Pahang Daily Online |
Panas: Tamrin Isytihar Keluar Dari UMNO, Secara Rasmi Sertai PAS Di Taman Melewar Malam Tadi !! Posted: 11 Aug 2012 08:09 PM PDT PETALING JAYA, 12 Ogos - Anak bekas Timbalan Menteri Tun Ghafar Baba Datuk Mohd Tamrin Ghafar Baba menjadi ahli UMNO veteran kedua meninggalkan parti itu dalam bulan Ramadan tahun ini apabila beliau menyertai PAS secara rasmi malam tadi. Beliau menyerahkan borang keahlian seumur hidup kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam satu majlis yang diadakan di Taman Melewar, Gombak. Akhir Julai lalu, bekas Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Lajim Ukin mengumumkan meninggalkan UMNO. Tamrin sebelum ini sering dilihat hadir ke program anjuran PAS sebelum memutuskan meninggalkan UMNO. Beliau juga pernah mendakwa UMNO semakin hilang arah daripada perjuangan asal. Sebelum ini beliau pernah menjadi Ahli Parlimen Batu Berendam Melaka (kini Bukit Katil) dari tahun 1986 sehingga 1995 dan pernah memegang jawatan Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA). Tamrin enggan mengulas mengenai dakwaan tersebut sehinggalah beliau menghantar borang keahliannya malam tadi. Bapanya, Ghafar, adalah orang kuat UMNO yang bersama parti itu semenjak zaman pemerintahan Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman, dan pernah menjadi ketua menteri Melaka di zaman bapa kemerdekaan Malaysia itu. Pada 26 Jun lalu, Tamrin telah diminta oleh jawatankuasa disiplin UMNO untuk menghantar surat tunjuk sebab kerana mengkritik kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak secara terbuka. [Satu keputusan yang menang sudah dijangka sejak sekian lama. Tambahan pula sejak Tamrin mula bergiat cergas naik ke pentas ceramah Pakatan Rakyat mutakhir ini. Malah rakyat sememangnya menantikan keputusan anak Ghafar Baba itu sebenarnya. Apa yang berlaku ini pasti memberi tamparan yang cukup hebat buat UMNO, apabila anak seorang bekas Timbalan Perdana Menteri tiba-tiba beralih arah meninggalkan parti itu dan menyertai pembangkang. Tindakan ini juga pasti mengejutkan cucu Tun Ghafar Baba, Zahid Md Arip yang pernah bersama PKR dulu dan kini kembali kepada UMNO. Apapun, penyertaaan Tamrin ini sudah pasti boleh menggugatkan kekuatan UMNO BN di Melaka itu sendiri. Malah, tindakan Tamrin juga memberi makna yang UMNO sememangnya sudah lari dari perjuangan asalnya sekarang. Semakin ramai pemimpin malah yang bertaraf menteri akhirnya keluar dan memberi sokongan kepada Pakatan Rakyat. Ia memberi isyarat yang cukup jelas terhadap hasrat pembangkang untuk menkakluki Putrajaya pada Pilihanraya Umum nanti]. |
Video: DAP Buat Lapor Polis Fatwa Haram Utusan Posted: 11 Aug 2012 07:59 PM PDT |
You are subscribed to email updates from Pahang Daily Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan