Sabtu, 4 Ogos 2012

Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


Panas: Bekas Ketua Polis Pahang, Datuk Ramli Yusoff Akan Sertai PAS Dalam Masa Terdekat Ini!

Posted: 04 Aug 2012 05:35 AM PDT

KUANTAN, 4 Ogos - Berita panas yang baru diterima dan pastinya mengejutkan ramai anggoto Polis DiRaja Malaysia (PDRM) di Pahang ialah bekas ketua mereka iaitu Datuk Ramli Yusoff (foto) dijangka akan menyertai Parti Islam SeMalaysia (PAS). Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman itu akan menyertai PAS dalam masa terdekat. Difahamkan beberapa siri perbincangan telah berlangsung antara PAS dan Ramli berhubung perkara itu dan perkembangan terbarunya juga sangat mengembirakan. Penyertaan Datuk Ramli ini juga dijangka melonjakkan lagi semangat rakyat untuk berjuang mempertahankan kebenaran di bumi Malaysia yang tercinta ini. Jika benar laporan ini maka beliau adalah pimpinan tertinggi PDRM yang berbuat demikian sebenarnya. Sebelum ini, bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Fauzi Shaari turut menyertai PAS, yang dilihat sebagai sebahagian daripada usaha parti Islam itu merekrut ahli daripada pelbagai latar. Ramli sebelum ini mencuri perhatian apabila terdapat dakwaan beliau dianiaya ekoran konspirasi melibatkan peguam negara dan bekas ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan untuk melindungi tokoh kongsi gelap Johor Goh Cheng Poh atau Tengku Goh pada 2007. Musa bagaimanapun menafikannya manakala Perdana Menteri pula menolak penubuhan tribunal untuk menyiasat perkara itu kerana berpendapat ia hanya dakwaan dan dakwaan itu perlulah disahkan.

[Apa yang pasti penyertaan Datuk Ramli ini membuka mata kepada semua anak buahnya yang masih bertugas dengan PDRM di Pahang ini. Jika seorang ketua seperti beliau boleh sertai PAS dan telah diperlakukan sesuka hati oleh pimpinan atasan gara-gara mempertahankan kebenaran maka apatah lagi mereka yang berjawatan rendah atau pegawai biasa. Justeru, mereka haruslah lebih terbuka berhadapan dengan rakyat selepas ini demi masa depan. Jika tidak sudah pasti anggota polis akan dipandang sinis oleh rakyat yang cintakan keadilan di negeri ini. Memang polis perlu taat kepada kerajaan yang memerintah dalam tugasan mereka. Namun ketaatan itu bukanlah tiket atau lesen untuk mereka langusng tidak boleh berfikir dengan segala tindakan yang dilakukan. Ketaatan bukanlah kepada sebuah kerajaan yang penuh dengan penyelewengan, rasuah dan korupsi. Ketaatan itu perlu ditujukan kepada pemimpin yang adil dan saksama dalam pentadbirannya. Bukan pemimpin yang gemar merompak wang rakyat seperti apa yang berlaku hari ini. Justeru, fikirkanlah]

Panas: "Janji Tidak Di Tepati", Lagi Pemimpin BN Di Sabah Tinggalkan Parti Untuk Sokong Pakatan

Posted: 03 Aug 2012 09:49 PM PDT

KUALA LUMPUR, 4 Ogos - Senator Datuk Maijol Mahap (foto) mengisytiharkan keluar Barisan Nasional (BN) hujung minggu lalu. Beliau turut menyertai Timbalan Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) yang juga Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Bumburing yang meletak jawatan dalam BN Ahad lepas. Bekas Naib Presiden UPKO itu berkata, antara punca beliau meninggalkan BN disebabkan isu kemiskinan rakyat Sabah, dasar kabotaj, royalti minyak, diskriminasi kaum, rampasan Tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) dan peminggiran Sabah yang masih membelenggu. Maijol yang sudah 14 tahun dalam BN berkata, semua masalah itu gagal diselesaikan termasuk di era pentadbiran Datuk Seri Najib Razak. "Selepas mengambil kira masalah ini yang sudah lama tertangguh di Sabah dan gagal diselesaikan, maka saya terpaksa meninggalkan BN. "Saya tidak lagi percaya bahawa kerajaan BN boleh atau akan menyelesaikan isu-isu kritikal di Sabah, termasuk PATI (Pendatang Asing Tanpa Izin), tahap kemiskinan yang tinggi, meminggirkan KDM (Kadazan Dusun Murut), NCR, lima peratus royalti minyak dan dasar kabotaj," katanya pada kenyataan 31 Julai lalu. Turut meninggalkan BN pada 29 Julai lalu ialah Pengerusi Tetap, Datuk Herman Tiongsoh serta Ahli Majlis Tertinggi UPKO Denis Gimpah, Lesaya Lopog dan Petrus Guriting. Mereka mengikut langkah Wilfred menyertai Pakatan Rakyat melalui penubuhan Angkatan Perubahan Sabah (APS) pada majlis pelancaran pertubuhan tersebut. Penyertaan itu disaksikan sendiri Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

[Senario terbaru ini pasti menyebabkan Najib Razak semakin tidak tidur lena dan gila meroyan dibuatnya. Inilah masa rakyat Sabah mahu mengajar keangkuhan UMNO BN yang kononnya menepati janji dalam setiap tindakannya selama ini. Walhal, hanya mereka yang tahu kebanjiran warga asing mendiami Sabah dan begitu banyak rakyat miskin di negeri itu sekarang ini. BN hanya mahu menepati janji menjelang pilihanraya tetapi rakyat Sabah terabai sejak sekian lama. Sudah tiba masa rakyat Sabah membuat perubahan agar nasib mereka lebih terbela selepas ini. Sabah tidak lagi boleh dijadikan aset untuk BN dan inilah yang menggusarkan mereka sekarang. Harapan besar untuk pembangkan menakluki Putrajaya pasti akan tercapai juga seandainya momentum sebegini dapat dikekalkan].

Angin Di Sabah: Letak Pakatan hampiri Putrajaya

Posted: 03 Aug 2012 09:48 PM PDT

Tiada ulasan: