Sabtu, 25 Ogos 2012

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


UMporNO berisiko kehilangan undi wanita

Posted: 25 Aug 2012 08:10 PM PDT


oleh Hafidz Baharom

KUALA LUMPUR, 27 Ogos — Secara tradisinya, wanita adalah sangat penting dalam demografi Umno dengan sayap Wanita parti dilihat sebagai tulang belakang kepada Barisan Nasional (BN) — memastikan undi dari suri rumah dan golongan wanita.
Akan tetapi terdapat kerisauan bahawa golongan ini semakin dipinggirkan oleh kerana BN terlalu memberi fokus kepada usaha mendapatkan undi orang muda.
"Terdapat keperluan bagi Wanita Umno untuk menggunakan kembali sistem lama untuk pulang ke kawasan masing-masing dan melawat dari rumah ke rumah. Ini sangat penting."
"Ketika kami melakukan ini dulu, kita melihat dalam keputusan pilihan raya, hanya terdapat margin kesilapan yang kecil berbanding apa yang kami jangkakan, hanya berbeza 100 atau 200 undi," kata ketua Wanita Umno bahagian Cheras, Datuk Faridah Abu Hassan.
Kata beliau sayap wanita kelihatan menjauhkan diri daripada cara kempen tradisi yang terbukti berjaya membantu parti sebelum ini.
 "Mereka lebih suka menggunakan media online dan anjurkan program besar yang dihadiri dari 10,000 hingga 30,000 akan tetapi tidak ada apa yang nak dibuktikan seperti apa yang berlaku pada 2008," katanya.
Kedua anak muda dan wanita telah dikenalpasti oleh pemerhati politik dan penganalisis sebagai kunci untuk menentukan siapa yang bakal mengambil alih Putrajaya.
BN dan Pakatan Rakyat (PR) dilihat sudah terkunci dengan apa yang dikatakan sebagai persaingan paling sengit dalam sejarah pilihan raya.
Penganalisis politik memberitahu The Malaysian Insider bahawa pengundi atas pagar, terutamanya wanita yang bekerja dari rumah dan anak muda - sangat penting bagi menentukan keputusan pilihan raya yang perlu diadakan selewat-lewatnya April 2013.
"Golongan wanita sangat penting oleh kerana jumlah mereka separuh dalam daftar pemilih dan mereka mengundi berdasarkan isu dan pengalaman," kata Ibrahim Suffian dari Merdeka Center kepada The Malaysian Insider.

Niel Amstrong - manusia pertama [yang katanya] sampai ke bulan meninggal dunia

Posted: 25 Aug 2012 07:08 PM PDT

WASHINGTON - Neil Armstrong, yang mencatatkan sejarah sebagai manusia pertama berjalan di bulan iaitu pada 1969, meninggal dunia semalam.
Mendiang berusia 82 tahun.
Armstrong meninggal dunia susulan komplikasi dialaminya selepas menjalani pembedahan pintasan jantung awal bulan ini, kata keluarganya menerusi satu kenyataan.
Kenyataan itu tidak memberi butiran masa dan tempat mendiang meninggal dunia.
Pembedahan itu dijalankan dua hari selepas beliau menyambut ulang tahun hari jadinya pada 5 Ogos lalu.
Selaku komander misi Apollo 11, Armstrong muncul sebagai orang pertama berjalan di bulan iaitu pada 20 Julai 1969. Ketika itu mendiang berusia 38 tahun. Detik Armstrong mendarat di bulan telah ditonton oleh lebih 500 orang.
November lalu, beliau menerima Pingat Emas Kongres Amerika Syarikat (AS), pingat tertinggi yang diberikan kepada orang awam di negaranya.
Armstrong dan rakannya, Edwin 'Buzz' menghabiskan masa kira-kira tiga jam berjalan di bulan dengan mengumpulkan sampel, menjalankan ujian dan merakamkan foto. Seorang lagi angkasawan menyertai misi 1969 ialah Michael Collins
Apollo 11 merupakan misi angkasa lepas terakhir bagi Armstrong.
Pada 1971, Armstrong, yang lahir di Ohio pada 1930, meninggalkan agensi angkasa lepas AS, Nasa untuk mengajar kejuruteraan angkasa lepas.
Armstrong pernah mengendalikan jet pejuang ketika Perang Korea pada 1950-an dan kemudian menyertai program angkasa lepas AS pada 1962.
Armstrong menyertai dua penerbangan ke angkasa lepas. Perjalanan pertama pada 1966, yang beliau bertindak sebagai komander misi Gemini 8, hampir-hampir berakhir dengan tragedi. Beliau berjaya mengembalikan pesawat angkasa lepas dengan selamat walaupun komponen penolakan roket mengalami kerosakan.
Perjalanan kedua pada Julai 1969, bersama Aldrin dan Collins, mengambil masa empat hari untuk tiba di destinasi.
Collins menyifatkan telah kehilangan seorang pengendali pesawat yang terbaik.
"Saya merasai kehilangan dia," katanya.

Patut Kah ... Tarian Gelek Semasa Berbuka Puasa

Posted: 25 Aug 2012 09:14 AM PDT


Persembahan Tarian Gelek Semasa Berbuka Puasa

Foto "Selamat Berbuka Puasa" yang tersebar di internet. Tarian gelek untuk berbuka puasa. Penganjurnya menggunakan tarian gelek ala-ala arab, supaya ia kelihatan lebih 'Islam'.  Tidak dinyatakan di mana majlis berbuka puasa itu diadakan tetapi kelihatannya seperti di hotel.

Inilah masalahnya apabila mereka yang tak faham agama menganjurkan sesuatu untuk mendapat keuntungan semata-mata. Semoga mereka yang terlibat melihat tentang sensitiviti terhadap apa yang mereka buat.

Bimbang kalau-kalau selepas ini mereka menari "Goyang Gerudi" pulak!!
[Tawau : 12.15am - 260812]

Pinda atau mansuh Seksyen 114A - Suhakam

Posted: 25 Aug 2012 08:48 AM PDT

SHAH ALAM - Suhakam  menggesa kerajaan meminda ataupun memansuhkan Seksyen 114A Akta Keterangan (Pindaan) (No 2) 2012, yang kontroversi atas alasan ia melanggar prinsip hak asasi manusia.

Pengerusinya, Tan Sri Hasmy Agam berkata, peruntukan yang baru itu, yang diperkenalkan berkuat kuasa 31 Julai lalu juga melanggar prinsip asas undang-undang bahawa seseorang itu dianggap tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah.

Katanya, Suhakam ingin mengulangi pendirian bahawa walaupun ia mengakui akan pentingnya keselamatan negara untuk memastikan keamanan dan kestabilan, ia juga berpendapat bahawa Seksyen 114A Akta Keterangan mesti dikaji semula ataupun dimansuhkan demi melindungi dan menghormati kebebasan asas dan hak asasi manusia untuk bersuara dan tanggapan tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah.

"Suhakam berharap untuk terlibat dengan Jabatan Peguam Negara dan pihak berkepentingan yang lain dalam mengkaji semula akta serta dalam penggubalan mana-mana undang-undang baru," kata dalam satu kenyataan dikeluarkan malam ini, susulan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz kelmarin.

Kata beliau, walaupun tanggapan fakta di bawah Seksyen 114A boleh dipatahkan, seseorang yang dianggap bersalah mungkin tidak mempunyai masa, sumber, dan khususnya, kepakaran teknikal berhubung dengan persekitaran Internet untuk membuktikan sebaliknya bagi mematah tanggapan tersebut.

"Berbeza pula dalam kes-kes jenayah, pihak pendakwaan boleh lebih bersedia untuk membuktikan kesalahan tertuduh kerana mereka diberi kuasa untuk memaksa mana-mana saksi berpotensi (seperti pentadbir, pembekal khidmat rangkaian dan pembekal Internet) untuk mengemukakan keterangan, dan mempunyai kepakaran teknikal dan sumber untuk membantu siasatan atau pendakwaan," kata beliau.

Oleh itu, jelas Hasmy, walaupun boleh dikatakan bahawa Seksyen 114A tidak mengubah keseluruhan beban bukti, sepertimana dalam kes-kes jenayah, ia terletak pada pendakwaan dan dalam tindakan sivil, terletak pada plaintif, dari segi praktikal, ia mungkin mempunyai kesan dalam mengubah beban tersebut kepada yang tertuduh ataupun defendan, mengikut mana yang berkenaan, sekali gus melanggar prinsip asas undang-undang.

"Sama pentingnya juga Seksyen 114A mungkin mempunyai potensi dan kesan negatif yang menghalang daripada bersuara, menyebar dan berkongsi idea, berita dan maklumat, yang mana menjadi tanda pasti persekitaran Internet, sekali gus menghad dan mempengaruhi kebebasan bersuara – satu ciri penting demokrasi yang berfungsi sepenuhnya.

"Ia harus juga ditekankan  bahawa hak bersuara tidak sepatutnya dihadkan oleh kaedah atau cara tidak langsung, seperti penyalahgunaan kawalan kerajaan atau swasta ke atas akhbar bercetak, frekuensi penyiaran radio, atau peralatan  yang digunakan dalam penyebaran maklumat, atau dengan apa-apa cara lain yang cenderung untuk menghalang komunikasi dan peredaran idea dan pendapat," katana lagi.

Hasmy juga berkata, walaupun diperakui keperluan untuk menangani jenayah siber dan untuk mengesahkan tentangan terhadap ancaman keselamatan negara, namun sebarang kuasa atau langkah-langkah mengehadkan hak mestilah  mengikut norma-norma hak asasi manusia.

Perkara itu katanya, harus tertakluk kepada syarat-syarat ketat tertentu seperti berikut:

- bahawa penghadan hak individu mesti dikenakan semata-mata bagi maksud melindungi matlamat yang sah (iaitu keselamatan negara, hak atau reputasi orang lain, kesihatan awam atau moral) yang ditetapkan oleh prinsip-prinsip hak asasi manusia antarabangsa
- bahawa penghadan hak mestilah benar-benar perlu bagi melindungi matlamat yang sah
- bahawa  pengehadan hak mestilah berkadar dengan perlindungan matlamat yang sah
- bahawa mesti ada perlindungan yang mencukupi supaya dapat mengelakkan sebarang penyalahgunaan kuasa Hasmy berkata, syarat-syarat itu adalah penting bagi membantu untuk mencari keseimbangan secara adil antara kepentingan awam
- kebimbangan terhadap keselamatan negara, dan kebebasan asas seseorang individu. - sinar

Tiada ulasan: