Khamis, 9 Ogos 2012

Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


Panas: Anwar Dedah, Ada Seorang Lagi Pemimpin Politik Sabah Akan Menyokong Pakatan Ahad Ini!

Posted: 09 Aug 2012 02:12 AM PDT

PETALING JAYA, 9 Ogos - Datuk Seri Anwar Ibrahim (foto) mendedahkan bahawa seorang lagi pemimpin politik di Sabah akan mengumumkan pendirian menyokong pembangkang ketika lawatannya ke negeri itu pada Ahad ini (12 Ogos). Tanpa mengulas lanjut, ketua pembangkang itu bagaimanapun menegaskan tidak menjanjikan kejutan besar bakal berlaku pada tarikh itu seperti yang pernah dijanjikannya untuk membentuk kerajaan pada pada 16 September 2008. "Yang penting kejutan itu daripada rakyat...kebangkitan rakyat. Apa yang kita sebutkan sebagai kejutan itu sebenarnya adalah kebangkitan rakyat. "Kebetulan beberapa tokoh turut serta (sertai Pakatan Rakyat) dan pada 12 Ogos ini seorang lagi akan umumkan (penyertaan)," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat di Ibu Pejabat PKR hari ini. Anwar dijadual mengadakan lawatan ke kawasan Parlimen Kota Marudu dan Kota Belud Ahad ini. Kedua-dua kawasan berkenaan kini diwakili Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) iaitu Datuk Seri Dr Maximus Ongkili dan Datuk Abdul Rahman Dahlan. Bulan lalu, Datuk Lajim Ukin mengumumkan perleletakan jawatannya dalam Umno manakala Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Wilfred Bumburing, melepaskan jawatan Timbalan Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) untuk menyokong pembangkang. Ditanya sama ada fenomena yang cuba dicetuskan di Sabah hanya sekadar janji palsu seperti 16 September 2008, Anwar bagaimanapun menyangkal pandangan itu sebaliknya menjelaskan pembangkang kini mahu beri fokus untuk hadapi PRU-13 ini.

Fobia Isu Air Menjelang Raya, Penduduk Jengka 7 Rayu Kerajaan Tunaikan Janji Bela Nasib Mereka!

Posted: 09 Aug 2012 01:25 AM PDT

MARAN, 9 Ogos - Rata-rata penduduk Felda Kenanga Jengka 7 dekat sini, kembali gusar dengan masalah ketiadaan bekalan air menjelang perayaan Hari Raya Aidil Fitri tidak lama lagi. Isu yang sudah puluhan tahun menghantui penduduk kini menjlema kembali walau pun berbagai ikhtiar dan usaha telah dilakukan oleh pihak yang berkenaan. Malah, lebih mengecewakan Jabatan Bekalan Air (JBA) Pahang yang dulunya berada di bawa Kerajaan Negeri Pahang, kini sudah dikorporatkan menjadi Perbadanan Air Pahang Berhad (PAIP) sejak awal tahun ini, namun malangnya isu berkenaan tidak juga dapat diselesaikan sehingga ke hari ini. Apa yang mengejutkan senarionya lebih buruk daripada tahun-tahun sebelumnya. Menurut seorang penduduk yang tidak mahu namanya disiarkan kerana gusar dikenakan tindakan oleh Jawatan Kuasa Kemajuan Kampung (JKKK) Felda berkenaan berkata beliau terpaksa membeli tangki tambahan yang berharga hingga RM600 bagi persediaan menghadapi masalah ini. "Bayangkan, rumah kami pernah tiada air selama sebulan baru-baru ini. Kami sungguh sedih dan kecewa dengan apa yang berlaku. Sejak 30 tahun lalu, inilah masalahnya. Segala janji-janji yang ditaburkan oleh pihak berkenaan gagal dan kami terus menjadi mangsa .. menderita terutamanya ketika menjelang musim raya apabila anak-anak cucu mula pulang ke kampung. Malu rasanya, bila kejadian ini terus menimpa walau pun selepas lebih 50 tahun kita merdeka. Bila diajukan perkara ini kepada pihak atasan, kami diugut dengan berbagai-bagai tindakan. Akhirnya terpaksalah kami tanggung derita dan sengsara ini berterusan entah sampai bila agaknya. Mana janji kerajaan untuk bela nasib kami?", kata mangsa terbabit. "Jika dulu.. kami ada Wakil Rakyat untuk mengadu, tapi kini selepas beliau meninggal dunia nasib kami mungkin tidak lagi terbela. Tiada tempat lagi untuk kami mengadu. Alasan yang sama diberikan oleh pihak JBA dan kini PAIP.. bila ada wakil penduduk berjumpa mereka.. Kami terus hidup terseksa dan dirundung ketakutan senantiasa.. tambahan pula bila menjelang hari raya atau pun majlis-majlis kenduri kendara", tambah beliau dengan nada kecewa.


Kepala paip bertukar setiap tahun, tapi penduduk kini terpaksa beli tangki
sendiri kerana sudah tidak tahan lagi dengan masalah air yang melanda


[Apa yang berlaku kepada para penduduk di Felda Jengka 7 ini adalah salah satu rintihan warga peneroka di seluruh negeri Pahang yang senantiasa berhadapan dengan masalah bekalan air ini sebenarnya. Selepas lebih 30 tahun mereka bermastautin di tanah-tanah rancangan Felda isu air terus menghantui sebahagian besar dari kalangan mereka. Tambah teruk lagi apabila melibatkan lokasi kawasan tanah tinggi. Walau pun berbagai aduan dan rintihan telah dibuat kepada pihak atasan namun isu ini tetap tiada jalan penyelesaianya, malah terkadang lebih teruk lagi dari itu. Ramai yang kecewa dengan kerja-kerja yang dilakukan oleh pihak berkenaan, namun mereka tidak dapat berbuat apa-apa kerana takut berhadapan dengan berbagai tindakan andainya membawa perkara ini kepada pihak media. Namun, PDO sebagai wadah perjuangan media yang telus dan bebas terus berperanan membongkar isu sebegini agar rakyat benar-benar dapat hidup lebih selesa dan sejahtera pada masa akan datang].

Tema Merdeka Pakatan Tonjol Penyatuan Rakyat

Posted: 09 Aug 2012 12:34 AM PDT


Untuk mendengar video ini "sila tutup volume" paparan menu radio CiliFM


Panas: KEMAS Tipu Anak Orang Kuat UMNO Bera, Bapa Nekad "Serang" Ismail Sabri Yaakob Hari Ini

Posted: 09 Aug 2012 12:00 AM PDT

BERA, 9 Ogos - Susulan pendedahan sebuah portal berita, berkaitan seorang bapa yang merasa tertipu gara-gara jawatan yang dipohon oleh anaknya Akqramah Johari telah disabotaj oleh pihak lain, maka beliau dengan beraninya telah mengamuk sakan terhadap Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (foto) hari ini. Satu perkelahian dipercayai telah berlaku antara bapa mangsa iaitu Johari Ismail dengan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan itu gara-gara tindakan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) yang menjatuhkan maruah keluarganya. Difahamkan semua kejadian berlaku berpunca daripada tindakan seorang pegawai bahagian perjawatan Kemas Negeri Pahang menghubungi anaknya dengan mengatakan dia berjaya dalam temuduga dan akan di tempatkan di Parlimen Cameron Highland. Akqramah dipercayai telah menjalani temuduga sebagai Pembantu Pembangunan Masyarakat Gred S 17 pada 16 Ogos 2011 di Kuantan. Akibat janji surat tawaran akan dihantar pada bulan Julai lalu, maka anaknya bukan kepalang lagi gembiranya dan memberitahu rakan-rakannya serta terus meletakkan jawatan beliau sebagai pembantu kedai ketika itu. Namun, Setelah sebulan berlalu surat tak sampai juga, pada 31 Julai anak saya menelefon pula pegawai berkenaan. Yang memeranjatkan, dia kata anak saya tak berjaya (dalam temuduga) tetapi tidak memberi sebarang alasan. Berikutan dengan itu anak keempatnya dari enam beradik itu terpaksa menanggung malu dan sedih setelah kawan-kawan sekerja dan sekampung telah meraikan kejayaan kononnya memperolehi pekerjaan baru dengan kerajaan. Tambahnya, beliau percaya pegawai yang menghubunginya dulu bukan main-main dan menurut sumber yang beliau sendiri selidiki ada kemungkinan jawatan yang sepatutnya diisi anaknya disabotaj oleh pihak tertentu. Sehubungan dengan itu, beliau telahpun membuat laporan di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), Biro Pengaduan Awam (BPA) dan Bahagian Perhubungan Awam ibu pejabat Kemas Kuala Lumpur bagi memohon satu siasatan demi keadilan terhadap anaknya.


Inilah Akqramah Johari anak orang kuat UMNO yang jadi mangsa sabotaj itu
[Apa yang menarik dalam kes ini ialah bapa terbabit adalah kakitangan Majlis Daerah Bera (MDB) yang juga merupakan orang kuat UMNO Kampung Batu Papan yang terletak dalam kawasan Parlimen Bera. Kes ini pastinya memeningkan kepala Ismail Sabri Yaakob, tambahan pula menjelangnya Pilihanraya Umum Ke-13 akan datang. Bayangkan, anak orang UMNO pun boleh disabotaj oleh sebuah agensi (KEMAS) yang menjadi mata dan kepala parti UMNO itu sendiri sebenarnya. Ini sudah pasti satu penganiyaan yang nyata terhadap mangsa berkenaan. Apapun, kes ini membuktikan memang wujud unsur kronisme dalam jabatan kerajaaan hatta sehingga pemilihan kakitangan untuk agensi terbabit. Difahamkan kini, PAS Bera telah bersedia menawarkan peguam kepada keluarga berkenaan untuk membawa kes ini ke mahkamah. Semoga jalan penyelesaian yang baik dapat diperolehi demi keadilan mangsa tersebut].

Panas: 'Ibu Bapa Kecewa', Imbuhan Anak Mereka Sertai Persembahan SUKMA Belum Lagi Di Terima

Posted: 08 Aug 2012 04:24 PM PDT

KUANTAN, 9 Ogos - Rata-rata ibubapa pelajar dari sebuah sekolah menengah di Taman Tas dekat sini yang mana anak meraka terpilih menjadi peserta bagi acara persembahan majlis perasmian dan penutupan Sukan Malaysia (SUKMA) baru-baru ini, kecewa dan terkilan apabila mendapati imbuhan yang dijanjikan belum diterima hingga ke hari ini. Difahamkan imbuhan tersebut sepatutnya diterima oleh anak-anak mereka seminggu selepas sukan itu berakhir. Namun hingga ke saat ini bayaran imbuhan berkenaan masih belum diterima, sedangkan bagi sekolah-sekolah lain dipercayai sudah selamat diterima oleh para pelajar masing-masing. Menurut sumber, ada lebih kurang 80 orang pelajar sekolah terbabit terlibat dengan acara itu. Persoalan ini pernah cuba diajukan oleh ibubapa pelajar kepada guru pengiring, namun mereka gagal memberi kata putus dan hanya menyuruh ibubapa mengajukan persoalan itu kepada Pengetua sekolah berkenaan. Sebilangan ibubapa amat risau dengan senario ini, tambahan pula menjelang perayaan Hari Raya Aidil Fitri tidak lama lagi. Salah seorang bapa pelajar yang menghubungi kami berkata beliau amat hairan kenapa anaknya masih belum menerima bayaran tersebut sedangkan rakan-rakannya dari sekolah lain sudah dilangsaikan. "Sudahlah kudrat dan tenaga anak saya dipergunakan semaksima mungkin bagi menjayakan acara tersebut. Kini, bayaran yang dijanjikan pula tidak kunjung tiba.. Ke mana pergi bayaran tersebut.. Siapa yang menguruskan sebenarnya?. Kesian anak saya, hari-hari menunggu.. dahlah pihak berkenaan potong separuh dari bayaran yang dijanjikan iaitu RM150 dari RM300. Kini sangkut pulak dah... takkan nak tunggu lepas raya !!" katanya.

[Persoalannya sekarang, mana pergi wang berkenaan?. Jika perkara ini tidak didedahkan, kita khuatir pelajar berkenaan menjadi mangsa keadaan. Tambahan pula SUKMA sudah hampir sebulan berlalu. Justeru adalah diharapkan, pihak yang berkenaan dapat menguruskan segera bayaran kepada pelajar terbabit selewatnya minggu depan bagi membolehkan mereka menggunakan wang tersebut sebagai persediaan menyambut hari raya. Jika tidak, pasti ramai ibubapa akan memberontak kerana hak anak-anak mereka dinafikan. Pihak yang berkenaan digesa bertindak segera untuk mengelakkan malu yang lebih besar jika perkara ini tidak diselesaika sebelum raya. Tiada alasan lagi, kerana rata-rata pelajar dari sekolah lain telah menerima bayaran imbuhan masing-masing sebenarnya. Jika ada masalah, kenapa pelajar sekolah lain telah menerimanya. Inilah yang menjadi persoalan dikalangan ibubapa pelajar sekolah menengah di Taman Tas sekarang. Harap isu ini dapat diselesaikan segera sebelum hariraya ini]

Panas: "Blogger Cucumatkilau" Di Saman Peguam Rumahnya Sendiri Gara-Gara Dedah Isu Di PDO !!

Posted: 08 Aug 2012 01:54 PM PDT

KUANTAN, 9 Ogos - Blogger Cucumatkilau (foto) sekali lagi bakal berhadapan dengan tindakan saman di Mahkamah Tinggi Kuantan jam 9.00 pagi ini. Saman difailkan oleh firma guaman Tetuan Salamon, Zuraida & Partners berkaitan artikel yang dikeluarkan oleh blog ini pada 27 Mac lalu. Artikel yang bertajuk "Gara-Gara Kesilapan Buat Urusan Rumah Dengan Bekas Calon BN, 'Blogger Cucumatkilau' Terpaksa Berhadapan Saman 'RM28,000' Daripada Pemilik! itu dipercayai telah menimbulkan kemarahan individu terbabit iaitu Salamon Ali Rizal Abdul Rahman. Dalam tuntutan saman yang dibuat oleh peguamnya Omar Ismail Hazman & Co yang beribupejabat di Cheras itu menuntut satu injunksi mahkamah untuk menghalang blogger terbabit dengan apa jua cara sekali pun menerbitkan artikel berkaitan isu tersebut yang kononnya memfitnah beliau. Maka itu, beliau menuntut gantirugi am, gantirugi keterlaluan dan gantirugi tauladan. Juga dituntut ialah faedah pada kadar 4% setahun dikira dari tarikh penghakiman selesai serta kos guaman yang berkaitan. Writ saman telah dihantar oleh peguam terbabit pada 3 Julai 2012 yang lalu. Turut disaman ialah blog Pahang Daily Online (PDO) yang dikaitkan dengan penyiaran artikel terbabit. Sementara itu Blogger Cucumatkilau ketika dihubungi berkata beliau sedia berhadapan dengan tindakan saman itu jika ia sudah ditakdirkan. "Selepas dua tahun kami menghadapi kes ini, maka eloklah dia (Salamon) membawa kes ini ke mahkamah sekarang. Saya terkejut apabila peguam beliau Omar Ismail Hazman & Co, mendakwa tiada berlaku kecuaian atau kelewatan, tiada sebarang penipuan atau helah serta tidak lepas tangan atau mengabaikan tanggungjawab terhadap kami (saya dan isteri) dalam hal ini. Sedangkan kami terpaksa berhadapan dengan kes ini di Mahkamah Sesyen Raub sejak tahun 2010 sebelum dipindahkan ke Mahkamah Seysen Kuantan sekarang. Dalam tempoh itu, pihak peguam berkenaan tidak pernah sekali pun membantu apatah lagi hadir sebagai pemerhati perbicaraan yang kami lalui. Maka itu, elok benar kes ini dibawa ke mahkamah supaya kami boleh mendedahkan segala dokumen yang berkaitan", katanya.

Sedia Selesaikan Kes Tersebut Di Luar Mahkamah


Beliau turut mengakui ada melakukan kesalahan akibat kelewatan, namun dalam masa yang sama peguam berkenaan juga harus akui mereka turut melakukan kesalahan yang jelas dan bercanggah dengan akta guaman. "Apa boleh buat, saya sudah menghantar surat rasmi dan bersedia mengarahkan blog Pahang Daily Online menarik balik segala artikel yang telah disiarkan bagi membersihkan semula nama firma guaman terbabit. Dengan syarat kes ini diselesaikan di luar mahkamah. Itu yang lebih baik daripada ia berpanjangan yang boleh menjejas perniagaan mereka. Tambahan pula peguam berkenaan juga adalah Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Atabara Perdana iaitu lokasi tempat saya tinggal dan bermastautin di rumah berkenaan. Makanya, jika kes ini tidak diselesaikan secara baik dan bijak sana, bukankah ia akan memberikan impak yang lebih buruk antara kita pada masa-masa yang akan datang pastinya. Surat yang bertarikh 1 Ogos 2012 itu langsung tidak dijawab oleh pihak firma guaman terbabit, maka saya terpaksalah berhadapan dengan kes ini di mahkamah jika itu yang dimahukan", kata blogger Cucumatkilau.

[Amatlah baik jika kes ini diselesaikan diluar mahkamah dan kedua-dua pihak mencari jalan penyelesaian untuk menguruskan kes saman daripada penjual rumah berkenaan dan bukannya mengusutkan keadaan dengan menyaman pula blogger berkenaan. Malah difahamkan peguam berkenaan adalah Pengerusi Taman Perumahan tempat blogger terbabit tinggal, maknanya blogger Cucumatkilau adalah komuniti di taman perubahan beliau sendiri. Pendedahan mungkin terpaksa dilakukan di media apabila peguam berkenaan langsung tidak memberi sokongan dan perhatian terhadap kes yang beliau hadapi sejak dua tahun lalu. Sedangkan dalam masa yang sama beliau telah membayar caj guaman kepada firma terbabit. Walau pun ia bukan sikap lepas tangan, namun peguam sepatutnya memberi khidmat nasihat guaman dengan baik sehingga sesuatu proses itu selesai. Jika belum selesai maka langkah terbaik ialah mengadakan perbincangan yang sewajarnya dengan pihak berkenaan, Semoga kes ini dapat "diselesaikan secara baik untuk kebaikan semua pihak" hendaknya].

Panas: ANAK Buat Laporan Terhadap Ismail Sabri

Posted: 08 Aug 2012 01:08 AM PDT


Untuk mendengar video ini "sila tutup volume" paparan menu radio CiliFM

Tiada ulasan: