, bekas wakil rakyat dan pemimpin yang pernah menjadi menteri juga akan keluar parti .

"Pengumuman itu akan dilakukan pada masa sesuai," katanya.

Perak Olimpik: Banyaknya Wang Untuk Hasil Yang Sedikit

Posted: 13 Aug 2012 04:56 PM PDT


KEPUTUSAN kerajaan Malaysia memberikan 'Datuk' Lee Chong Wei sejumlah wang yang besar – RM 500,000 sebagai insentif kejayaannya membawa pulang pingat Perak dari Sukan Olimpik di London – adalah sangat-sangat dipertikaikan.
Sudahlah beberapa hari lepas kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang menyumbangkan RM 100,000 kepada Chong Wei,  untuk meraikan kejayaan yang pada hemat penulis, tidak seberapa ini.


Seolah-olah ada perang populariti, siapa yang hulur lebih banyak.  Mana-mana satupun, tetap Chong Wei jugalah yang untung, dah semua wang pun dia sapu.  Tidak mustahil dengan limpahan wang kali ini, Chong Wei berkereta baru lagi, mungkin dari Ferrari ke Lamborghini.
Ini nasib baik satu dan nasib baik Perak.  Kalau Emas atau jumlah pingat yang lebih banyak, penulis tak tahulah berapa banyak lagi wang rakyat yang perlu keluar untuk 'menghargai' atlit-atlit ini.
Lagipun, ini bukan pingat Perak negara yang pertama tapi yang ketiga.  Chong Wei sendiri sudah memperolehi 2 dan pasangan Cheah Soon Kit-Yap Kim Hock telah terlebih dahulu melakukannya di Olimpik Atlanta 1996.
Jadi apa yang sentimental sangat dengan pingat Perak yang ini?
Hakikatnya, ganjaran wang yang banyak sudah terbukti bukan motivasi yang baik untuk atlit-atlit Malaysia, taburlah banyak manapun.  Lebih baik pula atlit-atlit era 60an-70an lagi yang begitu semangat mewakili Malaysia walaupun prasarana dan bantuan kewangan tidak sehebat sekarang.
Sesetengah kejayaan sukan pada era itu masih lagi disebut-sebut sehingga sekarang kerana tidak ada pencapaian hampir sama yang mampu dilakukan generasi sukan hari ini.
Sebab itu, dalam alaf ke 21 inipun, kita masih bercakap tentang kejayaan pasukan bolasepak kita menyertai Olimpik pada tahun 1972 di Munich dan 1980 di Moscow, masing-masing berlaku 40 dan 32 tahun yang lalu!!
Ada yang ketawa tapi inilah realitinya.
Oleh yang sedemikian, penulis berpendapat kerajaan Pakatan Rakyat perlu mengubah 'budaya' yang tidak sihat ini jika kita berjaya menawan Putrajaya kelak.
Cukup-cukuplah dengan segala prasarana dan elaun yang disediakan untuk atlit-atlit ini bagi mencapai kejayaan yang mereka garap hari ini.  Tak perlulah wang yang lebih besar lagi ditabur kerana 'kejayaan' mereka di Olimpik yang berlangsung setiap 4 tahun sekali itu?
Lebih baik wang yang ada itu digunakan untuk mendapatkan atlit yang lebih baik dari negara luar untuk menjadi warganegara kita, seperti yang dilakukan oleh negara Singapura.  Kalau dah bakat dalam negara sendiri pun tak berguna dan boleh diharap, tak salah mencari bakat lain di luar.
Justeru adalah wajar kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang menarik semula ganjaran yang telah diberikan kepada Chong Wei.  Wang RM 100,000 yang dikeluarkan itu lebih baik digunakan untuk tujuan yang lebih berfaedah.
Apatah lagi bila penulis mendengar, wang itu bukan dibayar untuk menghargai 'kejayaan' Chong Wei, tapi lebih kepada mahu menutup 'keterlanjuran' yang dilakukan ADUN DAP Kota Alam Shah, M Manoharan dalam Twitternya baru-baru ini kerana kononnya memperlekehkan Chong Wei.

Tiada ulasan: