Jumaat, 31 Ogos 2012

MiLo SuaM

MiLo SuaM


Pak Samad disiasat kerana baca puisi malam tadi

Posted: 30 Aug 2012 04:46 PM PDT

MALAM tadi A Samad Said, atau lebih mesra dengan panggilan Pak Samad membaca sebuah puisi di dalam acara kemuncak Janji Demokrasi di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur sempena malam 31 Ogos Kemerdekaan Semenanjung Malaysia.

Pelik tapi benar, pagi ini Utusan Malaysia melaporkan, Polis akan menyiasat sasterawan negara itu kerana membaca puisi. Patutlah jenayah semakin meningkat, rupanya Polis sibuk nak tangkap orang baca puisi kah kah kah...

Patutlah kes tembak menembak semakin banyak, rupanya Polis sibuk berfikir macam mana nak tangkap orang tua yang janggutnya dah berwarna putih dan jalannya pun hampir-hampir kena papah.



Tambah lucu lagi Utusan kata hanya segelintir peserta Janji Demokrasi yang disebut sebagai peserta Janji Bersih di Dataran Merdeka malam tadi.

Ini namanya menipu depan batang hidung. Wartawan gila Utusan ni ingat warga internet tak pandai tanya pakcik Google untuk lihat kebenaran kah kah kah...

Wartawan akhbar yang selalu kalah saman akibat suka buat fitnah ini ingat warga internet tak pandai cari gambar dan video di facebook untuk melihat sendiri bagaimana Dataran Merdeka dikuningkan malam tadi kah kah kah...

ReJaM© "Woi akhbar gila! Kau ingat warga internet kambeng ke? kah kah kah "

Peringatan: Kepada yang belum tonton Video Klip Janji DiCapati, sila klik sini untuk menonton [Janji DiCapati]

Penjawat awam dikerah ke program Janji Ditepati

Posted: 30 Aug 2012 05:00 AM PDT

SEBELUM kita menyaksikan Utusan Malaysia dan TV3 suku melaporkan puluhan ribu rakyat sertai Himpunan Janji Ditepati di stadium Bukit Jalil bersama Najib mari kita lihat sisi hitam himpunan itu.

Lihat bukti surat atau memo di bawah ini baik-baik. Penjawat awam dikerah ke program Janji Ditepati bersama Najib Razak di bukit Jalil 31 Ogos ini.

Bukan itu sahaja, perbelanjaan untuk menyertai himpunan Janji Ditepati itu nampaknya turut mendapat pembiayaan.



Kenapa rakyat perlu dikerah ke program Najib? Siapa tahu angkat tangan! Tengok tu katak pun angkat tangan sebab katak pun tahu kalau penjawat awam tak dikerah ke program seperti ini, hanya Najib dan Rosmah je yang datang kah kah kah...

Siapa yang belum tonton Video Klip Janji Dicapati sila tonton jika tidak kamu akan menyesal klik sini [Janji Dicapati] kah kah kah...



ReJaM© "Semut pun lari keluar stadium tahu Rosmah nak datang kah kah kah"

Penting: Turun beramai-ramai ke Dataran Merdeka dengan baju kuning malam ini kita kuningkan Dataran Merdeka. Siapa tak turun akan dihukum peluk sampai puas oleh Big Mama kah kah kah

Kuningkan Dataran, Janji Demokrasi trending di twitter

Posted: 30 Aug 2012 03:03 AM PDT

JANJI Demokrasi menjadi salah satu keyword yang paling popular di Twitter Malaysia, menggambarkan apa yang bakal berlaku di Dataran Merdeka malam ini di luar jangkaan.

Kepada sahabat semua, jangan lupa ke Dataran Merdeka dengan pakaian kuning, kita sertai himpunan Janji Demokrasi untuk kuningkan Dataran Merdeka malam ini.



Polis tak benarkan lantak dia, rakyat nak berhimpun sambut merdeka dengan baju kuning bukan satu jenayah! Lagipun Rais Yatim sudah mengalu-alukan rakyat Malaysia untuk kuningkan Dataran Merdeka malam ini.

Sebelum itu layan dulu lagu Janji DiCapati penat gua siapkan lagu ni sampai seminggu tak cukup tidur kah kah kah... klik sini [Janji DiCapati]

ReJaM© " Jumpa di Dataran Merdeka malam ini!"

Sahabat Jingga 13 memeluk Islam Alhamdulillah

Posted: 30 Aug 2012 02:00 AM PDT

JIKA tahun lalu di dalam bulan Ramadhan, Ketua Wanita KEADILAN Cabang Bukit Gelugur memeluk Islam rujuk sini [Peluk Islam].

Tahun ini satu lagi khabar gembira untuk kita khasnya sahabat aktivis Jingga 13 apabila salah seorang dari mereka memeluk Islam hari ini. Saudari Afzan yang berasal dari Sabah itu kini menggunakan nama Rayyan Khairiyah.



Beliau mengucapkan dua kalimah sahadah disaksikan Ahli Parlimen Kota Raja, YB Dr Siti Mariah Mahmud dan pelakon Gerak Khas yang kini bersama Pakatan Rakyat, Abby Abadi.

Seorang lagi sahabat Jingga 13 juga telah menyatakan hasrat untuk memeluk Islam, sama-sama kita doakan beliau dibukakan pintu hidayah oleh Allah SWT.

ReJaM© "Bertambah lagi saudara kita... "

Penting: Jangan lupa kuningkan Dataran Merdeka malam ini!

Tiada ulasan: