Rabu, 29 Ogos 2012

Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


Panas: Suspek Kes Sumbang Mahram Kaji Failkan Saman Putar Belit Media Serta Blog Terhadapnya !

Posted: 29 Aug 2012 01:34 AM PDT

KUANTAN, 29 Ogos - Suspek utama yang dikaitkan dengan isu "sumbang mahram" yang sedang hangat dipertakan sekarang ini iaitu Mohd Nor Jaafar (foto), akan menfailkan tindakan saman terhadap mana-mana media arus perdana dan blog yang sewenangnya mengekploitasikan isu kononnya beliau telah didapati bersalah atas tuduhan melakukan perbuatan itu terhadap anaknya sendiri hingga melahirkan anak beberapa hari yang lalu. Malah ada blog-blog yang sewenangnya mengeluarkan gambar saya dengan dakwaan seolah-olah saya telah didapati bersalah oleh pihak mahkamah. "Saya hanyalah suspek yang telah dipanggil untuk membantu siasatan pihak polis. Tetapi mereka melayan saya seolah-olah keputusan mahkamah telah dibuat atas kes ini dan saya didapati bersalah. Maruah dan imej saya sebagai pemimpin politik kini tercalar gara-gara penyiaran gambar saya serta ahli keluarga yang dilakukan oleh pihak-pihak tertentu sekarang ini. Peguam saya telah melakukan siasatan dan akan mengambil tindakan terhadap mana-mana blog yang didapati cuba menghukum saya dan mendahului mahkamah. Ini tidak adil dan satu hukuman yang jelas untuk menghancurkan masa depan saya", kata beliau kepada pahangdaily (PDO) sebentar tadi. Tinjauan kami terhadap kebanyakkan blog-blog pro UMNO mengaitkan kes ini dengan pembangkang terutamanya Pakatan Rakyat (PR). Kononnya moral beliau (Mohd Nor) rosak gara-gara terikut-ikut dengan pemimpin yang rosal moral seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim. Malah, laporan yang dibuat oleh Bernama, Utusan Malaysia, TV3 serta lain-lain media arus perdana juga dilihat sengaja mahu menjatuhkan hukuman terhadap Pakatan Rakyat. Sedangkan, Mohd Nor sudah lama meninggalkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) bersama Datuk Zaid Ibrahim dan kini memimpin parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) peringkat negeri Pahang. Tuduhan-tuduhan ini seolah-olah menggambarkan satu usaha terdesak media serang pembangkang menjelang PRU ini sebenarnya.


Antara blog-blog yang memaparkan wajah beliau secara eksklusif berkaitan
dengan kes kontroversi ini ialah seperti blog Medan Info Kita (MIK)



Ini pula laporan panas yang telah pun dibuat oleh blog Apa Yang Tersirat

Sementara itu pihak polis Pahang sedang menunggu keputusan ujian DNA bagi melengkapkan siasatan berhubung kes ini. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri SAC T. Narenasegaran berkata sampel darah kedua-dua beranak itu telah dihantar ke Jabatan Kimia untuk ujian paterniti. "Hasil daripada ujian baru kita akan buat keputusan dan cadangan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya," katanya hari ini. Mengulas lanjut, Narenasegaran mengesahkan individu itu pernah bertanding pada pilihan raya umum lalu sebagai calon pembangkang bagi kerusi Dewan Undangan Negeri di Parlimen Jerantut. Lelaki berusia 59 tahun itu ada dua isteri dan 11 anak berusia antara enam hingga 31 tahun, katanya.


Ini pula tuduhan panas kaitkan PAS dari blog Pemikir Politik Jerantut

Mohd Nor Jaafar dalam satu program parti KITA di Jerantut tahun lalu

[Sebenarnya banyak lagi blog-blog berkenaan yang cuba menjatuhkan hukuman bersalah kepada Mohd Nor Jaafar, sedangkan beliau baru saja disiasat oleh pihak polis dan ujian DNA sedang dilakukan pihak yang berkenaan. Justeru, tidak perlulah mana-mana pihak cuba mendahului polis atau mahkamah dalam kes ini. Biarlah ia diadili secara adil dan saksama. Memang benar dulu beliau adalah pemimpin kanan PKR di Pahang. Namun kini dia adalah pemimpin parti KITA yang ditubuhkan oleh Datuk Zaid Ibrahim. Difahamkan, Zaid akan turun ke Jerantut selepas balik dari luar negara dalam masa terdekat ini. Sementara itu, Mohd Nor tidak menolak kemungkinan akan tetap bertanding sebagai calon "3rd force" pada Pilihanraya Umum ke-13 ini nanti. Malah beliau berharap isu panas ini tidak akan menghakis sokongan rakyat terhadap keupayaan beliau untuk menjadi calon itu nanti. Segalanya kini ditangan rakyat untuk memikirkan apakah isu kontroversi ini benar belaka atau pun sebaliknya!].

Kontroversi: "Pemimpin Pembangkang" Sumbang Mahram Rupanya Bukan Lagi Ahli PKR Di Pahang

Posted: 28 Aug 2012 09:31 PM PDT

Berita paling hangat yang diterima oleh PDO semalam ialah isu berkenaan seorang bekas pemimpin kanan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Negeri Pahang yang disiasat oleh pihak polis atas dakwaan melakukan perbuatan "sumbang mahram" terhadap anaknya sendiri hingga melahirkan anak beberapa hari yang lalu. Anak tirinya yang baru berusia 15 tahun itu kini berada di sebuah pusat bersalin di Cheras, Kuala Lumpur sejak beberapa hari yang lalu. Selepas berita ini disebar, maka ramailah yang membuat pelbagai cerita sensasi tentang kes ini terutamanya di blog-blog pro UMNO. Masing-masing mengatakan "pemimpin pembangkang" yang dimaksudkan ialah pemimpin PKR Pahang. Justeru bagi memperbetulkan persepsi berkenaan, maka kami cuba menyiasat maklumat berkenaan kes ini. Maka, apa yang benar dan tidak benar perlu dibongkarkan untuk mengelakkan sebarang tuduhan melulu terhadap individu tertentu dalam kes ini. Jika berdasarkan kepada laporan media yang berkenaan, individu yang dimaksudkan sebenarnya tidak lagi bersama PKR Pahang selepas meletakkan jawatannya sebagai salah seorang Naib Pengerusi PKR Negeri ini satu ketika dulu. Beliau meninggalkan PKR selepas pemilihan parti itu pada tahun 2010 lalu, bagi menyertai Datuk Zaid Ibrahim dalam Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA). Malah difahamkan, beliau adalah Pengerusi parti pimpinan Zaid itu di Pahang dan merupakan abang kepada Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang dan Yang DiPertua PAS Jerantut sekarang. Pada pilihanraya umum ke-12 lalu, beliau tewas dalam pertandingan tiga penjuru mewakili PKR di DUN Damak, Parlimen Jerantut. Beliau mendapat 5,165 undi, calon BN Lau Lee mendapat 5,674 undi dan calon bebas Koh Boon Heng mendapat 3,295 undi ketika itu. Majoriti undi yang dimenangi oleh calon BN hanyalah sekitar 509 undi sahaja. Difahamkan, beliau juga telah diwar-warkan bakal bertanding lagi pada PRU ini nanti untuk kerusi tersebut (DUN Damak).


Laporan panas isu ini, kini tersebar secara meluas di media dan blog

[Persoalannya, apakah kes yang terjadi ini ada asasnya atau sekadar tuduhan yang dibuat oleh pihak-pihak tertentu untuk menjatuhkan kreadibiliti beliau agaknya. Andai ia benar, maka sudah pasti masa depan pemimpin terbabit akan tenggelam dengan kejadian ini. Namun, jika tidak benar beliau harus bangkit membersihkan namanya demi keadilan. Kini semua pihak tertumpu kepada "pemimpin pembangkang" Pahang, susulan laporan Bernama yang memetik sebegitu. Memang benar KITA adalah merupakan parti pembangkang di Malaysia, namun ia masih belum diterima sepenuhnya menyertai gabungan Pakatan Rakyat. Justeru, tidak timbul persoalan kes ini menjejaskan nama PR sebenarnya. Apa yang pasti, ia adalah masalah peribadi pemimpin terbabit dan haruslah diselesaikan dengan sebaik mungkin. Datuk Zaid Ibrahim gagal dihubungi kerana dipercayai berada di luar negara ketika ini. Nantikan siasatan pihak polis!].

Ucapan YB Nurul Izzah Di Majlis HiTea PAS Pekan

Posted: 28 Aug 2012 07:25 PM PDT


Lokasi: Perkarangan Pejabat MTD PAS DUN Peramu Jaya, lagi video Di Sini

Panas: Gara-Gara Sikapnya, Ramai Orang Kuat YB Fuziah 'Berbangsa Melayu' Kini Tinggalkan Beliau

Posted: 28 Aug 2012 07:20 PM PDT

KUANTAN, 29 Ogos - Gara-gara sikap Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh (foto) yang lebih memberi muka kepada "bukan Melayu" dalam setiap gerak kerjanya maka kemungkinan besar beliau akan kehilangan ramai penyokong kuatnya dari kalangan orang Melayu selepas ini. Demikian ditegaskan oleh beberapa orang kuat Fuziah. Menurut mereka, sikap Fuziah yang lebih mementingkan orang Cina (Tionghua) sebagai "mata dan telinga" beliau di parlimen itu menyebabkan ramai pemimpin Melayu disekelilingnya kini mula berkira-kira untuk membawa haluan masing-masing. "Fuziah tidak boleh lama kekal sebagai Ahli Parlimen.. kerana beliau lebih mementingkan orang lain (bukan Melayu), sedangkan kami dipinggirkan", kata salah seorang bekas orang kuatnya. Difahamkan, kini Fuziah mengharapkan sokongan sepenuhnya daripada orang kuatnya yang bukan Melayu selepas seorang demi seorang dari kalangan mereka meletakkan jawatan. Terbaru, dipercayai Naib Ketua Cabang beliau yang dikenali sebagai "Pok Ja" pula telah menghantar surat perletakkan jawatannya beberapa hari yang lalu. Tidak dapat dipastikan kenapa dia berbuat demikian, namun mungkin ada sesuatu yang tidak kena berlaku kepada Fuziah Salleh agaknya. Malah, difahamkan juga sejak dua tahun lalu sudah enam orang pemandu peribadinya bertukar ganti. Apakah ia ada kaitan dengan sikap beliau atau mungkin juga mereka kecewa dengan Fuziah yang terlalu memberi muka kepada "bukan Melayu" dalam setiap gerak kerjanya mutakhir ini. Lebih memalukan, sejak awal-awal lagi cabang Kuantan tidak lagi mempunyai pemimpin dan ahli Wanita serta Angkatan Muda Keadilan (AMK) dari kalangan orang Melayu, sedangkan Fuziah adalah bekas Ketua Wanita dan Naib Presiden parti sendiri. Fuziah hilang sokongan dari mereka secara sedar atau pun tidak sedar. Inilah hakikat yang berlaku sebenarnya. Difahamkan, ramai lagi yang akan tinggalkan Fuziah dalam masa terdekat.


Kesilapan Fuziah Salleh pasti boleh membawa padah pada PRU-13 ini nanti
Soalnya, kenapa mereka berbuat demikian dan apa sudah jadi dengan Ahli Parlimen Kuantan ini?. Fuziah kini hanya mendapat sokongan besar dari kalangan orang Cina dek kerana isu Lynas yang diperjuangkan itu. "Jika tiada isu Lynas, mungkin dia akan tewas mudah kepada BN pada Pilihanraya Umum akan datang. Apapun, jika BN meletakkan calon Melayu (UMNO) bertanding di parlimen Kuantan pada PRU-13 nanti.. nasib Fuziah juga bagaikan telur dihujung tanduk. Tambahan pula, rakyat Kuantan sudah muak dengan pemimpin hujung minggu seperti Fuziah. Dia hanya balik ke Kuantan sekali sekala dan banyak masa dihabiskan di Selangor. Sedangkan rakyat mahu berjumpa beliau setiap masa. Jika perubahan tidak berlaku, saya gusar BN berjaya menakluki semula parlimen Kuantan yang dimenanginya itu", kata salah seorang bekas orang kuat Fuziah Salleh.

[Fuziah Salleh harus sedar senario ini jika ingin terus kekal sebagai Ahli Parlimen Kuantan selepas Pilihanraya Umum ke-13 nanti. Jika tidak, sudah pasti orang kuat beliau sendiri yang akan mengatur strategi untuk membenamkan keegoaan pemimpin terbabit. Ramai yang tahu kini hanya tinggal beberapa kerat sahaja pemimpin Melayu yang masih mendampingi Fuziah. Sebaliknya yang lain lebih rela meninggalkan beliau sebenarnya. Malah, tindakan Fuziah mempengaruhi calon-calon Melayu yang mahu bertanding jawatan penting pada pemilihan PKR bagi Cabang Kuantan 2010 dulu masih segar dalam ingatan mereka. Tindakan Fuziah menekan, mendesak dan mengarahkan ramai pemimpin Melayu undur diri bagi memberi kemenangan percuma kepada calon pilihan beliau dan proksinya (bukan Melayu) jelas sekali satu perbuatan tidak beradab yang dilakukan oleh pemimpin terbabit. Dia sanggup membina "cai-cai"nya dari kalangan bukan Melayu demi survival politik beliau. Khabarnya, ramai dikalangan mereka kini sudah bersiap sedia untuk menggempur Fuziah pada PRU13 nanti. Oleh itu, pemimpin terbabit usahlah mendabik dada dan tersenyum dengan fenomena yang pastinya akan berlaku di Parlimen Kuantan nanti].

Piala Malaysia: Belasah Sarawak 6-0, Pahang Kini Berjaya "Kembalikan Sokongan" Ribuan Peminat

Posted: 28 Aug 2012 06:11 PM PDT

KUANTAN, 29 Ogos - Pasukan Bolasepak Pahang, berjaya mengembalikan sokongan peminat untuk beramai-ramai hadir memberikan sokongan kepada Skuad Tok Gajah itu dengan mutu permainan yang sungguh menghiburkan mutakhir ini. Malah, paling membanggakan selepas seri 2-2 dengan Selangor di Stadium Shah Alam baru-baru ini pasukan Pahang berjaya berpesta gol menewaskan Sarawak 6-0 malam tadi. Gamat dibuatnya Stadium Darul Makmur dengan sokongan ribuan peminat yang mula menaruh keyakinan kepada skuad bimbingan Dollah Salleh itu. Pahang nyata mahu bangkit kembali dari lamunan selepas terjerumus ke divisyen dua pada kejohanan liga tahun lalu. Dalam perlawanan kumpulan D, Piala Malaysia malam tadi Pahang berjaya menjaringkan enam gol menerusi Mohd Fauzi Roslan pada minit ke-32, ke-45 dan ke-87, Mohd Hafiz Kamal (minit ke-60), Boris Kochkin (minit ke-70) dan R.Gopinathan pada minit ke-90. Kejayaan malam tadi ternyata memberi harapan baru untuk Pahang melangkah lebih jauh lagi dalam kejohanan kali ini. Ternyata dapat dilihat Pahang berjaya mengawal permainan dari awal hingga ke akhir perlawanan. Malah, serangan yang dibuat oleh penyerang Sarawak begitu mudah dipatahkan oleh pertahanan Pahang, Hanya sesekali sahaja penjaga gol Pahang berpeluang memegang bola malam tadi. Jika senario ini berterusan, maka dijangkakan pasukan Pahang akan kembali menjadi pasukan yang digeruni di negara kita seperti masa lalu. Harapan peminat agar prestasi ini dikekalkan demi kembalikan semula maruah Tok Gajah.


[Difahamkan perlawanan seterusnya ialah Pahang akan bertemu lagi dengan pasukan Sarawak di Stadium Negeri Kuching Sabtu ini (1 September) dan kemudiannya menunggu kehadiran Selangor di Stadium Darul Makmur pada Selasa 4 September. Melihat kepada peningkatan mendadak permainan pasukan Pahang kali ini ternyata Skuad Tok Gajah boleh pergi jauh dan berpeluang menjulang kembali Piala Malaysia yang sudah lama tidak dikecapi itu. Semoga sokongan peminat akan bawa kejayaan yang lebih besar kepada Pahang pada kali ini. Syabas dan tahniah diucapkan kepada pasukan Pahang. Bravo Tok Gajah, Hidup Skuad Pahang].

Mahkamah Membenarkan Utusan Malaysia Batal Saman RM30 Juta Yang Di Failkan Cucumatkilau!

Posted: 28 Aug 2012 05:28 PM PDT

KUANTAN, 29 Ogos - Utusan Melayu (M) Berhad berjaya dalam permohonannya untuk membatalkan saman RM30 juta yang dibuat oleh Mohd Shukri Mohd Ramli (foto) atau lebih dikenali sebagai Blogger Cucumatkilau. Dalam penghakiman yang dibuat oleh Dato' Mariana Yahya di Mahkamah Tinggi Kuantan semalam, Utusan dan wartawan Tarmizi Abd Rahim berjaya memperolehi pembatalan selepas hakim mendapati ada asas yang kukuh untuk peguam mereka Tetuan Izhar & Partner mempertikaikan beberapa perkara teknikal terhadap saman terbabit. Berdasarkan peraturan baru, faktor teknikal kini menjadi khusus dalam kes seperti itu dan ia perlu dinyatakan secara jelas dalam permohonan saman terbabit. Sementara itu, Blogger Cucumatkilau yang hadir bersama peguamnya, Mohd Harris Abdullah di mahkamah sangat kecewa dengan keputusan tersebut dan mengganggap ianya membuang masa prosiding perbicaraan kes itu semata-mata. "Asasnya ialah fakta kes dan bukan perkara remeh temeh seperti soal teknikal. Saya berbincang dengan peguam saya (Harris) untuk menfailkan semula kes ini dengan memasukkan perkara teknikal yang dipertikaikan oleh peguam Utusan Malaysia itu. Saya ada asas yang kukuh memastikan kemenangan berpihak kepada kami dan mereka tidak boleh lari dari fakta sebenar. Malah, saya begitu tertekan sejak akhir-akhir ini apabila terpaksa berhadapan kes ini yang menyebabkan tidak berpeluang lagi untuk menyertai mana-mana parti politik di negara kita .. apatah lagi untuk bertanding pada PRU akan datang pastinya", kata blogger terbabit.

[Keputusan hakim Mahkamah Tinggi Kuantan itu mungkin ada asasnya dan pihak terbabit wajar menerima keputusan itu dengan hati yang tenang. Apapun, kami difahamkan permohonan semula akan difailkan segera oleh peguam blogger terbabit dalam masa terdekat ini. Akibat kekalahan itu mahkamah mengarahkan pihak terbabit membayar segala kos yang berkaitan. Utusan tersilap kerana mempersoalkan faktor teknikal untuk membatalkan kes seperti ini sedangkan fakta sebenar tidak dipertikaikan dan sepatutnya diberi perhatian. Mungkin selepas ini lebih ramai lagi pihak yang akan membuat tindakan saman terhadap Utusan Malaysia yang dilihat semakin celupar dan biadap sekarang. Semoga kes sebegini akan menjadi satu pengajaran kepada pihak akhbar milik UMNO itu hendaknya].

Isu Lynas: SMSL Berjaya, 'Menghalang' Lesen TOL Diluluskan Kerajaan Sebelum Perbicaraan Selesai

Posted: 28 Aug 2012 11:29 AM PDT

KUANTAN, 29 Ogos - NGO Save Malaysia Stop Lynas (SMSL) berjaya menghalang kerajaan meluluskan Lesen Operasi Sementara (TOL) kepada Lynas (M) Sdn Bhd. Dalam satu kenyataan yang dibuat oleh Pengerusinya, Tan Bun Teat (Foto) kepada media, selepas perbicaraan kes itu di Mahkamah Tinggi Kuantan semalam. Beliau berkata pihak wakil daripada kerajaan iaitu Peguam Negara telah bersetuju memberikan kebenaran untuk mereka meneruskan permohonan supaya keputusan yang dibuat oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili dapat dibicarakan. "Maknanya kita akan diperuntukkan satu hari perbicaraan ke atas keputusan menteri untuk tidak menarik balik (TOL) itu akan dibicarakan di sini (Mahkamah Tinggi Kuantan). Lynas juga memohon sebagai sebahagian daripada pembela untuk menarik diri (tak masuk campur). Bila sampai hari nanti, perbicaraan yang betul dijalankan semula mereka (Lynas) akan masuk semula. Jadi keadaannya begitu, maknanya permohonan kita (SMSL) untuk mencabar keputusan menteri itu dibenarkan. Pejabat Peguan Negara tidak membantah", katanya sambil disahut dengan laungan "Hidup Rakyat" oleh para penyokong beliau yang hadir. Beliau turut meminta penyokongnya bersabar menunggu tarikh yang ditetapkan untuk perbicaraan semula kes tersebut. "Bila perbicaraan berlaku kita akan memehon supaya lesen TOL tidak diberikan kepada Lynas sehingga perbicaraan ini tamat. Maknanya, kilang tersebut (Lynas) tidak boleh beroperasi hingga kes ini selesai. Lynas tidak akan masuk campur dalam perbicaraan yang dijalankan dan hanya akan terlibat apabila perbicaraan sebenar bermula kelak yang akan diberitahu oleh pihak mahkamah", tambahnya.







[Turut berada di Mahkamah Tinggi Kuantan semasa perbicaraan berlangsung ialah Ahli Parlimen Kuantan, YB Fuziah Salleh dan ADUN Berserah, YB Syed Mohammad Tuan Lonnik dan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat yang lain termasuk Ustaz Yusoff Embong (YDP PAS Paya Besar) dan Razali Alias (Ketua Penerangan PKR Pahang). Apa yang memuyskilkan orang ramai ialah ketiadaan kelibat pemimpin NGO yang turut sama membantah projek Lynas seperti Stop Lynas Coalitation (SLC), Badan Bertindak Anti Rare Earth Refinery (BADAR), Himpunan Hijau dan sebagainya. Ketiadaan mereka amat dirasai oleh sebahagian besar mereka yang hadir. Tambahan pula kumpulan terbabit begitu aktif hadir dalam mana-mana kes mahkamah yang melibatkan Lynas di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Anehnya, mereka tidak hadir beramai-ramai untuk menghadapi kes yang sama-sama ditentang. Kenapakah semua ini terjadi].

Panas: Penggali Kubur Mati Di Liang Lahad Yang Sedang Digalinya Di Kampung Penak, Mentakab !

Posted: 28 Aug 2012 10:48 AM PDT


TEMERLOH, 28 Ogos - Seorang penggali kubur maut selepas liang lahad yang sedang digali runtuh dan menimbusnya. Dalam insiden pada jam 10.15 pagi Selasa tanah perkuburan Kampung Penak dekat Mentakab, mangsa, Zailan Hamid, 40, sedang menggali kubur bersama seorang lagi rakan, Mohd Nasir Musa, 40. Pemangku Ketua Polis Daerah Temerloh Superintenden Zundin Mahmood berkata mangsa dipercayai meninggal dunia akibat cedera parah di kepala dan patah leher. Liang lahad itu digali mangsa dan rakannya bagi mengebumikan jenazah seorang warga emas, Minah Ishak, 76, yang meninggal dunia akibat sakit tua. "Ketika menyiapkan bahagian akhir liang lahad itu, tiba-tiba ia runtuh dan menimbus keseluruhan badan mangsa. "Mangsa tertimbus lebih setengah meter, hanya kaki kanan mangsa yang terjulur keluar. "Rakan mangsa dan beberapa penduduk yang berada di kawasan berkenaan menggali dengan tangan dan berjaya mengeluarkan mangsa kemudiannya," katanya ketika dihubungi hari ini. Bagaimanapun, beliau berkata Zailan meninggal dunia sejurus selepas itu. Menurut Zundin mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah untuk bedah siasat.


Inilah liang lahat berkenaan bersama foto mangsa terbabit

[Satu kejadian yang sungguh menyayatkan hati dan tdai pernah terfikir oleh benak fikiran kita selama ini sebenarnya. Apapun, mungkin ada hikmah dan pengajaran yang boleh diambil daripada kejadian yang berlaku ini. Maka itu, beringatlah sebelum maut menjemput kita. Berpesan-pesanlah kepada kebaikan dan kebenaran mulai sekarang. Usah dibiarkan diri kita terus dibelenggu dengan pemikiran penjajah yang menolak agama dari politik. Kembalilah kepada ajaran Islam sebenar demi kehidupan yang aman dan selesa di sana nanti. Buatlah perubahan besar mulai sekarang!].

Panas: Pemimpin Kanan Parti Pembangkang Dan Anaknya "Di Tahan Polis" Kes Sumbang Mahram!

Posted: 28 Aug 2012 10:16 AM PDT

JERANTUT, 28 Ogos - Seorang pemimpin kanan sebuah parti pembangkang dan anak lelakinya ditahan bagi membantu polis berhubung satu kes sumbang mahram. Pemimpin utama sebuah parti baru itu bersama anak lelakinya yang berumur 14 tahun ditahan reman pada 22 Ogos lepas bagi membantu siasatan apabila anak perempuannya yang berumur 15 tahun melahirkan seorang bayi lelaki. Mereka dibebaskan pada Isnin. Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Jerantut DSP Zakaria Kasim, mangsa, 15, melahirkan seorang bayi lelaki tiga hari lepas di sebuah pusat bersalin di Cheras, Kuala Lumpur. "Kedua-dua suspek, bapa dan anak itu bagaimanapun dibebaskan semalam atas jaminan pihak polis," katanya di sini, Selasa. Beliau berkata, polis juga mengambil sampel DNA kedua-dua suspek dan keputusannya dijangka diketahui dalam tempoh seminggu. Suspek yang juga saudara terdekat kepada seorang pemimpin kanan sebuah parti pembangkang tanahair, pernah bertanding pada pilihan raya umum ke-12. Bagaimanapun, suspek yang bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Pahang pada pilihan raya umum lepas itu kalah kepada calon Barisan Nasional.

[Berita ini sungguh mengejutkan. Namun ia masih terlalu awal untuk disahkan sebenarnya. Tambahan pula pihak polis perlu mengambil masa untuk mengesahkan DNA mangsa dan lelaki terbabit. Jika ia benar terjadi, makanya berita ini pasti sesuatu yang tidak mahu didengari oleh penyokong pembangkang. Tambahan pula disaat, Pilihanraya Umum Ke-13 yang begitu hampir sekarang ini. Apapun, sama-sama kita nantikan hasil siasatan pihak polis dan kami juga tidak mahu mendedahkan nama lelaki terbabit demi menjaga imej dan maruah beliau. Sebenarnya, memang kami tahu siapa individu yang dimaksudkan dan berharap kes ini tidak seperti apa yang disangkakan. Namun, segalanya mungkin boleh berlaku. Tambahan pula anak perempuan yang menjadi mangsa itu bukanlah anak kandungnya dan hanyalah merupakan anak tiri beliau].

Tiada ulasan: