Rabu, 8 Ogos 2012

MANDOR.BLOGSPOT.COM

MANDOR.BLOGSPOT.COM


SIAPA LEBIH KHIANAT, MANOHARAN ATAU PEMIMPIN UMNO?

Posted: 07 Aug 2012 01:22 PM PDT

Samasekali kita tidak bersetuju dan membantah keras Adun Kota Alam Shah, M. Manoharan beberapa hari yang lalu memperkecilkan Lee Chong Wei yang telah membawa kepada negara satu pingat Perak di dalam Badminton Perseorangan Sukan Olimpik yang sedang berlangsung.

Seperti yang telah dijangka, isu ini dipergunakan oleh media haprak kerajaan yang menggambarkan seolah-olah perbuatan Adun tersebut satu `dosa besar' kepada negara, walaupun secara jujurnya Adun tersebut telah pun memohon maaf secara terbuka di atas ketelanjurannya.  

Beliau silap di dalam mengeluarkan kenyataannya dan ianya telah dikritik hebat oleh rata-rata pimpinan PR bagi membuktikan bahawa PR tetap menyanjung Lee Chong Wei yang telah bekerja keras untuk membawa pulang Pingat buat Malaysia.  Namun, gelaran pengkhianat dan tidak patriotik yang dilabelkan kepada Manoharan adalah keterlaluan samasekali.

Kita mahu bertanya, mana lebih besar khianatnya kepada negara samada kenyataan Manoharan itu lebih khianat atau berbahaya jika dibandingkan dengan perbuatan membawa pendatang asing begitu ramai di Sabah, Sarawak dan Semenanjung bahkan ada di antara mereka boleh mengundi bagi menentukan pucuk pimpinan negara ini?  Tidak merbahayakah pendatang asing ini yang ramai di antara mereka ini terlibat di dalam kegiatan jenayah di negara ini?

Tidakkah khianat namanya jika pemimpin Umno merembat tanah rezab orang-orang Melayu dan diserahkan kepada bangsa lain?  Khianat juga namanya apabila pemimpin Melayu di dalam Umno yang menghilangkan imuniti raja-raja Melayu malahan sampai ke tahap menabalkan raja Melayu sesuka hati seperti yang berlaku di Ketereh beberapa tahun dahulu.  Siapa yang boleh mengatakan tidak khianat apabila ada sekumpulan orang politik yang menggelar raja sebagai "natang'?

Ini semua adalah lebih khianat dan begitu merbahaya jika dibandingkan dengan dua tiga patah perkataan Manoharan terhadap Lee Chong wei.  Apa pun tindakan Manoharan memohon maaf boleh disanjung kerana keberanian dan rasa rendah dirinya jika dibandingkan dengan puak-puak mereka yang tidak pernah mahu memohon maaf di atas pengkhianatan yang telah mereka lakukan.

Tiada ulasan: