Khamis, 2 Ogos 2012

Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


Panas: "Bersediakah Rakyat" Terima Jamaluddin Jarjis Sebagai "MB Baru" Jika BN Masih Berkuasa

Posted: 02 Aug 2012 02:42 AM PDT

KUANTAN, 2 Ogos - Ura-ura rakyat Pahang akan mendapat Menteri Besar baru selepas Pilihanraya Umum Ke-13 andainya UMNO BN masih berkuasa di negeri ini kini semakin hangat di perkatakan. Malah, pendedahan PDO sebelum ini bahawa calon "favourite" bagi mengisi jawatan itu jika ia ditinggalkan oleh Dato' Sri Adnan Yaakob, nampaknya bakal menjadi kenyataan. Calon yang dimaksudkan iaitu Bekas Menteri bekas Sains, Teknologi dan Inovasi iaitu Dato' Sri Jamaluddin Jarjis (foto) yang juga merupakan Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat sekarang ini. Difahamkan, usaha untuk memastikan JJ bakal menaiki takhta MB Pahang kini sedang giat dilaksanakan. Malah kini heboh diperkatakan beliau akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Ibam yang kini diwakili oleh Dato' Safri Abd Aziz, Exco Kerajaan Negeri Pahang. JJ diketahui amat rapat dan menjadi orang kepercayaan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak. Malah, perlantikan JJ sebagai "Duta Ke Amerika" adalah satu strategi Najib untuk membersihkan namanya di peringkat antarabangsa melalui kerja-kerja yang dibuat oleh JJ. Lantaran itulah sebagai upah, JJ akan diangkat sebagai MB Pahang iaitu karier politik terakhir beliau sebelum bersara selepas ini. Soalnya sekarang apakah hasrat Ahli Parlimen dan Ketua UMNO Bahagian Rompin itu akan direstui oleh kepimpinan negeri. Sanggupkan Adnan Yaakob membiarkan JJ menaiki hairaki dengan memancas dirinya. Umum mengetahui, selepas Adnan naik sebagai MB Pahang dulu beliau menggunakan kuasa yang ada untuk memastikan pemimpin yang boleh menggugatnya dipancas awal-awal lagi termasuklah bekas Timbalan Menteri Besar, Pahang Dato' Hassan Ariffin. Hassan yang dilihat terlebih kanan dari Adnan dan calon favourite untuk dilantik sebagai MB ttelah menjadi mangsa "teknikal" yang menyebabkan dirinya dipinggirkan dari kepimpinan negeri. Bukan itu saja, nasib Hassan jauh lebih teruk dari lain-lain exco zaman MB Khalil Yaakob seperti Allahyarham Dato' Tan Mohd Aminuddin (Chenor) dan Dato' Shaharuddin Moin (Dong). Kedua-dua pemimpin terbabit masih dikekalkan bertanding di DUN masing-masing. Tapi Hassan Ariffin terus dinafikan hak oleh Adnan Yaakob hatta untuk bergelar ADUN sekali pun.

Hassan Ariffin Masih Di Perlukan Rakyat Rompin

Sedangkan Hassan (foto) masih diterima oleh sebahagian besar rakyat Rompin dan beliau masih mampu menyumbangkan jasa dan tenaga untuk parti sebenarnya. Apapun, nasib Hassan tidaklah sehebat Dato' Omar Otman di Lipis. Omar, selepas dipancas oleh Adnan sebagai ADUN dan Exco Pahang terus dipinggirkan oleh UMNO bahagiannya sendiri. Berbeza dengan Hassan, walau pun dia tidak bergelar ADUN bila kawasanya diambil oleh Safri Aziz namun dia masih kekal sebagai Timbalan Ketua UMNO Bahagian Rompin sehingga sekarang. Jika dulu, Hassan dan JJ dilihat sebagai seteru politik, namun kini mereka adalah dua pemimpin yang dilihat bakal menjadi pembela untuk rakyat Rompin secara keseluruhannya. Justeru, apakah JJ akan tinggalkan kerusi parlimen Rompin untuk Hassan kiranya dia ke DUN Bukit Ibam?. Senario ini mungkin berlaku kerana Hassan adalah Timbalan JJ di Bahagian Rompin, sedangkan Maznah Mazlan yang merupakan Timbalan Menteru Sumber Manusia yang juga ADUN Muadzam Shah kini sudah ditolak oleh sebahagian besar UMNO bahagian itu. Maknanya, Maznah mungkin akan kekal sebagai Senator sebaliknya Hassan akan naik untuk bertanding di Parlimen Rompin jika JJ beralih ke kerusu DUN pada PRU13 ini. Tiada lagi calon lain yang lebih berwibawa di Rompin selain mereka berdua. Sementara itu, nasib Safri Aziz pula akan menjadi seperti Hassan iaitu exco yang dipinggirkan selepas ini agaknya. Apakah Safri boleh menerima kenyataan ini?. Tidak mungkin dia boleh melakukan sesuatu kerana Safri adalah 'Team Adnan", sedangkan Hassan adalah "Team JJ" yang menjadi pilihan Najib sebenarnya. Malah, difahamkan ada kajian menunjukkan rakyat Rompin masih memerlukan khidmat Dato' Hassan sebagai Wakil Rakyat mereka.

[Apapun yang berlaku, inilah senario yang terjadi dalam politik Rompin sekarang ini. Soal siapakah yang akan naik dan terpelanting kini menjadi buah mulut rakyat di sana. Malah, jika benar ura-ura JJ akan diangkat sebagai MB kiranya BN terus berkuasa di Pahang selepas PRU-13 ini, maka apakah nasih Adnan Yaakob selepas ini. Apakah beliau rela dirinya dipancas sama seperti apa yang dilakukan kepada pemimpin UMNO yang lebih kanan darinya dulu?. Ada laporan mengatakan Adnan akan bertanding di parlimen sama ada Indera Mahkota atau pun Paya Besar pada kali ini. Jika ini berlaku, apa pula nasib Dato' Sharkar Samsuddin, Exco kanan yang paling rapat dengan Adnan?. Beliau juga mengimpikan jawatan MB Pahang. Itu belum termasuk lain-lain calon yang dilihwat berwibawa seperti Dato' Ir.Soffi Razak (ADUN Benta), Dato' Wan Adnan Wan Mamat (ADUN Tg.Lumpur) , Dato Sahafik Fauzan (ADUN Inderapura) dan lain-lain lagi. Semua mereka exco sekarag ini. Percaturan politik UMNO di Pahang kini semakin hangat dan sudah pasti ia akan memberi ruang terbaik untuk Pakatan Rakyat mengatur strategi bagi mengambil alih tampuk pimpinan negeri Pahang selepas PRU-13 ini nanti. Segalanya kini ditangan rakyat tentukan parti mana yang menjadi kerajaan selepas ini].

Analisis: 'Isu Dominasi', PKR Pahang Seharusnya Lebih 'Terbuka Dalam Pembahagian Kerusi', DUN Dan Juga Parlimen Di Negeri Ini Pada PRU Nanti !!

Posted: 02 Aug 2012 02:21 AM PDT

KUANTAN, 2 Ogos - Parti Keadilan Rakyat (PKR) perlu memberi ruang kepada parti komponen lain dalam Pakatan Rakyat untuk turut bertanding di kerusi bandar pada Pilihanraya Umum ke-13 nanti. Ini kerana jika dilihat kepada pembahagian kerusi pembangkang di negeri Pahang PRU ini, jelas sekali ia lebih memihak kepada parti terbabit sebenarnya. Dato' Fauzi Abdul Rahman (foto) selaku Pengerusi Perhubungan PKR Negeri perlu memikirkan hal ini demi masa depan parti itu di Pahang. Sebelum ini Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali ada berkata bahawa PKR sekali lagi mendominasi bilangan kerusi parlimen untuk ditandingi di peringkat pusat pada PRU13 ini. Beliau bagaimana pun enggan mendedahkan bilangan kerusi yang diperuntukkan kepada setiap parti. Laporan tersebut mengejutkan ramai pihak kerana umum mengetahui antara parti-parti dalam Pakatan Rakyat, PKR adalah antara yang paling muda berbanding dengan parti lain iaitu PAS dan DAP. Malah, gerak kerja, jentera dan program anjuran PAS dilihat lebih tersusun daripada PKR sebenarnya. Justeru, sepatutnya PAS mengetuai jumlah kerusi yang ditandingi pembangkang pada PRU ini dan bukannya PKR. Apapun, keputusan mungkin sudah dibuat dan ada asas-asas tertentu kenapa PKR mendominasikan kerusi parlimen agaknya. Mungkin juga faktor "Anwar bakal PM" menyebabkan parti itu perlu jumlah kerusi lebih banyak dari yang lainnya. Berbalik ke pembahagian kerusi di negeri Pahang ini. Secara umumnya, negeri Pahang dilihat masih terbuka dalam pembahagian kerusi cuma ada sesetengah tempat yang mencetuskan kontroversi terutamanya di kawasn panas seperti DUN Chini, DUN Teruntum, DUN Dong dan sebagainya. Sementara itu bagi parlimen pula, ia melibatkan kerusi parlimen Pekan, Temerloh, Bentong dan Raub. Persoalannya, ramai pemerihati melihat PKR perlu memberi lebih ruang kepada rakan-rakan pakatan yang lain untuk bertanding di kerusi bandar. Ini kerana PRU13 nanti, kerusi bandar dilihat menjadi laluan mudah untuk Pakatan Rakyat menang kali ini. Angin perubahan yang melanda, ditambah dengan isu-isu panas seperti kes Lynas sekarang ini maka kerusi bandar dijangka mudah ditawan oleh pembangkang kali ini. Soalnya, wajarkah kerusi bandar didominasi oleh PKR, sedangkan parti itu tidak mempunyai kekuatan jentera yang sepatutnya. Apakah cukup, setiap kali pilihanraya PKR terus mendabik dada kononnya mereka menang di kerusi bandar sedangkan jentera PAS dan DAP yang banyak digunakan untuk tujuan itu. Inilah yang perlu diakui oleh PKR sebenarnya. Tidak boleh sampai bila-bila unsur Anwar dijadikan alat untuk menarik sokongan rakyat. Sebaliknya, parti itu perlu lebih berani membuat perubahan dengan memperbanyakkan ranting-ranting di setiap kawasan agar jentera mereka ada di mana-mana pada setiap kali pilihanraya. Ini tidak berlaku, malah PKR tidak perlu gah pada namanya sahaja, mereka perlu laksanakan kerja hingga ke akar umbi seperti PAS yang ada di mana-mana sekarang ini.

PKR Perlulah Gagah, Bukan Sekadar Pada Nama

Kerusi bandar memang menjadi harapan kepada Pakatan Rakyat untuk menang bergaya atau sekurang-kurangnya mengekalkannya. Namun, sedarkah kita bahawa PKR masih mendominasikan kerusi parlimen bandar di negeri Pahang ini. Lantaran itulah mereka menang terutamanya di Indera Mahkota dan Kuantan. Soalnya, apakah kemenangan itu menandakan PKR kuat di bandar?. Dengan keahlian kurang dari angka seribu dan aktiviti yang cukup terhadap, PKR dilihat tidak sehebat yang disangka sebenarnya. Malah, hingga ke hari ini mereka masih menumpang dan mengharapkan PAS untuk mana-mana program ceramah sekitar Kuantan dan lain-lain kawasan. Jika tiada PAS, tiada jentera, tiada unit amat dan tiada markas maka amat sukar untuk PKR bergerak aktif. Mujurlah rakan Pakatan Rakyat seperti PAS memahami senario itu. Namun, apakah ia harus dibiarkan?. PKR bukanlah parti baru seperti KITA, IKATAN atau sebagainya. Mereka sudah wujud lebih 10 tahun lalu dan sudah tiba masanya mereka boleh berdidikari dalam menganjurkan apa jua program. PKR punya tapak untuk anjurkan ceramah besar di pejabat perhubungan negeri di Jalan Beserah sebenarnya. Namun, berapa kalikah ceramah umum berjaya di buat di situ?. Jika ada pun hanya yang melibatkan Anwar semata-mata. Ini satu kerugian kerana lokasi yang strategi dan tempat yang tertutup (tidak perlukan permit) tetapi gagal dimanfaatkan dengan sebaik mungkin oleh parti. Akhirnya mereka masih mengharapkan kerjasama dengan PAS dalam mana-mana program ceramah umum. Ini disedari oleh semua pihak termasuk pimpinan PKR sendiri. PKR perlu nampak gagah hingga ke akar umbi dan bukan sahaja gah pada namanya. Jika tidak pasti parti itu akan dikatakan menumpang dalam Pakatan Rakyat, sedangkan PKR itu ada kekuatan sendiri yang amat ditakuti oleh UMNO Barisan Nasional. Mungkin soal kewangan menyebabkan fenomena itu terus berlaku. Namun, PAS juga tidak hebat kewangannya namun dengan ceramah mereka berjaya mengumpul dana perjuangan dari rakyat. Jika tidak banyak ceramah umum, maka bagaimana PKR boleh kumpulkan dana?. Insiden Dato' Fauzi gagal berucap semasa kunjungan Anwar Ibrahim ke Maran baru-baru ini jelas buktikan bahawa ada kalanya persefahaman itu pun sukar berlaku.

DAP Wajar Di Beri Satu Kerusi Di Bandar Kuantan

Persoalan tentang kerusi, amat jelas PKR mendominasi kerusi bandar di Pahang. Parlimen Kuantan, Indera Mahkota dan Paya Besar semuanya berada dalam daerah Kuantan. Begitu juga Parlimen Temerloh dan Bentong yang kini menjadi perebutan sebenarnya. Jika dilihat kepada situasi, memang wajarlah Parlimen Temerloh di kembalikan kepada PAS dan Parlimen Bentong diberi ruang kepada DAP untuk bertanding kali ini. Begitu juga bagu DUN di bandar Kuantan ini sendiri. PKR dilihat memilih jalan selesa dengan menguasai semua kerusi DUN dalam bandar. Lihat apa yang berlaku di Parlimen Indera Mahkota, DUN Beserah ditandingi oleh PAS tetapi parlimen dan DUN Semambu ditandingi oleh PKR. Sewajar salah satu kerusi wajar diperuntukkan kepada DAP terutamanya di DUN Semambu yang mempunyai majoriti pengundi Cina yang agak tinggi. Begitu juga di Parllimen Kuantan sendiri, PKR bertanding di parlimen dan DUN Teruntum selainnya ditandingi oleh PAS. Maka itu amatlah wajar kerusi DUN Teruntum dikembalikan kepada DAP pada PRU-13 ini sebenarnya. Cuba kita lihat pula bagi Parlimen Paya Besar, PKR bertanding di parlimen dan DUN Lepar, selebihnya DUN Panching dan DUN Sg.Lembing ditandingi oleh PAS. Tiada ruang kerusi DUN untuk DAP di situ kerana majoriti pengundi adalah kaum Melayu. Maknanya disini, PKR mendominasi tiga parlimen dalam bandar (Indera Mahkota, Kuantan dan Paya Besar) yang memberi kelebihan untuk mereka. Begitu juga di DUN, sebaliknya yang dipinggirkan ialah DAP, mereka tiada kerusi di pusat pentadbiran kerajaan iaitu daerah Kuantan sedangkan DAP sudah menunjukkan kualiti perkhidmatannya apabila YB Leong Ngah Ngah (foto) berjaya mempertahankan kerusi DUN Triang untuk lima penggal. Malah mereka juga menang di DUN Teras pada Pilihanraya Umum ke-12 lalu. Inilah yang perlu difikirkan semua pihak.

[Sudah tiba masanya perkara ini diperhalusi oleh pimpinan atasan agar Pakatan Rakyat itu dapat dilihat benar-benar adil dan bukan sekadar retorik semata-mata. Itu pun masih ada pemimpin PKR yang mendabik dada kononnya mereka gagah di Pahang kerana menang dua kerusi parlimen bandar. Sedangkan hakikatnya selepas kemenangan 2008, tidak sampai pun 2,000 ahli PKR di kedua-dua Parlimen terbabit (Kuantan dan Indera Mahkota). Maknanya, kemenangan itu adalah hasil pengundi atas pagar yang telah memenangkan mereka dan selebihnya hasil usaha dan kerja keras berpanjangan rakan-rakan dalam pakatan yang lain terutamanya jentera PAS itu sendiri. Oleh itu wajarlah PKR lebih bersikap terbuka di mana-mana kawasan yang menjadi pertikaian seperti parlimen Temerloh dan Bentong sekarang ini. Apapun, kini harapan baru untuk melihat perubahan besar dalam politik Pahang pasti akan menjadi kenyataan tidak lama lagi. Ada ramalan mengatakakan pembangkang berpeluang ceramah untuk mengambil alih tampuk pemerintahan negeri Pahang selepas PRU-13 ini jika strategi yang terbaik digunakan. Jika tidak pun, menafikan majoriti 2/3 kerusi BN sudah cukup untuk membuktikan rakyat memang mahukan perubahan pada pilihanraya umum ke-13 nanti]

Tiada ulasan: