Muslimeen United |
TGNA Kepada Fathul Bari: Mari Bersemuka Dengan Saya, Tak Perlu Bersurat-surat! Posted: 28 Aug 2012 10:50 PM PDT Tidak payah guna surat untuk mengajak saya berbincang isu hudud ini. Siapa dia, saya tidak kenal dia, dia pun tidak kenal saya. Demikian luahan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berhubung surat rasmi dihantar Pengerusi Sekretariat Ulama Muda Malaysia (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahaya kepadanya bagi membincangkan isu hudud. Nik Aziz mempertikaikan tindakan Fathul Bari yang disifatkan lebih gemar membuat bising di akhbar mengenai surat rasmi tersebut. Beliau berkata, sewajarnya Fathul Bari perlu bersemuka secara terus dengannya sekiranya ikhlas untuk membincangkan isu hudud secara terperinci dan bukannya membuat kecoh dalam media arus perdana itu. "Kalau dia (Fathul Bari) hendak jumpa saya, dia patut jumpa saya secara seorang tidak payah buat bising dalam surat khabar," katanya selepas menghadiri Majlis Mesra Aidilfitri, semalam. Turut hadir, Timbalan Pesuruhjaya III Pas Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah. Selain itu, Nik Aziz berkata, sehingga kini beliau sendiri belum menerima dan membaca lagi isi kandungan surat rasmi itu. Semalam, Sinar Harian melaporkan Ilmu telah menghantar surat rasmi untuk bertemu Nik Aziz bagi tujuan membincangkan isu hudud secara serius dan profesional, bukannya bertikam lidah. Dalam laporan itu, Pengerusinya, Fathul Bari berkata bagaimanapun pihaknya belum mendapat sebarang maklum balas daripada Nik Aziz. -SH Adalah terlebih baik bagi ulamak muda UMNO itu menemui Tun Mahathir dan Najib Razak supaya dapat memberitahu kedua-dua pemimpin UMNO itu mengenau hudud dan undang-undang Islam. Ini kerana kedua-dua tokoh utama itu selama ini menentang perlaksanaan hudud di negara ini dengan pelbagai dalih. Apa pasal sibuk-sibuk menulis surat kepada TGNA untuk membincangkan hudud sedangkan UMNO sendiri penentang utama hudud? -GB |
Selangor Cemerlang Di Bawah Pakatan Rakyat Berbanding BN Posted: 28 Aug 2012 07:30 PM PDT Semasa mentadbir Selangor, BN tidak memberikan air percuma, tidak ada skim khairat kematian RM2,500, tidak ada hadiah RM1,000 masuk universiti, tidak ada skim anak kelahiran Selangor, tidak ada bantuan tadika, tidak ada skim taska, tidak ada pemeriksaan kesihatan percuma, tidak ada skim pembiayaan perniagaan Mimbar, tidak ada kebajikan kepada rakyat. Pendek kata tak de apa-apalah...rakyat dapat habuk jer.... Tetapi mengapa rizab Selangor sewaktu BN memerintah hanya berjumlah sekitar RM300 juta sedangkan apabila Pakatan Rakyat berikan berbagai kebajikan kepada rakyat Selangor termasuk air percuma, tiba-tiba rizab kewangan meningkat mencecah melebihi RM2 bilion... P/S : Nilah beza mereka yg bijak mentadbir dgn mereka yg kaki rasuah dan suka berniaga dgn rakyat....tak nampak lagi ker.... Laporan Audit puas hati prestasi kewangan Selangor |
You are subscribed to email updates from Muslimeen United To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan