Khamis, 16 Ogos 2012

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Hudud : Fathul Bari nak ajar Soi Lek mengenai Islam Hudud ..

Posted: 16 Aug 2012 08:23 PM PDT

SHAH ALAM - Sekretariat Ulama Muda Umno (Ilmu) mempersoalkan kenyataan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang risau berlaku ketidakadilan kepada bukan Islam sekiranya hukum hudud dijalankan.

Pengerusinya, Fathul Bari Mat Jahaya berkata, sekiranya Soi Lek tidak yakin dengan pelaksanaan hudud, beliau bersedia untuk membantu beri penjelasan.

"Malah, saya juga sedia dijemput untuk menerangkan hukum Islam dan hudud kepada pemimpin bukan Islam yang lain seperti Pengerusi DAP, Karpal Singh, Lim Kit Siang atau Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

"Mereka perlu faham hudud bukan isu politik dan biarkan ia keluar dari kepompong politik," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, jika bukan Islam tidak menerima hudud, mereka perlu buat analisa terlebih dahulu dan alasan penolakan hukum itu.

Beliau menegaskan, pihaknya telah memberikan penjelasan secara berterusan mengenai perkara tersebut malah, pernah berdiskusi bersama Soi Lek tahun lalu.

 "Saya pernah membincangkan perkara ini dengan Soi Lek dan mendapati beliau melakukan analisa awal sebelum berdebat.

"Namun, analisa itu tidak mencukupi kerana tidak secara terperinci sebaliknya ia perlu diperjelaskan ke peringkat seterusnya, " katanya.

Fathul Bari berkata, sekiranya kita boleh menerima demokrasi dari Yahudi, mengapa hudud ditolak sedangkan ia hukum Islam.

Kejadian aneh : Kubur Seorang Petani Bercahaya Sehingga Ke Langit |

Posted: 16 Aug 2012 08:30 AM PDT

Suatu kisah yang diceritakan dalam tazkirah ramadhan di Masjid Sultan Zainal Abidin Kuala Terengganu yang sangat mengharukan dan bisa menitis air mata.
Cintakan Al-Quran, Kubur Bercahaya Hingga Ke Langit
Seorang lelaki melewati sebuah kawasan perkuburan di suatu malam yang kelam dan sunyi. Tiba-tiba ia terpandang suatu cahaya yang terang benderang muncul dari sebuah kubur, dan terus menjulang ke langit. Dia merasa sedikit ketakutan dan berdebar.
Terpegun dan kaku melihat kejadian itu. Dia terfikir kemungkinan kubur ini adalah kubur seseorang yang sangat istimewa. Samada ia seorang waliyullah atau ulamak atau orang soleh yang istimewa kedudukannya di sisi tuhan. Diambilnya sebatang kayu lalu dipacak di atas kuburan yang bercahaya itu.
Keesokannya lelaki itu datang lagi kekawasan perkuburan itu dengan ditemani orang kampung. Beliau ingin menyelidiki dan ingin mengetahui kubur siapakah yang sangat ajaib itu. Apakah seorang tuan guru atau waliyullah atau alim ulamak atau orang soleh yang terkenal?.
Bila bertanya kepada orang kampung, mereka kehairanan kerana apa yang mereka ketahui dan pasti ini adalah kubur seorang lelaki tua, yang pernah mendiami sebuah pondok dihujung kampung bersama istrinya. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut , lelaki itu berkunjung kerumah simati dan bertemu dengan isteri simati lalu menceritakan keajaiban yang dilihat diperkuburan suaminya.
Kubur Bercahaya Sehingga Ke Langit
Gambar Sekadar Perhiasan
Anehnya isteri simati terkejut dan kehairanan. Dia sangat mengenal suaminya. Suaminya bukan siapa-siapa . Suaminya seorang petani kecil. Bukan seorang kiyai, bukan seorang ahli ibadat, bukan orang soleh, apa lagi bukan imam, bukan muazzin, bukan guru quran. Malah suaminya tidak pandai membaca quran dan dia tidak pernah mendengar suaminya membaca quran. Hal ini benar-benar menimbulkan kehairan kepada lelaki tersebut dan isteri simati.
Akhirmya lelaki itu bertanya apakah perkara-perkara anih yang simati selalu lakukan dalam kehidupan sehari-harinya. Akhirnya isteri simati teringat suatu perkara yang selalu dilakukan oleh si mati, setiap kali sebelum tidur pada setiap malam. Katanya , setiap malam sebelum tidur suaminya akan mengambil wudhu, kemudian masuk di dalam suatu bilik lalu diambilnya alqur'an di atas rak, lalu dicium dan dipeluknya dengan penuh kecintaan dan kasih sayang.
Ia akan duduk dan membelek alqur'an itu sehelai demi sehelai seperti sedang membaca, sedangkan ia seorang yang buta alqur'an. Dia akan meraba-raba ayat-ayat qur'an itu dengan tangannya , seolah-olah sedang menyentuh dan mebelai sesuatu yang sangat dikasihi. Tambah isteri simati lagi, ia pernah mendengar rintihan dan esakan tangis suaminya yang sangat sedih, mendayu-dayu dengan penuh penyesalan.
"Tuhanku! ampunkanlah aku kerana aku tidak mampu membaca kalimah mu. Janganlah engkau hukum aku di atas kebodohanku ini." "Wahai Kalam Allah, maafkan kesalahan ku. Aku tidak mampu membaca kalimah mu. Aku tidak dapat bersahabat dengan mu.
Aku tidak dapat memahami mu. Tapi aku sangat mengasihi mu. Aku sangat mencintaimu. "Wahai Kalamullah, jangan lah engkau mendakwa aku, jangan engkau menuduh aku dihadapanTuhan diakhirat nanti". Cerita isteri simati lagi. Kadang-kadang suaminya tertidur di dalam bilik itu ditemani alqur'an buah hati kesayangannya.
Begitulah suaminya setiap malam sebelum tidur. Lelaki itu meminta untuk melihat alquran kesayangan suaminya itu. Benar dan sangat mengharukan apabila ia melihat naskah yang mulia itu kelihatan lusuh, helaian-helaiannya kelihatan selalu dibelek berkali-kali. Dan ada bekas-bekas airmata di kertasnya ,tanda seseorang sering menangis berjurai airmatanya tatkala membuka lembaran yang maha suci ini.
Pastinya lelaki ini sangat mulia peribadinya. Hatinya telah bersatu dengan ruh alqur'an. Dia sangat mengasihi kalimat tuhan dengan sesungguhnya. Bererti ia mengasihi tuhan dengan seluruh jiwa dan raganya. Marilah kita menghidupkan alquran di dalam masjid kita, di dalam rumah kita, di dalam diri kita, sepanjang bulan ramadhan, bulan pengampunan ini. Perkisahan ini ditulis dan disesuaikan semula untuk bacaan semua -tranungkite-

Nasha kecewa tak dapat jawatan - Khalid

Posted: 16 Aug 2012 06:57 AM PDT


August 16, 2012




SHAH ALAM, 16 Ogos — Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, hari ini berkata, kenyataan yang dikeluarkan Nasharuddin Mat Isa berhubung PAS perlu keluar Pakatan Rakyat (PR) jika DAP terus menentang pelaksanaan hukum hudud adalah disebabkan rasa kecewa beliau yang gagal melihat parti Islam itu bergabung dengan Umno.
Menurut Khalid, bekas timbalan presiden PAS itu berkemungkinan mengharapkan impak yang besar daripada cadangan penggabungan PAS-Umno kerana beliau mungkin akan beroleh jawatan yang tinggi sekiranya penggabungan itu berjaya.
Khalid Samad: "Nasharuddin mungkin kecewa kerana PAS tidak mahu bergabung dengan Umno." — Foto fail
"Nasharuddin ini mungkin kecewa kerana PAS tidak mahu bergabung dengan Umno. Kalau penggabungan itu berjaya mungkin dia mengharapkan akan dapat menjawat jawatan tinggi, mungkin jawatan di Kabinet," kata Khalid.

Tambah Timbalan Pesuruhjaya II PAS Selangor itu lagi, kenyataan Nasharuddin itu dilihat berkisar berkenaan hudud, dan beliau turut menggesa Nasha agar melihat kembali kepada kenyataan Umno yang turut menolak hudud sebelum ini.
"Dia kata PAS perlu keluar PR kerana DAP tak terima hudud, adakah Umno menerima hudud?" soal Khalid lagi.
"Nasharuddin sengaja menimbulkan isu ... dan mungkin itulah dia lihat (peluang) terlepas dan pada masa yang sama dia pun kecewa kerana dia kalah dalam pertandingan merebut jawatan timbalan presiden.
"Dan ini menyebabkan dia tidak seperti dulu dan dia memang nampak semakin rapat dengan pimpinan umno walaupun di parlimen," jelas Khalid lagi.
Nasharuddin  sebelum ini pernah mencetuskan kontroversi  ekoran menyokong cadangan pembentukan kerajaan perpaduan Umno-PAS sehingga menimbulkan rasa kurang senang kepada Mursyidul Am parti komponen PR itu, Datuk Nik Aziz Nik Mat.
Ketika Muktamar Agung PAS tahun lepas, Nasharuddin juga gagal mempertahankan jawatan timbalan presiden dan tewas kepada Mohamad Sabu.
Nik Aziz juga sebelum ini berkata adalah lebih baik bagi Nasharudin meninggalkan PAS daripada menimbulkan masalah kepada parti.
Jelas Khalid lagi, keputusan sama ada nasib Nasharuddin bakal menjadi seperti Adun Gombak Setia Datuk Dr Hasan Ali juga tidak berasas, kerana dalam PAS, keputusan itu adalah hak individu.
"PAS bukan parti yang akan menentukan nasib sama ada nak pecat, lucut jawatan ahlinya, terpulang kepada mereka sendiri," tambah Ahli Jawatankuasa PAS Pusat itu lagi.
Dr Hasan Ali sebelum ini telah dipecat keanggotaan daripada PAS  kerana dikatakan mempunyai matlamat yang berbeza dengan perjuangan parti.

Datuk Seri Jaafar ...polis dok cari hang, jangan nak menyorok laaaa

Posted: 15 Aug 2012 11:10 PM PDT

SHAH ALAM: [JENAYAH] Polis sedang mencari seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dan anak lelakinya bagi membantu siasatan kes seorang peniaga minuman mati dibelasah sekumpulan lelaki di sebuah tapak perniagaan di kawasan Downtown, The Mines, Seri Kembangan awal pagi Isnin lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah, berkata ahli perniagaan itu ialah Jaafar Shaari, 50, alamat terakhir di No 3, Jalan P11 K/12, Presint 11, Putrajaya dan anaknya Ahmad Jiwari @ Wari, 23, alamat terakhir di Lot 141, Kampung Pedas Hilir, Jalan Kundur, Pedas, Negeri Sembilan.
"Polis meminta kedua-dua mereka tampil untuk membantu siasatan," katanya di pejabatnya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini, hari ini.


Difahamkan kejadian kira-kira jam 2 pagi itu berlaku selepas mangsa Azhari Sidek, 44, mengambil sebuah meja usang ditinggalkan di kaki lima tempat kejadian sebelum diletakkan berhampiran gerai miliknya.


Bagaimanapun, tindakan mangsa itu tidak disenangi seorang lelaki dikatakan menjalankan perniagaan di kawasan sama yang mendakwa meja berkenaan miliknya hingga berlaku pergaduhan.

Menurut adik angkat mangsa yang enggan mahu dikenali, lelaki terbabit memanggil beberapa rakannya untuk membelasah abangnya akibat rasa tidak puas hati itu.

Sementara itu, Tun Hisan berkata, seorang suspek lelaki tempatan ditahan bagi membantu siasatan kes rogol dan bunuh seorang pekerja kilang perempuan berusia 19 tahun di sebuah unit flat di Jalan Taming 2, Taming Jaya dekat Balakong Isnin lalu.
Beliau berkata, suspek berusia 26 tahun yang ada ikatan kekeluargaan dengan mangsa ditahan pada jam 2 petang berdekatan Jalan Semenyih, Kajang, semalam.

"Siasatan mendapati suspek bekerja di kilang yang sama dengan mangsa," katanya.

Dalam kejadian Isnin lalu, mayat Sabturiah Faisal, 19, yang berasal dari Kampung Merotai Besar dekat Tawau, Sabah dijumpai dalam keadaan terlentang di dalam bilik tidurnya oleh abang ipar mangsa pada jam 7 malam.

Mengikut laporan media, polis yang menyiasat mayat mangsa mendapati ada kesan lebam pada leher, perut, dan tangan kanan anak ketujuh daripada 12 beradik itu.

Difahamkan, polis turut menemui kesan tompokan air mani di bilik mangsa dan mengesyaki gadis itu menjadi mangsa rogol oleh individu yang dikenalinya. - BERNAMA

# menyorok - sembunyi

MS : Pada sesiapa yang tahu mana dua beranak ni dok menyorok, harap dapat hubungi balai polis berhampiran.
(Gua pun Jaafar, umur pun lebih kurang la  ....  tapi bukan Datuk Seri la.... hahahahaha)

Tiada ulasan: