Muslimeen United |
- MESTI LIHAT : SITUASI INI HANYA ADA DI KELANTAN
- PANAS! Pakatan Rakyat Hampir Pasti Menang 9 Kerusi Di Johor?
- 5 Rahsia Ramadhan -Dr Yusuf Qardhawi
- Hanya Umno boleh guna masjid untuk kempen?
- [VIDEO] Saksikan Usaha Mengeluarkan Mayat Dari Perut Buaya!
- K'jaan gugur rayuan, Ramli dapat ganjaran RM730,000
- Suami Isteri Maut Kemalangan Babitkan 2 Bas, 5 Kereta & 2 Motorsikal
- LAGI DIFITNAH edisi fitnah yang kantoi dari puak Umno..
- Laman sesawang NFC digodam
- AWAS!!! SINDIKET TABUR SKRU DI JALANRAYA
MESTI LIHAT : SITUASI INI HANYA ADA DI KELANTAN Posted: 02 Aug 2012 10:22 AM PDT KELANTAN DARUL NAIM YG DIKATA 'MISKIN'..TAPI.... Di negeri "miskin' itulah, Mempunyai seorang Sultan, kesayangan rakyat. Di negeri miskin itulah, Jual beli dihentikan bila azan berkumandang.. Di negeri miskin itulah, Selebriti wanita popular tanah air bertudung ayu.. Di negeri miskin itulah, Berebut ibu ayah mendaftar anak di Maahad Tahfiz Sains.. Di negeri miskin itulah, Diperkenalkan sistem gadaian Islam Ar-Rahnu menolak riba.. Di negeri miskin itulah, Kerja 5 hari seminggu mula berkuatkuasa.. Di negeri miskin itulah, Hari Jumaat dijadikan hari menuntut ilmu agama.. Di negeri miskin itulah, Cuti bersalin mula ditambah dari 40 ke 60 hari.. Di negeri miskin itulah, Elaun Menteri Besar dipotong untuk Tabung Serambi Mekah.. Di negeri miskin itulah, Amalan memberi cenderamata kepada pemimpin dihentikan.. Di negeri miskin itulah, Waktu bekerja pada bulan Ramadhan dipendekkan.. Di negeri miskin itulah, Cuti iddah diberikan khusus kepada kakitangan wanita yang kematian suami.. Di negeri miskin itulah, Tak mungkin sekali kelihatan pawagam dan tempat hiburan.. Di negeri miskin itulah, Papan tanda cara menjaga aurat ditayangkan.. Di negeri miskin itulah, Peringatan waktu solat di sepanjang jalan.. Di negeri miskin itulah, Ramai orang mengenal mula mengenal Tuhan.. Di negeri miskin itulah, Lahirnya tokoh-tokoh islam terkenal.. Di negeri miskin itulah juga, Saim-saim ambo dilahirkan dan dibesarkan.. Gambar Tuanku Sultan Muhammad V memimpin jemaah ...... Kredit : Tee.R.W & I Love Kelantan fb : Syahrul Wbc |
PANAS! Pakatan Rakyat Hampir Pasti Menang 9 Kerusi Di Johor? Posted: 02 Aug 2012 10:12 AM PDT MENARIK dan teruja tetapi siapa tahu ia benar-benar terjadi nanti? Saya telah sengaja tinggalkan menganalisis kerusi parlimen negeri saya, Pahang buat masa ini. Mari tinggalkan sejenak untuk harapan yang lebih baik. Saya ingin untuk membuat analisis Johor. Selama ini Johor sentiasa dianggap sebagai kubu UMNO. Orang Melayu Johor seolah-olah mempunyai sifat keterlaluan pelik (obses) dengan UMNO. Sejarah telah berkata lahir Umno pada langkah-langkah di Istana Johor, dan Johor dianggap sebagai rumah semulajadi untuk UMNO. Sudah hampir terlalu kebal. Namun adakah ia begitu? Setiap pagi selepas solat subuh, Melayu Johor akan meminum secawan kopi dengan sarapan pagi. Apakah beliau membaca tajuk berita atau segala-galanya? Beliau membaca Utusan Malaysia-organ propaganda UMNO. Yang Ditindas, ramai Melayu yang melarat muncul terpikat dengan UMNO. Tetapi adalah angka yang kita baca dan fahami semasa pilihan raya umum lepas? Rupanya terdapat peralihan undi (swing) sebanyak 14% kepada pembangkang! Apa yang telah terjadi pada peralihan ini? Ia semakin meningkat dan menjadi semakin kuat. Ini telah mendapat kebimbangan Menteri Besar, Ghani Othman terhadap UMNO bahagian apabila mengetuai satu mesyuarat, beliau menjangka sekurang-kurangnya 9 kerusi Parlimen dan 16 kerusi Dewan Undangan Negeri akan jatuh kepada Pakatan Rakyat. Ini bermakna dia telah tidak menolak sepenuhnya swing kepada pembangkang dan mengakui bahawa pada tahap terbaik, dengan segala usaha dan rasuah yang telah dijalankan oleh UMNO, UMNO telah berjaya untuk mengambil kembali hanya kira-kira 5% undi. Yang bermaksud akan meninggalkan sekitar swing 9% masih memihak Pakatan Rakyat. Dengan anggapan konservatif, 9 kerusi parlimen yang disenaraikan di bawah memang dalam bahaya buat BN. Sembilan kerusi tersebut adalah: 1) Segamat 2) Labis 3) Ledang 4) Bakri (Disandang MP DAP) 5) Muar 6) Batu Pahat 7) Kluang 8) Gelang Patah 9) Kulai Anggaran saya sendiri menunjukkan bahawa PR boleh menang dengan sekurang-kurangya 9 kerusi parlimen. Kerusi yang kini dipegang oleh UMNO / BN tetapi boleh bertukar termasuk 6 lagi iaitu: - 1) Tanjung Piai 2) Pasir Gudang 3) Pulai 4) Tebrau 5) Simpang Renggam 6. Parit Sulong Secara jujur, bilangan kerusi parlimen yang boleh dimenangi Pakatan Rakyat PR akan menjadi antara 9 hingga 15 kerusi. Apakah makna semua ini bagi Johor sekarang? Ia bukan lagi kubu UMNO. Bagaimana pula dengan Johor Bharu yang mempunyai penduduk Cina yang agak besar yang boleh membuktikan menjadi 'rahmat' kepada PR? Ia bergantung kepada siapa yang menjadi calon UMNO. Jika Shahrir Abdul Samad memilih untuk bersara, hampir pasti JB akan beralih kepada Pakatan Rakyat. Shahrir hanya boleh dipujuk untuk berdiri hanya jika orang UMNO menghina beliau untuk membela Anwar Ibrahim. Dia sendiri tidak yakin. Beliau berkata secara peribadi bahawa kebanyakannya tidak melihatnya di JB seperti biasa. Kerusi lain yang saya minat untuk diperhatikan ialah Pulai. Ia kini dipegang oleh Pengerusi UDA, Nur Jazlan Mohamad Rahmat. Sesama layak tetapi baru-baru ini telah menjadi mangsa tabiat UMNO mengamalkan mencantas orang muda yang boleh menggugat kedudukannya. Ia membunuh bakat muda. Apabila Nur Jazlan datang dengan strategi meningkatkan wang untuk UDA dengan pembangunan semula kawasan Penjara Pudu, beliau menjadi mangsa selera rakus sekali ketua-ketua UMNO yang pernah mencari makan menggunakan agensi kerajaan untuk membuat banyak wang. Diterjemah bebas dari Sakmongkol |
5 Rahsia Ramadhan -Dr Yusuf Qardhawi Posted: 02 Aug 2012 10:10 AM PDT KULIAH URA (UNIVERSITI RAMADHAN AL-MUBARAK) DR Yusuf Qardhawi dalm kitabnya 'al-Ibadah Fil Islam' mengungkapkan ada lima rahsia utama puasa yang membolehkan kita merasakan kenikmatan dalam ibadat ini. 1. Menguatkan jiwa Dalam hidup, kita mendapati ada manusia yang dikuasai hawa nafsu. Manusia seperti ini, menuruti apa yang menjadi keinginannya, meskipun ia sesuatu yang batil serta mengganggu dan merugikan orang lain. Oleh itu, dalam Islam ada perintah untuk memerangi hawa nafsu dengan maksud berusaha untuk menguasainya. Bukan membunuh nafsu yang membuat kita tidak mempunyai keinginan terhadap sesuatu bersifat duniawi. Sekiranya dalam peperangan ini (hawa nafsu) manusia mengalami kekalahan, malapetaka besar akan berlaku. Perkara ini kerana manusia yang kalah itu akan mengalihkan pengabdiannya daripada Allah kepada hawa nafsu yang cenderung mengarahkan manusia kepada kesesatan. Allah memerintahkan kita memerhatikan masalah ini dalam firmanNya bermaksud :
Dengan puasa, manusia akan berjaya menguasai hawa nafsunya yang membuat jiwanya menjadi kuat. Dengannya manusia memperoleh darjat tinggi serta menjadikannya mampu mengetuk dan membuka pintu langit hingga seala doanya dimakbulkan Allah. Rasulullah s.a.w bersabda :
2. Mendidik keinginan ke arah kebaikan Puasa mendidik seseorang untuk memiliki keinginan kepada kebaikan, meskipun menghadapi pelbagai rintangan. Puasa yang dikerjakan secara terbaik akan membuatkan seseorang itu terus mempertahankan keinginannya yang baik. Rasulullah s.a.w menyatakan bahawa puasa itu setengah daripada kesabaran. Rasulullah s.a.w bersabda bermaksud :
3. Menyihatkan badan Di samping kesihatn dan kekuatan rohani, puasa memberikan pengaruh positif berupa kesihatan jasmani (tubuh dan anggota badan). Hal ini tidak hanya dinyatakan oleh Rasulullah s.a.w, malah dibuktikan oleh doktor atau ahli perubatan. 4. Mengenal nilai keknikmatan dan bersyukur. Dalam hidup ini, sebenarnya terlalu banyak kenikmatan diberikan oleh Allah kepada manusia, tetapi ramai yang tidak mensyukurinya. Dapat satu tidak terasa nikmat keran menginginkan tiga dan begitulah seterusnya. Maka, dengan puasa manusia bukan hanya disuruh memperhatikan dan merenungi kenikmatan yang diperoleh, malah diminta merenugn nikmat Allah kepada kita. Di sini, pentingnya puasa bagi mendidik untuk menyedari betapa tingginya nilai kenikmatan yang Allah berikan supaya kita mnejadi orang yang pandai bersyukur dan tidak mengecilkan erti kenikmatan daripada Allah. Rasa syukur memang akan membuat nikmat itu bertambah banyak, baik dari segi jumlah atau paling tidak dari segi rasanya. Allah berfirman bermaksud :
5. Mengingati dan merasakan penderitaan 0rang lain. Berlapar dan dahaga memberikan pengalaman bagaiman beratnya penderitaan yang dirasakan orang lain. Pengalaman berlapar dan haus itu akan segera berakhir hanya dengan beberapa jam (lebih kurang 12 atau 13 jam), sementara penderitaan orang lain entah bila berakhir. Dari sini puasa akan melahirkan dan memantapkan rasa simpati kita kepada kaum Muslimin lainnya yang hidup dalam kemiskinan dan menderita. Oleh itu, sebagai simbol daripada rasa simpati itu, sebelum Ramadhan berakhir, kita diwajibkan untuk menunaikan zakat (fitrah). Hal ini supaya dengan itu setahap demi setahap kita mampu mengatasi persoalan umat yang menderita. Bahkan, zakat tidak hanya abgi kepentingan orang miskin dan menderita, malah menghilangkan kekotoran jiwa berkaitan harta seperti gila harta dan kikir. Allah berfirman bermaksud :
|
Hanya Umno boleh guna masjid untuk kempen? Posted: 02 Aug 2012 10:06 AM PDT KUALA LUMPUR: Ketika Umno terus-terusan membuat kenyataan agar jangan menjadikan masjid sebagai gelanggang politik, para pemimpin Umno lah yang membuat aktiviti sedemikian. (Ketua bahagian Umno Hulu Selangor menyampaikan sumbangan dalam beg BN di dalam masjid) Di Felda Gedangsa, Hulu Selangor, Ketua Bahagian Umno Hulu Selangor Datuk Idris Abu Bakar berpolitik di dalam Masjid Felda Gedangsa Hulu Selangor. Beliau menyampaikan sumbangan barangan kepada kumpulan sasarannya di masjid berkenaan dengan memasukkannya dalam beg berlambang dacing, logo BN. Baru-baru ini, sekumpulan aktivis pro-Umno berhimpun di Shah Alam bagi menuntut Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menghalang ucapan politik dibuat di masjid dan surau di negeri itu. Dalam memorandumnya mereka mendakwa, tindakan itu dilakukan oleh wakil rakyat PAS, iaitu anggota parlimen Khalid Samad (Shah Alam) dan Dr Siti Mariah Mahmud (Kota Raja) serta exco pendidikan negeri Dr Halimah Ali. "Gelaran Yang Berhormat bukan tiket untuk mereka bebas melakukan apa yang mereka mahu di surau dan masji," memorandum itu dipetik. Manakala Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menegaskan perbuatan menyampaikan ceramah politik di dalam masjid adalah haram di sisi Islam. "Sebarang perkara yang boleh membawa kepada perpecahan umat Islam hendaklah dijauhkan dan dielakkan di bawa ke masjid termasuk berpolitik. Itu ajaran Islam. "Politik sekarang boleh memecahbelahkan umat dan haram hukumnya berceramah politik di masjid. Masjid adalah tempat umat Islam bersatu, melakukan ibadah," katanya. Ahli Jawatankuasa Surau dan Masjid, seluruh Wilayah Persekutuan, khususnya di Lembah Pantai pula diingatkan supaya tidak mengambil kesempatan menggunakan ruang ibadah itu di bulan Ramadan nanti untuk tujuan politik. Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, gesaan itu bukan hanya ditujukan buat parti pembangkang tetapi juga parti kerajaan. Menurutnya, terdapat pihak tidak bertanggungjawab menyasarkan surau dan masjid untuk kepentingan politik. "Saya minta jangan guna surau dan masjid buat program tazkirah berbaur politik dan memfitnah sesiapa. "Jangan kerana pilihan raya sudah dekat, ada pihak yang cuba mengambil kesempatan mengedarkan risalah, memfitnah, tazkirah memburukkan sesiapa pun," katanya selepas majlis itu. -Hrkh |
[VIDEO] Saksikan Usaha Mengeluarkan Mayat Dari Perut Buaya! Posted: 02 Aug 2012 10:05 AM PDT Buaya merupakan haiwan yang sangat digeruni kerana kemampuannya untuk membunuh manusia dan haiwan. Kemampuannya bergerak dalam diam sebelum melibas dan membaham mangsanya sering menjadi igauan ngeri sesiapa saja terutama yang mendiami kawasan pinggiran sungai. Di sini disertakan sebuah klip video mengenai bagaimana usaha orang ramai mengeluarkan mayat dari perut seekor buaya yang berjaya dibunuh. Video yang tidak diketahui lokasi dan tarikh ini secara tidak langsung membuatkan kita teringat pepatah Melayu lama…air yang tenang jangan disangka tiada buaya! – mynewshub |
K'jaan gugur rayuan, Ramli dapat ganjaran RM730,000 Posted: 02 Aug 2012 12:12 AM PDT Berikutan ini, kerajaan telah bersetuju untuk membayar ganjaran dan pencen Ramli, berjumlah RM730, 000 yang telah ditahan selepas beliau digantung perkhidmatan tiga bulan sebelum dijadualkan bersara pada penghujung tahun 2007. Ramli memberitahu Malaysiakini bahawa beliau telah menerima sepucuk surat bertarikh 12 Julai yang memaklumkan bahawa pendakwa telah menarik balik rayuannya. "Ini adalah yang terakhir daripada lima pertuduhan yang saya telah disalah dituduh sejak 2007," katanya. "Saya telah bernazar untuk menggunakan semua wang ganjaran itu untuk membantu membina sebuah masjid di kampung saya di Kampung Bunut Susu, Pasir Mas. Saya telah membuat nazar itu sejak didakwa kerana saya mahu nama saya dibersihkan," kata bekas pegawai tinggi polis itu. Awal hari ini, SPRM menarik balik rayuan terhadap pembebasan peguam Rosli Dahlan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. -M'kini |
Suami Isteri Maut Kemalangan Babitkan 2 Bas, 5 Kereta & 2 Motorsikal Posted: 02 Aug 2012 12:10 AM PDT Kuala Lumpur - "Tolong jaga anak saya baik-baik," itulah pesanan terakhir Allahyarham Siti Noor Edayu Roslan, 26, kepada penjaga anaknya sebelum dia bersama suaminya, Mohd Hafeeze Mohd Hanafi, 30, maut dalam kemalangan di Jalan 15/56 AU3, Keramat, di sini, pagi semalam. Gambar: Di sebelah adalah gambar kanak-kanak yang kehilangan ibu bapanya dalam kemalangan di Jalan 15/56 AU 3, Keramat semalam. Kanak-kanak kecil ini bernama Mohd Hanif Hafezee dan baru berumur 2 tahun. Bapa Allahyarham Siti Noor Edayu, Pegawai Penyiasat Trafik Kuala Lumpur, Sarjan Roslan Jalil, berkata dia tidak menyangka itu adalah kata-kata terakhir anaknya setelah dimaklumkan oleh penjaga cucunya. Menurutnya, ia adalah sesuatu yang di luar jangkaan kerana mereka semua menanti kelahiran anggota keluarga baru. "Kali terakhir kami sekeluarga berbuka puasa bersama pada Isnin lalu, Allahyarham ada memberi sejumlah wang untuk diadakan majlis kenduri pada hari raya Aidilfitri," katanya. Pasangan itu meninggalkan seorang anak lelaki, Mohd Hanif Hafeeze berusia dua tahun. Dalam kejadian pada jam 7 pagi itu, Hafeeze bersama Edayu Roslan (gambar) yang hamil tujuh bulan, baru menghantar anak sulungnya di rumah pengasuh. Hafeeze, seorang anggota tentera yang bertugas di Bahagian Gaji, Kementerian Pertahanan di sini dalam perjalanan menghantar Edayu yang berkhidmat sebagai kerani di sebuah syarikat di Cheras. Kedua-dua mangsa menunggang motosikal jenis Yamaha Lagenda Z, dirempuh dari belakang oleh sebuah bas semasa berhenti di satu persimpangan lampu isyarat. Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, DSP Abdullah Roning, berkata mangsa dirempuh bas yang datang dari arah Flat Polis Cempaka menghala ke Taman Setiawangsa. "Kejadian itu dipercayai berlaku ekoran kegagalan pemandu bas mengawal kenderaannya ketika menuruni bukit lalu melanggar mangsa yang sedang berhenti di belakang sebuah bas sekolah yang lain di persimpangan itu," katanya. Menurutnya, pelanggaran itu menyebabkan pasangan itu tersepit di antara dua bas. Hafeeze maut di tempat kejadian manakala isterinya meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital. "Kita masih menyiasat kejadian tersebut. Ia berkemungkinan berpunca daripada kegagalan sistem brek bas terbabit," katanya. Beliau berkata, mayat mereka dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk dibedah siasat. Sementara itu, saksi Saiful Azhar Ismail berkata, kemalangan tragis itu berpunca daripada bas yang dipandu laju ketika menuruni bukit yang curam sehingga gagal dikawal dan bergesel dengan sebuah kenderaan sebelum merempuh sebuah motosikal. Menurutnya, dia dalam perjalanan ke tempat kerja melihat bas sekolah yang menuruni bukit dengan laju cuba mengelak sebuah kereta yang diletakkan di tepi jalan sebelum merempuh pasangan itu. "Sebelum melanggar motosikal itu, saya nampak bas tersebut cuba mengelak kereta jenis Mercedes, lalu merempuh motosikal yang dinaiki mangsa di hadapannya, menyebabkan mereka tersepit di antara dua bas," katanya. Menurutnya, kemalangan maut itu melibatkan sekurang-kurangnya sembilan kenderaan iaitu dua bas, lima kereta dan dua motosikal. berita:sinar harian foto:ondscene.my |
LAGI DIFITNAH edisi fitnah yang kantoi dari puak Umno.. Posted: 02 Aug 2012 12:06 AM PDT Gambar fitnah MB Kedah dicekup SPRM tersebar Sebuah akaun di Facebook yang menggelarkan dirinya Anti PKR Club telah membuat fitnah jahat dan jijik kononnya Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak ditahan pihak SPRM kerana menerima rasuah jutaan ringgit. Lihatlah edisi kantoi dari puak parti penfitnah nombor satu di negara Malaysia gambar edit super impose mereka gagal lagi .Ini semua kerja bodoh dari ahli parti songkok tinggi untuk menjatuhkan kredibility MB Kedah serta kerajaan Pas Kedah. Fitnah sebergiini amat dikesali kerana melampaui adab dan batas agama.Maka tak hairanlah lagi kuat puak umno buat kerja fitnah lagi terserlah kebodohan mereka. 'UMNO PARTI TIPU DULU KINI DAN SELAMANYA" |
Posted: 01 Aug 2012 03:51 PM PDT Sumber maklumat diambil daripada MiLo SuaM. Rujuk: http://nfc.com.my/ WELL.PLANNED.CORRUPTION "Rafizi Ramli Adalah Wira Rakyat! Orang sepatutnya yang kamu tangkap ialah Shahrizat anak beranak. Amaran dari Kami! jangan memperbodohkan rakyat ! Seluruh Rakyat Malaysia akan tentang UMNO BN habis-habisan!" - Hacker SGP Cyber Army |
AWAS!!! SINDIKET TABUR SKRU DI JALANRAYA Posted: 01 Aug 2012 03:41 PM PDT Kelihatan deretan skru yang tertusuk ke dalam tayar. UNTUK PERHATIAN SEMUA Kini terdapat sindiket menabur skru di jalanraya bagi merosakkan tayar kenderaan. Sindiket jahat ini mungkin didalangi individu atau bengkel kenderaan tertentu.Mohon pihak berkuasa menjalankan pemantauan bagi mengelakkan tragedi yang lebih teruk berlaku. Terbaru seorang pemandu yang melalui selekoh Jalan Duta berhampiran Tol Jalan Duta mendapati tayar keretanya terkena 16 batang skru pada kedua-dua biji tayar.Beliau terpaksa menukar kedua-dua tayar keretanya kerana terlalu banyak lubang pada tayar dan sukar ditampal lagi. Sebelum ini pun terdapat kes yang sama terkena pada penunggang motosikal. Harap semua berhati-hati terutama di musim perayaan bagi mengelakkan tragedi. KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK |
You are subscribed to email updates from Muslimeen United To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan