Ahad, 5 Ogos 2012

Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


Kerajaan Di Gesa "Baik Pulih" Jalan Masuk Utama Yang Rosak Dan Tiada Lampu Ke Bandar Kuantan

Posted: 04 Aug 2012 12:31 PM PDT

KUANTAN, 5 Ogos - Kerajaan Negeri Pahang digesa membaik pulih dua jalan masuk utama ke bandar Kuantan dari arah Lebuhraya Pantai Timur (LPT). Ini berikutan dua jalan utama terbabit yang sepatutnya dinaik taraf atau diperbaiki namun sehingga kini masih mendatangkan masalah kepada orang ramai. Jalan berkenaan ialah jalan Kuantan-Gambang dari arah Simpang Jalan Tun Razak (Caltex) hingga ke Batu 12, berhampiran Taman Mahkota Aman. Jalan terbabit ialah pintu masuk utama ke Kuantan dari Plaza Tol Gambang, namun keadaan jalannya amat daif tidak rata dan berlubang di sana sini. Malah lebih teruk lagi dari jalan kampung sebenarnya. Tambah menyedihkan, jalan berkenaan tidak berlampu sedangkan ia adalah pintu masuk utama ke bandar Kuantan terutamanya bagi mereka yang datang dari Kuala Lumpur. Jalan tidak berlampu dan cukup membahayakan orang ramai yang lalu lalang disitu terutamanya pada musim hujan. Satu lagi jalan yang bermasalah itu ialah dari arah Plaza Tol Kuantan (Bukit Goh) bermula dari kawasan Taman Impian Ku hingga ke Indera Mahkota 14. Jalan berkenaan juga merupakan pintu masuk utama ke Kuantan sebenarnya. Namun, bertahun-tahun lamanya jalan itu diperbaiki namun sehingga kini masih gagal disiapkan. Malah, difahamkan kontraktor yang berkenaan juga sudah bertukar sekarang ini. Akibat masalah jalan rosak dan kon-kon yang diletakkan di tengah jalan menimbulkan masalah kepada orang ramai terutamanya pada waktu malam. Senario ini sudah berlaku terlalu lama dan sudah beberapa kali diajukan oleh masyarakat setempat kepada pihak yang berkenaan. Namun, sehingga kini ia masih lagi gagal untuk diatasi.


Plaza Tol Kuantan (kiri) dan Gambang (Kanan) pintu masuk utama dari LPT
soalnya kenapa jalan utama begitu bermasalah serta sungguh memalukan

Bukti, jalan rosak dan tiada lampu jalan walhal ia pintu masuk ke Kuantan
dari arah Gambang. Peliknya kenapakah kerajaan tidak sedar perkara ini?

Bukti, jalan Gambang-Kuantan masih tidak berlampu di kawasan PUSPEN
biar pun ia laluan jalan masuk utama ke bandar Kuantan sebenarnya


Jalan Kuantan Pekan yang tidak banyak kenderaan lalu, dibina begitu canggih
lampu jalan dalam jarak yang dekat-dekat dilihat menghiasasi jalan tersebut

[Soalnya, kenapa kerajaan boleh membiarkan jalan-jalan utama berkenaan sedemikian rupa. Mahu dikatakan tidak cukup peruntukan, sering dilihat Jabatan Kerja Raya (JKR) menurap jalan-jalan di sekitar bandar Kuantan yang masih elok. Jalan elok dibaiki tapi jalan bermasalah dibiarkan. Tambah menyedihkan, ia dibiarkan begitu walau pun ketika ribuan orang datang ke Kuantan ketika Sukan Malaysia (SUKMA XV) Pahang baru-baru ini. Aneh benar bila kerajaan menutup mata atas masalah yang berlaku. Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) yang sepatutnya memantau keadaan ini juga hanya lebih berselera menyaman daripada memperbaiki kemudahan untuk rakyat. Inilah yang membimbangkan orang rama sebenarnya. Justeru, pihak berkenaan digesa mengambil perhatian atas teguran ini demi keselamatan orang ramai terutamanya para pelancong yang datang dari luar ke bandar Kuantan. Persoalannya, kenapa jalan dari Kuantan ke Pekan begitu canggih, sedangkan tidak banyak kenderaan yang melalui jalan itu. Malah, sepanjang jalan tiang lampu dipasang. Peliknya, jalan utama ke Kuantan gelap gelita tanpa ada iniseatif untuk dibaik pulih. Justeru, kerajaan digesa bertindak segera demi keselamatan rakyat dan pengguna jalanraya keseluruhannya. Lagi pun, ia adalah jalan yang merupakan laluan pintu masuk utama ke bandar Kuantan ini sebenarnya!]

Panas: Saham FGV Jatuh, Isa Samad Kata Perkara Biasa Sebab Mahu Tutup Malu Besar Sebenarnya !

Posted: 04 Aug 2012 11:45 AM PDT

KUALA LUMPUR, 5 Ogos - Naik turun harga saham di Bursa Malaysia merupakan perkara biasa, kata Pengerusi kumpulan Felda Tan Sri Isa Samad (foto). Beliau berkata peneroka dan pemegang saham sudah sedia maklum terhadap situasi ini dan percaya keyakinan mereka terhadap FGV tidak akan terjejas disebabkan penurunan harga sahamnya. "Kemerosotan harga saham FGV baru-baru ini dipengaruhi oleh kejatuhan harga kelapa sawit dunia dan serantau, yang turut memnyebabkan penurunan di syarikat-syarikat perladangan yang lain. "Ia telah sedikit sebanyak mempengaruhi pergerakan harga saham FGV kebelakangan ini yang menyaksikan harga sahamnya berada pada paras RM5.00," katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa kumpulan FGV bersama anak yatim di sini, kelmarin. Beliau berkata pasaran serantau dijangka kembali melonjak minggu hadapan, dan perkembangan positif ini dijangka mempengaruhi harga saham FGV minggu depan. "Saya percaya, dengan perancangan yang kita telah buat, FGV akan menjadi lebih baik pada masa akan datang," kata Isa. Beliau bagaimanapun berkata harga saham FGV turut bergantung kepada keadaan ekonomi dunia dan serantau, dan harga komoditi yang sentiasa mengalami kenaikan dan penurunan. Isa turut mengulas mengenai laporan negatif mengenai saham FGV oleh sesetengah penulis blog di Malaysia yang disifatkannya sebagai tidak berasas dan mempunyai tujuan-tujuan tertentu. Sehingga pukul 5 petang Jumaat, harga saham FGV berada pada paras RM5.05. FGV yang baru disenaraikan pada 28 Jun lepas, diapungkan pada harga RM4.55 seunit, dan pernah mencecah RM5.50 pada minggu awal disenaraikan sebelum merosot pada harga ketika ini. Mengenai program berbuka puasa, Isa berkata seramai 50 orang anak yatim yang terpilih dari kawasan Sentul, dihimpunkan untuk berbuka bersama dengan kakitangan kumpulan FGV. Sebanyak RM8,000 diperuntukan untuk anak-anak yatim, dengan RM5,000 merupakan sumbangan bentuk wang ringgit, katanya.

[Macam-macam pula alasan Isa Samad sekarang ini. Dulu kata saham FGV akan terus melonjak dalam tempoh enam bulan ia disenaraikan di Bursa Malaysia. Tapi sekarang sudah lari tajuk pula. Persoalannya, apakah peneroka tahu dan dimaklunkan hal ini?. Adakah mereka semua punyai talian internet untuk melihat info terkini saham menerusi laman web Bursa Malaysia?. Nampak benar Isa Samad sekali lagu cuba menipu. Masa bila FGV maklumkan saham mereka turun, yang kita tahu dia berdegar-degar kata saham itu tidak akan turun. Mana mungkin peneroka boleh mendapat maklumat tentang penurunan harga ini jika ia tidak dihebahkan dalam media arus perdana. Berita ini tidak berani disiarkan kerana ia akan memalukan Isa Samad dan Najib Razak sendiri sebenarnya. Justertu, dijangkankan saham FGV akan terus menjunam dan mereka pasti akan mendapat malu besar selepas ini. Kini, ramai yang tertawa melihat perangai Isa Samad yang masih mahu "menegakkan benang yang basah", sedangkan hakikatnya umum sudah tahu FGV belum bersedia ke arah itu (disenaraikan). Malah, kenyataan Isa Samad saham senantiasa turun naik juga tidak berlaku kepada FGV kerana saham syarikat itu senantiasa turun dan tidak naik-naik melebihi harga tawaran awalnya]. Lagi info FGV Klik SINI

Video: Krisis Air Selangor, Realiti Atau Pun Auta !

Posted: 04 Aug 2012 08:46 AM PDT

Tiada ulasan: