Sabtu, 11 Ogos 2012

Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


Promosi Fabrik, "Gila Gila Raya" Di Mylea De'Bayu Sdn Bhd Kini Berjaya Tarik Minat Warga Kuantan

Posted: 11 Aug 2012 03:10 AM PDT

KUANTAN,11 Ogos - Orang ramai yang ingin mencari fabrik keperluan Hari Raya Aidil Fitri kini boleh berkunjung ke Mylea De'Bayu Sdn Bhd di Tanah Putih dan Berjaya Megamall Kuantan. Ini kerana Mylea menawarkan promosi hebat "Gila-Gila Raya" bermula pada hari ini 11 hingga 14 Ogos 2012 kini telah berjaya menarik minat orang ramai. Pengurus Besarnya, Puan Norazizah Jusoh (foto) berkata Mylea menawarkan kaedah "One Stop Centre" dimana pelanggan boleh memilih fabrik, tempah pakaian dan diberi khidmat runding fesyen percuma oleh syarikat terbabit. Dengan slogan "Inspirasiku Dimatamu", syarikat yang ditubuhkan pada 15 Januari 2010 itu kini mula mendapat tempat dikalangan warka Kuantan. Mylea merupakan anak syarikat kepada Asas Bayu Sdn Bhd yang merupakan 100% milik bumiputera."Matlamat utama kami ialah menjadi salah satu pusat fesyen terkemuka di Pantai Timur... maka itu kami menyediakan persekitaran yang kondusif kepada pelanggan untuk memenuhi citarasa mereka memilih fabrik bermutu. Mylea Tanah Putih (Ibu Pejabat) beroperasi dari jam 9.00 pagi hingga 9.00 malam, manakal di Berjaya Megamall pula dari jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam", kata Puan Norazizah. Beliau turut menegaskan, kelebihan yang ada pada Mylea ialah mereka menyediakan pakar perunding fesyen percuma, penghantaran percuma ke rumah sekitar Kuantan, bengkel jahitan, beg tangan jenama sendiri (Mylea), tempahan pakaian wanita, aksesori, tempahan baju korporat, fabrik terbaik yang diimport dari China dan Taiwan, tempahan pakaian lelaki serta sulaman manik. "Jenis fabrik yang terdapat di Mylea dimpot dari Paris, Itali, India, Vietnam, China, Indonesi dan terdapat juga dari Malaysia sendiri. Antara jenisnya ialah Chiffon, Chiffon Shaded, Cotton, Polyester, Lycra, Lycra JC, Satin, Satin Silk, Knitted Printed, Net Printed, Net Plain, LInen, Gamis Jeans, Batik, Viscose, Fancy, Slack, Shamus dan Lace", katanya.

Panas: Lagi Kejutan Buat Rakyat Semakin Keliru, Raja Petra Dedah Komplot Fitnah PM Najib Razak

Posted: 11 Aug 2012 01:58 AM PDT

KUALA LUMPUR 11 Ogos - Akuan bersumpah dibuat penyiasat persendirian, P.Balasubramaniam yang menuduh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak terlibat dalam kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu didakwa dirancang pihak tertentu termasuk beberapa pemimpin pembangkang. Perkara itu didedahkan pengendali portal propembangkang, Raja Petra Kamaruddin (foto) selepas beliau mendedahkan peraranan seorang pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ahli Parlimen Subang, R.Sivarasa bersama seorang peguam di sebalik akuan bersumpah tersebut bagi memfitnah Najib. Dalam pendedahan di portal malaysia-today.net itu beliau turut menyebut pembabitan beberapa pemimpin pembangkang dan peguam yang terlibat dalam merancang untuk menghasilkan akuan bersumpah berkenaan termasuk M.Puravalen yang didakwa mempunyai hubungan rapat dengan ahli perniagaan, Datuk Seri Kalimullah Masheerul Hassan. Raja Petra mengakui semua kenyataan yang dibuat Balasubramaniam pada sidang akhbar di Ibu Pejabat PKR memang telah dirancang lebih awal agar penyiasat persendirian itu tidak tersalah cakap. Pada masa sama Raja Petra mengakui Balasubramaniam dibayar untuk membuat akuan bersumpah tersebut dan dakwa beliau, perkara itu memang diketahui Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. "Saya bertemu Balasubramaniam 2 Julai 2008 iaitu sehari selepas beliau membuat akuan bersumpah. Pertemuan itu berlaku selepas saya dihubungi Sivarasa yang meminta saya pergi ke rumah seorang peguam bagi membincangkan kes pembunuhan Altantuya. "Kami berbincang bagaimana perkara ini perlu ditangani dan apa yang Balasubramaniam perlu cakap semasa sidang akhbar yang akan dibuat keesokan hari di Ibu Pejabat PKR," dakwanya sebagaimana di dalam blognya.

Pada 1 Julai 2008, Balasubramaniam mengejutkan negara apabila mengeluarkan akuan bersumpah mengaitkan Perdana Menteri dalam pembunuhan tersebut tetapi selang dua hari kemudian penyiasat persendirian itu membatalkan akuan bersumpah berkenaan. Dalam pada itu, Raja Petra mendakwa Anwar telah mengarahkan seorang tauke Cina membayar kepada Balasubramaniam sebanyak RM20,000 sebulan bagi memastikan penyiasat persendirian tersebut terus menyokong pembangkang. Katanya, langkah itu diambil selepas Balasubramaniam dikatakan sedang melakukan rundingan rahsia bagi membolehkan beliau mendapat bayaran RM5 juta menyebabkan Anwar bimbang jika penyiasat persendirian tersebut membongkar rahsia mereka. Dalam pada itu, Sivarasa dan Balasubramaniam gagal dihubungi malam ini untuk mengesahkan dakwaan Raja Petra tersebut.

Tiada ulasan: